It's me.. Juz me... Only me!

If you don't like my words, don't listen.
If you don't like my appearance, don't look.
If you don't like my actions, turn your head.
It's as simple as that.

A wife to a loving husband. A mum to a adorable daughters. A daughter to such a caring parents. A good friend to a good people. Homechef that cook like nobody business.

~I’M NOBODY.. but nobody perfect. So, I’mPERFECT!

My Love's Path

Daisypath Anniversary tickers

Monday, December 26, 2011

Vlogging Part 2

Haaa.... Dulu aku ada kutuk-kutuk vlogger-vlogger yang suka merapu dengan cara tersendiri. Aku siap taruk link video diorang kat dalam entri Vlogging ni. Ada yang kelakar, ada jugak yang merapu.

Tadi aku tengah edit blog, sambil-sambil makan cheese cake yang tak seberapa nak sedap tu, tetiba aku terbuka satu folder dalam disc (C) aku. Sekali kat dalam folder tu ada sesuatu yang aku nak share.


Hihihi.. Anak-anak aku dah pandai vlogging, beb!



Video ni diorang record masa aku bujang lagi. Masa tu aku belum kahwin dengan En Zul, tapi aku selalu bawak balik anak-anak ke rumah sewa aku. Masa tu la diorang duk godek-godek lappy aku. Ntah macamana masa tu diorang nak main webcam, so aku pun layan kan aje. Masa tu rambut aku pendek. Ada yang dirakam secara tak sengaja. Hekhekkk...

Jom layan vlogging dari Ika dan Aleeya!






Haaa..
Comel tak? Comel tak???
Masa ni Ika darjah 1, si Aleeya pulak tadika. Comel je badan si Aleeya. Gebu-gebu padat gitu... Tapi sekarang.... Badan dia dah macam ahli gusti WWF ha! Peha aku pun kalah kalau nak dibandingkan dengan peha Aleeya.

Ok, aku tipu.


Nak tengok lagi aksi manja Ika dan Aleeya?
Jom layan vlog ni :















So, ada sesape nak komen tentang kecomelan anak-anak aku?
Nak komen kecomelan aku pun bolehhhhh..
Hikhikhikkk..

Tak kelakar.



Love,

Sunday, December 25, 2011

From My Kitchen : Cheese Cake

Ehem-ehem.
Hari ni nak buat cheese cake. Sebenarnya aku nak buat cheese cake yang lain, tapi memandangkan resepi tu tertinggal kat ofis, maka aku buat je la cheese cake yang ini. Jadi la kannnn..??



Cheese cake yang bukan pilihan hati.
Uwaaaa.. Nak buat cheese cake lain!!!!



Bahan-bahan : (loyang yang digunakan adalah untuk 8inci, tapi aku guna 9inci. Sah-sah la kek aku leper kan?)


Bahan-bahan A :


  • 250g cream cheese
  • 50g butter
  • 100ml susu segar
  • 6 biji telur kuning
  • 1 sudu besar jus lemon
  • 1/2 sudu kecil garam
  • 60g tepung superfine
  • 20g tepung jagung (cornflour / cornstarch)
  • 1/2 sudu kecil baking powder


Bahan-bahan B :

  • 130g gula (granulated sugar)
  • 6 biji putih telur
  • 1/2 sudu besar jus lemon


Cara-cara :

  • Untuk adunan A : Cairkan cream cheese, butter dan susu dengan menggunakan teknik double boiler. Bila dah cair, sejukkan adunan cream cheese tu tadi. Kemudian, masukkan tepung superfine, tepung jagung, baking powder, telur kuning, garam dan jus lemon ke dalam adunan cream cheese tadi. Gaul menggunakan senduk kayu sehingga sebati.
  • Untuk adunan B : Dalam bekas lain, pukul putih telur dan jus lemon sehingga berbuih (foamy). Masukkan gula dan pukul sehingga soft peak.


Pukul sehingga adunan menjadi soft peak. Bila angkat adunan, adunan tidak meleleh jatuh.


  • Campurkan adunan A ke dalam adunan B yang sudah gebu tadi. Gaul sehingga kedua-dua adunan sebati. Sediakan loyang bulat yang sudah digriskan. Tuang adunan ke dalam loyang dan sedia di bakar.


P/s : Ada dua jenis loyang.
- Jika menggunakan loyang A, tidak perlu balut dengan aluminium di luar loyang.
- Jika menggunakan loyang B, perlu balut dengan aluminium di luar loyang.



Loyang A : tidak berlubang di bawah


Loyang B : berlubang di bawah.
Aku guna loyang ni, senang nak keluarkan kek lepas siap dimasak.



  • Memandangkan aku guna loyang B (bawah loyang berlubang), maka aku kena balut loyang dengan aluminium, supaya air panas tidak masuk ke dalam loyang. Kalau guna loyang A, tak perlu balut sebab air panas tidak masuk ke dalam loyang.


Ok, aku balut memang huduh. Tiada unsur seni.

  • Bakar kek selama 1 jam pada suhu 160 darjah celcius. Gunakan teknik Au Bain-marie (water bath). Cara menggunakan teknik water bath : Masukkan dulang ke dalam oven. Letak loyang kek atas dulang tersebut. Panaskan air dalam cerek. Selepas air mendidih, curah air panas ke dalam dulang kira-kira 1/2 tinggi loyang (sekeliling loyang kek).



