A wife to a loving husband. A mum to a adorable daughters. A daughter to such a caring parents. A good friend to a good people. Homechef that cook like nobody business.
Sebut je gadjet, macam-macam benda boleh buat. Belum termasuk iPhone, iPad, Samsung Galaxy Tab, tak kira la tablet ke, tabphone ke, semua ada application yang hebat-hebat. Blackberry? Ok leee.. Boleh jugak layan BBM free kan? Ok, aku belum pernah pakai semua gadjet-gadjet tu. Belum sampai tahap keperluan rasanya untuk memiliki semua benda tu. Cukup la setakat Nokia N8 aku ni je...
Tapi bagi aku, dalam banyak-banyak benda yang berteknologi tinggi ni, ada satu benda yang betul-betul buat aku impressssss! Lebih-lebih lagi benda ni sangat compatible dengan diri aku, sifat dan sikap aku. Haaa.. Aku rasa belum ada gadjet yang sesempurna alat ni.
Apakah ia?
Harganya bergantung kepada capasity.
Semakin besar kapasiti yang boleh ditampung olehnya, semakin mahal.
Ada macam-macam brand kat pasaran.
Ada macam-macam bentuk dan kaler.
Aku punya brand Samsung, auto function, kapasity 13kg, harga around RM1200++ (kalau tak silap aku harganya la).
Haaa.. Dapat teka?
It's WASHING MACHINE!
Hahaha..
Kenapa aku rasa ia nya best dan sangat compatible dengan aku?
Sebab aku ni PEMALAS. Kerja nak yang mudah je. Kalau ada yang lagi simple, lagi la aku berkenan. So lagi bertambah la Vitamin 'M'alas aku dalam badan ni. Aku rasa En Zul lagi rajin dari aku. Aku ni kalau campak dalam kandang lembu pun, kompem aku lagi malas dari lembu-lembu yang ada tu.
Ok, sebenarnya aku kena basuh kasut sekolah anak-anak. Last 2 weeks kan kaki aku luka terkena air panas. So agak susah aku nak mencangkung lama-lama untuk basuh kasut sekolah anak-anak. Kerusi kecik pun tak pernah ada dalam bilik air. Bila aku mintak tolong En Zul basuhkan, banyak pulak alasan pakcik tu. Ha, masa ni memang terserlah kemalasan orang tua ni.
So bila dah dua-dua malas nak basuh kasut, maka En Zul beri cadangan supaya semua kasut tu (4 pasang) dicampakkan sahaja dalam washing machine! Peh, senang betul! Ok, aku pernah buat benda ni masa kecik-kecik dulu. Aku kan pemalas. Kalau boleh aku nak pakai selipar jepun je pergi sekolah, so tak payah susah-susah aku nak basuh selipar tu. Sebab terlampau malas, maka aku campak je kasut sekolah aku dalam washing machine Maklang.
Tapi masa tu bunyi mesin tu memang hazabbb! Mesin tu dah la manual. Sekali dia berpusing, ketang ketung, ketang ketung bunyi dia! Macam ada hantu pulak dalam mesin tu. Tapi this one, bunyi dia slow je.. Tak dengar pun ketang ketung dalam mesin tu. Dan yang paling penting, with one single button semua kerja siap dalam masa yang ditetapkan.
Paling aku tak sangka, kasut sekolah anak aku yang hitam berlengas tu boleh jadi putih dan bersih!
Whoaaaa~!
Hebat! Hebat! (hand clapping)
Aku memang tak sangka la mesin basuh aku ni boleh buat macam tu. Serius bersih kasut sekolah anak aku. Mungkin semua orang dah tahu kehebatan mesin basuh zaman sekarang. Tapi kesian kat aku, sebab aku baru tahu tadi. Muahaha...
Bila aku keluarkan kasut tu, aku redha je la kalau kasut tu masih hitam. Tapi bila aku tengok kasut tu bersih, mahu aku melompat kegembiraan sampai menitiskan air mata... Huhuhu..
Ok, aku terlebih emo.
So lepas ni tak payah la aku nak bertolak-tolak dengan En Zul untuk basuh kasut anak-anak. Tapi kalau anak-anak aku ada, aku suruh je diorang basuh dengan tangan. Kanak-kanak jangan dimanjakan sangat! So tips ini jangan sampai ke pengetahuan anak-anak. Kang tak pasal-pasal time nak mandi pun diorang masuk dalam mesin basuh dan tekan butang START! Punya la pemalas nak mandi! Lepas tu masing-masing keluar dari mesin basuh jadi putih melepak.
Now aku terfikir, siapa pulak nak kapurkan kasut diorang?
