It's me.. Juz me... Only me!

If you don't like my words, don't listen.
If you don't like my appearance, don't look.
If you don't like my actions, turn your head.
It's as simple as that.

A wife to a loving husband. A mum to a adorable daughters. A daughter to such a caring parents. A good friend to a good people. Homechef that cook like nobody business.

~I’M NOBODY.. but nobody perfect. So, I’mPERFECT!

My Love's Path

Daisypath Anniversary tickers

Wednesday, July 15, 2015

Stress?

Kelmarin En Zul call aku cakap Ika muntah-muntah kat sekolah. Hah, kau dah kenapa kakak? Takkan sindrom-sindrom nak mengelat puasa kot? Dah hujung-hujung Ramadhan ni nak oiiii. Kalau awal-awal Ramadhan tu aku paham la kalau kau nak mengelat. Ni dah nak sebulan berpuasa, time ni pulak kau nak muntah segala bagai.

Masa bawa Ika ke klinik, Dr check dia tak ada demam pun. Ok, aku dah mula syak budak ni memang malas nak puasa ni (jahat kan aku? Nampak nau yang jahat tu bukan hasutan setan, tapi memang sendiri yang jahat). Lepas Dr check suhu, check tekak, Dr tanya ada makan apa berbuka semalam, tidur pukul berapa, sahur makan apa?

Hujung-hujung Dr cakap, "Hmmm.. Dia ni stress ni..."

Hahhhh??
Stresssssss??

Kau stress apa kakak? Biar betul Dr ni? Ke dia dah malas nak check anak aku, mentang-mentang dah petang nak sampai waktu tamat office hour, Dr check anak aku pun ala-kadarun je.. Si Ika ni pulak... Hah, apa yang kau stresskan?

Baju raya tak beli lagi? Dah beli dah...
Kuih raya tak ada lagi? Dah habis 2 balang kau makan dah..
Duit raya tak tukar lagi? Duit aku yang kena tukar. Kau tukang kutip duit je.
So apa yang kau stress sangat ni sampai muntah?

Masa dalam bilik Dr tu aku cuba nak menahan gelak tau. Sakit urat perut aku menahan gelak kat Ika ni. Elok keluar je dari bilik Dr, masa nak tunggu ubat aku hentam gelak kaw-kaw. Siap aku tanya macam-macam kat Ika.

"Kau ni stress putus cinta ke?"

"Kau mabuk ketum eh? Ke kau amik dadah?"

"Kalau mummy tau kau mengandung, siap kau! Mummy seret kau kat jalan tar depan tu!"

Masa ni Ika memang malas dah nak layan aku. dia buat dono je.. Cisss.. Bertuah punya budak!

Ntah apa la yg distresskan Ika tu. Sebab nak UPSR ke? Or memang dia penat malam sebelum tu? Lagipun berbuka malam sebelum dia stress tu, kitorang iftar kat rumah Maklang. Dia makan punya la banyak. So memang dia balum makanan cukup-cukup.

Esoknya stress terus muntah-muntah.

Agak-agak kalau cikgu/kawan sekolah dia tanya, "Natasha, awak sakit apa semalam?"

"Saya sakit stress.."

Gitu.

Tuesday, July 14, 2015

Raya kat Alaska kekdahnya

Raya tahun ni aku cuma buat rempeyek dan walnut choc cookies. Pastu plan nak buat kuih gunting. Bahan-bahan dah beli tapi masih belum berkesempatan nak menggunting kuih tu. Jumaat lepas aku buat rempeyek siap beli acuan kat kedai bakery. Tapi baru buat 2-3 keping aku lempor acuan ke longkang.

Binawe punya acuan. Ntah apa-apa la acuan tu. Jahanam rempeyek aku. Terus aku guna sudip je ganti jadi acuan. First attempt guna sudip terus menjadi rempeyek aku. Membazir betul beli acuan hujung-hujung guna sudip je. Vavi betul.


Sape nak rasa rempeyek aku, sila datang ke rumah ye..
Kosser aku nak bungkus-bungkus bagi kat orang.


Lepas siap rempeyek aku, aku buat walnut choc cookies pulak. Bersungguh tahun ni guna walnut, dengan harapan sampai ler kuih ke hari raya. Elok arini aku bakar, sahur esoknya tinggal 13 butir je lagi cookies aku.

Selebihnya rakyat kat rumah aku ni belasah makan sambil tengok tv.

Caner nak spare sampai ke hari raya? Nampak gaya kena buat lagi 2 aduanan la kot. Ceh, ayat macam la sedap sangat cookies kau kan?!!! 


Walaupun rupamu tidak secantik Famous Amos, tapi rasamu perghhhh!!
Kahkahkahh..


