It's me.. Juz me... Only me!

If you don't like my words, don't listen.
If you don't like my appearance, don't look.
If you don't like my actions, turn your head.
It's as simple as that.

A wife to a loving husband. A mum to a adorable daughters. A daughter to such a caring parents. A good friend to a good people. Homechef that cook like nobody business.

~I’M NOBODY.. but nobody perfect. So, I’mPERFECT!

My Love's Path

Daisypath Anniversary tickers

Wednesday, August 12, 2015

Henoch-Schönlein Purpura, HSP - pronounce as (HEH-nok SHOON-line PURR-puh-ruh)

Hari ni ada sambutan raya kat ofis. Nanti-nanti la aku cerita.
Ni tengah pening memikirkan kesihatan anak aku.

Jumaat lepas Aleeya mengadu sakit tekak dan terasa panas badan.
So kitorang suruh dia makan ubat demam (syrup) yang beli kat farmasi tu.
Sabtu dan Ahad kitorang pegi open house, dia on-off demam.
Aku anggap mungkin sebab cuaca panas buat dia rasa sekejap ok, sekejap nak demam.

Isnin dia pegi sekolah macam biasa. Siap puasa lagi.
Sahur dia makan sikit je, sebab tak ada selera sangat.
Petang tu En Zul Kelmarin En Zul wasap aku tunjuk kaki Aleeya dah naik bintik.
Pastu Aleeya cakap kaki dia sakit tak boleh nak berjalan.
Kitorang syak mungkin denggi. So petang tu lepas sekolah agama terus ke klinik panel.
Doc cakap tu demam biasa je.

Ok fineeeee!



Bintik naik start pukul 3pm lebih di sekolah agama.



Malam tu masa nak tidur lebih kurang pukul 10pm, tengok dia memang dah tak boleh nak berjalan!
Pastu bintik-bintik makin banyak dan merah.

Terus tukar baju dan pecut ke emergency!



Membengkak macam kaki gajah.



Macam ni doc cakap demam biasa??

Kau nak aku saman kau, ke Doc?!


Lepas procedure ambil suhu badan, tekanan darah, ambil sampel darah, then tunggu doc panggil masuk untuk pemeriksaan lanjutan.
Masa kat luar tunggu sekejap je.
Untungnya En Zul kena ramai orang kat emergency tu, so tak payah tunggu lama-lama.
Hehehe...



Ambil no pukul 11.26pm.

Masuk bilik doc pukul 1.30am.

2jam menunggu yeeee.. Padahal waiting list cuma 6 orang!
Aku fikir positif je, mungkin nak process blood sampel tu ambil masa lama.
(padahal dulu pun penah je buat blood process. Tak de la lama sangat punnnn...)

Jadi, mari kita tidur berjemaah di cough ni sambil menunggu no giliran dipanggil.



Sementara menunggu, budak sakit ni sempat paw ayah dia minta makanan.
Tapi start Jumaat lepas masa dia demam tu dia macam lost appetite.
So masa ni dia mula lapar. Maklum la, selalunya waktu-waktu gini dia dah berdengkur dah.



Lepas sampai giliran dia, doc soal macam-macam.
Pastu masuk ke bilik pemeriksaan, kena buat physical examination.
Tengok bintik dah naik ke peha.

Doc tu pergi minta second opinion kat doc yang senior.
Then doc tu cakap, "Puan, penyakit ini berpunca dari diri dia sendiri. Bukan sebab orang lain."

I just like....... what...?? *insert muka blurr here--

Aku pandang Aleeya. Aku tenung dia dalam-dalam.
Bukan aku marah. Bukan jugak sedih.
Tapi aku blurr. Tak paham sekejap dengan explanation doc tu.

Anak aku ni dah pandai nak sesaja dapat penyakit ke?
Ke dia dah pandai nak sabotaj diri sendiri?

Terus doc yang awal-awal tadi (doc junior) tu explain.
Rupanya anak aku ada virus infection.
Then berlaku pendarahan bawah kulit yang mana dikenali sebagai HSP.
Penyakit ni memang mudah terjadi pada kanak-kanak.
Kalau dalam urine ada blood, then Aleeya kena admit ward sebab dikhuatiri bleeding dalam perut & kidney.
Rashes ni akan hilang sendiri dalam masa seminggu dua.
Tak perlu risau nak makan ubat apa-apa. Cuma ambil ubat tahan sakit untuk kaki dia je.

Terus bawak Aleeya buat urine test.
Alhamdulillah tak ada blood.
Cuma dalam seminggu ni kena pantau keadaan dia.
Kalau ada muntah atau kencing berdarah, cepat-cepat kena bawa dia ke emergency.