Teknik Water Bath


  • Then bakar kek sampai masak. Kalau tak faham jugak bagaimana teknik water bath tu, boleh tengok video kat bawah ni :








Gambar lain :


Pembakaran yang sempurna.
Bau cheese menyeluruhi ruang dapur ku!



Terlampau gebu sampai pecah kek aku!
Nampaknya gempar bumi telah melanda~~~~~



Hasil cheese cake! Yeayyyy~ Boleh makan..





Lepas siap, sejukkan kek. Serius kek ni soft dan gebu. Cair di dalam mulut... Yummy~~
Eh, puji masakan sendiri pulak! Hahahaa...


P/s : Kalau nak lagi sedap, asingkan sedikit adunan cream cheese. Campur dengan serbuk coklat. So ia akan jadi choc cheese cake (macam dalam video tu).


Amcam? Best tak?

Kalau ada rezeki kau, ada laaa... Tapi kalau tak ada, sila la cari kerja baru.

Aku ada seorang kawan yang dulu sama ofis. Tapi sekarang dia dah kerja kat Menara Celcom. Dia ni duduk kat area Batu Muda, Sentul. Ntah macamana aku dengan kawan aku ni borak-borak pasal satu rancangan realiti TV, iaitu Gangstarz.

Kami duk borak-borak pasal seorang peserta rancangan Gangstarz ni. Nama dia Shahdan, dan dia satu sekolah dengan kawan aku ni (sebaya). Shahdan ni ketua kumpulan untuk kumpulan Flava. Ketua kumpulan, ok.. Ketua! Bukan calang-calang orang yang boleh jadi ketua ni. Kalau untuk kumpulan menyanyi, suara mesti mantap, tarian mesti hebat! Masa kat sekolah dulu, kalau ada program Hari Kantin ke, Hari Usahawan ke, Hari Guru ke, sah-sah la muka dia je yang naik pentas buat persembahan Nasyid. Masa sekolah dulu kalau ada kumpulan Nasyid ni, mesti ramai peminat. Sebab lagu nasyid je yang dibenarkan untuk dipersembahkan di khalayak pelajar. Lagu-lagu rock ke, heavy metal ke memang dah diharamkan. So Shahdan ni pun terlibat dalam kumpulan Nasyid. Bukan dia saje, tapi abang dia pun join jugak. Kiranya suku-sakat ahli keluarga punya kumpulan Nasyid la ni.

Ok, untuk mamat ni, sebelum dia tubuhkan kumpulan Flava ni, dia pernah sertai Malaysian Idol dan One In A Milllion. Tapi untuk kedua-dua program realiti tu, dia tidak berjaya pada peringkat kelayakkan kawasan KL. Ini bermakna dia tak berjaya untuk menjadi peserta untuk program tersebut.

Maknanya?
Dia tidak berbakat dalam nyanyian. Simple, kan?

Ok, lepas tak berjaya dengan MI dan OIAM, dia try nasib untuk Gangstarz pulak. Tak yakin dengan kebolehan sendiri, dia ajak kawan-kawan join group Flava. Mungkin kawan-kawan yang lain ada sedikit bakat (read : best sikit nyanyian dari dia), maka group Flava ni dapat la bertahan selama beberapa minggu. Untuk kumpulan Flava ni dia guna komersial name Shahdan (kalau tak salah aku la). Tapi aku masih ingat kata-kata seorang juri. Juri berpendapat si Shahdan ni seolah-olah penyanyi solo, dan kawan-kawan yang lain sebagai back up singer. Memang betul pun. Selama aku follow program tu, memang mamat ni je yang banyak nyanyi (nyanyian pun ke laut kan?), dan kawan-kawan sekadar parap-parap-parappp je kat belakang kau. Kesian, dowh!




Flava berduet dengan penyanyi wanita ni (aku tak kenal, kalau tak silap aku group peserta Gangstarz jugak), tapi dia sorang je yang bantai nyanyi, kawan-kawan lain duduk kat belakang jadi back up singer je.




Ok, dah gagal kat Gangstarz, dia join Pilih Kasih pulakkk.. Ala, program realiti Rosyam Nor nak cari pelapis bakat baru dalam bidang lakonan tu. Yang Rosyam Nor duduk kat kerusi Agung tu (tak agak-agak, kan! Poyo gila!) Aku tak pernah follow program ni, sebab aku sendiri dah nak muntah tengok iklan dia, inikan pulak nak follow keseluruhan program? Mintak mahap la ye. Cuma ada sekali tu, Maklang layan program tu, dan kebetulan aku ada kat ruang tamu duk main sms. Sambil-sambil main sms mata aku melirik ke TV, serius aku ternampak mamat si Shahdan ni ada jugak! Wahhh.. Serius nak berlakon pulakkkk.. Memang tak putus asa mamat ni. Masa Pilih Kasih, dia guna nama Ahdan. Eh, budget orang tak kenal kau ye baiii?

Masa kat program Pilih Kasih ni pun aku tengok lakonan kau suam-suam susu je. Cuma tang bab nangis-nangis je aku tengok kau overacting! Serius poyo dowh! Tak payah nak over-over kalau kau memang tak berbakat. Aku rasa dia ni tak berjaya pun dalam Pilih Kasih. Like i said before, he's not talented. Haahaha..