Sebab tahun ni kitorang tak dapat balik ke Kedah, so aku kena jaga hati laki aku baik-baik.. Sila ambil maklum ye, "jaga baik-baikkkkkkk". Bukan senang hokeh nak ambil hati anak perantauan tak balik raya. Gila hazab macam nak jaga hati orang putus cinta.

Sejak minggu lepas dia duk sebut-sebut nak buat ketupat palas. Aku buat-buat pekak je. Tapi semalam dia called aku siap cakap, "malam ni mamy buat ketupat palas ye?" Aku pun iyakan je laa.. Kang tak bau sorga aku sebab bagi nasi impit instant je kat laki aku. Har har harrr...

Sambil buat ketupat, aku ingat nak buat rendang ayam tua. Tapi sebab mak dia buat kari daging, so aku saingkan sekali dengan gulai daging. En Zul nak daging potong kecik-kecik macam yang mak dia buat, okay darl... kita potong daging kecik-kecik yeee... Hah, ape lagi En Zul nak?? Apa?? Apa?? Meh sini aku buat.. Kesian kat pakcik ni, terpaksa raya kat KL je tahun ni. So baik aku belai-belai hati dia, kang kalau dia nangis sebak-sebak, aku jugak yang susah nak pujuk dia.




Ketupat palas aku dapat 50 biji pelbagai saiz.
Semua dijamin spesis ketupat jantan gitu...





Jadi, tahun ni kami beraya awal la ye kawan-kawan...
Well, kelmari En Zul dah nampak anak bulan.
Almaklum la, tahun ni kami sambut raya kat Alaska, tu yang ketupat gulai semua siap awal seminggu.

Jangan jelesssss...

(tapi malam raya karang aku kena buat ketupat baru pulakkkkk.. Uwaaa!!)



Anyway, aku nak ucapkan selamat hari raya, maaf zahir dan batin.
Raya nanti jemput datang ke rumah.
Boleh makan rempeyek. Tu pun kalau masih berbaki la.
Sebab semalam pun dah selesai setengah tong.
Ni ada masa lagi 3 hari harap-harap bertahan la kuih aku tu.

Wednesday, July 8, 2015

Sabar itu separuh dari Iman

Alhamdulillah, semalam dah beli baju raya anak-anak.
Plan nak cari kat Jalan TAR.
Tapi sebab tak sanggup nak redah lautan manusia, so kitorang ke Jusco Cheras Selatan je.
Lagipun dulu pernah beli kebaya untuk diorang, harga murah je. Design pun cantik.

Bulan 5 hari tu dah beli sorang sepasang.
So semalam beli lagi sepasang untuk Ika dan Aleeya.
Tahun ni ingat nak beli jubah untuk diorang.
Dan paling best semalam ada jubah harga RM39 je.
Tapi tak jadi beli sebab labuh sangat untuk budak-budak tu.
Malas nak alter.
Tapi kalau nafsu boros aku datang, esok aku pegi beli jugak untuk diorang seorang sepasang.

Untuk Ika senang nak cari saiz. So amik saiz M agak labuh, tapi ok jugak la untuk dipakai.
Masalah nya bila nak cari saiz untuk si debab tu. Macam-macam baju dah try tapi semua tak muat/
Baju kurung yang saiz L tak banyak choice.
Yang ada pun semua haprak punya design, siap ada kupu-kupu kat bahu.
Aku like.. What the hell???
So end up beli kebaya, which is budak tu tak minat nak pakai kebaya.
Sebenarnya dia memang tak sesuai pun nak berkebaya sebab perut boroi macam perempuan mengandung 5 bulan. Memboyot je perut dia tu.
Tapi sebab tak ada size, beli jugak la kebaya kosong.
Kang aku tambah la beads or sequins kat baju dia kasi nampak meriah sikit.

Harga baju?
Haa.. Lagi murah dari kebaya 4 tahun yang lepas tu.
Sepasang cuma RM40 sajork nokkkkkkk...
Kat tagging price RM149.00, aku syak ni mesti baju stock raya tahun lepas.
Kira nak stock clearance la ni.
So dua pasang RM80.
Setel baju raya.

Sekali tengok booth sebelah jual instant shawl, harga RM40.
Pengsannnnnn...
Harga shawl sama dengan harga baju.
Tak payah beli la. Beli tempat lain sah-sah ada harga RM15 je.