Lepas buat test. Tunggu result urine.




Pertama kali aku jumpa tulisan doc yang cantik.

Kalau boleh dibaca tu kira cantik ler tu.


Untuk info tambahan mengenai HSP.
(aku tahu korang malas nak gugel kan? Nadia je yang terus gugel lepas aku cakap penyakit ni..)
Nah, baca sini :

Tanda-tanda kebiasaan / simptom :
  • purpura, the raised, reddish purple rash.
  • joint pain and swelling.
  • stomach pain.
  • blood in the urine (pee) or other kidney problems.
  • fever.
  • headache.


Got mc for a week.
Next week kena buat follow up kat Hosp Premier Bandar Tasik Selatan.


Start semalam kitorang laki bini ambil cuti nak jaga Aleeya.
Penat gila balik dari emergency pukul 3.30am.
So sebelum balik rumah kitorang pegi ofis En Zul dan apply cuti masing-masing.

Aku akan bercuti start Jumaat ni sampai Rabu depan.
En Zul cuti hari ini dan esok.
Biar En Zul yang jaga dia awal-awal minggu ni.
Harap-harap Aleeya makin sembuh.
Sekarang ni Aleeya tidur dengan kitorang.
Dia tidur kat bawah dengan En Zul. Sekejap-sekejap aku dengar dia menangis,
Sekejap-sekejap aku dengar dia panggil "ayah..."

Rupanya mengigau.
Pastu time dia nak alih posisi tidur, dia akan rasa sakit bengkak kaki.
Sebab tu asyik memanggil nama ayah..
Kesian.... Sabar la nak... Kuatkan semangat.
Dah tiba masa kau kena diet.
Sebab bila sakit macam ni terjadi, agak seksa kau nak membawa badan kau ke hulur hilir.

Agak-agak kalau aku yang kena, kompem terlantar je kat katil sebab surrender nak bawak badan gajah ni.



Monday, August 3, 2015

Hujung Minggu Yang Penuh Dan Misteri....

Hujung minggu ni masih penuh dengan jemputan open house.
Thanks ye pada yang menjemput tu.

Tapi yang paling best, kalau tak ada open house tapi orang jamu kau makan kaw-kaw gile!

Haaa, aku dapat jemputan tu.
Memang heaven dapat makan kat rumah orang dengan aman damai.
Tak perlu nak berebut seat, nak cari ruang nak makan, nak makan laju-laju memikirkan orang lain tunggu turn nak makan pulak.
Pastu yang best gila bila dapat sembang dengan tuan rumah, sambil tergolek-golek kekenyangan.

Best kan?!

Hari Sabtu kitorang ke Klana Resort, Port Dickson.
Bukan nak beraya pun.
Sebab En Zul dari hari tu ajak aku pergi mandi laut.
So bila ada peluang nak pergi dengan semua pakej ditanggung, berdesup la aku setuju!

Sampai Klana, haruslah membedal breakfast dengan lahapnya.
Kali ni kitorang pergi bertiga. Ika tak ikut.
Masa tengah breakfast orang dah tak ramai.
Ada dalam 3-4 family je.
So memang makan dengan aman gila..



Ada banyak menu, tapi aku makan nasi lemak, kuew teow, ayam goreng dan chicken slice.
Air harus 3 ye..




Budak ni akan cari benda-benda yang simple macam chicken slice and coco crunch.
Pastu dia makan bubur nasi dalam sesudu, pastu dia pas kat aku.
Ok, simpan dulu angan-angan nak diet.

Lepas breakfast kitorang terus turun ke pantai.
Mulanya nak gerak ke Pantai Klebang. Dekat je kat sebelah Klana.
Tapi pantai Klana Resort pun not bad..
Orang pun tak ramai.
So turun je ke bawah untuk siap-siap mandi.




Ayah kau tu sedang mengenang nasib.
Biarkan je la dia tu dik oiii..




Laluan dari Klana Resort ke pantai.



Kosong je suasana pantai Klana.




Main scrub-scrub kauuuu!



Sian budak ni main sorang-sorang.
Aku memang tak bawak baju mandi.
Aku tukang jaga barang dengan spender korang je.




Last-last ayah dia join sekali main pasir.
Nak buat sand castle kononnya...




Nah, ni bukan sand castle. Ni dah jadi kuburan!


