It's me.. Juz me... Only me!

If you don't like my words, don't listen.
If you don't like my appearance, don't look.
If you don't like my actions, turn your head.
It's as simple as that.

A wife to a loving husband. A mum to a adorable daughters. A daughter to such a caring parents. A good friend to a good people. Homechef that cook like nobody business.

~I’M NOBODY.. but nobody perfect. So, I’mPERFECT!

My Love's Path

Daisypath Anniversary tickers

Saturday, November 19, 2011

Mari beronggeng-ronggeng pada hari Jumaat yang tiada MEETING....

Jumaat, 18/11/11.
Hari yang tiada meeting pengurusan bersama Datuk.

Yesss!!!
Dari Khamis masa tengah meeting, semua orang dah fikir mana hala tuju nak pergi masa rehat panjang hari Jumaat.
Last-last aku ajak diorang pergi makan kat restoran Ayam Golek Mek Som kat Pandan Indah or lebih dikenali Kerinchi.









Kami ambil set untuk 4 orang, tapi kami tambah nasi jadi 6 orang.
Cuma nasi untuk aku & Ain je lebih.. (nama Ain tak boleh tinggal, ye!)

Menu :
- Ayam golek (1 1/2 ekor) ---> 1/2 ekor untuk 2 orang makan. Hebat tak? Hahaha..
- Tom yam campur
- Kailan ikan masin
- Kerabu mangga
- Telur dadar

Menu yang biasa kan?
Sebab semua dah malas nak fikir pasal menu.
Lagi satu sebab takut menu yang di order tak sedap!
So daripada gamble ambil menu yang pelik-pelik, baik ambil je menu yang biasa makan.

Lepas makan semua terlentang kekenyangan.
Cuma Jaa sorang je yang masih 'segar' sebab dia masih bengang dengan layanan pelayan kat situ.
Biasa la, kadang-kadang memang ada pelayan yang menjengkelkan.
Macam la kedai kau tu 5 bintang kan??

Walaupun dia jengkel, aku tetapppp nak makan kat kedai tu jugak!
Hahaha..

Friday, November 18, 2011

Pelik

Baru-baru ni aku nak service & calibrate mesin Omron.
Ada 23 unit semua.
19 unit untuk bahagian Biofizikal, 4 unit untuk bahagian Publisiti.





Sape-sape yang nak check darah tinggi boleh cari aku.






Untuk bahagian Biofizikal ada 3 pasukan.
Pusat, Merah dan Biru.
Memandangkan tiap-tiap hari ada rekrutmen, maka aku terpaksa service dulu yang publisiti punya dahulu.
Bila Omron Publisiti dah calibrate, aku akan rotatekan dengan Omron pasukan lain.

So aku pun cari la beberapa company yang menyediakan servis untuk calibrate Omron ni.
Senang aku nak compare quotations.
Aku ada jumpa beberapa company, antaranya Pyrom****.

Ok, to be honest memang aku sangat hangin dengan company ni.
Dari hari pertama aku deal dengan this company sampai la hari ni.

Masa mula-mula email company tu untuk hantar quotation, seorang perempuan Melayu ada called aku sebagai wakil company untuk discuss pasal servis.
Lepas PO dah keluar, this girl called balik untuk set appointment berapa unit aku nak hantar ke diorang.
But aku kena deal dulu dengan bahagian publisiti supaya tiada gangguan kalau-kalau diorang pun guna jugak Omron ni.
So aku cakap kat this girl yang aku akan call dia semula.

Pada hari Isnin lepas aku dah setel dengan bahagian Publisiti, aku call la this company untuk bercakap dengan that Malay girl. Tapi the girl cuti pada hari tu. Yang layan call aku adalah Kelly, Chinese girl.




Kelly : Ok miss, u nak set appointment untuk kita collect ur Omron?


Aku : Yup. Bila u boleh datang ambil? Lusa boleh?


Kelly : Boleh tak kita set hari Jumaat?


Aku : Why?


Kelly : Oh, kita punya transportation ke Cheras pada hari Jumaat.   <---- PELIK #1


Aku : So, kalau i nak u datang lusa tak boleh ke?


Kelly : Errr... I kena check balik la.


Aku : Kalau dah sah-sah la u cuma boleh datang hari Jumaat je, kenapa u nak bersusah-susah confirmkan dengan client bila u boleh pick up the unit? Why not u just datang je terus hari Jumaat? Whether unit i dah ready ke belum, u still akan datang je Cheras every Friday right?


Kelly : Yes.


Aku : So, kalau macam tu perlu ke i call untuk set appointment hari apa yang i available? Hmmm.. What ever la. So jangan lupa datang pick up hari Jumaat ni. After lunch.


Kelly : Ok, tak apa. Nanti bila staff yang incharge dah masuk kerja, i akan double confirm dengan dia. Since miss dah deal dengan dia sebelum ni..





Itu perbualan pada hari Isnin.
Masa hari Rabu, si Kelly ni call lagi.
Masa tu aku agak busy sepanjang minggu.





Kelly : Hello Miss. I Kelly from Pyrom****. So i nak confirmkan semula dengan u, hari Jumaat ni kita datang ambil Omron ye?


Aku : Err.. Sori Miss. Boleh tak u datang Jumaat depan. Sebab minggu ni i busy la. <-- terus set JUMAAT DEPAN! Macam dah tau je kan?


Kelly : Ok, kalau macam tu kita datang ambil Jumaat depan. Nanti saya call balik untuk set masa pulak ye.

Aku : Ok. Nanti bila nak datang tu u bawak sekali Job Sheet ye.


Kelly : Job Sheet? Apa Job Sheet?  <---- Takkan tak tahu? Kau run biz apa ni? Pelik #2


Aku : Job sheet sebagai rekod untuk u bawa keluar aset kami. Sebagai bukti yang kami dah benarkan u bawa keluar dari PPUKM. Kalau security tahan u, u ada bukti mengatakan i dah benarkan u bawa balik barang i. Selalunya Job sheet ni sama macam report masa u pulangkan unit pada i. So kalau terjadi apa-apa pada unit i tu, i ada bukti mengatakan u yang ambil.


Kelly : Ohh.. PO kan?  <--- Hadoiii la!! Ape ke bangang perempuan ni?? PELIK #3


Aku : Bukannnn! Dia macam report or bukti pengesahan u datang ambil barang kita.