Ni nak cite pasal perangai orang kerek,
Pernah dengar kerek?
Atau bahasa lain poyo (kot?)
Hmmm... Tadi aku bengang gile dengan sorang makcik ni.
Dulu awal tahun aritu aku penah gaduh dalam telefon dengan makcik ni.
Tak tahu la apesal dia nak meroyan mengkhinzir buta.
Bukannya aku cari pasal dengan dia pun, even aku cakap pun punya la baik lemah lembut.
Tapi sebab gen kerek dia tu tebal, tu yang asyik nak mempoyokan diri memanjang.
Sampai tahap aku ambil keputusan nak diam seribu bahasa, dan biar dia membebel sorang-sorang dalam telefon.
Hujung-hujung dia perasan aku senyap je, terus dia "Hello? Hello?? Ok, saya mintak maaf sebab berkasar.."

Hah? Boleh gitu?
Kau dah sedap-sedap melahar aku dalam phone, agak-agak sawan kau dah hilang, sedap-sedap mulut je kau nak minta maaf.
Habis, hati aku yang terluka dihiris dek kata-kata durjana kau tu nak kira macamana?
Campak tepi je?

Waklu!

Pagi tadi aku gaduh dengan makcik ni lagi.
Aku tanya soalan, dia jawab aku dengan soalan balik.
Eh, makcik... Ingat ni rancangan Betul Ke Bohong ke??
Pastu dia membebel berjela-jela.
Hoiiiii.. Harem jedi betul la!
Aku ni puasa, tak kuasa la aku nak memperhabiskan pahala aku dengan berbalas makian dengan kau.
Letih tau tak?? Letih!!

Dah ler kau ada bad history dengan aku.
Ni lagi nak tambah episode ngeri kau dalam hidup aku.
Seboleh-boleh aku tak nak berurusan dengan kau selepas peristiwa hitam awal tahun dulu.

Cerita nya macam ni.

Ada sorang pensyarah ni call aku cakap set kursus dia berubah tempat dan masa.
Aku nama kan dia Dr. L.
Jangan tanya aku apa nama penuh dia. Kosser aku nak bagitahu nama penuh kat sini.
Kang ada yang kena saman pulak.
Dalam sistem yang aku guna ni, aku cuma boleh ubah (masuk/edit) maklumat set dan nama pensyarah sahaja.
Untuk jadual waktu kelas (tempat dan masa) aku tak boleh nak ubah.
Hanya pegawai di bahagian makcik ni je boleh ubah.

Ok, clear tak tugas aku?
Paham kan?

Dr L ni maklumkan kat aku cakap tempat dan masa kelas dia berubah.
Then aku check dalam sistem memang berubah.
So aku call bahagian puaka ni, nak bercakap dengan makcik kerek ni.
Masa tu dalam pukul 12.30pm.
Aku gelar dia Cik Tin ye..

Aku cerita kat dia yang jadual untuk fakulti tu dah berubah, nak minta dia ubah semula ikut jadual asal.
Sekali dia tempelak aku! Kasar betul nada suara dia.

Cik Tin : Macamana boleh berubah? Saya sendiri yang masukkan jadual tu. Saya baru je bukak 5 minit yang lepas, memang jadual yang betul.

Aku : Err... Saya tengok jadual tu dah berubah. Ni saya tengah tengok jadual ni. Memang berbeza dengan jadual asal.

Cik Tin : Saya baru je bukak 5 minit tadi. Takkan dah berubah?!!

Aku : Tapi... saya tengok kat sistem ni kenapa lain? Sistem saya ada problem ke?

Cik Tin : Sekejap saya tengok. Eh, kenapa dah berubah ni?? Sapa yang tukar?!!!! Saya baru je masukkan 5 minit yang lepas. Siapa yang tukar?

Ok masa ni suara dia bukan lagi tempelak yeee.. Masa ni suara dia dah macam petir tujuh petala langit hokeh!!


Aku : Er, saya tak ada tukar. Lagipun ID saya memang tak boleh nak access bahagian jadual tu.

Cik Tin : Saya dah buat tadi, ni mesti ada orang yang tukar. Siapa yang jaga kursus ni? Mesti dia yang tukar!!!

Aku : Saya yang jaga. Tapi saya tak ada tukar apa-apa. Saya tak boleh nak ubah apa-apa pun.

Cik Tin : Ni mesti ada yang tukar ni tapi tak nak mengaku. Saya baru je masukkan sendiri tadi, tak sampai 10 minit dah bertukar!! bla..bla..blaa........ (letih nak taip)

Masa ni aku dah mula bengang.

Aku : Saya memang tak ada tukar apa-apa. Saya tak boleh nak access pun jadual tu. ID saya limited access. Demi Allah bukan saya.

...dan Cik Tin makin berang dengan aku. Siap sambung bebel kaw-kaw melahar aku sampai pukul 1.10pm. 