Balik dari PD, kitorang ke PJ untuk hadiri open house ofismet En Zul.
Menunya : Laksa, mee soto, mee kari, nasi impit, kuah kacang & sate.
Tuan Rumah : En Halim

Then plan nak ke Damansara rumah bos En Zul dan Salak Tinggi rumah pegawai ofis aku.
Tapi tak larat, so terus ke Kajang untuk hadiri open house ofismet En Zul.
Menu : Nasi dagang, ketupat dan serunding, lontong & sayur lodeh.
Tuan Rumah : En Azian.

Terima kasih banyak-banyak atas jemputan.

Balik dari Kajang, kitorang beli bahan untuk buat ketupat palas.
Tahun ni kitorang buat niaga ketupat palas.
So nak buat untuk bff aku, Nadia.
Dia order sebab raya tahun ni dia tak jumpa lagi ketupat tu.

Esok, hari Ahad aku keluar dengan Wazli ke rumah Nadia di PJ & rumah Zulfadzli di Klang.

Haaaa.. Jemputan ni yang aku cakap best tu.
Diorang tak buat open house. Tapi diorang masak best-best untuk kitorang je.
Haaa.. Gila kau tak makan banyak?
Harus berpinggan-pinggan aku melahap.



Kat rumah Nadia kitorang dijamu dengan laksa serawak yang sedapppp!!
Aku makan siap bertambah lagi.
Rendang podeh Nadia pun sedap. Nasib tak termakan asam keping.
Kahkahkah!!
Memang best makan kat sini. Lepas makan siap julur kaki sebab perut dah mula cramp.
Hahaha.. Buruk benor perangai.
Lantak.. Janji aku kenyang...

Lepas tu, kitorang berdua terus ke Klang untuk ke rumah Zul.


Pakcik... Kami tak nak sedekah pakcik....




Muka orang hepi sebab perut kenyang...




Sementara tunggu makanan siap, pakcik ni nak test jadi babysitter.
Ok, ciri-ciri babysitter tu dah ada.
Tapi ciri-ciri seorang ayah tu jauh sikit.
Hahaha..




Ni nampak gaya macam dah wajib kawin ni Zul oiiiii...
(nanti aku nak ikut rombongan meminang ke Penang ye!)

Kat rumah Zul, mama dia masak sambal goreng, tauhu dan tempe goreng cicah kuah kicap. kuewteow goreng dan buah tembikai.
Sedapppp... Tapi makan tak banyak sebab masih kenyang.
Nak mintak tapau, aku segan kat mama kau. Hahahaha..



Anak menakan Zul.
Kacukan Cina-Melayu-Kazakhstan (kot)

Geram!!! Pipi kenyal betul.


Thanks ye Nadia & Zul sudi jamu kitorang yang sibuk nak beraya rumah korang.
Nanti raya haji panggil kitorang lagi.
Hahaha..



Tengok tajuk entri cakap hujung minggu yang penuh dan misteri.
Penuh tu memang la penuh. Merata ada open house.
Tapi apa yang misteri?

Aku ada update status FB aku pasal misteri ni.

Hari Sabtu masa otw nak ke open house Azian kat Kajang, kitorang singgah Petronas nak ke tandas.
Sampai parking, aku & Aleeya keluar dulu dan pergi tandas untuk tujuan mengosongkan pundi kencing.
Masa tu En Zul ada dalam kereta tunggu kitorang.
Then aku dah siap keluar, aku masuk dalam kereta.
Pastu En Zul pulak keluar ke tandas. Masa ni Aleeya masih tak keluar lagi dari toilet.
So aku sorang-sorang duduk dalam kereta main Candy Crush.

Lepas tu nampak En Zul keluar dari toilet.
Dia masuk kereta, pastu terus jalan!
Aku tanya la, "Eh, Aleeya? Dia kan tak masuk lagi?"

En Zul terus brek mengejut, dia toleh ke belakang.
"Bukan dia dah masuk ke? Tadi ayah nampak ada budak kat belakang mamy?"

Okayyyyy, masa ni aku dah cuak!

"Mana ada Aleeya! Dia belum keluar tandas lagi"

En Zul terus undur kereta, then nampak Aleeya tengah jalan lenggang-lenggang menuju ke kereta.

Masa tu kitorang diam je. Taknak buat Aleeya takut.
Aku tak nak percaya sangat cakap En Zul ni. Takut dia main-main dengan aku.
Tapi bila fikirkan balik En Zul dah start kereta & jalan, masa tu aku rasa dia bukan main-main.
Memang dia nampak kelibat budak kat belakang aku.
Lagipun muka dia memang serius bila aku tanya mana Aleeya.
Then terus brek mengejut.

Hmmm, harap-harap tak ada apa-apa yang berlaku lepas tu.
Kitorang terus ke rumah Azian, dan malam tu tak ada apa yang terjadi kat kitorang.
Alhamdulillah..