Kelly : So, nanti job sheet tu u yang prepare kan?


Aku : Eh, apa pulak. U yang kena buat. Ada 2 copy, 1 untuk i, satu lagi untuk u. Nanti i cop sign je...


Kelly : Ok-ok.





Ok, itu panggilan hari Rabu.
Esoknya hari Khamis aku EL.
Dalam tengahari tu aku dapat call lagi.





Wan : Hello, cik. Saya dari Pyrom****. Hari tu cik ada call saya ye? Untuk set appointment? Maaf la, saya cuti hari tu. Ok, so bila cik nak hantar ye? Nanti saya setkan.  <--- Pelik #4


Aku : Eh, kenapa nak set balik? Saya dah confirm kan dengan Kelly yang u all akan collect hari Jumaat depan?


Wan : Oh yeke? Saya tak tahu pulak.


Aku : Kelly cakap nak bagitahu awak. Dia tak ada cakap ke?


Wan : Oh, tak ada pulak. Tak apa cik. Nanti saya confirmkan balik ye.





Haiii..
Takkan si Kelly tu nak rampas customer Wan pulak?
Ke diorang ni ada masalah komunikasi?
Lantak korang la.
Janji Jumaat depan korang datang ambil Omron aku.

Lepas Khamis, diorang buat aku hangin di hari Jumaat pulak.
Dah la Jumaat tu aku EL lagi.
Ada sorang lelaki call aku cakap nak collect Omron.

Sial apakah ini?!
Kan aku dah re-set appointment cakap Jumaat minggu ni tak jadi nak suruh diorang datang ambil. Tapi dah di ubah ke hari Jumaat minggu depan.
Apesal bengap sangat orang-orang kat company ni?






Faizal : Hello, saya Faizal dari Pyrom****. Saya datang nak collect unit.   <--- aik, kan dah cancel? PELIK #5


Aku : Eh, hari ni tak jadi appointment la.


Faizal : Tapi rekod ada tulis suruh saya collect. Address kat HUKM ni.


Aku : Ye, memang patutnya hari ni. Tapi kelmarin saya dah cancel appointment tu. Ni sapa yang suruh awak datang ambil? Kelly or Wan Anis?


Faizal : Saya tak sure la Cik.


Aku : Saya tak faham la dengan company korang ni. Saya sepatutnya deal dengan orang lain, tapi sebab dia cuti, saya kena deal dengan orang lain. Tapi orang lain tu tak maklumkan semula pada orang asal. Tak pasal-pasal orang asal call saya untuk deal balik. Bila saya dah cancel appointment, awak cakap dah datang nak collect unit pulak. Sebenarnya saya ni deal dengan siapa ni? Susah la kalau saya nak deal kalau ramai sangat yang incharge.


Faizal : Saya tak tahu cik. Saya cuma collect unit je!   <--- dah berani nak tinggi suara dengan aku!


Aku : Ye, saya tahu awak collect unit. So boleh tak awak confirmkan betul-betul bila tarikh yang sepatutnya awak datang? Dan boleh tak awak confirmkan semula siapa yang sepatutnya deal dengan saya? Mesti awak ada details kat rekod penghantaran unit tu.


Faizal : Ok-ok. Nanti saya confirmkan dan call cik balik.




Lepas 5 minit.....





Faizal : Ok cik. Saya akan datang pada hari Jumaat depan. Yang sepatutnya bagitahu dah cancel Kelly. Nanti cik call dia kalau ada apa-apa. Sori ya cik..


Aku : Ok, thanks.






Haaaa..
Kan senang macam tu.
Ni kau main terjah je nak datang ofis aku!
Nasib baik kau belum sampai lagi ofis aku. Kalau kau dah sampai, pastu tengok aku tak ada (EL), then rupa-rupanya appointment pulak cancel, padan muka dengan kau!

Ok, dah setel hal seminggu.
Now dah masuk minggu yang baru.
Last Monday si Kelly tu called aku untuk set masa pengambilan unit untuk hari Jumaat ni.
Tapi sampai hari ni dia tak call aku.
Ok, tak pe.

Hari ni Jumaat.
Dari pagi sampai ke petang aku tunggu dia call. Haram tak ada!
So tengahari tu aku ajak kawan-kawan keluar makan kat Kerinchi.

Dah pukul 2.30pm, masa tu aku tengah drive balik PPUKM.
Sampai depan entrance PPUKM, aku dapat call dari Faizal cakap dah sampai.






Faizal : Cik, saya dah sampai nak collect unit.


Aku : Ok-ok. Saya kat luar ni, lagi 15minit saya sampai.


Faizal : Saya nak tunggu kat mana?  <--- Bongok ke hape ni? Ofis aku laaa.. PELIK #6


Aku : Hmmm.. Tunggu kat ofis saya la.


Faizal : Kena ambil kat ofis ke?  <--- So, what do u expect? Kau nak aku turun hantar untuk kau ke? PELIK #7


Aku : Ye la, takkan saya nak turun hantar pulak?


Faizal : Ofis kat mana ye?  <---- Laa.. Nak collect, tapi takkan tak tahu kat mana? PELIK #8


Aku : Eh, takkan tak tahu?


Faizal : Memang tak tahu. Saya tak pernah datang lagi ofis cik.


Aku : Memang la tak pernah datang. Takkan tak ada address ofis saya?


Faizal : Tak ada.  <---- macamana staff kau buat kerja, bingaiiiiii? PELIK #9


Aku : Ok la. Ofis saya tingkat 7, bla..bla..blaaa...


Faizal : Ok, nanti saya naik.





Damn!
Apesal bengap sangat ni?
Serius aku tak tahu macamana company ni boleh survive dengan cara kerja yang sungguh bengap ni!

Kerja serius tak ada komunikasi berkesan langsung.
Mungkin korang ada masalah dalaman antara korang sama-sama staf.
Tapi jangan la tunjuk sangat masalah tu pada client.
Kau menunjukkan gambaran yang negatif pada aku sebagai customer kau.
Sampaikan aku sendiri tak yakin nak hantar servis lepas ni kat company kau tu.

Hm, ntah la.
Aku rasa dah mula malas nak deal dengan company macam ni.
Rasa macam nak batalkan PO dan cari company lain.