Cik Tin : Mesti ada yang tukar!! Sekarang dah pukul 1pm, letih laa.. Saya nak rehat, ni dah la waktu rehat!! Saya dari tadi meeting sana sini, kena siapkan keje untuk semua fakulti, orang lain dah rehat saya masih nak kena buat balik semua ni... bla...bla..blaaaa...

Aku dari tadi diam je. Biarkan Cik Tin membebel sorang-sorang.
Dah hakikatnya hati aku memang terluka dengan laharan Cik Tin.
Dia stress dengan kerja dia, apehal kau naklepaskan marah dia kat aku?
Sedangkan aku tak salah apa-apa pun dalam hal ni.

Selepas dia sedar aku diam tak respon bebelan dia, terus dia minta maaf.
Suara dia mula cool down.
Masa ni memang suara aku sebak la weh!
Aku dah la baru nak belajar-belajar pasal kursus.
Sekali kena lahar dengan makcik puaka ni, terus jatuh motivasi aku, gituuu..

Aku : Nanti saya email semula jadual yang asal. Nanti saya semak balik dengan Dr L.

Lepas kena maki kaw-kaw dengan Cik Tin, aku pujuk hati sendiri.
Sampai hati Cik Tin marah aku. Kejam!!!
Hari tu memang aku down betul.

Tapi selepas beberapa jam, aku dapat perkhabaran berita dari Dr L.....


Yang pahit akan manis jua akhirnya... Y_Y

Monday, July 6, 2015

From My Kitchen : Kerabu Mangga

Jumaat lepas ada pensyarah bagi mangga kat ofis.
So aku rembat 2 biji. Plan nak buat kerabu mangga.
Balik kerja aku terus ke PPUKM nak iftar kat ofis En Zul.
Diorang buat majlis iftar siap buat bubur lambuk Terengganu.

Malam tu aku balik dah lupa pasal mangga ni.
Esoknya Sabtu aku nak ke bazaar beli air.
Ternampak mangga ni dalam kereta dah mula nak kuning. 
Mungkin sebab suhu panas yang buat mangga ni peram jadi masak.
Nak buat petang tu dah lewat sangat, lagipun dah ada lauk dah.
So reserved untuk masak petang ahad.





Nah, amik mood dulu tengok gambar kerabu mangga aku.
Baru mood nak baca seterusnya datang berdesup-desup kan?
Eh.




Bahan-bahan :


  • 2 biji mangga (separa masak)
  • 5 biji limau kasturi (ambil jus sahaja)
  • 2 sb gula (aku campur gula merah sikit)
  • 1 biji bawang besar (hiris halus)
  • 1 sk garam
  • 1 cawan ikan bilis (goreng garing)
  • 5 biji cili padi (kalau boleh cili padi merah. Baru la meriah warna kerabu kau)
  • daun ketumbar (hiris)


Jus limau kasturi + garma + gula
*maaf ye dek non.. Hakak malas nak buang semua biji limau. Jangan tiru perangai hakak ye..*




Kau campur je semua bahan.
Gaul... gaul... gaul...

See, kalau cili tu kaler merah mesti meriah kerabu aku kan?
*nanges.... Y_Y*



Close up - meh jemput telan air liur.
Hahaha..




Selamat mencuba ^_^

From My Kitchen : Puding Caramel

Tadi entri Bubur Lambuk untuk iftar kat rumah Maklang minggu pertama.
Minggu kedua iftar aku masak puding caramel pulak.
Dari tahun ke tahun aku cuba nak masak puding ni, tapi semua cubaan tak menjadi.
Terutama kat caramel tu.
Kadang-kadang buat gulanya jadi hangus.
(Eh, memang nak dia jadi hangus kan? Nama pun gula hangus)
Err.. Bukan.. bukan... Maksud aku terlebih hangus sampai hitam gituuu//
Kadang-kadang gula tu tak nak caramelized pulak.
Ntah la, tangan aku ni ada sumpahan caramel gamaknya.

So kali ni dengan lafaz "nawaitu saumaghadin..." aku cuba buat lagi.

Sebab resepi kat internet banyak pakai whipped cream/full milk/sus F&N pekat, kali ni aku cuba buat guna susu cair.
Lantak la nak jadi apa kan.

Bahan-bahan :
  • 1 tin susu cair
  • 3 biji telur ayam (aku guna gred A)
  • 3 sb gula pasir
  • 1/2 sk garam
  • 1/2 sk vanilla essence

Cara membuat :
  • Cairkan gula pasir dalam periuk, guna api perlahan. (Tips : Perlu selalu kacau. Bila gula dah cair, biarkan gula mendidih tanpa kacau. Agak-agak dah mula tukar warna perang, boleh kacau sikit-sikit. Ni tips aku teka sendiri masa berexperimental sorang-sorang kat dapur tu)
  • Tuang gula caramel dalam loyang. Biarkan ia sejuk.
  • Tuang susu cair dalam bekas.
  • Masukkan telur, garam, vanilla essence dan pukul sampai kembang.
  • Tuang adunan ke atas gula caramel yang dah keras.
  • Kukus sehingga masak. 