Anggap je benda tu penat nak jalan tengah panas.
Dia nak tumpang rasa sejuk ekon kereta aku agaknya.




Wednesday, July 29, 2015

Kampung dalam bandar

Last weekend En Zul ajak pergi jalan-jalan tepi pantai.
Eh, dah kenapa kau bang? Tetiba plak jadi mat jiwang.
Buang tebiat ke hape?
Tapi sebab bini kau ni tak suka duduk berpanas tepi pantai, aku ajak pegi Jalan TAR.

Hah, panas pantai aku alergik. Konon-konon tak suka kulit jadi tanned. Puiii!
Tapi panas kat Jalan TAR aku sanggup.
Nak-nak kalau ramai ummah berhimpit kat sana,
Boleh berlaga bontot tetek segala. Lagiiii aku suka.
Kahkahkahh..

Keluar rumah bertiga je. Ika tak ada. Lantak kau la buat perangai macam-macam.
Mulanya Aleeya pulak tak nak ikut. Bila aku cakap nak pergi shopping & tengok wayang, terus berdesup bersiap nak ikut pulak.

Masa otw ke Kajang, kitorang tukar plan.
Tak jadi nak ke Jalan TAR. En Zul ajak lepak kat Putrajaya.
En Zul ni tengah jiwa kacau. Tu yang nak duduk lepak-lepak layan perasaan.
So aku ikutkan je la boifren aku punya pe'el.

Kitorang pergi ke IOI City Mall dulu untuk lunch.
Aku nak belanja diorang makan kat Seoul Garden. Terutamanya Ika la.
Sebab dia tolong aku snap pic buku latihan Math Method aku.
Kan masa exam aritu aku salah jadual. So last minute aku suruh Ika snap pic buku aku untuk buat revision tergempak.
Sebab dia sanggup bangun pagi buta nak tolong aku, dan alhamdulillah aku lulus untuk paper tu, so aku niat nak belanja dia makan kat Seoul Garden.

Tapi sayang Ika tak ada.
So bukan rezeki dia la kannnn...

Sampai sana nampak model rumah kampung ni kat tengah-tengah hall mall.
Perghhh, teruja gila En Zul.
Maklum la orang tak balik beraya di kampung halaman tahun ni.
Bila nampak rumah pesen kampung, pakcik ni amik feling sebak-sebak nak nangis.
Nampak reban ayam pun boleh nak sebak-sebak gak.
Hahahaha..



Zasssss.. Berlari En Zul nak bergambar kat sini.
Kau nampak muka selebet Aleeya?
Macam kena paksa kan?
Mulut asyik kemam je. Susah nau nak senyum.




Aleeya dah sama gemok dengan ayah dia.
Kalau orang tengok sekali lalu, nampak macam laki bini pulak kan.

Emmm... Maknanya Aleeya ni bukan sama gemok dengan ayah dia.
Tapi sama gemok dengan aku.
Wkwkwkwkwkw!!!!




Rupanya........

Kalau senyum nampak gigi arnab. Sebab tu susah nak senyum.
Lebih rela dia kemam kemut mulut tu daripada terjulur gigi arnab tu.



Late lunch at Seoul Garden.




Lepas makan, Aleeya minta beli kasut ni.
RM45 with no diskaun!

Aku cakap kita beli kat tempat lain sebab lagi murah.
Pastu Aleeya tarik muncung.

Ye lah! Ye lah!!!
Aku belikan laaaaa...

Kau dah le muka tembam, gigi lak macam arnab.
Lagi nak tarik muncung?
Kang aku tangan kanggggg...

*macam la berani kann??*



Lepas pusing-pusing IOI City Mall, kitorang ke Presint 20 nak tengok Taman Cabaran.
Tapi tak ada yang best.
So kitorang ke KLIA.
Saja nak pusing-pusing kat Mitsui Outlet Park.
Tempat dia ala-ala Johor Premium Outlet laa.



Kau tengok dia kemam kemut mulut dia tu..
Hishhh!! Geram pulak aku.


Sampai sana tengok orang beratur kat Nike, perghhhh..
Ramai siot...
Sampai kena beratur tu yang aku malas nak singgah tu.

Pusing-pusing-pusing....
Masuk ke Tomaz Shoes.

Lama benor memikir.
Dalam hati sudah berkenan..
Kat sini tengah ada sale.
Kasut yang En Zul pegang tu harga RM79 sahajorkkkk..
Mostly banyak offer harga RM79. So pilih je mana yang berkenan di hati.


Pusing-pusing-pusing lagi......

Singgah ZALORA.