And then lepas tak berjaya menjadi anak didik Rosyam Noor (apa yang hebatnya jadi anak didik pakcik ni?) Shahdan 'mengorak' langkah menjadi pengacara rancangan game show pulak. Interaktif ke hape ntah nama tu. Kat TV2 jugak, sama macam Pilih Kasih tu. Untuk game show ni, aku datang melawat Maklang & Paklang. Then Paklang layan game show ni. Aku bila nampak muka mamat ni terkinja-kinja atas stage, mula la aku rasa mual. Nak muntah berdarah tengok gelagat dia. Rasa nak shut down je TV Paklang tu. Huh!




Kanan : Shahdan
Serius jelik mimik muka dia!




Terbaru, aku nampak ada kawan yang share profile peserta-peserta Raja Lawak 6 kat FB. Sejak aku layan Maharaja Lawak dan Maharaja Lawak Mega, aku nak jugak follow Raja Lawak 6 ni. So aku klik kat profile peserta tu. Sekaliiiiiiiiiiiii... Aku ternampak la muka dia ni :



Nick name : Kodan
Pulakkk.. Setiap kali masuk program realiti, kompem nama pun bertukar!
Ye.. Ye.. Nama Kodan mungkin kelakar, sesuai dengan rancangan Raja Lawak ni.
Tapi... Dia ni lawak ke? Melawakkan diri sendiri ada la~




Astagaaaa... Masih tak putus asa mamat ni nak jadi anak seni. Lepas menyanyi ke laut, dia berlakon pulak. Lepas berlakon suam-suam kuku, dia jadi pengacara. Agak-agak rating game show hancur, dia try masuk program melawak pulak. Aku rasa dia ni ada krisis personaliti la. Mungkin dia masih tak tahu apakah bakat yang dia ada. Atau yang lebih tepat, ADAKAH DIA BERBAKAT DALAM BIDANG SENI?

Aku rasa dia ni bakal mengulang sejarah hidup dia la. Sejarah hidup yang mengajak orang ramai menyumpah kat diri kau. Termasuk la aku. Bukan aku nak persendakan mamat ni. Tapi serius dia memang tak ada bakat, sila la faham. Jangan la sampai orang naik menyampah balik-balik tengok muka kau. Asal ada program realiti, mesti ada muka kau! Tapi bakat haram tak ada! Setakat nak jadi pemeriah suasana, baik tak payah. Sungguh buang masa.

Ok la, tak baik kan kutuk-kutuk orang lain.. Apa la salah dia kat aku sampai dia dicaci sebegini rupa.. (Haktuihhh!) Apa kata tunggu je ketibaan Raja Lawak 6. Kita sama-sama tengok sejauh mana dia boleh 'pergi'. Cuma nasihat aku, cukup-cukup la baiii.. Kalau dalam RL6 pun kau tak berjaya, adalah lebih baik kau pergi cari kerja yang lebih menjamin. Mungkin kau tak ada rezeki dalam bidang ni.

Eh, siapa aku nak tentukan rezeki orang?
Huhuhu...

Just my opinion.


From My Kitchen : Tomyam Campur

Resepi kali ni sangat mudah dan jimat masa. Rasanya semua orang tahu masak lauk ni, cuma teknik je dan bahan je yang berbeza. Kali ni nak masak tomyam campur, bukan tomyamgoon macam cerita Tony Jaa sekuel Ong Bak tu ye.

Sebenarnya aku tak tahu nak masak apa lunch hari ni. Tengok dalam esbok cuma ada ayam, daging, udang dan ikan. Sayur pulak cuma ada kailan, lobak merah, cauliflower, kentang, tomato, kobis, broccoli dan cendawan. Bahan lain ada serai, daun limau purut, daun kari, lengkuas, daun pandan, dan lemon. So aku rasa masakan yang sesuai adalah tomyam campur.


Bahan-bahan A :

- 1 batang serai (dititik)
- 1 cm lengkuas (dihiris dan dititik)
- 4 helai daun limau purut
- 3 sudu besar cili giling / cili boh
- 3 sudu besar paste tomyam
- 6 biji cili api (ditumbuk kasar)
- 1 biji bawang merah dan bawang putih (optional - aku tak guna sebab aku malas nak kupas bawang)


Bahan-bahan B :

- Ayam
- Daging
- Udang
- Lobak Merah
- Cauliflower
- Broccoli
- Cendawan
- Tomato
- Air jus perahan lemon (nak guna air limau kasturi / asam jawa pun boleh)
- 1/2 biji bawang besar (potong sederhana nipis)
- Garam dan ajinomoto



Cara-cara :

- Panaskan  minyak dalam periuk. Tumis bahan A sehingga naik bau dan pecah minyak.
- Masukkan ayam dan daging. Biarkan separuh masak. Tambah 3 cawan air.
- Masukkan lobak merah dan cauliflower. Biar air mendidih.
- Masukkan udang, broccoli dan cendawan.
- Masukkan air jus perahan lemon, garam dan ajinomoto.
- Masukkan tomato dan biar seminit.


*pastikan rasa masin dan masam sekata.


Alhamdulillah En Zul makan bertambah hari ni. Itu tandanya tomyam aku sedap. Nak tunggu dia puji? Haram... Tak de maknanya dia nak puji masakan bini dia ni. Kalau dia minta nasi tambah atau nak ulang makan sambil tengok tv (selalunya biskut or kek), itu tandanya dia suka masakan aku (pengganti pujian la konon-kononnya..) Tapi kalau nak puji "sedapppnya bini abang masakkkk.." memang tak ada la. Baik aku bagi kawan-kawan aku makan, kalau tak sedap pun diorang tetap puji. Ahakss..