Biar diorang belajar cara-cara nak handle company dengan baik dan belajar komunikasi berkesan, baru aku berani nak deal dengan korang.

Tapi kalau cakap putar belit, pastu sistem pengurusan macam hampagas, aku rasa korang boleh tutup company tu dan masing-masing pergi cari kerja lain dan belajar semula cara nak berniaga.

Ingat la sikit.
Company kau tu sediakan service untuk orang ramai.
Tapi kalau ramai orang yang komplen dengan service kau, memang tak selamat la jawabnya!


Wednesday, November 16, 2011

Marah

Ini adalah sebab kenapa aku boleh jadi amukan puaka semalam.


Pertama :

Pagi tadi Aleeya mandi lama-lama dalam bilik air.
Bukan bermakna aku suka dia mandi cincai-cincai sampai langsung tak bersabun dan tak bergosok gigi.
Tapi bayangkan kalau budak umur 7 tahun masuk bilik air pukul 5.50am, tapi sampai pukul 6.20am tak keluar-keluar, apa jadahnya??

Mandi pun paling tidak cuma gosok gigi, kumur-kumur dengan Listerine, then mandi bersabun dan bersyampu.
Bukannya nak suruh mandi wajib or trim segala bulu ari-ari kat badan dia pun.
So tak perlu la nak mandi sampai setengah jam kan?

Pukul 6.00am (selepas 10min) aku jerit panggil dia.
Tanya buat apa lama-lama dalam bilik air?
Dia cakap tengah mandi.

Of cos la kan?
Alasan paling senang untuk elak kena maki.

Pukul 6.10am aku tanya lagi, dia jawab tengah mandi jugak.
Hujung-hujung dah pukul 6.20am aku ugut nak pecahkan pintu bilik air tu, baru kelam kabut dia keluar!
Mahunya aku tak marah?

Ikutkan aku pukul 6.20am tu dah get ready nak keluar rumah dah.
Nak hantar budak-budak ni ke rumah babysitter tu dah la jauh.
Nak hadap jem lagi.
Nak rushing masuk ofis lagi.
Bila dah dia mandi lambat, tak pasal-pasal dia drag semua masa jadi lambat.
Segala-galanya jadi lambat tahap cibai!
Pukul 6.30am baru dia siap pakai baju dan sikat rambut.
Itu pun tak berbedak hokeh!


Kedua :


Pagi semalam aku kena hantar anak sorang-sorang.
Means aku kena drive sendiri la.
Aku ni tak suka drive kalau nak menghadap jalan jem.
Dah kereta aku manual, memang kejang la kaki jawabnya.

Malam semalam En Zul cakap pagi esoknya dia kena pergi KKL.
Sure kena gerak awal pagi.
Masa kat rumah sambil tengok Hawai Five-O, aku tanya lagi.
"Esok KITA hantar anak kan?"
Dia jawab, "Aah!"

Ok, sila perhatikan ayat aku betul-betul.
KITA!
KITA ok...!!!
Maknanya AKU dan EN ZUL!

Alih-alih pagi semalam aku tunggu anak-anak bersiap, tunggu En Zul bersiap, tiba-tiba dia cakap aku kena hantar anak-anak sendiri.
Dah la Aleeya membuatkan pagi tu serba-serbi lambat.
Dan-dan dia cakap aku kena hantar sorang-sorang.
Memang nak kena maki!

Nasib baik syurga bawah tapak kaki suami.
Tak jadi aku nak maki pagi semalam.
Paling tidak pun aku merungut je dalam hati.


Ketiga :

Lepas aku hangin dengan En Zul, aku drive hantar anak dengan perasaan sebal.
Elok pagi tu aku nak tenangkan hati, tiba-tiba Aleeya buat perangai balik.


Aleeya : Mummy, kasut sekolah adik tertinggal kat rumah.



Sialpalisssss..

Dah nak sampai rumah babysitter baru kau nak cakap kasut tertinggal.
Mana sempat nak patah balik.

Terus aku call En Zul.
Tanya pasal kasut tu, sebab aku langsung tak tahu menahu pasal kasut yang di bawa balik tu.
Sebab petang semalam tu En Zul yang ambil anak dari rumah babysitter.


En Zul : Aah, diorang ada bawak balik kasut sekolah semalam. Lupa nak bagitau Mummy.


Boleh?
Arghhh.. Kenapa la tak bagi tahu aku semalam??????
Boleh la aku ingatkan budak-budak tu ambil kasut diorang.
Dah la kasut tu diorang bawak masuk ke rumah.
Kalau bawak balik, tapi tinggal kat dalam bonet kereta, satu hal la jugak.
Ni diorang pergi simpan kat dapur.

Apa kejadahnya?

Dan aku paling tak faham, kenapa nak bawak balik kasut sekolah dari rumah babysitter pada hari ISNIN?
Bukan ke nak bawak balik kasut selalunya pada hari JUMAAT?

Cibs.
Serius menaikkan darah aku.
Last-last budak-budak tu pakai selipar pergi sekolah agama dan sekolah kebangsaan
Padan muka korang!


Keempat :

Jammed!
Kat KL ni celah mana yang tak jammed?
Aku ikut highway 4 lane pun jem jugak.
Lahanat betul.

Aku selalu ikut jalan kat MRR2.
Bila time pagi menghala ke KL hari-hari jem.
Itu normal.
Orang ramai nak masuk KL pergi kerja kan.
Tapi time petang jalan menghala KL pun jem hari-hari jugak!
Padahal orang dah nak balik kerja kan?????

Pagi jammed, petang jammed.
Dah tu, bila nya tak jammed?
Subuh?
Tengah malam?

Dah la jammed tu jalan tersengguk-sengguk.
Jammed yang sangat hazab!
Kalau nak beromen dalam kereta pun, kompem setel 3 round!

Itu pun kereta kau masih kat tempat yang sama!
Langsung tak gerak-gerak!
So kau boleh sambung main romen-romen untuk kali seterusnya.

Aku lebih rela ikut highway Duke kalau dah sengsara sangat jiwa aku dengan MRR2 tu.
Biar la jauh sikit nak sampai Cheras.
Sekurang-kurangnya kalau ikut Duke, dia jammed sikit je kat Loke Yew je.
Tapi kalau hari-hari lalu Duke pun boleh meroyan aku.
Jauh gila nak memusing!
Huhu...