Nah kauuuuuuuu... Terus nak beli lace up hidden wedge sneakers.

Harga? Murah je uols...
RM41 je.

Tetiba aku rasa nak lempor kasut biru Aleeya tu dalam kandang buaya.
Beli RM45 tapi design macam selipar masuk jamban je.
Murah lagi wedge sneakers tu.

Haramjad betul!!!


Aku berkenan kaler grey ni.
Tapi En Zul cakap kaler hitam lagi cantik.
Nah...nah...nah!!!

Grey lagi cantik.
Fullstop.




Dapat lagi sepasang.
Kalau dia tak ikut petang tu, kompem aku yang dapat kasut tu.
Hahahah..

Untuk sneakers ni aku cakap kat Aleeya,
"kalau nak beli jugak, kena pakai duit raya Aleeya. Bayar separuh pun takpe.. Selebihnya baru mummy top up.. Boleh?"

Okay, mummy....


Memang la okay, sebab bayar separuh je. Baru doploh ringgit je kan??
Tapi nak mendidik budak ni supaya beringat yang bukan mudah nak dapat semua benda, so terpaksa la buat macam ni slow-slow...

Harap-harap masih belum terlewat untuk aku didik dia cara ni.



Nah, 2 pasang kasut dalam sehari.
Kasut biru tu pakai tak sampai sejam, terus dapat sneaker baru.
Rezeki kau la Aleeya....


Tadi aku saja blogwalking web Zalora.
Konon-konon nak beli sneakers yang sama macam Aleeya untuk aku.

Weh, aku pun nak bergaya macam Song Ji Hyo gak pakai kasut cenggitu.
Walaupun badan aku ala-ala Queen Latifah, tapi muka dan aura aku sebijik macam Song Ji Hyo tau!


Jangan kau nak hencap aku yeee!



Hambekkkk kau!
RM71.40


Terus tutup page.
Nangis bawah meja T_T

Monday, July 20, 2015

Penunggu Ofis



Selamat pagi uolsss semua kesayangan beta!!
Raya ke 4 hari ini. Dan hari pertama bekerja untuk minggu ni.
Aku la tu. Bukan orang lain.
Hehe..

Tapi lagi kesian kat sorang mamat tu.
Dari minggu lepas on call tak henti-henti.
Siap ada puteri bunian datang tolong temankan dia kat ofis di malam raya.

Cehhh!

Pagi tadi plan nak keluar rumah lewat sikit.
Sebab jalan clear arini, what for cheq nak keluar awai-awai kannn??

Haa, terkeluar dah bahasa kedah celop aku.

Tapi sebab kunci pintu belakang ada kat aku, so aku kena la keluar awal jugak.
Sebab last Thurs aku adalah orang last yang kunci pintu belakang sebab busy mengdownload movie.

Padan muka aku.



Tengok tajuk entri ala-ala cerita seram je kan?
Nehi-nehi-kabhi-nehiii!

Kalau ikut jadual admin, ada 4 orang staff yang bekerja hari ni termasuk aku.
Staff A (aku), staff B, C dan D.

Masa aku sampai ofis, nak bukak pintu belakang, tetiba lalu kereta staf E (Kak CC).
Eh, dia ni kerja ke?

Ok, aku dengan lemah gemalai, ayu, cantik berseri-seri lagi gojessss..
Aku bukak pintu belakang.
Dah masuk ofis, tengok group wasap ofis, staf yang bertiga tadi tu sorang-sorang hantar mesej.

"Hari ni akak tak sihat. Cuti arini"
"Hari ni anak demam. Cuti gak.."
"Selamat bekerja, akak memang amik cuti arini.."


Hambekkk kauuuu!!
Aku sorang je ke yang kerja?

On komputer, terus bukak SMK nak apply cuti gak!

Sekali kakak CC masuk ofis..
Dia datang kat aku siap salam dan peluk raya.
(ok, selalunya hantu tak ada nak salam-salam siap peluk cium kan??
Selalu hantu dia bertenggek sambil ushaaaa je)


Kakak E : Akak sepatutnya cuti arini, tapi saja datang keje jugak.

Aku : Oh, okkkk... Bila yang akak naik keje sebenarnya? (sambil-sambil check jadual cuti raya staff admin. Gabra hokeh!)

Kakak E : bla..bla...blaaaa... (sembang macam biasa)

Pastu aku terfikir nak buat confirmation.
Send mesej kat wasap grup!


Snapshot from WhatsApp Web aku.
Cantik punya lentik kak CC ni.
Mihmihmihhh!!


Bila diorang reply, dan kak CC pun reply jugak, so kompem!
Tu memang dia. Bukan jelmaan.