Tomyam mengikut resepi cincai aku.





Love,

Thursday, December 22, 2011

From My Kitchen : Moist Choc Cake






Moist Choc Cake!

Wahhhhhh~~~ Gila happy aku malam ni sebab first time aku buat moist choc cake gila sedap! Haa.. Tak senonoh betul puji masakan sendiri. Tapi serius kek ni lembap dan lembut! Nasib baik jumpa resepi yang mudah dan cepat. Dan yang paling penting, kek tu betul-betul moist dan sedap!

Tak sabar nak ngapp! =)


Bahan-bahan :

Bahan A :

- 1 cawan gula
- 1 cawan serbuk coklat
- 1 cawan susu cair
- 1 cawan susu pekat
- 1 cawan minyak jagung
- 1 sudu kecil nescafe

*semua Bahan A digaul rata dan masak atas api yang perlahan sehingga gula larut. Rehatkan sekejap bila sudah sebati.



Bahan B :

- 3/4 cawan tepung gandum
- 1 sudu kecil soda bikarbonat
- 1 sudu kecil baking powder

*semua Bahan B diayak.



Bahan C :

- 4 biji telur (dipukul sehingga kembang)



Cara membuat :

- Jerang air di dalam steamer sehingga air mendidih.

- Satukan Bahan B dan Bahan C ke dalam Bahan A secara berselang seli dan gaul dengan senduk. Bila dah sebati masukkan adunan ke dalam loyang yang sudah digris.

- Masukkan adunan ke dalam steamer dan kukus selama 1jam 30minit atau sehingga kek panas.

- Lepas kek masak, tunggu kek sejuk dan tuang coklat cair ke atas kek. Hias ikut sukati.


Tips :

- Jangan buka penutup steamer semasa proses mengukus 45 minit yang pertama.

- Jika air didihan sudah mulai susut / mulai kering, panaskan air di dalam cerek, setelah mendidih masukkan air ke dalam steamer. Ini akan dapat mengukus kek dengan sempurna. Jika tambah air sejuk ke dalam steamer, wap air turut jadi sejuk dan mengambil masa untuk memanaskan / mendidihkan semula air.




Sebelum masuk steamer, haruslah posing dulu khennn~~



Dalam steamer.. Wahhh~ Macam dalam sauna pulak!



Selesai mengukus. Alhamdulillah.. Sangat menjadi kek ni.
Terlalu lembut...
Tapi macamana nak transfer ke pinggan? Sebab ni bukan loyang berlubang dan berlapis aluminium tu..
Huhuhu...



Tadaaaa~~
Sudah berubah kedudukan! Yeayyy!!



Curahkan topping coklat cair dan choc rice.
Perghhh.. Terliur, beb!
Hitam itu menawan =)



P/s : Sebenarnya aku nak rasmikan steamer yang baru beli tuuu... Sekurang-kurangnya kalau lepas ni aku malas nak masak yang jenis kukus-kukus ni, En Zul tak akan marah sebab aku dah pernah guna steamer ni. Daripada tak gunakan lansung kan? =)




Punya la jakun aku ni sampaikan sticker pun tak dicabut!
Ok, aku poyo.





Love,

Wednesday, December 21, 2011

From My Kitchen : Kek Lobak Merah

Hari ni aku dah janji dengan Leen nak buat something. Sebab dia suka sangat makan kek carrot slice yang dijual kat Secret Recipe, maka aku dengan feeling-feeling 'hebat' nak try buat kek lobak merah ala-ala Secret Recipe. Kalau kek ni tak menjadi, anggap je la aku beli kat somewhere. Kahh~


Pembakaran yang berjaya.
1 dulang untuk Leen, 1 dulang untuk aku.




Bahan-bahan :

Bahan A :

2 cawan tepung superfine
2 camca teh baking powder
1 1/2 camca teh soda bikarbonat
1 camca garam halus
2 1/2 camca teh serbuk kulit kayu manis

*semua Bahan A diayak sekali


Bahan B :

4 biji telur ayam gred A
1 1/2 cawan minyak jagung
1 1/2 cawan gula ising


Bahan C :

2 1/2 cawan parutan lobak merah (perah sedikit airnya dan asingkan)
1 cawan nenas dalam tin (di cincang kasar, air nenas diasingkan)
1/2 cawan kelapa kering
1 cawan almond/walnut


Bahan Cream Cheese Frosting :

80g mentega
125g cream cheese
1 camca teh jus lemon
2 camca besar gula ising



Cara-cara :

- Panaskan oven pada suhu 180 darjah celsius, griskan loyang dengan minyak/mentega.

- Dalam satu bekas, masukkan telur, minyak jagung dan gula (semua Bahan B). Kacau dengan whisk hingga sebati lebih kurang 5 minit. (Pasni kompem tangan korang ada muscle yang berketul-ketul. Kahkahkahhh~ Ok, tak lawak.)

- Masukkan Bahan A yang telah diayak tadi dan gaul perlahan hingga sebati.

- Masukkan Bahan C dan gaul rata hingga mesra.

- Tuang dalam loyang dan bakar selama 45 - 50 minit atau sehingga kek masak.

- Sejukkan kek sebelum disapukan cream cheese. Boleh disimpan dalam esbok.