*Boleh jugak bakar. Nanti tekstur puding lagi cantik. Kena guna kaedah water bath ye hakak-hakak. Kalau nak tau apa tu water bath, boleh tengok sini --> Teknik water bath

Dah siap masak, biarkan sejuk. Kalau simpan dalam peti sejuk sejam dua lagi syok wooo!!





First time aku buat menjadi. Yeayyy!!




Kenapa aku guna susu cair?
Sebab dia dah manis, tak perlu nak tambah gula. Lagipun murah sikit dari nak beli full milk tu.
Dan kenapa aku tak pakai susu pekat F&N? Sebab nanti nak kena tambah susu cair pulak.
Dah lari budget aku situ.. Say no to GST, hokey?!!




3 biji telur ayam gred A.




Garam ye puan-puan...
Bukan gula pasir.




Ni vanilla essence. Kalau aku tunjuk kat Wazli kompem dia jawab "ni kicap cap kipas udang".
Confiden je kau kan?!!




Selamat mengukus. Lebih kurang 45 minit.
Sempat gak la aku layan Running Man habis separuh episod. Hahaha..




Tadaaaa!
Dah siap. Tapi tak snap dari atas.
Masa nak bukak puasa aku tak berani nak snap gambar puding yang dah di potong.
Sebab takut kena jerkah dengan Paklang.
Dia tu pantang sikit tengok perangai jakun aku duk amik gambar makanan masa nak makan.
So korang tengok je la gambar sipi-sipi mangkuk ni.

Kahkahkahh..

From My Kitchen : Bubur Lambuk

Haaa.. Hari ni nak update resepi makanan je.
Ada 3 resepi tengah waiting list nak publish.
Dah lama tak up entri From My Kitchen kan?
Nampak nauuu aku malas nak masak menu baru.
Balik-balik menu yang sama je. Hahaa.

Minggu pertama puasa aku balik umah Maklang hari Sabtu.
Aku bawak bubur lambuk.
Ni bukan bubur lambuk Kg Baru ye.
Cuma masa aku godek-godek resepi, dia cakap ni resepi bubur lambuk Kg Baru.
Ye la dik non.. Hakak percaya la cakap kau.
Bulan puasa ni hakak taknak sangka buruk kat orang.
Mengumpul pahala giteww..

(sorry lupa nak ambik laman web add. Sebab resepi main campur-campur)

Meh kita masuk ke dapur Cik Kiah Propa, kita tengok apa bahan-bahannya...

Bahan-bahan :
  • 1 cup beras (cuci bersih dan toskan)
  • 2 cawan santan pekat
  • 300g daging (cincang halus)

Bahan Tumis :
  • 2 ulas bawang merah (tumbuk - aku malas so hiris je..)
  • 2 ulas bawang putih (tumbuk/hiris)
  • 1 inci halia (hiris panjang)
  • 3 sb bawang goreng
  • 3 sudu udang kering (rendam dalam air panas & tumbuk)
  • 2 sudu minyak sapi
  • 2 sudu minyak masak
  • 1 helai daun pandan
  • 1 batang kulit kayu manis
  • 1 bunga lawang
  • 2 biji buah pelaga
  • 3 biji bunga cengkih

Bahan kisar :
  • 1/2 sk biji ketumbar
  • 1/2 sk jintan manis
  • 1/2 lada hitam

Bahan perasa :
  • Garam
  • Gula

Cara membuat :
  • Panaskan minyak sapi dan minyak masak.
  • Tumis bahan tumis sampai naik bau.
  • Tumis bahan kisar.
  • Masukkan daging.
  • Masukkan beras dan air. Air tu agak-agak la sukatannya. Jangan kering/cair sangat.
  • Lepas bubur dah hancur, masukkan santan, garam dan gula secukupnya.
  • Boleh dihidang dengan daun sup, daun bawang, bawang goreng, lobak asin dan ikan bilis goreng.




Tumis sampai naik bau ye makcik-makcik...




Masukkan daging. Biar masak sebati.




Masukkan beras dan air. Masak sampai beras hancur.
Last sekali masuk santan dan bahan perasa.



Gambar akhir aku lupa nak snap.
Mohon ampunnnn!

Jangan lahar aku k.....!