Legaaaaa...


Now Kak CC dah hilang mana ntah.
Tinggal aku sorang-sorang jadi penunggu ofis.


Siapa-siapa yang ada kat rumah area Bangi/Kajang/Semenyih/Putrajaya,
please jangan segan-segan roger aku.

Kang pukul 12 tengahari berdesup aku terpacak bagi salam depan rumah korang.
Lunch time!





I is bosangggg...
Mereput la aku sorang-sorang kat ofis ni T_T


Saturday, July 18, 2015

Cara Remove Virus Shortcut Dari Pendrive

Haaaa kauuuu..
Dasat tak tajuk entri aku kali ni?
Sangat berilmiah hokeyyy..
Sejak dua menjak ni sel-sel otak aku berhubung dengan jayanya.
No more carut-carut gituuuu..
Carut-mencarut hanya terjadi bila sel-sel otak aku gagal berhubung dengan baik.
Kurang minum milo agaknya.

Pernah tak terjadi dalam life korang yang dull tu (wahhh, kejamnya stetmen ahkakkk), bila korang cucuk pendrive, semua folders korang bertukar rupa menjadi folder shortcut?!! (insert muka terkejut beruk kat sini)

Bertukar tu satu hal, yang hazab sekali semua folder tu tak boleh bukak!

Sumber : encik gugel


Haramjad betul kan?

(Opss.. Tercarut pulakssss...)

Nak-nak bila kau tengah nak urgent bukak file, masa tu virus-virus mughollazah ni berjimba-jimba dalam pendrive kau.

Rasa macam nak pijak-pijak je pendrive tu sampai hancur, pastu flush away dalam jamban kan?!

Sabar... Sabar....
Jangan sebab virus vavi-vavi tu semua, jahanam habis pendrive kau.
Cuba jadi insan yang penyabar, solehah, baik hati, gojes, ayu, jelita macam aku...
Eh?

Hehee..
Sebenarnya dari dulu lagi aku dihantui oleh virus shortcut ni.
Dulu pernah la orang ajar aku cara nak remove virus ni.
Kadang-kadang cara tu menjadi, dan kadang-kadang plak dia memvavi...
Haaa kau! Mencarut lagi aku.

Puncanya aritu pendrive Kak Sal buat hal masa kitorang tengah bengkel kat Residence Hotel.
Tengah nak bukak file, sekali semua virus jadi shortcut.
Aku try banyak kali tapi taknak menjadi.
So aku terus give up.
Balik ke ofis, aku buat lagi, eh jadi pulakkkk..
So ada cara lain yang lebih mudah dan efektif untuk menyamak semua virus vavi-vavi ni.

Tadi aku balik rumah Maklang, aku bertekak dengan Leen.
Puncanya dia nak copy semua movie baru aku.
Sekali dia terlepas cakap "lappy aku ada virus shortcut..."
Haaa, memang aku tak bagi pinjam hardisk dan pendrive aku laa..
Lepas dia suruh aku install antivirus tu, maka aku yang cantik jelita lagi gojessss ini bagi pinjam pendrive & hardisk aku tu.

Jadi, memandangkan virus vavi ni makin bermaharajalela, so meh sini aku share cara-cara nak remove virus shortcut ni.

Ok, let's get started....


1) Cucuk pendrive. Then identify location pendrive kau tu. Kat E ke, F ke, G ke, H ke, kat 7E ke.. Haa, 7E tu bukan location disk ye kawan-kawan. Tu location untuk kau nak beli kondom - 7Eleven.

2) Sebelum kau bertarung dengan vavi-vavi tu, better kau SCAN DULU pendrive kau. Bukan apa, sebagai perlindungan untuk pendrive kau jugakkkk..

3) Selesai scan, kau bukak My Computer -> Organize -> Folder and search options -> View. 


My Computer - Folder and search options



4) Pastu kau click (tick) pada 3 benda yang kat bawah ni :


Click - View
TICK pada "Show hidden files, folders and drivers", "Hide empty drives in the Computer folder" dan "Hide extensions for known file types"
UNTICK pada "Hide protected operating system files (Recommended)"


5) Bukak pada location pendrive korang tadi. Contohnya F ye.. Masa ni korang akan nampak file asal (blurred) yang korang nak selamatkan tu. Actually, virus tu telah hidden kan file asal tu. Kuangjaq sungguh naaa!

6) Click Start - taip cmd pada search programs and files - click cmd tu.. Then muncul paparan hitam bak dayang senandung gitu.


Start - taip cmd - click cmd




Muncul skrin kecik macam ni.