Cara membuat Cream Cheese Frosting :

- Putar cream cheese dan mentega sehingga sebati.

- Masukkan gula ising dan jus lemon. Putar semula sehingga cream menjadi halus dan gebu.

- Sapu di atas kek dan hias ikut suka hati!




Sambil memasak, ada pulak soalan-soalan dari penonton segmen memasak From My Kitchen. Siapa lagi kalau bukan EN ZUL!



En Zul : Kenapa kena letak parutan lobak?


Aku : Sebab dia kek lobak. Kalau dia kek strawberi, kena la taruk strawberi. Jangan pulak taruk buah kiwi.


En Zul : Kalau nak buat kek nangka?


Aku : Kena la letak nangka.


En Zul : Oh, bukan letak cempedak ke? <--- Ok, dia dah mula merepek!


Aku : Laa.. Kena la taruk nangka, baru la nama dia kek nangka.


En Zul : Dah tu, kalau nak buat Kek Cucur Badak, kena taruk badak la?


Aku : Tak. Taruk Abang je dalam tu! Abang dengan badak dah tak de beza pun!



Ok, sesi soal-jawab ditutup! Aku boleh jadi gila kalau melayan En Zul ni lama-lama.


Lepas dah siap, aku potong sikit untuk En Zul. Dia cakap dia tak suka kek lobak tu. Ooo.. Tak sedap ye? Lepas ni aku malas nak masak dah! Langsung tak nak hargai pengorbanan dan susah payah aku. Bertungkus lumus aku buat kek ni. Sampaikan menitis segala peluh dan air liur aku, tapi secebis pun kau tak hargai... Sob.. Sob.. Sobbb.. Tak apa laa.. Mentang-mentang aku orang miskin, rupa tiada harta apatah lagi.. Kau hina aku macam ni...... Eh?





Potongan kek yang sangat tak kemas.
Mungkin cincangan nenas dan almond yang terlalu kasar.
(Salahkan nenas dengan almond pulak.. Hahaha)



Tak sempat nak tunggu kek sejuk, terus curah cream cheese. Tak pasal-pasal je cream tu cair..





Bakal Masterchef Malaysia Pertama,

Tuesday, December 20, 2011

Bukan salahku

Sejak aku ambil order Puding Roti dari Baman, serius aku jadi rajin nak masak pelbagai jenis pencuci mulut, terutamanya kek. Rentetan dari peristiwa itu, aku dah try buat Brownies dan lepas ni aku akan cuba buat makanan lain pulak.




Maka nyaaaaaaaa....


























Aku akan stop diet untuk sementara waktu dulu.
Lepas puas try macam-macam menu, baru nak start diet balik.



Boleh kannnnn?


Love,

From My Kitchen : Brownies

Ehem-ehem..
Sejak dua menjak ni terasa teringin sangat nak makan brownies yang sedap. Nak beli, rasanya macam mahal pulak harganya. Sepotong lebih kurang RM7 lebih. Baik beli Indulgence, puas hati makan. Tapi kalau dah sedap, kenapa nak pertikaikan harganya pulak? Hmm, normal la manusia macam aku yang kufur nikmat ni.

Lepas search resepi, aku try cara buat brownies ni. Main belasah je campur adukkan bahan-bahan. Macam biasa, En Zul akan jadi mangsa aku untuk test rasa makanan yang aku masak. Agak-agak tak boleh nak telan atau macam keracunan makanan, aku lempar je makanan tu ke dalam tong sampah.

Setel.

Ok, bahan-bahan dan cara-cara menyediakan BROWNIES adalah :

Langkah A :



Butter (250g) - any brand should be ok.



400g coklat masakan.



First thing first, butter dan coklat masakan dicairkan dahulu dengan menggunakan kaedah double boiler.
(Double boiler - mencairkan choc dan butter menggunakan 2 periuk. Periuk bawah (besar) diisi dengan air, periuk atas (kecil) diisi dengan choc dan butter. Guna api perlahan sehingga bahan cair)



Teknik double boil. Sangat mudah. Jangan lupa, gunakan api yang perlahan.




Setelah butter dan coklat masakan cair, ketepikan dan biar ia sejuk.




Orait, langkah seterusnya (dalam bekas yang lain) :

Langkah B :




6 biji telur ayam (gred A)



2 cawan gula perang
(manis bergantung kepada selera. Boleh dikurangkan sukatan jika mahu).
Kalau tak ada, gula pasir pun boleh...




1 sudu esen vanila.



Semua bahan B dicampur dan dikacau sehingga sebati.
Kacau guna sudu je, tak perlu guna mixer.



3/4 cawan tepung gandum.
Ayak tepung.



1/2 cawan serbuk koko.



Tepung gandum dan serbuk koko dimasukkan ke dalam bekas bahan B dan dikacau sehingga sebati sekali lagi.





Masukkan badam / macadamia / hazel / pecan




Setelah semua bahan dikacau sebati, masukkan adunan ke dalam loyang yang sudah digris dengan minyak/mentega.





Bakar di dalam oven selama 45 minit dengan suhu 180 darjah celsius.
Cucuk tengah-tengah brownies menggunakan lidi.
Jika brownies tidak melekat pada batang lidi, itu menandakan ia sudah masak
=)



Alhamdulillah, percubaan pertama menjadi dengan jayanya.