Tuesday, November 15, 2011

Wordless Tuesday!





Tiada perkataan yang sesuai untuk aku gambarkan perasaan aku pagi ni selain
CARUTAN!





P/s : Sori, tak sempat nak tunggu WEDNESDAY!

Sunday, November 13, 2011

Tahniah, Aleeya sayang.....

Hari ni Aleeya telah makan :
(sori, pic google tak cantik)





1 biji kuih Vadai









1 biji roti bom










8 biji telur mata!

Anak-anak aku memag hantu telur mata.
Huwargghhhh!!










Gila mentekedarah budak kecik ni.

Petang tadi dia mengadu lapar lagi.
Dah la aku tak masak apa-apa.
Pastu dia selongkar esbok aku, terjumpa sebiji buah epal hijau kepunyaan En Zul.
Dah makan epal pun tak kenyang lagi.





Makan epal untuk jaga kecantikkan kulit.
Padahal perut kau lapar!





Malam nya aku masak ayam goreng dan tomyam campur.
Elok je aku hidangkan nasi, dia cakap tak nak makan nasi.
Betul-betul kufur nikmat dia ni!
Pastu dia cakap nak makan telur mata lagi.


Astaga......


Dalam pukul 9.30pm, dia mengadu lapar lagi.
Aku mula la naik hantu!
Last-last aku masak nugget ayam je.
Boleh jugak aku join makan sekali.
Hehehe...







Serius semua pic ni aku rembat dari Google.





Baru je seketul nugget Aleeya gigit (baru gigit je pun), tiba-tiba dia senyap kaku.
Aku tanya la kenapa?
Pastu dia tunjuk sesuatu.
Dia nganga kan mulut dia luas-luas.

Rupanya gigi dia yang dah longgar tu mula berdarah!

Aku dah cuak!
Terus aku suruh En Zul cabut gigi tu sebelum lagi banyak darah yang keluar.

Oh, anak Mummy..
Dah besar rupanya kamu.
Patut la semalam Aleeya cakap dia bukan budak kecik..
Heheehe...






Gigi pertama Aleeya yang patah.





Comel tak Aleeya yang rongak ni?
Hehehee...





Haaaaaa.... Cak!
Aleeya nak sambung makan nugget.
Dah patah gigi pun masih berselera nak makan.
Nasib baik masa makan tadi tak tertelan gigi tu.







Dan sekarang, Aleeya dah kekenyangannnnnn....
Blurrrppp.. Alhamdulillah... =)








Eh?


Semalam aku bawa anak-anak ke taman kat Tasik Sri Permaisuri.
Seperti biasa, jumlah peluh dan pembakaran lemak selepas mereka bermain, amat ciputttttt je berbanding jumlah wang yang dikeluarkan untuk membeli jajan diorang.
Serius tak berbaloi datang bermain kat sini.
Kalori tak terbakar, tapi lemak makin bertambah!

Selalunya aku bawa diorang ke taman ni :




Playground ni siap ada jambatan gantung sepanjang 20m kot... Or maybe more than that.



Another side of playground. Ada side yang lagi satu, tapi jauh.. Malas aku nak berjalan.
Hehehehe..







Tapi semalam sebelum aku gerak ke tasik, aku singgah di taman kawasan rumah aku :





Playground tak besar, sekali aku naik je kompem roboh.







Sekali Aleeya komplen.....







"Mummy, tak nak la main kat sini. Mummy ingat adik ni BUDAK KECIK ke?"





Dah tu?
Kau bukan budak kecik ke, Aleeya?
Terdiam aku untuk seketika.....

Kalau kau bukan budak kecik, sudah!
Tak payah pergi playground.
Itu tempat untuk budak-budak kecik je.

Jom balik, sampai rumah kau tolong Mummy masak.
Setel.

Saturday, November 12, 2011

Sekali sekala menyakat anak pun best jugak

En Zul terpilih untuk join group KIK anjuran PPUKM.
So kelmarin dia menyertai kursus KIK kat Bangi.

Sampai rumah, dia bawa balik buku program.
Kat dalam buku program tu ada gambar kumpulan En Zul.
Aku sengaja tunjuk gambar En Zul kat anak-anak.

Lepas lunch tadi, Aleeya mula nak mengada-ngada dengan aku.
Naik rimas aku.
Makanya, aku pun 'layan' la mengada-ngada si budak debab tu.






Aleeya : Mummy, mana gambar ayah tadi?


Aku : Nak buat apa?


Aleeya : Adik nak tengok.


Aku : Gambar apa?  <--- Ok, kita start nyakat dia


Aleeya : Alaaa.. Gambar ayah tu. Yang Mummy tunjuk kat adik tadi tu.


Aku : Ada ke? Macam tak ada je...


Aleeya : Ada... Cepat la, adik nak tengokk...


Aku : Hish, mana ada. Adik salah ni. Mana ada Mummy tunjuk kat adik gambar ayah.


Aleeya : Ada. Mummyyyyy.. Nak tengokkkk..


Aku : Pergi ambil kat dalam beg tu.


Aleeya : Beg mana?


Aku : Beg ayah.


Aleeya : Yang mana satu?


Aku : Beg ayah tu laaaa....


Aleeya : Mummy simpan kat mana?


Aku : Ntah. Mummy lupaaa...


Aleeya : Alaaaa... Mummyyyyyy.. Cepat laaaa.. Kat mana?


Aku : Dalam bilik.


Aleeya : Beg yang mana satu?


Aku : Beg kaler merah.





Dia pun terus masuk bilik aku cari beg kaler merah.





Aleeya : Mummy, tak jumpa pun beg kaler merah... 


Aku : Ada, pergi cari dalam bilik tu..


Aleeya : Tak adaaaa....





Dia masuk balik ke bilik..





Aleeya : Mummy, mana ada beg merah ayah dalam bilik tu...


Aku : Eh, Mummy cakap beg merah ke?


Aleeya : Ye laaa.. Mummy cakap merah tadi.


Aku : Oh, bukan-bukan... Beg kuning la..





Dia masuk balik ke bilik.





Aleeya : Tak ada pun Mummy.