7) Ok, pastu korang taip command ni :

attrib -h -r -s /s /d f:\*.*
(yang aku kalerkan merah tu adalah location pendrive korang. Kalau location nya H, korang taruk la H. Jangan taruk O for Olaf pulak. Kang command ni tak jumpa location pendrive korang tu.)

Then, tekan ENTER.

8) Time ni cmd akan amik masa sikit untuk clearkan semua virus vavi mughollazah ni. Korang kena bersabar sikit ok? Pegi la bancuh kopi dulu ke, main carrom ke, cabut bulu ketiak ke, berjimak ke... Apa-apa yang patut untuk tidak membuang masa la. Bila second command muncul, korang pegi balik ke location pendrive korang tu, then semua virus tu hilang! Yeayyyy!! (mentari muncul kembali kekdahnya...)

9) So sambil-sambil korang menyanyi lagu mentari muncul lagi tu, boleh la korang delete semua files dan folder shortcut tadi. Ni kira stage menyamak guna air mutlak untuk jirusan ke tujuh selepas 6 jirusan air tanah tu konon-kononnya... Hihihii..

10) PENTING!! (ni aku saja kasi besar supaya semorang nampak)
Jangan lupa pegi balik ke setting folder option tu, then korang click Restore Defaults ye.. Takut-takut nanti jadi lain pulak kat setting komputer korang tu.

Ok, semua happy dengan penerangan aku?
Semua faham ye?
Ada sesapa tak faham or nak tanya soalan??

Ada?? Yang kat belakang tu, ye, kamu!
Dari tadi asyik korek hidung je, kamu faham apa yang saya cerita ni?
Kalau faham, bagus. Sila sambung korek hidung kamu.

Sebenarnya ada cara yang mudah.

Tapi sebelum aku ajar cara mudah, of kos korang kena belajar cara susah kan..
Macam belajar matematik laa.. Mula-mula kena belajar cara susah untuk mendapatkan jawapan bagi soalan y = x² + 2x + 5. Tapi lepas korang dah pandai, baru cikgu korang cakap, "pegi beli calculator scientific, pastu masuk formula dan nilai x, tekan = terus dapat jawapan untuk nilai y."

Kan? Kan???
Betul takkkkk?

Iya kan je laa...

So meh sini nak bagitau cara mudah.

Korang click kat SHORTCUT VIRUS REMOVER ni. (dari web 4shared)

Pastu download remover tu, dan install dalam komputer macam biasa. Dia akan keluar gambar logo UiTM ye. Jangan tanya aku kenapa logo UiTM, kenapa bukan UM? UKM? Or USM? Lantak dia la nak keluar logo apa pun.

Pastu click pada logo UiTM tu.

Keluar program ni :


Tekan RUN



Pastu keluar pulak macam ni :


Tekan Pen Drive




1) Tekan SELECT DEVICE untuk pilih location pendrive korang. Jika E, pilih E.
2) Click SCAN dan scan pendrive korang. Jika ada virus shortcut, virus tu akan appear kat ruangan "Select file to delete" tu..
3) Click DELETE dan tekan OK untuk remove virus tu.

Ok, done!
Mudah kan? Semudah one, two, threeeeeee!!

Ikut je steps 1, 2, 3 tu, insya Allah korang takkan sesat jalan...

Ok, selamat menyamak vavi-vavi semua tu ye kawan-kawan..

^_^



**dah pukul 3.45am, aku masih di ofis En Zul. Tak boleh nak tido. Nak cari idea untuk entry ke tiga malam ni. Ngehngehngehhhh.










Friday, July 17, 2015

Selamat Hari Raya Aidilfitri 2015

Selamat Hari Raya Aidilfitri uolssss..
Maaf Zahir dan batin.. Sepanjang aku berbelog ni, harap tak ada yang menyakitkan hati sapa-sapa.
Kalau ada yang terasa hati dengan aku, terguris hati dengan kata-kata aku, minta ampun banyak-banyak. Kosong-kosong tauuuuuu.. *kipas-kipas rambut kiri kanan*

Mesti ada yang pelik tengok aku rajin update blog kan?
Selalunya macam-macam alasan aku bagi.
Banyak keje la, banyak aktiviti pelajar kat UKM la, busy nak study exam laa..
(well, aku kan jarang study. Selalunya study untuk exam je...)

Pastu stress sebab busy main candy crush. Eh?

Puiiii lah!

So lately aku memang banyakkkkk masa terluang. Sebabnya, aku dah habis selesaikan urusan pelajar. Cuma sekarang ni aku ada keja sikit untuk siapkan penerbitan buku keusahawanan dan buletin citra. Hmmm, tu boleh buat sikit-sikit la. Nanti bulan 9 untuk pendaftaran sem baru, korang pegi la blogwalking kat blog lain. Sah-sah la blog aku akan sendu sejuk beku tahap Frozen gitu.