Jika nak taruk topping atas brownies, lepas brownies masak, patah/potong coklat masakan dan tabur atas brownies.
Masukkan semula brownies ke dalam oven dan biar coklat cair dengan suhu oven.
Selepas coklat cair, ratakan coklat dan biarkan sejuk.




Untuk tempahan :
Sila maklumkan seminggu lebih awal.



Eh?

Ok, aku merapu.



Love,

Monday, December 19, 2011

Kau mampu?

Dulu.......







Seminggu turun 6kg!








Sekarang......








Turun 3kg je...






Tak pela.. Janji berat aku turun.








Yessss!!! Berat turun 3kg walaupun aku melantak makanan macam bela hantu raya!
Kau mampu?




Love,

Sunday, December 18, 2011

Perghhh.. Macam-macam teknologi kat dunia ni, tapi yang ni jugak terbaikkk!!

Sebut je gadjet, macam-macam benda boleh buat. Belum termasuk iPhone, iPad, Samsung Galaxy Tab, tak kira la tablet ke, tabphone ke, semua ada application yang hebat-hebat. Blackberry? Ok leee.. Boleh jugak layan BBM free kan? Ok, aku belum pernah pakai semua gadjet-gadjet tu. Belum sampai tahap keperluan rasanya untuk memiliki semua benda tu. Cukup la setakat Nokia N8 aku ni je...

Tapi bagi aku, dalam banyak-banyak benda yang berteknologi tinggi ni, ada satu benda yang betul-betul buat aku impressssss! Lebih-lebih lagi benda ni sangat compatible dengan diri aku, sifat dan sikap aku. Haaa.. Aku rasa belum ada gadjet yang sesempurna alat ni.

Apakah ia?










Harganya bergantung kepada capasity.











Semakin besar kapasiti yang boleh ditampung olehnya, semakin mahal.









Ada macam-macam brand kat pasaran.













Ada macam-macam bentuk dan kaler.










Aku punya brand Samsung, auto function, kapasity 13kg, harga around RM1200++ (kalau tak silap aku harganya la).









Haaa.. Dapat teka?















It's WASHING MACHINE!




Hahaha..
Kenapa aku rasa ia nya best dan sangat compatible dengan aku?

Sebab aku ni PEMALAS. Kerja nak yang mudah je. Kalau ada yang lagi simple, lagi la aku berkenan. So lagi bertambah la Vitamin 'M'alas aku dalam badan ni. Aku rasa En Zul lagi rajin dari aku. Aku ni kalau campak dalam kandang lembu pun, kompem aku lagi malas dari lembu-lembu yang ada tu.

Ok, sebenarnya aku kena basuh kasut sekolah anak-anak. Last 2 weeks kan kaki aku luka terkena air panas. So agak susah aku nak mencangkung lama-lama untuk basuh kasut sekolah anak-anak. Kerusi kecik pun tak pernah ada dalam bilik air. Bila aku mintak tolong En Zul basuhkan, banyak pulak alasan pakcik tu. Ha, masa ni memang terserlah kemalasan orang tua ni.

So bila dah dua-dua malas nak basuh kasut, maka En Zul beri cadangan supaya semua kasut tu (4 pasang) dicampakkan sahaja dalam washing machine! Peh, senang betul! Ok, aku pernah buat benda ni masa kecik-kecik dulu. Aku kan pemalas. Kalau boleh aku nak pakai selipar jepun je pergi sekolah, so tak payah susah-susah aku nak basuh selipar tu. Sebab terlampau malas, maka aku campak je kasut sekolah aku dalam washing machine Maklang.

Tapi masa tu bunyi mesin tu memang hazabbb! Mesin tu dah la manual. Sekali dia berpusing, ketang ketung, ketang ketung bunyi dia! Macam ada hantu pulak dalam mesin tu. Tapi this one, bunyi dia slow je.. Tak dengar pun ketang ketung dalam mesin tu. Dan yang paling penting, with one single button semua kerja siap dalam masa yang ditetapkan.

Paling aku tak sangka, kasut sekolah anak aku yang hitam berlengas tu boleh jadi putih dan bersih!

Whoaaaa~!

Hebat! Hebat! (hand clapping)

Aku memang tak sangka la mesin basuh aku ni boleh buat macam tu. Serius bersih kasut sekolah anak aku. Mungkin semua orang dah tahu kehebatan mesin basuh zaman sekarang. Tapi kesian kat aku, sebab aku baru tahu tadi. Muahaha...

Bila aku keluarkan kasut tu, aku redha je la kalau kasut tu masih hitam. Tapi bila aku tengok kasut tu bersih, mahu aku melompat kegembiraan sampai menitiskan air mata... Huhuhu..

Ok, aku terlebih emo.

So lepas ni tak payah la aku nak bertolak-tolak dengan En Zul untuk basuh kasut anak-anak. Tapi kalau anak-anak aku ada, aku suruh je diorang basuh dengan tangan. Kanak-kanak jangan dimanjakan sangat! So tips ini jangan sampai ke pengetahuan anak-anak. Kang tak pasal-pasal time nak mandi pun diorang masuk dalam mesin basuh dan tekan butang START! Punya la pemalas nak mandi! Lepas tu masing-masing keluar dari mesin basuh jadi putih melepak.

Now aku terfikir, siapa pulak nak kapurkan kasut diorang?

Aku taknak. Aku malas.

Saturday, December 17, 2011

Vlogging

Mungkin ramai yang tidak tahu apa itu Vlogging.