Aku : Apa yang tak ada?


Aleeya : Beg kuning ayah.


Aku : Laaa.. Mummy sebut kuning ke? Bukan kuning, tapi hijau.


Aleeya : Mummy tipu! Cepat la Mummy...... Beg mana?


Aku : Beg hijau laaaa..




Dia masuk bilik. Again!





Aleeya : Hishhhh.. Mana Mummy? Adik tak jumpa pun.


Aku : Jumpa apa?


Aleeya : Beg hijau ayah. Adik nak tengok gambar ayah.


Aku : Ayah mana ada beg hijau. Ayah pakai beg kuning la.


Aleeya : Tipu! Mummy dah sebut dah kaler kuning tadi. Mana ada.


Aku : Oh, yeke? Haaaa.. Beg merah la Mummy rasa.


Aleeya : Mummyyyyyyyy.... Cepat laaa.. Adik nak gambar ayah....


Aku : Pergi la amik.


Aleeya : Adik tak jumpa pun beg ayah tu...


Aku : Laaaa... Mummy bukan simpan dalam beg, tapi Mummy simpan dalam plastik.


Aleeya : Tipuuuu!!! Mummy cakap beg tadi.


Aku : Mana adaaaaa... Plastik la.





Aleeya masuk ke bilik lagi. Kesiannnnnnnn...





Aleeya : Tak ada punnnnnn... Isk... Isk... Isk.. (dah mula nak nangis. Hahaha..)


Aku : Tak jumpa ke? Ada dalam bilik la.


Aleeya : Bilik mana?


Aku : Hah! Baru nak tanya bilik mana? Yang adik menonong je masuk bilik Mummy tu kenapa?


Aleeya : Kat bilik mana?


Aku : Bilik tengah.


Aleeya : Mummy.... Cepat la.. Jangan la tipu... Adik nak gambar ayah.... (Nangissssss)


Aku : Alolololooooo.. Kesian anak Mummy.. Meh sini kat Mummy meh... (sambil tarik kepala dia sumbat bawah ketiak aku. Ketiak aku kan wangi katanya! Kahhhh!)








Mula merengek





Nangissss... Yesss! Seronok aku nyakat dia.
Hahahaha..

Cintai Alam Sekitar

Aku tengah layan Free Willy dengan anak-anak.
Aleeya tengah baring kat bawah ketiak aku (Wangi katanya.. Kahhhh!)
Ika pula tengah buat homework.
Dah hujung-hujung tahun ni, ntah homework apa yang dia buat, aku pun tak tahu.
Biar la dia.
Sekurang-kurangnya otak dia tak kepam bila cuti sekolah lama sangat nanti.



Ika : Mummy, apa maksud ayat ni? "Kita harus cintai tanah..."


Mummy : Oo.. Senang je tu. Kita kena cintai tanah dengan menanam pokok-pokok dan bunga. Pokok akan mengeluarkan gas oksigen. Gas tu untuk kita bernafas dan hidup. Pokok juga sebagai tempat kediaman kepada hidupan parasit, macam pokok duit-duit yang melekat kat pokok tu. Pokok juga.... Bla... Bla... Blaaaa... Fotosintesis.... Bla.. Blaa... Blaaa..... (ceh, bajet bagus semua ilmu keluar, padahal anak kau sepatah haram tak faham apa yang kau cakap!)




Malam tadi......



Ika : Mummy, soalan hari tu cikgu cakap Mummy jawab salah.


Aku : Huh? Apa yang salahnya??? Bak sini Mummy tengok! Ntah-ntah cikgu kakak tu yang tak reti! (Rampas buku anak. Bengkeng gile!)








Soalan 4 : Kita harus cintai tanah air kita.







Baik lah, cikgu. Saya memang salah......... Huhuhuuu.. (Kau memang nak kena Ika!)

Thursday, November 10, 2011

Semua turun, tapi tang GAJAH jugak yang naik!

Semalam babysitter bagi buku laporan prestasi pelajaran anak-anak.
Aku tengok laporan Ika dan Aleeya, semua hampir sama je.
Hm.. Tak tahu macamana nak respon depan budak-budak ni.
Aku ambil laporan tu, sampai rumah aku tunjuk je depan En Zul.

Lepas En Zul tarbiyah budak-budak tu, semua tak ada selera nak spend masa sama-sama.
Semua masuk tidur jam 10.30pm!
Awal gila kan?
Hahahahaha...

Berikut adalah keputusan peperiksaan diorang.
(Aku lupa nak scan/snap pic. Laporan tu dah hantar ke sekolah pagi tadi)



Bahasa Melayu : Turun
Matematik : Turun
Agama Islan : Turun
Bahasa Arab : Turun
Sains : Turun
English : Turun

Ketidakhadiran : Merosot (20 hari setahun)


Berat badan : Semakin MENGGAJAH!




Hahahahahahaa.....


Ika = 21kg
Aleeya = 23kg



Hm... Anak-anak Mummy dah besar...
Tapi pelajaran merosot.
Sebab banyak main game & FB!

Test Market

Sedang aku mendownload movie Al-Hijab tiba-tiba ada satu mesej masuk.

(Sesiapa nak tengok full movie boleh tengok kat sini ---> http://www.youtube.com/watch?v=Fh_xzVyoZik. Jimat duit nak bayar duit tiket wayang @ beli CD @ langgan Astro First).









+601954424** : Salam..

Aku : Slm

+601954424** : Tau ak sape ni??  <--- wah, ayat macam 'Abang Kawasan' jek!

Aku : X tau. Sape ni?

+601954424** : Ade mkwe ak lg? Hehe

Aku : Makwe? X phm la. Ko sape?

+601954424** : X de mkwe lg ke? Ke dh ade.  <--- eh, apsal nak tau pasal makwe orang? Kau nak test market ke?

Aku : Ko ni sape?

+601954424** : Ila mk.yg lam fb tu.  <---- Kau bajet glamer ye dik...??

Aku : Ila mane ek? Ape name dlm fb? Lupa plak

+601954424** : Nur azila.. Membr nurul.

Aku : Oo.. Ok2...




Kesian budak ni.
Dah sah-sah kena tipu dengan jantan.
Tapi yang paling kesiallllll bila awal-awal text terus nak jek tanya soalan pasal awek orang!