Yep, aku pun baru je tahu maknanya. Selama ni aku cuma tahu blogging je, sebab aku pun dah terjebak dalam dunia blogging ni. Vlogging adalah Video Blogging, yang mana ia adalah salah satu cara untuk meluahkan pendapat dan mengekspresikan perasaan melalui VIDEO. Kalau blogging lebih kepada penulisan dan gambar, vlogging pula lebih kepada rakaman video dan mengandungi isu yang kita nak ketengahkan.
Dulu aku selalu layan vlogging ni. Tapi aku sendiri tak tahu yang video yang aku layan kat Youtube tu adalah kategori Vlogging. Ada video yang aku suka sebab ia kelakar. Tapi ada jugak yang aku tak berkenan. Sebenarnya ia satu subjektif. Mungkin pada aku ia sangat membosankan dan merepek, tapi pada sesetengah orang video tu sangat menghiburkan!
Ok, aku suka tengok video Matlutfi. Pada pandangan aku, dia seorang yang kreatif, inovatif dan sentiasa peka dengan isu sekeliling. Semua video dia (yang aku sempat layan) sangat kelakar dan ada point untuk setiap isu. Dengan penggunaan bahasa yang mudah difahami (cakap pulak slang Kedah), dia berjaya menyampaikan sesuatu isu dengan effort yang aku sendiri tak duga!
Yes, seperti iklan or video pendek, ada yang mengatakan Matlutfi ni mempunyai bakat seperti arwah Yasmin Ahmad. Sangat bijak mengeluarkan idea dan pengolahan idea dia sangat kreatif! Kadang-kadang ada jugak video dia yang menyentuh isu sensitif, tetapi itulah realiti! Realiti yang berlaku dalam kehidupan kita, lebih-lebih lagi rakyat Malaysia (no offense, ok?). Aku tak rasa video dia melampau. Secara positifnya, aku boleh nampak Matlutfi mengupas isu-isu semasa dengan cara dia tersendiri.
Ada beberapa video yang boleh kita layan. It's simple, but it's funny. Yang lebih penting adalah isu yang diketengahkan, kan?
Sampah.
Suatu yang remeh, tapi ia meninggalkan kesan pada kita =)
Another video by Matlutfi :
Dan video ni sekadar nak happy-happy or nak release tension. Kalau ada yang rasa video ni macam sampah or hampeh, terpulang. Itu subjektif. But for me, he did a good job dan he's fabulous! Serius aku tergelak tengok video dia. Walaupun dia 'kepala gila-gila' tapi kita tak boleh pandang ringan dengan idea dia =)
One word for him = Brilliant!
Ok, back to the vlogging. Ada ramai vlogger-vlogger yang boleh kita lihat 'luahan hati' mereka kat dunia maya. Selain Matlutfi, ada seorang vlogger yang semakin popular iaitu Maria Elena. Aku bukanlah peminat Maria, sebab aku tak rasa video dia menarik.
Maaf, aku jujur.
Ok, my dear Maria.. You've got your own opinions, but.. Sorry to say, i don't like to see your body language or 'performance'. Macam GEDIKSSS je.. Ok, itu mengikut keselesaan Maria. Mungkin dia selesa jadi begitu, that's her! Tapi aku tak berkenaan lorrr (ada orang kesah?). Just pick up some issues and take it as positive things. That's it.
Uh umm.. Ada satu lagi vlogger. Banyak jugak budak ni (i mean, minah ni) upload video dia. Nama? Aku tak tahu. Sebab aku kurang layan video dia. Pernah pertama kali aku tergerak hati nak klik kat video dia. And she got her issue, but still macam Maria, aku tak berkenaan cara penyampaiannya. Maybe she's worse than Maria. Perghhh.. Macam gangster Kampung Pisang je aku tengok minah ni..
Yes, untuk berlaku adil kepada semua vlogger, dia memang ada point untuk segala isu yang dia perkatakan. She's good.Tapi seriesly aku tak minat gaya dia. Macam buat-buat je. Tak natural. Tapi itu hak dia kan? Kalau nak berlakon ke, nak berpura-pura ke, itu dia punya pasal. Tapi aku punya pasal pulak adalah AKU TAK MINAT CARA DIA. Hahaha...
Jap-jap. Ada sorang lagi vlogger. Memang glamer gila. Dia terkenal dalam Youtube, dalam Friendster, dalam TV and even dalam dunia MLM. Haaa, cer teka sape? Cer teka...
Yessss.. Cikgu Shida dari Parit.