Yep, aku pun baru je tahu maknanya. Selama ni aku cuma tahu blogging je, sebab aku pun dah terjebak dalam dunia blogging ni. Vlogging adalah Video Blogging, yang mana ia adalah salah satu cara untuk meluahkan pendapat dan mengekspresikan perasaan melalui VIDEO. Kalau blogging lebih kepada penulisan dan gambar, vlogging pula lebih kepada rakaman video dan mengandungi isu yang kita nak ketengahkan.

Dulu aku selalu layan vlogging ni. Tapi aku sendiri tak tahu yang video yang aku layan kat Youtube tu adalah kategori Vlogging. Ada video yang aku suka sebab ia kelakar. Tapi ada jugak yang aku tak berkenan. Sebenarnya ia satu subjektif. Mungkin pada aku ia sangat membosankan dan merepek, tapi pada sesetengah orang video tu sangat menghiburkan!

Ok, aku suka tengok video Matlutfi. Pada pandangan aku, dia seorang yang kreatif, inovatif dan sentiasa peka dengan isu sekeliling. Semua video dia (yang aku sempat layan) sangat kelakar dan ada point untuk setiap isu. Dengan penggunaan bahasa yang mudah difahami (cakap pulak slang Kedah), dia berjaya menyampaikan sesuatu isu dengan effort yang aku sendiri tak duga!

Yes, seperti iklan or video pendek, ada yang mengatakan Matlutfi ni mempunyai bakat seperti arwah Yasmin Ahmad. Sangat bijak mengeluarkan idea dan pengolahan idea dia sangat kreatif! Kadang-kadang ada jugak video dia yang menyentuh isu sensitif, tetapi itulah realiti! Realiti yang berlaku dalam kehidupan kita, lebih-lebih lagi rakyat Malaysia (no offense, ok?). Aku tak rasa video dia melampau. Secara positifnya, aku boleh nampak Matlutfi mengupas isu-isu semasa dengan cara dia tersendiri.

Ada beberapa video yang boleh kita layan. It's simple, but it's funny. Yang lebih penting adalah isu yang diketengahkan, kan?



Sampah.
Suatu yang remeh, tapi ia meninggalkan kesan pada kita =)




Another video by Matlutfi :






Dan video ni sekadar nak happy-happy or nak release tension. Kalau ada yang rasa video ni macam sampah or hampeh, terpulang. Itu subjektif. But for me, he did a good job dan he's fabulous! Serius aku tergelak tengok video dia. Walaupun dia 'kepala gila-gila' tapi kita tak boleh pandang ringan dengan idea dia =)

One word for him = Brilliant!

Ok, back to the vlogging. Ada ramai vlogger-vlogger yang boleh kita lihat 'luahan hati' mereka kat dunia maya. Selain Matlutfi, ada seorang vlogger yang semakin popular iaitu Maria Elena. Aku bukanlah peminat Maria, sebab aku tak rasa video dia menarik.

Maaf, aku jujur.





Ok, my dear Maria.. You've got your own opinions, but.. Sorry to say, i don't like to see your body language or 'performance'. Macam GEDIKSSS je.. Ok, itu mengikut keselesaan Maria. Mungkin dia selesa jadi begitu, that's her! Tapi aku tak berkenaan lorrr (ada orang kesah?). Just pick up some issues and take it as positive things. That's it.

Uh umm.. Ada satu lagi vlogger. Banyak jugak budak ni (i mean, minah ni) upload video dia. Nama? Aku tak tahu. Sebab aku kurang layan video dia. Pernah pertama kali aku tergerak hati nak klik kat video dia. And she got her issue, but still macam Maria, aku tak berkenaan cara penyampaiannya. Maybe she's worse than Maria. Perghhh.. Macam gangster Kampung Pisang je aku tengok minah ni..






Yes, untuk berlaku adil kepada semua vlogger, dia memang ada point untuk segala isu yang dia perkatakan. She's good.Tapi seriesly aku tak minat gaya dia. Macam buat-buat je. Tak natural. Tapi itu hak dia kan? Kalau nak berlakon ke, nak berpura-pura ke, itu dia punya pasal. Tapi aku punya pasal pulak adalah AKU TAK MINAT CARA DIA. Hahaha...

Jap-jap. Ada sorang lagi vlogger. Memang glamer gila. Dia terkenal dalam Youtube, dalam Friendster, dalam TV and even dalam dunia MLM. Haaa, cer teka sape? Cer teka...

Yessss.. Cikgu Shida dari Parit.

Hmm. First time aku tengok video dia, aku mula terfikir.. Apakah....???? Seriesly dia ni cikgu? Macam terencat je.. Ramai yang share video dia dalam FB. Ada yang puji, tak kurang jugak banyak yang keji. Memang itu cara dia untuk melepaskan rasa tension (kerjaya guru kan banyak tekanan). Tapi adakah itu cara yang terbaik? Aku rasa tak perlu la nak buat mimik muka yang pelik-pelik, muka herot-berot dan terkinja-kinja macam orang utan. Siap make up dan costume segala bagai. Ohhhh.. Serius aku malu tengok cara dia ber'vlogging..







Pelik? Jelik? Ok, kita layan lagi...