Kenapa dikkkk?
Kau dah tak laku sangat ke sampai nak test market macam ni?
Kot ye pun kalau kau suka kat jantan tu, kau jangan la sibuk tanya pasal hal peribadi orang lain.
Risik-risik la dulu dari kawan-kawan kau.
Tak pun kau tanya je la kat kawan kau yang nama Nurul tu.

Eh, kau baru kenal kat fb ye?
Mesti ni kannnnn???
Ye la, siap mentioned cakap dalam FB bagai..
Rupanya kau pun tak kenal jugak siapa mamat tu.
Just kenal melalui fb dan melalui kawan.
Itu pun kalauuuuuu kawan kau kenal mamat tu.
Tapi kalau kawan kau tu sama je macam kau?
Kenal atas kawan yang lain?
Then apa yang kau nak harapkan lagi dari dia?
Awal-awal lagi dia dah 'kencing' kau dengan beri no tel yang salah.
No aku pulak tu!

Hish... Hish... Hish....


Lepas aku layan budak tu, terus aku search nama Nur Azila.
Nak tengok jugak macamana muka budak pra-matang ni.
Kot la cantik.
Kalau cantik, tapi kena tipu dengan jantan....
Alahaiiiiiii~~~~~


Sekali, lepas aku search......
Nah, kau!
Punya la ramai perempuan nama Nurul Azila.
Macamana aku nak cari?
Hmmmm.. Just forget about her!








Wednesday, November 9, 2011

Wordless Wednesday : Mermaid Family












CANTIK seperti MERMAID

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

Ke, macam DUGONG?

Tuesday, November 8, 2011

Tahniah, Baman!












Tadaaa~
Surprise gila pagi tadi dapat undangan kahwin.

Mohd Arman & Nurul Husna

Hohohooo..
Akhirnya Baman (panggilan aku pada En Arman) bertemu jua jodohnya!

Baman ni sebenarnya ofismate aku.
Umur dia 3 tahun lebih tua dari aku.
So umur aku adalah?
Jeng..Jeng..Jeng..!!!

Dulu masa aku nak lapor diri kat Cohort ni, Baman la orang pertama yang mata aku mula-mula terpandang.
Dia tak la hensem (kurang hajar kan mulut aku? Hekhekk..), tapi keperibadian dan kepimpinan dia memang terserlah!

Bermula aku masuk kerja, aku terus menaruh hati kat Baman.
Hah, gila tak aku ni?
Terang-terang mengaku syok kat Baman secara online!
Kalau En Zul tahu, mati aku!
Hahahaha...

Tak de la.
Masa zaman muda-muda dulu, masa aku tengah single, memang la aku syok kat dia.
Serius aku tak tahu kenapa aku boleh suka kat dia pada pandangan pertama.

Agak lama jugak aku pendam rasa.
Akhirnya orang yang pertama tahu aku suka kat Baman adalah Kak Amy.
Ntah macamana terkantoi pulak nama Arman kat HP aku.
Hantu jembalang betul la!

Lepas dah terkantoi, ramai pulak la kawan-kawan lain yang tahu.
Julia, Zura, Kak Fazi, Kak Tin, Kak Norina, semua tahu.
Tapi diorang bagi support la..

Kau nak mampus kalau tak bagi support kat aku?
Kang tak pasal-pasal aku smack down kepala diorang, sah-sah berkecai!
Aku kan badan mengalahkan Adibah Noor.

Masa waktu tu, Baman tak tahu aku suka kat dia.
Cuma dia dapat rasa yang aku memang ada hati pada dia.
Dia pulak rapat dengan aku.
Kadang-kadang kitorang pergi makan Kuew teow Kungfu kat kedai Awe.
Dating berdua je la...
Kalau terserempak dengan budak-budak Cohort lain, aku buat-buat tak nampak je.
Kang Baman ajak diorang join kami, tak syokkkk la!
Sampai ramai budak-budak ofis ingat kami ni bercinta.
Kalau betul bercinta pun apa salahnya?
Test market la katakan.....



Nasib baik kuew teow tu sedap.
So ada la alasan nak ajak Baman dating.
Wink! Wink!
(gambar : Ehsan dari En Google)


Tapi yang tak syokkk nya bila dating cerita pasal kerja.
Kerja.. Kerja.. Kerja....
Kadang-kadang terselit jugak cerita peribadi.
Tapi yang tak sebanyak cerita kerja la..

Kalau time bulan puasa pun aku dating jugak!
Lepas terawih je, kitorang melantak kuew teow kungfu tu.
Jahat kan aku?
Hahahaha...

Tapi aku pernah jugak terfikir...




KALAU AKU BERKAHWIN DENGAN BAMAN, BAHAGIAKAH AKU?



Ha...
Apsal aku fikir macam ni pulak?
Kalau dah suka, takkan la tak bahagia kan?

Baman ni seorang yang workaholics.
Datang kerja pukul 7am, sedangkan orang lain datang pukul 8am.
Dia balik pukul 6pm, sedangkan orang lain balik tepat jam 5pm.
Malam orang lain pergi dating, rehat-rehat kat rumah.
Sedangkan dia datang ofis semula jam 9pm sampai pukul 11pm-12am!
Bukan main internet, tapi buat kerja!




Trade mark Baman :
Ofis Ku, Syurga Ku


Dalam sebulan, ada la dalam 2 kali je kami makan kuew teow kungfu.
Selebihnya dia dengan dunia KERJA nya!
Aku terfikir, kalau aku kahwin dengan dia, ada ke masa dia untuk aku?
Ke, aku ni terpaksa ikut dia ke ofis untuk luang masa sama-sama?

Eh, gilo ke hapo???
Takkan la macam tu life aku?

Aku nak jugak spend masa dengan suami kat rumah, lepak-lepak depan tv, gentel-gentel rambut...
Hujung-hujung dah terbaring atas katil keletihan.
Eh??

Oppsss..


Dulu Baman pernah cakap, "Yati ni ibarat pari-pari yang berterbangan sekitar ofis. Kalau Yati tak ada kat ofis ni, maka sunyi dan suram la Cohort ni.."






Pari-pari macam ni ke, Baman?
Cantiknya hakuuuuu~~


Ha, kau...
Romantik jugak Baman ni walaupun dia gila kerja.
Baman ni penyayang jugak orang nya.
Kalau dengan family dia, rapat betul.