Jadi... Waktu-waktu macam ni la korang akan selalu nampak aku up entry merepek-repek.
Kalau entry ilmiah lagi la haram nak nampak. Redhooo je la yeee..

Raya tahun ni beraya kat Gombak je.
Lepas solat Jumaat baru aku sampai rumah Maklang. Sebab bangun lambat. Hahaha...
Pastu tayar kereta aku ada masuk skru. Dari semalam dah perasan kurang angin.
Ingatkan tayar kurang angin je, so semalam dah isi angin kat Petronas.
Tapi masa nak otw ke rumah Maklang singgah petronas nak isi minyak, En Zul check tayar rupanya tercucuk skru. Jadi tak boleh nak drive pecut laju-laju.

Raya kali ni aku tak bawak apa-apa pun. Cuma bawak lemang 2 batang (itu pun beli kat Saujana Impian), bawak carrot cake (Zela bagi kat aku, aku malas nak baking), pastu bawak kuih gunting (buat sendiri). Kat rumah Maklang ada rendang, ketupat palas, nasi impit (tahun ni buat yang instant. Agak pelik sikit kat situ. Selalu buat sendiri nasi impit), pastu ada sayur lodeh untuk buat lontong dengan sambal ikan bilis.

Lepas mentekedarah kenyang-kenyang, petang tadi aku dan Leen ke Wangsa Walk.
Memang tiap-tiap tahun petang raya Leen akan pegi tengok wayang (orang tu tak ada kampung, so beraya kat panggung wayang je laaa..)
Tahun ni En Zul kena keja, so aku pegi berdua dengan Leen.
Layankan cerita Ant-Man. Best gak cerita ni. Lawak gile!
So siapa-siapa yang duduk KL, bosan tak tahu nak pegi beraya kat mana (maklum laaa, kawan-kawan semua balik kampung kannnn) so aku recommend kan tengok cerita Ant-Man ni.

Esok insya Allah nak tengok Terminator dengan En Zul.
So standby kuih raya banyak-banyak.
Boleh tukar-tukar kuih dengan penonton yang lain =)

Lepas tengok movie, kitorang pegi shopping kasut.
Lepas shopping kasut pegi beli makanan kat Texas Chic.
Sekali lepas Leen hantar aku kat ofis En Zul, baru perasan semua kasut tertinggal kat Texas Chic!!

Uwarghhhhh... Leennnnnn!!! Cepat patah balik amik kasut akuu!!!!

Aku call Texas Chic tu, nasib baik diorang simpan kan kasut cinderella gajah aku tu.
Alhamdulillah... Masih rezeki aku.
Mak tiri cinderella nak try size kasut.




Abaikan kaki terpeleot aku tu..
Style baru di hari raya. Hahaha..



Mulanya tahun ni aku apply 3 hari cuti raya.
Tapi bila fikir tahun ni aku dah nak start writing thesis, so aku batalkan cuti aku.
Isnin depan dah start keje. Malas sungguh wehhh!

Hari Khamis (semalam) aku tak ada buat apa-apa kerja pun kat ofis.
So daripada aku tidur berdengkor kat ofis tu, baik gak aku download movie banyak-banyak.
Kebetulan semalam aku terjumpa web baru untuk download movie yang best-best.
The latest movie 2015 pun hadooo!!
Laju beb internet aku. Maklum la, ofismet dah ramai yang cuti.
Berdesap-desup pc aku download movie banyak-banyak (jangan hencap aku hokeyyy!!)
Lepas ni kompem orang ptm block internet pc aku.. Huhuu.. T_T






Malam ni duduk kat ofis En Zul, aku sambung download movie lagi.
Hahahaa... Total pengdownloadan selama 2 hari = 86 movies!

Siapa-siapa yang nak tahu web ape, meh pm iols laju-laju.
Tak perlu ada software tertentu, tak perlu guna search engine tertentu, guna chrome boleh, guna mozilla pun boleh.. Just right click pada movie tu, terus "save video as...."
Mudah sangat uolssss.. Pejam sebelah mata pun boleh buat.
Tapi kalau pejam dua-dua belah mata, memang tak dapat download laaa..

Kang aku hempok kepala kau dengan pc tu!

Berminat untuk tahu web apa?
Jangan sengan-segan nak pm iols..

Psssstt.. Movie Fifty Shades of Grey pun ada uolssss... Opps!
Kihkihkihhh..