Ok-ok... Last aku bagi link. Tak sanggup rasanya nak taruk link banyak-banyak. Serius boleh sesak nafas tengok video dia. Untuk terakhir, aku letak link yang ini :




Walaupun dia pelik, dia macam terencat, tapi dia ramai peminat. Setiap video dia berjaya mencatatkan pengunjung yang agak ramai, walaupun baru 2 hari diupload ke Youtube. Hmm, mungkin selera orang zaman sekarang dah berubah. Mungkin ramai yang dahagakan lawak yang sebegini dari Cikgu Shida.

Tapi bagi aku, Cikgu Shida gagal menggembirakan hati aku.

Ahmad Lutfi is the best!

Thursday, December 15, 2011

Emergency Order By Baman

Chakk!!
Selamat Pengantin Baru, Baman!!!
Wahhhh.. Seronok erk dah berumah tangga!

Tapi aku tak sempat nak pergi ke resepsi Baman. Serius rasa nak nangisssss.. Aku ku kan BFF Baman, wajib datang la ke resepsi tu. Tapi sebab ada hal yang sungguh menjengkelkan berlaku pada aku dan En Zul pada hari berkenaan, maka terpaksa la aku cancel ke majlis dia.

Takpe..Takpe..
Jangan sedih-sedih. Dia kawin je. Bukannya dia mati, sampai aku nak sedih-sedih segala bagai ni.
So sebagai nak feeling-feeling baru balik dari kenduri Baman, aku nak upload gambar kawin dia.



Selepas selesai Akad Nikah.
Alhamdulillah...



Ni resepsi sebelah Baman kat Puchong.
Tema warna : Putih Purple



Ni resepsi sebelah Kak Husna di Kuala Kangsar


Dah 2 minggu Baman bergelar suami.
Tup-tup tadi dia sms aku.
Sebelum ni pun ada sms gak. Cuma sms kali ni agak lain sikit.
Nak mintak tolong katanya!

Hah?
Berdebar dah... Nak tips yerrkkkkk...!!!
Hahahaha....

Ok, tak kelakar.

Dia sms aku nak minta tolong masakkan Puding Roti. Dia nak bawa sebagai buah tangan masa melawat sedara mara dia weekend ni.
Dia ni memang hantu puding roti aku.
Kalau dapat makan setupperware, pujinya melambung-lambung macam Gunung Everest.
Bukan sedap pun. Tapi ntah tekak dia ni memang dah ketagih kat puding roti aku tu.

Aku ada tertaruk ganja kot dalam puding tu?

Lantak.

So aku pun setuju nak tolong dia.
Sekali dia minta aku masak untuk 10 bekas!

Gulp!

Mampus aku.....
Banyak tuuuuuuu...
Hari ni dah Khamis. Dia nak bawa hari Sabtu. Aku cuma ada masa nak buat time malam je la pun.

Sekali dia minta 10 bekas tupperware biasa je. Yang orang duk guna untuk tapau nasi ayam tu.
Perghhhh... Lega aku!

So balik kerja tadi aku ajak Kak Saly temankan aku beli barang puding.
Dalam pukul 7pm aku balik, Baman dah tunggu aku kat parking rumah aku.
Dia baru balik dari kampung dengan wife dia.
Yeayyyy... Dapat jugak aku jumpa dengan wife Baman.
Kak Husna memang friendly orangnya. Baik dan sungguh sopan santun...
Macam aku.

Kahhh~

So malam ni aku bertungkus lumus menyiapkan puding roti dan sos kastard nya.
Tapi malam ni hanya dapat siapkan 6 bekas je. Itu pun sebab roti dah habis.
Lagi 4 bekas aku sambung malam besok.
Eh, boleh ye main sambung-sambung macam tu?
Belasah je la.





Puding roti yang siap dibancuh cuma 6 bekas.



Mari membakar..
Pastikan suhu oven cukup panas. Untuk memastikan suhu telah mencapai kepanasan maksimum, masukkan tangan anda ke dalam oven dan sentuh besi yang menyala merah di bahagian bawah oven. Jika anda mengalihkan tangan anda dengan pantas, maka oven telah menjadi panas dengan baik. Tetapi jika anda masih lagi memegang besi menyala itu, maka anda harus pergi ke hospital untuk mendapatkan rawatan nefro. Mungkin ada saraf anda yang tidak berfungsi dengan baik.



Sos kastard. Yang hitam tu bukan sos kastard yang hangus ye. Tetapi itu adalah coklat cair. Sos kastard dah habis, tapi tak cukup pulak untuk siapkan 20 bekas. So aku gantikan dengan coklat Hersheys. Bijak kan aku?



So sementara aku menunggu Baman datang rumah untuk pick up order, aku update dulu entri ni.
Semua bekas puding aku dah seal dengan aluminium foil. Agak cantik jugak hasil kreativiti aku tu.

(Hok alohhh.. Seal bekas je punnnnn.. Bukannya buat cetakan batik sampai nak puji diri sendiri melambung-lambung~)

Pukul 10.45pm Baman sampai rumah aku. Baman pun puji hasil kreativiti aku tu cantik.
(Hoi, setakat seal dengan aluminium foil tu, sesapa pun boleh buat la ngokk!)

Ok, cukup-cukup la bertelagah sesama sendiri, wahai Hati...
Baman pun dah selamat angkut semua barang.
So dah tiba masa untuk kemas dapur. Kang tak pasal-pasal bising pulak En Zul tengok dapur bersepah.

Eh, En Zul outstation ke Johor.
So tak jadi la nak kemas dapur.
Esok-esok je aku kemas. Aku malas nak kemas malam ni.
Sekarang nak layan movie.


Out.