Aku pernah ajak Baman datang rumah masa raya.
Maklang dah berkenan sungguh dengan Baman ni.
Dah beriya-iya mengarah kepala otak dia untuk berangankan aku berkahwin dengan Baman.
Over, kan?
Hehehe..

Seingat aku, masa tahun 2008 aku tekad untuk lupakan Baman.
Sebab aku rasa hubungan tu takkan kemana.
Dengan keadaan Baman yang gila kerja, dengan aku yang tak matang-matang.
Memang tak sesuai untuk aku tunggu dia.

So aku nekad untuk outstation.
Aku ambil masa 2 bulan kerja kat luar.
Bila tak nampak dia, so aku tak perlu nak ingat kat dia lagi kan?

Tapi melarikan diri dari masalah bukan penyelesaiannya.
Sejak aku 'lari' dari ofis, dia rajin pulak contact aku.
Selalu call, selalu sms.
Paling tak boleh blah, dia selalu keluar dengan team Publisiti dia ke tempat rekrutmen aku.
Hadoiiiii...
Mana nak lari lagi?

Kak Amy pernah tanya Baman, "Kenapa sejak dua menjak ni Baman lain je? Ada hilang 'sesuatu' ke?"

Dan jawapan yang diberi oleh Baman, memang tak duga!

"Hmmm.. Memang rasa kehilangan. Dulu depan mata, tak hargai... Bila dah tak ada, tercari-cari..."


Ooooooo..
Kenapa la baru nak cakap macam tu?
Masa kau luahkan ayat tu, aku dah tawar hati dengan kau.
Dan yang paling penting, AKU DAH JUMPA PUN PENGGANTI KAU!

Yessss!!
Aku dah ada pakwe baru.
Laa...Laa...Laa~~~~

Pakwe aku tu namanya N.
Eh, sekarang ni bekas pakwe ye.
Lepas bercinta dengan N, jumpa pulak Z...
Haaha... Murahnya rezeki aku!

Gilooo!!

Tapi, lepas 2 bulan aku balik ke ofis.
Alhamdulillah aku dah boleh lepaskan Baman dengan rela.
Muka bahagia je balik ofis.
Orang balik ke ofis siap ada pakwe.
Mesti la hepi kan?
Huahuahuaaaaaaa...

Lepas aku clash dengan N, aku couple dengan Z pulak.
Lepas putus dengan si GILA Z tu, baru la aku berkawan dengan En Zul.
Kalau ikutkan, aku kenal En Zul masa aku kat Bahau.
Di Bahau tu adalah dalam tempoh aku melarikan diri dari Baman.
Masa tu kami sama-sama ikut Cohort outstation ke Bahau.
Tapi masa kenal En Zul, kami sama-sama bergaduh.
Masing-masing tak suka antara satu sama lain.
Tak sangka kan?
Aku larikan diri dari Baman, rupanya aku terjumpa dengan jodoh sebenar aku.
Cuma, sebelum aku 'kenal' siapa jodoh aku yang sebenar, aku jumpa dulu 2 orang lelaki yang bukan jodoh aku.

Itu memang dah tertulis dari azali tentang jodoh aku.

Sekarang, aku dah bahagia dengan En Zul.
Kami selalu spend masa sama-sama tengok tv, jalan-jalan, makan-makan., gentel-gentel rambut, geletek-geletek antara satu sama lain.
Hujung-hujung kami dah atas katil.
Ye la... Dah penat main gentel-gentel rambut, dah tak tahu nak tengok movie apa kat tv, so masuk tidur la jawabnya!
Hari esok nak kerja kan?
Jangan la fikir yang bukan-bukannnnnnn.....

Haahahhahaa..




Hish..Hish..Hishhh...
Malu mak, nyahhh! Korang selalu fikir yang bukan-bukan...



Kepada Baman, aku ucapkan Selamat Pengantin Baru.
Selamat menjalani kehidupan berumah tangga.
Aku bersyukur sebab hubungan kami lebih erat sebagai abang dan adik.
Dan aku berharap kami akan menjalani kehidupan yang lebih bahagia di masa akan datang.


Tepat jangkaan aku.
Tema kahwin Baman adalah Ungu Putih.



Baman, nak tips tak??
Yati boleh bagi tips yang best-best!
Hahahaha..

Monday, November 7, 2011

From My Kitchen : Mentarang Blackpepper

Sape kenal Mentarang?
Dia bukan jiran Kak Limah, tapi dia sejenis siput.

Hari ni aku & En Zul ikut Maklang balik kampung dia kat Sekinchan.
Tempat ni makin glamer bila ada orang yang bukak cawangan Ikan Bakar Sekinchan di area KL.
Kalau dulu bila aku sebut je Sekinchan depan kawan-kawan, semua buat muka bangsat.
Macam hulu sangat kampung mak aku tu.


Hah, apa?
Sekinchan? Apa tu?
Hm? Sin Chan?

Sin Chan, wak lu!

Sekarang ni semua pakat berlumba-lumba nak makan kat Ikan Bakar Sekinchan.
Biar la mahal sekali pun harga makanan kat situ, tapi kalau dah dapat ikan fresh, ada kau kesah mahal ke tak?
Sampaikan ada yang bersemangat nak makan ikan bakar yang betul-betul kat Sekinchan!
Eh, ada ke restoren tu kat Sekinchan?
Ke hasil laut je yang datang dari Sekinchan, tapi restoren nya semua di KL?
Ntah, aku tak tahu!

Hm, aku tak pernah la makan kat Ikan Bakar Sekinchan.
So aku tak tahu macamana freshnya ikan dia.
Dan aku tak tahu macamana sedapnya kuah ikan tu.
Yang aku tahu, kedai tu berlambak kat sekitar rumah aku area Cheras dan Gombak.

Cop-cop!
Aku bukan nak cerita pasal Ikan Bakar Sekinchan.
Hish!!! Lari topik pulak.

Ni ha...
Tadi kan aku cakap aku & En Zul pergi ikut Maklang balik kampung dia.
Otw balik, kami beli siput mentarang.
Dah lama tak makan siput ni.
Dulu aku & Maklang siap turun ke laut semata-mata nak cari siput ni.
Sekarang orang cakap dah susah nak cari.
Air laut tak surut, jadi nak cari siput ni sampai kena menyelam.
Padahal dulu just korek-korek pasir tanah pantai tu, mesti jumpa.