Friday, June 26, 2015

Rutinnya sama saja

Dah seminggu lebih kita berpuasa kan?
Sekejap je rasanya.
Esok plan nak gi iftar kat umah Maklang lagi.
Temanya aku memang suka makan kat umah mak aku.
Bukan sebab aku malas nak masak ye.
Aku rasa aku antara perempuan yang rajin memasak kat ofis ni.

Sebelum subuh aku masak.
Balik keje petang tu aku masak.
Malam kang sebelum tidur aku masak.
Then esok pagi sebelum subuh aku masak lagi.
Tu hari bekerja tu. Kalau hari cuti lagi laa..
Selang 2 @ 3 jam aku bersilat kat dapur tu.
Macamana la tak menggajah badan aku?

Hahaa!

So, sepanjang bulan puasa ni rutin aku sama je laa..
Kalau isteri-isteri kat luar tu yang kurang memasak, then tetibe bulan Ramadhan ni kena kerap masuk dapur, mungkin akan terasa jugak kelainannya.
Ye la, awal-awal pagi nak bangun memasak memang boleh buat sawan kalau tak ready fizikal mental.
Tapi aktiviti memasak seawal pukul 4am ni dah jadi rutin, so setakat masak sahur apa ada hal?

(eh, sedikit riak disitu. Ya Allah..Ampunkan dosa hamba Mu ini)

Banyak betul dugaan bulan puasa ni kan?

Paling haramjad bila nampak gambar makanan or minuman sejuk.
Gila menggigil badan oiiii...



Kau tengok Dr. Zul punya penangan.
Memang teruji iman aku.
Awal-awal pagi aku remind dia untuk bagi report, dia tibai aku dengan gambar ni.

(huh.. huh..huhh... Dada turun naik menahan sabar!)


Alhamdulillah, rezeki aku sekeluarga dapat makan durian kampung ni.
Tengahari tu Dr. Zul datang ofis aku nak bagi feedback laporan yang aku mintak.
Lepas tu terus dia ajak ke hilux dia untuk amik durian seberapa banyak yang aku mahu!
Dia siap bagi plastik untuk tapau weiii..

Ok, masa ni sawan aku dah datang.

Menggelupur badan nak membungkus.
Lepas aku bungkus untuk aku dan Kak Sal, aku panggil kawan-kawan yang lain.
Share dengan diorang.
Dapat la sorang merasa sikit-sikit.

Esoknya bos aku pulak request nak durian.
Then Dr Zul bawak special untuk kitorang bertiga.
Aku, Kak Sal dan bos aku.
Ada lebih Dr Zul bagi pada kawan-kawan lain yang tak dapat semalam.

So kiranya aku 2 hari berturut-turut dapat merasa durian ni.

Syukur Alhamdulillah rezeki bulan puasa.

Semoga bulan puasa ni dan bulan-bulan seterusnya rezeki aku dimurahkan oleh Allah.
Aamiin..

Thursday, June 18, 2015

Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak

Assalamualaikum.

Ya Rabbi...
Lama betul menyepi. Sian blog aku sampai dah tumbuh cendawan.
Sawang-sawang tu takyah cakap la. Dah menebal macam tembok besar china dah.
Sumpah aku memang busy sangat.
Dengan segala aktiviti kat UKM lagi, dengan aktiviti anak-anak kat rumah.
Naik lembik badan aku jadinya.

Aku busy start bulan April. Masa Mac tu kira ok lagi la.
Masa April dah mula buat persiapan Public Lecture II kat DECTAR.
Nak buat follow-up macam-macam, meeting memanjang.
Nasib baik PLII berjalan dengan lancar.





Lepas habis PLII, boleh rehat sekejap 2-3 hari.
Sebab lepas tu aku busy dengan Hari Keusahawanan Universiti pulak.
Rasa nak pengsannnnn.. Huhuhuu Y_Y

Hari tu aku, En Zul, anak-anak & Wazli pegi melawat ayah Zulfadzli kat HTAR Klang.
Hopefully ayah kau kembali sihat ye, Lili...

Lili? Opsss... 





Sekarang kitorang mula balik tabiat lama.
Tapi terbabit-babit dengan anak-anak.
Kitorang dah mula lepak-lepak kopitiam waktu malam.
Sebelum ni hanya aku dan En Zul je yang lepak-lepak masa duduk kat Cheras.
Kat sana memang bersepah-sepah kedai mamak @ kopitiam.
Tapi tak pernah bawak anak la.
Kali ni anak-anak dah besar, dah biasa tidur lambat so boleh ajak diorang sekali.


Mummy & ayah bawak kakak & adik supper kat Old Malaya, Bangi Gateway.
Tapi malam ni adik demam. Masa nak balik adik muntah dalam kereta.


Kekasih dua sejoli.



Candy Crush aku dah sampai level 905. Tak boleh naik dah sebab belum ada update dari Candy Crush. Tapi sekarang dah update, so boleh naik dah. Yippi!!

Now aku dah level 912. Masih stuck kat situ. Kahkahkah.


Tahun ni sukan sekolah Seri Tasik buat awal.
Tahun lepas bulan 10 kot. Tahun ni diawalkan ke bulan 5.
So tahun ni En Zul sangat eksaited nak tengok anak bersukan.
Well, cuma Ika je yang masuk bahagian.
Aleeya macam biasa amik bahagian menghabiskan duit aku pegi membeli belah makan kat gerai.
Tapi nasib baik tahun ni gerai tak semeriah tahun lepas. Kalau tak lagi ranap purse aku.
Kau dah la tak masuk bahagian sukan. Tapi bab makan kau lajuuuu je.



Kontinjen Rumah Kuning : Tun Perak
Rupanya lebah comel yang pegang sepanduk Tun Perak tu anak aku!
Si Ika tu tahun ni jadi bidan terjun untuk perbarisan dan 4 x 100m.
Memang redho je la ye Ika...



4 x 100m.
She was the last runner in her team.



4 x 200m
Nampak tak betapa eksaitednya En Zul kat luar trek?




Balik sukan pegi lunch kat Wong Solo.
Kau tengok lauk kat pinggan Aleeya.
Paling besar lele dia. Kalah dengan lauk kat runner sebelah.
Lauk siap kena curik dengan Ayah. Hahaha!



Sekarang ni instant-homemade pizza jadi pilihan anak-anak.
Senang je nak buat. Sapu sos, tabur bahan dan lempor masuk microwave.
Seronok betul anak aku main masak-masak dengan cheese ni.
Zaman aku dulu umur 12 dah kena tumis kari ikan!
Tak de nya level-level instant pizza ni. Maklang pun tak penah nak ajar masak benda-benda ni.
Yang penting Maklang pesan "kau kena reti memasak sebelum naik sekolah menengah"

Beza dengan anak aku, umur 12 baru pandai nak guna microwave.
Huhu...



Kali ni tanam pokok honeydew.
Selepas kejayaan menanam tembikai merah, kitorang try tanam tembikai lonjong.
Pokok hidup dah besar, sekali En Zul bubuh baja terus mati pokok tu.
Sebab terlebih baja dan kurang siram.

So kitorang tukar benih honeydew pulak.




Selepas pokok berbuah, ni size buah selepas 5 hari dia berbuah.


Start cuti sekolah kitorang ke Langkawi dengan ofis aku.
Ada bengkel kat sana.
Antaranya bengkel di Kompleks Haji Ismail Group, Idaman Suri, Rams dan lain-lain.
Alhamdulillah, aku balik KL membawa hasil bengkel seperti coklat, ikan kering, ikan bilis dan udang geragau. Set pinggan mangkuk tak boleh beli.



Budak-budak tahu nak berseronok je.
Cuba kau baca sifir 8, mesti ada yang tak hafal lagi ni.




Kasi tutup bayang-bayang aku.
Budak ni memang suka mengacau kebahagiaan aku nak tidur.
Ni dia ajak aku main-main selfie. Layankan je la.
Nanti dia dah puas, dia pegi la main kat beranda pulak.



Wefie!




Sebelum balik KL harus la singgah FAMA cari Harum manis.
Tapi stock dah tak banyak. Buah pun tak berapa cantik.



Makan pulut dengan mangga.
Satu set pulut harga RM6. Jus mangga pulak harga RM3.
So untuk set makan dan minum RM9.

Berbaloi?
Ntah la. Macam tak je.. Kau tengok je la saiz mangga tu.
Celah gigi pun tak lekat.




Elok tengah makan pulut mangga, laki aku hilang.
Ingatkan pergi beli buah. Rupanya beli pokok mangga.
Berpandangan jauh rupanya laki aku ni.
Orang lain sibuk beli buah, tapi dia beli pokok terus!




Bergambar bersama pokok kesayangan.
Ni ramai kawan-kawan dah masuk waiting list untuk buah mangga aku ni.
Hahaha..

(abaikan muka Aleeya yang selebet tu)



Dah tanam dah.
Kepada rakan-rakan dalam waiting list, sila menunggu dengan sabar.
Doa banyak-banyak supaya pokok aku menjadi ye.

Balik dari Langkawi.....
Jeng.. jeng....jengggggg!!!

Back to heavy workload!!

*Nangessss*

Super duper busy dengan Hari Keusahawanan Universiti.


Pemenang bergambar dengan tetamu kehormat.
Awat la Abang Fizi ni ambil gambar senget-senget gini. Huhuhuu...


Lepas selesai HKU, ada bengkel kat Residence Hotel.
Masa tengah berbengkel, dapat wasap dari ex-bos.
Dia nak bagi buah harum manis, fresh dari kebun menantu dia kat Perlis.
Wahhhh.. Rezeki!!

Terima kasih Puan Ruziyah.
Jasamu dikenang.
Alhamdulillah....




Pokok baru tanam seminggu, dah dapat merasa buahnya.
Hahaha. Hebat tak?!!



Request by En Zul & anak-anak.
Malam selepas dapat buah ni, asyik menyebut nak makan pulut mangga je.
So beta perkenankan permintaan mamat bendahara dan dayang berdua.

Tadaaa!
Manggo sticky rice with harum manis.
Yummehhhh..



Sekarang ni semua event besar untuk kursus LMCW1022 dah selesai untuk sem ni.
Now aku kena pulun buat semua report event dan bengkel.
Letihhhhh..
Pastu kena siapkan segera sebelum proses kemasukan grading pulak.
Ada 4000 student first year, so kejung la tangan aku nak key in grade budak-budak ni.
Huhuu..


Aku dah terminate postpaid Maxis aku tu.
Selama ni aku turutkan je bayar bil mahal-mahal.
Padahal kegunaan tak sebanyak harga bil.
Asyik la merelakan diri kena tipu dengan Maxis.
Now aku dah tukar line. Masih mengekalkan no telefon yang sama.
Dalam masa 2 hari dah setel tukar line. Sonang jo.
Tak payah susah-susah nak mengadap staff kat Maxis.
Lepas aku request nak terminate line Maxis, tetiba ada staff Maxis call aku nak offer loyalti bonus kat aku. Nampak tak keharaman jadahnya kat situ?

Selama bertahun-tahun aku setia guna line Maxis, baru sekarang kau nak offer loyalti bonus kat aku?
Cilakaaaaa!!!!!

Lagi pun dah macam-macam makian yang aku lempor sebab ketidakpuasan hati aku pada Maxis.
Serius aku tak berkenan dengan servis Maxis yang banyak menipu aku.
Now, no more!!!!
Bye-bye la Maxis....



Sebenarnya balik dari Langkawi aku dah start final exam.
Aku balik Langkawi 1 Jun. Then 4 Jun aku ada HKU.
Pastu esoknya 5 Jun aku dah start exam.
Gila la aku nak membaca buku dan menyiapkan persiapan HKU.
Sampai aku tak tidur malam sebelum HKU dan exam aku tu.

Paling hazab bila aku salah tengok jadual untuk paper aku.
Sepatutnya 1st paper aku adalah Mathematical Methods.
Tapi aku pulun baca Thermodynamics!
Dah sampai SIRIM (kali ni aku exam kat sana), baru aku perasan yang aku salah jadual!
Sebenarnya paper Thermodynamics adalah paper terakhir aku pada 13 Jun!!!!

- ok, gelabah separuh mati jap -

Terus aku call En Zul. Dia tak dapat nak tolong sebab dah masuk kerja.
Then aku call Ika, minta dia snap all the notes and exercise Math method aku, pastu hantar ke wasap aku.
Masa yang ada setakat sejam lebih tu aku pulun tengok nota dan exercise aku.
Aku redha je la untuk exam kali ni.
Dengan aku demam balik dari Langkawi. Dengan penat nak siapkan HKU.
Dengan nak baca buku lagi... Oh myyyyy! Memang jammed otak aku.

Apapun aku redha je la.

Now semua event dan exam dah selesai.
Aku sekarang dalam mood nak bermanja-manja dengan En Zul dan anak-anak.
Tiap-tiap malam main congkak sama-sama.
Well, aku baru beli congkak kat Mydin.
Asyik main Candy Crush je. Sekali sekala main congkak yang tradisional tu best jugak.

Ok la, bos aku dah panggil jumpa dia.
Alhamdulillah dapat compile semua cerita dalam 1 entry.
Kejung urat dan otot aku nak menaip.

Hari ni 1st puasa kan uols...
Bersahur tak pagi tak?? Aku sempat masak ikan kembung tumis asam je.
Syukur dapat bertemu lagi dengan Ramadhan.

Ok, aku ucapkan selamat berpuasa kepada semua yang beragama Islam.
Mohon ampun dan maaf kalau ada salah dan silap sepanjang perkenalan dan sepanjang aku berblogging ni.
Semoga Ramadhan kali ini memberi seribu makna dan kerahmatan dari-Nya.

Aamiin...