Hmm. First time aku tengok video dia, aku mula terfikir.. Apakah....???? Seriesly dia ni cikgu? Macam terencat je.. Ramai yang share video dia dalam FB. Ada yang puji, tak kurang jugak banyak yang keji. Memang itu cara dia untuk melepaskan rasa tension (kerjaya guru kan banyak tekanan). Tapi adakah itu cara yang terbaik? Aku rasa tak perlu la nak buat mimik muka yang pelik-pelik, muka herot-berot dan terkinja-kinja macam orang utan. Siap make up dan costume segala bagai. Ohhhh.. Serius aku malu tengok cara dia ber'vlogging..
Pelik? Jelik? Ok, kita layan lagi...
Ok-ok... Last aku bagi link. Tak sanggup rasanya nak taruk link banyak-banyak. Serius boleh sesak nafas tengok video dia. Untuk terakhir, aku letak link yang ini :
Walaupun dia pelik, dia macam terencat, tapi dia ramai peminat. Setiap video dia berjaya mencatatkan pengunjung yang agak ramai, walaupun baru 2 hari diupload ke Youtube. Hmm, mungkin selera orang zaman sekarang dah berubah. Mungkin ramai yang dahagakan lawak yang sebegini dari Cikgu Shida.
Tapi bagi aku, Cikgu Shida gagal menggembirakan hati aku.
Tapi aku tak sempat nak pergi ke resepsi Baman. Serius rasa nak nangisssss.. Aku ku kan BFF Baman, wajib datang la ke resepsi tu. Tapi sebab ada hal yang sungguh menjengkelkan berlaku pada aku dan En Zul pada hari berkenaan, maka terpaksa la aku cancel ke majlis dia.
Takpe..Takpe..
Jangan sedih-sedih. Dia kawin je. Bukannya dia mati, sampai aku nak sedih-sedih segala bagai ni.
So sebagai nak feeling-feeling baru balik dari kenduri Baman, aku nak upload gambar kawin dia.
Selepas selesai Akad Nikah.
Alhamdulillah...
Ni resepsi sebelah Baman kat Puchong.
Tema warna : Putih Purple
Ni resepsi sebelah Kak Husna di Kuala Kangsar
Dah 2 minggu Baman bergelar suami.
Tup-tup tadi dia sms aku.
Sebelum ni pun ada sms gak. Cuma sms kali ni agak lain sikit.
Nak mintak tolong katanya!
Dia sms aku nak minta tolong masakkan Puding Roti. Dia nak bawa sebagai buah tangan masa melawat sedara mara dia weekend ni.
Dia ni memang hantu puding roti aku.
Kalau dapat makan setupperware, pujinya melambung-lambung macam Gunung Everest.
Bukan sedap pun. Tapi ntah tekak dia ni memang dah ketagih kat puding roti aku tu.
Aku ada tertaruk ganja kot dalam puding tu?
Lantak.
So aku pun setuju nak tolong dia.
Sekali dia minta aku masak untuk 10 bekas!
Gulp!
Mampus aku.....
Banyak tuuuuuuu...
Hari ni dah Khamis. Dia nak bawa hari Sabtu. Aku cuma ada masa nak buat time malam je la pun.
Sekali dia minta 10 bekas tupperware biasa je. Yang orang duk guna untuk tapau nasi ayam tu.
Perghhhh... Lega aku!
So balik kerja tadi aku ajak Kak Saly temankan aku beli barang puding.
Dalam pukul 7pm aku balik, Baman dah tunggu aku kat parking rumah aku.
Dia baru balik dari kampung dengan wife dia.
Yeayyyy... Dapat jugak aku jumpa dengan wife Baman.
Kak Husna memang friendly orangnya. Baik dan sungguh sopan santun...
Macam aku.
Kahhh~
So malam ni aku bertungkus lumus menyiapkan puding roti dan sos kastard nya.
Tapi malam ni hanya dapat siapkan 6 bekas je. Itu pun sebab roti dah habis.
Lagi 4 bekas aku sambung malam besok.
Eh, boleh ye main sambung-sambung macam tu?
Belasah je la.
Puding roti yang siap dibancuh cuma 6 bekas.
Mari membakar..
Pastikan suhu oven cukup panas. Untuk memastikan suhu telah mencapai kepanasan maksimum, masukkan tangan anda ke dalam oven dan sentuh besi yang menyala merah di bahagian bawah oven. Jika anda mengalihkan tangan anda dengan pantas, maka oven telah menjadi panas dengan baik. Tetapi jika anda masih lagi memegang besi menyala itu, maka anda harus pergi ke hospital untuk mendapatkan rawatan nefro. Mungkin ada saraf anda yang tidak berfungsi dengan baik.
Sos kastard. Yang hitam tu bukan sos kastard yang hangus ye. Tetapi itu adalah coklat cair. Sos kastard dah habis, tapi tak cukup pulak untuk siapkan 20 bekas. So aku gantikan dengan coklat Hersheys. Bijak kan aku?
So sementara aku menunggu Baman datang rumah untuk pick up order, aku update dulu entri ni.
Semua bekas puding aku dah seal dengan aluminium foil. Agak cantik jugak hasil kreativiti aku tu.
(Hok alohhh.. Seal bekas je punnnnn.. Bukannya buat cetakan batik sampai nak puji diri sendiri melambung-lambung~)
Pukul 10.45pm Baman sampai rumah aku. Baman pun puji hasil kreativiti aku tu cantik. (Hoi, setakat seal dengan aluminium foil tu, sesapa pun boleh buat la ngokk!)
Ok, cukup-cukup la bertelagah sesama sendiri, wahai Hati...
Baman pun dah selamat angkut semua barang.
So dah tiba masa untuk kemas dapur. Kang tak pasal-pasal bising pulak En Zul tengok dapur bersepah.
Eh, En Zul outstation ke Johor.
So tak jadi la nak kemas dapur.
Esok-esok je aku kemas. Aku malas nak kemas malam ni.
Sekarang nak layan movie.
Hari ni En Zul ajak lunch kat Jalan Bellamy.
Dalam kepala otak aku dah terfikir pasal ikan bakar dah.
Dan air liur aku pun meleleh memikirkan ikan bakar dan sotong bakar kat sana.
Pergh~ Memang terbaik!
Sampai je kat belakang Istana Negara, En Zul kona kat kedai makan Rojak ni.
Ntah apa nama dia ntah.
Aku rasa nama kedai ni Rojak Bellamy kot (ok, ni aku main taram je!)
Elok je En Zul parking kereta, hujan turun pulak.
Tak apa lah, anggap je rahmat Tuhan sempena first time aku makan kat sini.
Boleh gitu?
Hm, tak banyak gambar pun. Sebab perut tengah lapar, malas nak snap banyak-banyak.
Aku order nasi ayam dan sirap, En Zul order rojak biasa dan teh ais limau.
Pastu aku bungkus rojak extra sotong untuk tapau ke ofis.
(kompem makin menggajah aku pas ni.)
Total harga makan kami hari ni RM15.
Hm, tak la mahal sangat. Consider untuk 3 orang makan. Cuma air ada 2 je..
Ni side sebelah kiri. Bahagian utama kat sebelah kanan. Kat situ memang penuh.
Tak ada langsung seat kosong.
Jangan fokuskan kepada abang long baju hitam tu.
Sila fokuskan pada frame gambar kat dinding :)
Sejak 1958.
Pernah menjadi juadah Istana Negara. 'Pernah' ok... Bukan 'Selalu'..
Means sekali je kot makanan ni masuk istana.
Again... PERNAH!
Itu je la modal dia duk ulang kat semua iklan...
Menu kami. Nasi dia not bad jugak. Makan nasi je dah rasa sedap. Ayam pun ok, sambal pun ok Sup dia memang ikhlas sedap. Bukan macam sup orang lain yang keruh macam air hujan tu.
Senang cerita nasi ayam dia sedap :)
Rojak biasa. harga RM3. Kuah agak pekat, tapi kurang 'kick' pada tekak aku.
Serius aku tak faham kenapa orang nak gebang-gebang kepochi pasal rojak ni.
Tidak la sedap tara mana punnnn...
Ayam yang sedap.. Sos cili dan kuah kicap pun ok.
Nasi ni memang best. Rasa dia seperti nasi lemak yang di jual kat A&E HUKM.
Kat gambar warna kurang kuning. Tapi hakikatnya memang kuning menyala jugak la.
Selamat menjamu selera =)
Menu utama kat kedai ni adalah rojak yang PERNAH MENJADI JUADAH ISTANA NEGARA.
(Ada aku kesah?)
Tapi ada jugak menu lain yang goreng-goreng, macam nasi goreng, mee goreng.
Mee rebus pun ada jugak.
Rasanya semua rasanya ok kot (berdasarkan bilangan pelanggan).
Tapi bagi aku, rojak dia kurang menyengat. Padahal menu tu yang dibanggakan sangat.
Sampai merata-rata orang duk canang pasal rojak ni.
Adatlah, tak semua tekak akan rasa sama.
Itu kan subjektif.
Ntah-ntah tekak aku yang problem.
Pada sesiapa yang nak try rojak ni, boleh la cuba.
*Sebenarnya aku nak test application kat HP aku je. Dah hampir setahun pakai HP ni, tapi langsung tak tahu nak explore. Tahu beli je, tapi gunanya tidak! Kalau sekadar nak SMS or call semata-mata, baik guna Nokia 3310 je kan?
Selasa hingga Khamis lepas aku outstation ke Penang.
So sepanjang sepeninggalan aku, En Zul iron sendiri baju-baju dia.
Sebab aku serius tak sempat nak iron baju dia untuk stock seminggu.
Selalunya aku akan iron kan baju dia, walaupun aku balik kerja jam 5am or 6am!
Kalau aku kerja lab, balik lewat pagi, aku akan pastikan baju En Zul akan siap ber iron.
Sebab aku tak nak dia iron sendiri baju-baju dia.
Cuma minggu lepas aku terpaksa biarkan dia iron sendiri baju-baju dia, walaupun aku tak suka dia iron sendiri.
Kenapa?
Sebab nya ini --->
Ni first baju aku yang jadi mangsa En Zul. Bila dia iron baju, dia akan set heat sepanas-panasnya. Dan temperature tu langsung tak sesuai dengan semua baju-baju aku. Lagi pun dia malas nak tekan seterika masa menggosok. Bila aku pulak ambil alih seterika tu, zassssss...!! Baju aku melekat kat seterika tanpa sebarang belas kasihan! Yang aku pulak tak perasan temp tu. Lepas tekan suis, aku main tekap je seterika tu kat baju aku. Sebab aku dah biasa set heat dengan kesesuaian yang aku suka. Bila En Zul yang guna, kompem la dia ubah kan? Makanya aku yang terpaksa jadi mangsa selepas dia guna. *PASRAH*
Ni baju aku yang kedua yang jadi mangsa. Serius aku tak boleh nak selamat kan kain baju kurung ni. Elok je aku tekan suis, bila nak tekap seterika kat kain, terus melekat! Alaaaaaa... Jahanam baju aku!!!! Kenapa la En Zul ni suka guna temp yang panas-panas? Guna yang sederhana sudah la.. Jangan la jadi pemalas sangat nak tekan iron tu....
Mangsa ketiga. Masa ni sebab aku sibuk buat kerja. En Zul offer diri nak gosok sendiri baju dia. Ok la.. Ingatkan bila dah 2 pasang baju aku jadi mangsa, dia akan beringat. Rupa-rupanya aku yang patut beringat.... Jangan mudah percaya dengan En Zul kalau bab-bab meng'iron' baju ni. Serius aku rasa nak nangis bila dah 3 pasang baju aku 'selesai' dikerjakan oleh kepanasan seterika yang di set oleh En Zul. Berjujuran air mata... Badan aku dah la semakin menggajah, banyak baju tak muat. Sekarang ni makin banyak pulak baju aku yang rosak!
Dan Khamis lepas, bila aku balik dari Penang, aku pun nak gosok baju kerja untuk hari Jumaat....
Mangsa ke empat! Wargghhhh... Fed up nya aku!!! Kenapa la aku lupa pasal iron ni?? En Zul pun satu. Aku tak faham kenapa mesti set temp iron bapak gila panas??? Dah la rosak baju aku, then seterika pun ada kesan hitam kat bawahnya. Satu hal pulak aku nak kikis bawahnya supaya tak tinggal kesan kat baju yang lain. Lepas ni kalau aku tak sempat nak iron baju, kau bawak la baju gi dobi, bang... Kang tak pasal-pasal habis satu almari baju aku jahanam kau kerja kan! Fed up la macam ni!!!
Nampak gayanya aku memang kena beli iron baru yang mahal sikit. Jenis yang keluar wap panas tu. Brand Tefal. Bang, bulan ni saya swap card abang ye... Nak beli iron baru, sebelum saya terpaksa beli baju baru pulak!
Dua bulan cuti sekolah, dua bulan jugak la aku merindui Ika dan Aleeya. Hmm.. Bila cuti sekolah ni, anak-anak dihantar ke kampung. Alasannya tiada orang yang boleh jaga. Kat kampung ramai orang yang boleh jagakan. So better hantar ke kampung daripada diorang jadi Taliban kat KL.
Tapi aku mulai merindui merekaaaaa!!
Uwaaaaaa... Ika, Aleeyaaaaa.. Mummy rindu korangggggg.... Hishhhhh.. Serius huduh siot muka aku! Semalam aku dan En Zul ke rumah babysitter. Rupanya berlambak-lambak barang anak-anak masih ada di rumah babysitter. Cadangnya kami nak ke ruman Baman (semalam resepsi sebelah Baman), tapi sebab perkara yang tiba-tiba berlaku di rumah babysitter, maka aku tukar plan last minute. Tadi aku membasuh la segala baju-baju yang aku ambil dari rumah babysitter semalam. Ya Rabbi... Punya la kotor! Siap bachin bau nya! Memang hazabbbbb!!! Dah setel basuh baju, aku termenung tengok baju-baju kecil tu. Huhuhu.. Rindunya kat anak-anak..
Kelmarin En Zul call anak-anak, dia tanya "kakak dan adik tak ingat kat Ayah dengan Mummy ke?" Then diorang jawab, "Kakak ingat.. Bila Ayah dengan Mummy nak ambil kakak?" Alahaiiiii.. Jangan la tanya soalan macam tu nakkkk. Mak sedehhhhhh~~~
Demi mengubat rindu aku pada Ika dan Aleeya, aku buat entri ni khas untuk diorang sempena cuti sekolah ni.
Ok, aku mulakan dengan Ika.
Nama saya Nur Natasha Zulaikha.
Tahun depan saya darjah 3. Mummy cakap saya dah jadi budak besar, jadi saya kena berdikari. Tapi saya tak tahu apa itu berdikari. Saya tak nak tanya kat Mummy maksud berdikari, nanti Mummy marah. Muka saya pun dah makin hitam dan berlengas, sebab saya baru lepas main dengan adik saya, Aleeya. Saya ni seorang yang manja, saya suka baring kat bawah ketiak Mummy saya, walaupun ketiak Mummy bau nya sungguhhhh tidak menyenangkan..
Hobi saya suka camwhore. Saya suka ambil gambar saya sendiri guna camera dan hp Mummy saya.
Saya rasa saya yang paling cantik kat dunia ni. Walaupun Mummy selalu cakap saya ni perempuan gedik macam Fasha Sandha, saya tak kisah pun.. Sebab Mummy saya pun suka ambil gambar dia sendiri. Maknanya dia pun gedik jugak lah! Tapi dia cakap dia ambil gambar sebab nak masukkan dalam blog. Sebab saya tak tahu apa itu blog, maka saya maafkan Mummy saya yang gedik itu.
Saya memang suka ambil gambar dengan macam-macam aksi. Bagi saya, semua gambar-gambar saya comel-comel belaka. Sebenarnya besar-besar nanti saya nak jadi model terkenal. Sebab tu dari sekarang saya dah jaga diri saya. Saya sentiasa diet untuk jadi kurus macam model-model terkenal. Tapi Mummy tak bagi saya kurus, dia kata saya ni macam orang sakit. Tapi saya rasa sebenarnya Mummy jeles pada saya sebab diet saya menjadi. Saya tengok Mummy saya makin gemuk. Sebab tu dia tak bagi saya jadi model. Dia suruh saya jadi Doktor. Hishhh.. Itu kan cita-cita old fashion.... Wake up, Mummy! Kita kan di zaman moden, apa kelassss cita-cita doktor, guru atau polis ni??
Saya suka makan buah-buahan. Tapi saya paling suka makan ikan goreng, ayam goreng, coklat dan keropok. Saya paling tak suka makan nasi. Tapi kalau Mummy saya suapkan, saya suka makan nasi. Saya suka makan dan minum benda yang masam-masam. Dulu Mummy saya suka order air limau ais, tapi saya yang suka habiskan. Sampaikan limau dia pun saya makan. Ayah saya tak bagi saya makan benda-benda masam, nanti saya ada gastrik. Tapi saya tak tahu gastrik tu apa, maka saya bedal je semua.
Saya ni manja orangnya. Saya suka menangis kalau adik saya kacau saya. Saya ni penakut jugak. Saya takut nak pergi dapur sorang-sorang. Kalau tidur saya takut kalau terjaga malam. Sebab kat saya selalu dengar macam-macam bunyi kat rumah saya, lebih-lebih lagi kat dalam bilik tidur ayah saya. Ayah saya cakap itu bunyi Mummy berdengkur. Yaaa.. Macam bunyi motorbot bunyinya itu.... Saya jugak takut tengok cerita hantu. Sebab Mummy saya suka takutkan saya. Saya sendiri sudah takut tengok badannya yang besar itu, lagi mahu takutkan saya dengan bunyi-bunyi pelik... Hm, jahat juga Mummy saya ni.
Saya ni suka melukis. Dah macam-macam gambar saya lukis. Semuanya cantik-cantik. Sebab tu Mummy saya suka tampal lukisan saya kat peti ais. Tapi sebenarnya saya tahu Mummy saya ni kedekut nak beli lukisan. Tu yang dia ambil lukisan saya, pastu dia tampal kat peti ais. Lepas ni saya akan minta royalti saya sebagai pelukis dari Mummy. Mummy pernah suruh saya lukis gambar dia, jadi saya lukis la lukisan yang paling cantik. Tapi saya lukis gambar Mummy yang sangat kurus, sebab saya tahu itu akan membuatkan Mummy saya gembira.
Saya jugak suka main kat padang permainan dengan adik saya. Tiap kali cuti, saya akan ajak Ayah dan Mummy bawa saya pergi main di Tasik. Tapi Ayah saya selalu ke kebun projek dia. Jadi saya ajak la Mummy pergi. Mummy malas nak bawa saya pergi Tasik, sebab Mummy gemuk tak larat nak kejar saya dan adik. Mummy lebih suka duduk je kat bangku. Saya tahu senaman baik untuk kesihatan. Sebab tu saya sihat. Dan saya juga suka makan sayur sawi dan ulam-ulaman. Tapi saya pelik sebab Mummy saya tak suka makan sayur, pastu dia cakap dia seorang yang sihat. Betul kah?
Now, aku nak cerita pasal Aleeya. Anak no dua.
Hai, saya Nur Aleeya Zaakirah.
Tahun depan saya Darjah 2. Tak sabar rasanya nak naik darjah 2, sebab badan saya makin gemuk. Kalau saya cakap saya darjah 1, semua orang tak percaya, sebab tu saya nak cakap yang saya ni darjah 2. Kakak saya tua setahun dari saya, tapi saya lagi gemuk dari dia. Mummy cakap peha saya dah sama besar macam peha Mummy. Berat saya sekarang dah 23kg. Mummy saya ni dah obesiti. Saya tanya Mummy, dia pun obesiti ke? Tapi Mummy cakap dia bukan obesiti. Dia lain sikit dari obesiti, sebab dia OBESYATI.
Nampak tak spek ni? Saya pakai ni untuk perlindungan dari air liur Mummy. Saya ni nakal, jadi Mummy selalu membebel kat saya. Kalau saya tak pakai spek ni, nanti air liur Mummy masuk dalam mata saya. Spek ni saya jumpa dalam kereta Ayah. Saya nak pakai spek hitam Ayah saya (macam gambar kat atas tu), tapi saya ni kasar dan ganas. Habis hancur spek hitam ayah saya tu. Jadi ayah bagi saya pakai spek ni. Mummy cakap saya comel. Lebih-lebih lagi bila saya senyum macam bluehyppo ni. Betul ke saya comel? Ayah saya gelak je bila Mummy cakap macam tu. Eh, Mummy tipu ye???
Saya sangat nakal. Saya selalu buat rumah bersepah. Saya juga suka selekeh-selekeh. Tak macam kakak saya, dia suka bergaya. Tapi saya sempoiiii.. Saya pakai je apa yang ada. Saya suka rambut saya mengerbang macam ni. Mummy saya marah bila saya jadi selekeh, tapi saya punya sukalah! Saya peduli apa kan? Hahaha.. Tapi bila Mummy dah angkat hanger nak libas kat bontot pejal saya, saya lari satu rumah! Saya suka buat kakak menangis. Saya suka buli kakak. Bila saya tunjuk penumbuk saya, kakak jadi takut. Kalau saya terlebih makan gula, saya akan jadi hiperaktif. Jadi saya akan tumbuk kakak saya betul-betul sampai dia menangis. Kakak saya tu lembik orangnya, jadi saya suka sangat buli dia. Lepas dia menangis, saya akan join menangis sekali. Supaya ayah dan mummy saya tak akan marah saya. Pandai kan saya berlakon? Saya selalu nampak ayah saya cium Mummy. Eeeee.. Tak malu main cium-cium! Tapi kalau ayah saya cium saya tak apa. Sebab saya budak kecik lagi. Sebab saya baru umur 7 tahunnnnnn..
Mummy cakap saya dah besar. Tapi saya rasa Mummy saya lagi besar dari saya. Sebab baju Mummy saya semua besar-besar. Semua baju saya dah tak muat. Semua sendat nampak perut saya yang bulat ni. Kalau saya pakai gaun, semua lemak-lemak saya terkeluar. Baju saya semua saya bagi kat kakak saya. Mummy saya cakap saya dah boleh pakai baju Mummy sebab kami sama saiz. Hishh, Mummy ni suka perli-perli saya tau. Hari tu gigi saya patah, jadi Mummy saya gelakkan saya. Tapi bila gigi saya dah patah, Mummy belikan saya macam-macam. Saya suka makan aiskrim dan nugget. Saya ni kuat makan, lebih-lebih lagi telur ayam separuh masak (telur mata). Sebab tu badan saya besar. Tapi saya pelik la, kadang-kadang Mummy cakap saya dah besar, kadang-kadang Mummy cakap saya dah gemuk. Yang mana satu yang betul ni? Suka buat saya konfius..
Saya ni manja, tapi kakak lagi manja dari saya. Mummy pernah cakap yang saya ni Taliban. Taliban? Apa tu? Biar la.. Mummy tu saja nak cari gaduh dengan saya. Tapi saya lebih suka bermanja dengan Mummy dari Ayah.. Saya suka datang ofis Mummy saya. Saya suka dengan kawan-kawan Mummy. Diorang semua baik-baik. Cuma Mummy sorang je yang garang. Saya dah kenal Untie Ain. Saya ada bagi kad raya kat Untie Ain. Kat kawan Mummy yang lain pun saya bagi jugak. Saya tulis jemput datang rumah. Tapi diorang tak datang pun raya kat rumah saya. Bila saya tanya Mummy kenapa kawan-kawan dia tak datang raya rumah kita, dia cakap kawan-kawan dia sibuk. Ye la tu....
Saya sayang Mummy dan Ayah. Saya sayang kakak saya jugak. Saya nak dapat adik baru cepat-cepat. Tapi Mummy suruh saya sabar. Sebab adik baru belum nak keluar. Saya tak sabar nak jumpa adik baru. Kalau dia dah keluar, boleh la saya buli dia pulak. Sebab saya dah bosan nak buli kakak saya. Kalau saya ada adik baru, saya nak pijak-pijak dia macam saya pijak belakang badan Mummy masa dia tengah letih dan lenguh badan. Nanti adik saya tak la lenguh badan macam Mummy lagi. Saya nak adik lelaki. Boleh saya main lawan-lawan dengan dia. Mummy cakap saya ni gangster. Saya suka sebab boleh jadi macam pelakon Bini-biniku Gangster. Saya jadi Liyana dan adik saya jadi Shaheizy Sam.
Ika, Aleeya... Mummy rindu kat korang.... *sob..sob..sob...*
Denai Tropika.
Sedap nama kedai makan ni.
Sesedap makanan yang disediakan.
Kedai ni terletak di Sungai Ara.
Kak Lin (kawan study PPPJJ) yang bawa datang sini.
Suasana dia best, kedai yang cantik dan layanan pekerja yang sungguh mesra!
(Amboiiii, melambung nya pujiiii!)
Malam tadi aku kongsi makanan dengan Kak Lin.
Sharing is caring, right?
Cewaaahhh.. Speaking LONDON!
Kahhh~
Ok, jom layan gambar...
Pekerja yang memakai vest.
Sangat mesra budak ni, siap nak posing dulu sebelum snap pic.
Kak Lin.
Kawan pertama yang aku kenal masa orentasi PPPJJ.
Cuma kami yang ambil Fizik, belum jumpa kawan-kawan lain.
Thanks Kak Lin, sebab sentiasa sudi bersama Yati di kala susah dan senang.
Begitu juga kawan-kawan yang lain... =)
Aku punya order
Vanilla ice blended
Kak Lin punya order.
Cappucino ice blended.
Berdua lebih baik.
Mengancam tak?
Yummy!
Lampu antik
Suasana dan dekorasi restoran
Dekorasi yang klasik.
Ramai pengunjung
Mee Udang
Sedapppp!
Kuew Teow Kungfu
Sharing is caring
Licinnnn!
Alhamdulillah, kenyang....
Budak ni lagi.
3x dia posing sebab nak nampak comel. Ye, dik.. Kamu memang comel.
Thanks Kak Lin sebab belanja Yati makan kat sini.
Dan TQ jugak sebab bagi fridge magnet dari Aussie. Comel sangat.
Syukran.
Petang ni aku balik KL.
Sayang nya nak tinggalkan Penang ni dengan begitu cepat.
Kalau la boleh stay lama lagi kat sini kan best.
(tiba-tiba rasa nak extend hari bekerja kat sini. Hujung minggu ni baru balik. Hahaha..)
Tak apa, bulan 1 tahun depan aku akan datang balik ke Penang ni.
Nak pekena cendol, pasembor, char kuew teow..
Macam-macam benda aku nak makan.
Pastu update blog mengamuk berapi-api sebab badan semakin menggajah!