Dulu kalau sekilo murah je.
Dalam RM4-RM5 sekilo.
Sekarang ni paling murah RM8.
Paling mahal yang Maklang pernah jumpa orang jual RM16 sekilo!
Gila!
Mahal nak mampus!
Harga mencanak naik macam la kulit mentarang tu bersadur emas!

Dulu mentarang ni tak la glamer.
Sejak Nurul Shuhada Nurul Ain pengacara Majalah 3 tu datang buat wawancara tentang mentarang ni, esoknya selepas disiarkan segmen ni di tv, terus harga siput naik harga!

Cilanat!
Semuanya salah Nurul Shuhada!
Hishhhhh..

Ok-ok.
Jom cerita pasal masak mentarang.

En Zul tak pernah makan siput ni.
Jadi aku terpaksa masak mentarang ni dengan penuh kasih sayang.
Supaya lidah dan tekak En Zul tidak 'menolak' rasa siput ni.

Aku masak cara yang paling mudah je la.
Jom masak!



Bersihkan kulit mentarang dari lumpur dan pasir.
Aku guna berus cuci pinggan yang extra (belum pernah guna).
Then aku gosok sampai hilang lumpur.
Rebus sehingga air rebusan mendidih.
Tak perlu rebus lama-lama. Nanti hilang manisnya.



Hiris bawang merah, bawang putih, halia dan cili merah.
Tumis bahan-bahan ni sehingga naik bau.
Masukkan mentarang yang sudah dikopek.
Masukkan black pepper, air asam jawa dan garam secukup rasa.



Dah siap!
Makan dengan nasi panas, memang terangkat!



Lepas aku hidang untuk En Zul, muka dia memang ada terpancar sedikit pelik.
Mukanya makin pelik bila dia makan.
Mungkin dia cuba untuk adapt rasa siput ni.

Alaaa.. Kau je yang over bang!
Rasanya sama je dengan siput kupang tu.

Lepas dia makan, hampir habis nasi di pinggan, tetiba En Zul tanya :


"Ada nasi lagi tak?"


Wah, dah pandai dia makan siput ni.
Sedap ye bang...??
Tu la... Lain kali jangan buat muka tengik depan aku.
Bila dah rasa sedap, reti pulak cari nasi tambah!

Hahahahahahaaaa...


Tapi yang tak syok nya, bila En Zul dah pandai makan, nanti dia balik kampung Maklang, nanti dia suruh aku masak lagi siput ni.
Alahai... Letih la nak masak mentarang ni.
Dah la jenuh nak bersihkan kulit dia.
Pastu nak kopek pulak.
Tapi bila makan, sekali ngapppp je terus habis.
Tak berbaloi langsung!
Hishhhhhhh...

Sabar ye nakkk.. Bapak nak main pachebuk sekejap.

Tarikh : 06 November 2011 (Hari Raya Aidiladha)
Masa : 10pm
Tempat : Restoran Kayu Nasi Kandar, Bandar Sri Permaisuri Cheras.




Lepas tengok movie Shark Night, aku & En Zul makan kat restoran ni.






Para pelakon :
Ayah
Anak perempuan
Anak lelaki
Props : Air teh tarik & 2 air kosong


Anak lelaki : Ayah, jom la balik.


Ayah : Jap, ayah buat keje sikit. (main iphone)


Anak  lelaki : Ayah buat apa?


Ayah : Ada lah.


Anak lelaki : Ayah buat apa tu? Ayah main tenet ye? (anak degil ni)


Ayah : Hm.


Anak lelaki : Ayah, adik lapar.


Ayah : Ok-ok, order makan cepat.




Pas order makan.......




Anak lelaki : Ayah, jom la balik. Bosan la.


Ayah : Jap la. Sini internet free.


Anak perempuan : Oh, boleh main internet lama-lama ke? Nanti mak marah...


Ayah : Kakak dengan adik jangan la bagitahu mak. Adik dengan kakak nak makan apa, order je lagi.


Anak lelaki : Kenapa tak boleh bagitahu mak? Kenapa tak ajak mak datang sini?


Ayah : Cepat la makan, jap lagi kita balik.


Anak perempuan : Ayah, kakak nak tambah ayam.


Ayah : Haaa... Tambah-tambah.. Makan kenyang-kenyang. Jangan kacau ayah main 'pechebuk' ye..




Oooo..
Main pechebuk ye ayah?
Keluar rumah konon-konon nak bawak nak makan.
Dah naik kebulur anak-anak, baru di suruh order makan.
Kalau tak, minum sky jus je la anak-anak kau tu!

Yang si bapak duk melayan facebook dengan ntah-sapa-sapa-ntah!
Mengalahkan orang bujang!

Sudah-sudah la bapaknya.
Isteri kat rumah jangan ditinggal-tinggalkan sangat.
Kang bini main pechebuk dengan anak teruna, kau jugak yang melopong!

Friday, November 4, 2011

Thistle, PD

Ok, malas nak taip panjang-panjang.
Baru sampai dari Thistle.
Serius penat tahap nak pengsan.
Kalau lappy ni boleh turn off dengan sendiri secara proper, dah sah-sah aku biar dia upload pic banyak-banyak dan biar dia turn off sendiri.

Aku pulak?
Berdengkur!

Yessss... Bestnya tidur..
Rasa tak cukup tidur kat sana.
Mana nak join aktiviti lagi, nak main kat pool dengan anak-anak lagi, nak uruskan anak lagi.
Tu belum bapaknya pulak merengek mintak bukan-bukan.

Opss.. Bukan nak cerita pasal En Zul.
Ok-ok.. Move to cerita asal.
Hehehee...


















































































































































































Ok, tiada caption bagi setiap gambar.
Lain kali aku update entri ni dengan cerita nya sekali.
But now, serius aku tak boleh nak blah dah!
Aku dah mengantuk.
Tapi yang sebenarnya, aku jeles tengok En Zul duk membongkang tepi aku.
Aku mana boleh tengok dia tidur.

Ok, tidur dulu.
Bye!

Oppss.. Lupa...

SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA!