It's me.. Juz me... Only me!

If you don't like my words, don't listen.
If you don't like my appearance, don't look.
If you don't like my actions, turn your head.
It's as simple as that.

A wife to a loving husband. A mum to a adorable daughters. A daughter to such a caring parents. A good friend to a good people. Homechef that cook like nobody business.

~I’M NOBODY.. but nobody perfect. So, I’mPERFECT!

My Love's Path

Daisypath Anniversary tickers

Thursday, December 8, 2011

Pulau Mutiara

Semalam aku sampai Penang untuk aku buat QC lapangan pada staff baru. Malamnya nak keluar makan ramai-ramai tapi tak ada sorang pun yang tahu jalan area Seberang Perai ni.
So aku post status kat FB mintak idea dari kawan-kawan lain yang banyak idea.
Tapi kawan yang reply tu tak dapat membantu aku secara telus.

Ok, aku dan budak-budak ni gamble je cari kedai makan.
Last-last kitorang makan je kat area Politeknik Seberang Perai.
Aku order nasi putih, burung puyuh goreng berempah (bila outstation, burung jugak yang aku cari! haha), tomyam campur dan air jus timun.
Masakan dia boleh tahan la sedapnya, harga pun berpatutan.
Ok, tiada gambar untuk aktiviti malam ni.

Esoknya berkerja seperti biasa.
Lepas kerja aku rembat kereta Zam dan aku keluar pergi jalan-jalan kat Pacific.
Mangsa untuk jadi peneman aku adalah UDA DAN MIMI.
Yesss.. Diorang pun kaki jalan gak.
So aku pun mula la menjalani aktiviti mengambil gambar sekitar Pacific.




Kak Long datang melawat kawasan!


Feeling-feeling macam kat Aussie plak kan?


Sama besar


Promotion perfume


Melawat setiap inci kawasan


Benda ni jugak yang dia berkenan!


Bestnya!


Department yang WAJIB singgah bagi WANITA


Pilih.. Pilih... Pilihhhh!!


Kasut


Agak-agak kenapa aku snap pic ni?
Cantik? Tidak!
Menarik? Tidak!
Vogue? Tidak!


Sebab belakang baju dia BARE-BACK!
Feeling-feeling Fasha Sandha gitu!


Testing


Unik


Zoom in


Senyum ye kak? Beli la sepasang dua..


Kedai urut pun ada. Dari Thai ni.


Haaa... Kat sini boleh jumpa Han Ji An dan Rain.
Nampak lelaki sebelah kiri? Dia owner kedai ni.
Siap tegur aku, "Lu sapa? Kenapa ambil gambar?"
WA PUNYA PASAL LA APEKKKKK!!!








Ramai peniaga dari Thai berkampung di sini.


Nampak tak pagar besi tu?
Ada minah cina ni sound aku tak bagi rapat-rapat kat pagar tu.
Apahal???


Another side, okkkk je!
Tak ada sape-sape larang aku duduk kat beranda tu.
Siap ada Eiffel Tower.


Bukti aku duduk tepi pagar besi.
Apa la sebab dia nak marah aku tak tentu pasal?
Adakah kerana aku seorang yang cantik?
Hahaha...


Jalan-jalan, terjumpa baju ni.
Teringat kat Didie Alias.
Huduhhhh!


Sebelum balik, kitorang ke basement untuk pergi hypermarket Pacific.
Tapi aku pening dengan susun atur barang-barang kat sini.
Berterabur sangat!


Barangan Johnson's & Johnsons's dekat dengan area barangan parties.


Barangan Sunsilk dekat dengan barangan dapur (kuali dan periuk segala bagai).


Barangan mandian ni (tak tahu jenama apa) dekat dengan MILO.


Barangan Nivea dekat dengan barangan dapur jugak.

Hadoi.. Kenapa la tak susun dekat satu area?
Kan lebih memudahkan customer.
Serius aku pening dengan susun atur barangan kat Pacific ni.
So, jom balik rumah!

Rumah (homestay) yang budak-budak ni duduk sangat tip-top!
Berbanding dengan Rumah Tumpangan Mak Jah kat Tasik Chini.
Diorang kat sini duduk rumah semi-D dua tingkat.
Budak-budak lelaki pergi duduk kat hotel.
Laggi pun korang sikit je bilangan nya.
Bagi aku kalau dah dapat duduk rumah macam ni, tapi masih tak bersyukur, memang patut pancung kepala je diorang tu.


Ye anak-anak.. Semua masuk ke dalam ye...
Susun kasut tu elok-elok na..


Tempat menyidai pun disediakan.


Ada banyak ruang untuk sidai baju.
Nak buat BBQ pun boleh.


Barangan mandian pun disediakan dalam sarang burung ni.
Kau mampu?


Meja makan.
Tapi dah jadi meja sidai baju budak-budak ni.


Ruang tamu
Tapi tak ada TV sebab semua TV ada dalam bilik masing-masing.


Dapur yang serba-serbi lengkap
Boleh memasak kat sini.





Ruang rehat tingkat atas


Bilik tidur.
Atas ada 3 bilik tidur, 3 bilik mandi.
Bawah ada 1 bilik tidur dan 1 bilik mandi.


Setiap bilik ada TV, bilik air dan berhawa dingin


Hiasan ruang rehat tingkat atas.





Balkoni bilik master



Aku suka lampu kat tangga ni, nampak macam matahari kan?



P/s : Rasa macam nak hias rumah macam ni la....

Wednesday, December 7, 2011

Jeritan

Abang!!!!! Sakitnya!!!!!

Huhuhu.. Hanya mampu menggigilkan badan menahan sakit... Abang jauh di KL..
Uwaaaaa.....

Tuesday, December 6, 2011

Desprate kot?

Aku terlihat status seorang teman.
Bukan teman yang aku kenal pun.
Actually BF dia ex-student aku.
Then bila dia tengok BF dia add aku as his friend, dia pun mula la tak senang duduk.
Tup-tup terus add aku as her friend pulak.

Ok, fine.

Tadi aku terbaca status minah ni :


Sape suka kawan dengan saya, sila LIKE status ni...
Sape sayang saya, sila KOMEN status ni.....


Sape yang tak suka saya, sila berambus dari FB saya ni....


p/s terpulang nak yang mana!



So aku pun berambus dari FB dia....
Hahahaa...

Yes, aku remove dia!
Apa yang kau merepek status macam tu, siallllll??
Dah nazak sangat kau ni aku rasa.
Sampai macam tu sekali kau nak tarik perhatian kawan-kawan untuk LIKE status kau.
Siap suruh berambus dari FB kau.

Alahai.. Kau jangan nak feeling-feeling diva la dik non..
Macam la ada ramai yang suka kau.
Aku tengok cuma 2 orang je yang LIKE status kau tu.
Boifren kau dan kau je yang LIKE sendiri!
Sedih.

Pastu ada yang komen status dia.
(Oh, ada yang sayang rupanya....)
Baguslah.

Bila aku baca ...


Kawan : Kalau I komen, apa yang I dapat?


Dia : U dapat I....



Uweekkk!
Muntah mak~~~

Ada jugak beberapa kali aku nampak status lain ala-ala status budak ni.
Tapi tak la sampai suruh orang lain berambus dari FB dia.

Dik, kalau orang tak suka jangan di halau..
Kan buruk perangai macam tu....
Biar je la orang yang tak suka kita tu kat FB kita.
Mana la tahu esok lusa dia tiba-tiba jadi suka kat kita.

Mana la tahu kan?

Elok-elok kawan FB kau ada 500 lebih, terus jadi sekerat je.
Yang lain semua dah berambus dari FB kau.
Hishhh... Hishhh.. Hishhhhh.....



By the way, aku tengok dia dah relationship dengan orang lain.
Tapi bukan dengan ex-student aku tu.
Oh, mungkin ex-student aku tu pun dah berambus dari FB dia.
Hahaha...

Monday, December 5, 2011

Peritnya makin sakit, tapi SHOPPING, MOVIE & MAKAN-MAKAN itu la penawarnya!

Tengahari tadi aku ada discussion dengan group JUS untuk bincangkan assignment Keusahawanan.
Biasa la kan, bila due date dah semakin tiba, mula la menggelupur masing-masing nak cari bahan.

Kitorang janji nak jumpa kat Old Town Bangsar South.
Kat situ je yang senang untuk semua orang datang.
Nak kumpul kat Pusat Wilayah, tapi macam tak ada aura study pulak.
Dah bosan lepak kat Pusat Wilayah, so aku cari port lain yang seronok untuk cuci mata.

Kat Old Town kitorang lepak dari pukul 11am sampai 3pm.
Sebab niat nak buat discusion, maka aku order makanan ringan je la.
Kang kalau aku order heavy meal, kompem tak jadi discuss.
Ye la mulut asyik mengunyahhhhh je!




Aku ambil set toast ni. Set DOUBLE tau.
Sebab niat nak kongsi dengan kawan-kawan.
Niat dah ok dah, tapi last-last aku sorang je yang ngapppp!
Takpe, Yati... Roti ni not a heavy meal..
Tapi kalori dia.... Sendiri mau ingat haaaa!



Untuk beverage pulak aku rembat Ice Lemon Tea.
Perghhh.. Sungguh segarrrrr~
Tak caya? Siap dengan Lemon fresh dan daun limau sekali. Kalau boleh dengan pokok-pokok lemon diorang nak letak.
(Refer pic)
Nampak tak? Nampak tak?
Hehehe... Nampak benar penipunya!
Itu pic sumbangan ehsan dari Mr Google.



Yang ni Nadia punya order.
Tapi aku jugakkkk yang mengunyah.
Tenkiuuuu my dearrrr~
Blurppp.. Kenyang.




Pagi tadi aku terkena air panas.
Mulanya ingat tak teruk.
Bila balik lepas discussion, aku dan Nadia nak pergi jalan-jalan sekitar Leisure Mall.
So singgah rumah aku jap untuk solat.
Masa tu tengok lecur tu dah mula jadi teruk.

Mula la aku nak raih simpati En Zul yang tengah tengok tv kat depan..
Ah, raih simpati tu kan memang modal aku dari zaman bujang lagi.
Sama ada menjadi atau tak je ending nya.

Lepas solat aku terus selak seluar aku.
Zasssssss~!!!!!




Abanggggggg~~~
Tengok la lecur ni. Dah makin teruk hitam nya. Macamana ni?
Sakitnyaaaaa.... Sakitnyaaaaa... Sakitnyaaaaa!!!!!!!
Wahhhh.. Aku ni dah feeling-feeling macam Sangeetha pulak (watak Adlin dlm MLM laaa)
En Zul? Hmmm... Dia wat derk jeeee...
Sampai hatiiiiiiiiiii!
Then dia bagi duit, dia suruh aku beli tiket wayang untuk malam ni.
Yessssssssss!




Lepas tu aku terus keluar dan menuju ke Leisure Mall.
Dah la parking demmm!
Gila haram jadah susah nak cari.
Pas dapat parking aku terus ke kaunter tiket.
En Zul cakap nak tengok cerita 'Mari Makan Kucing Kuning Itu'.
Ada ke? Aku pun pergi la tengok kat kaunter tu.
Rupa-rupanya Puss In Boots.
Bengong betul la En Zul ni. Saja je nak menyakat aku!

So, aku rembat tiket Puss In Boots jam 8pm.
Duit yang En Zul bagi tu ada lagi baki nya.




Macam ni la muka aku nak raih simpati En Zul.
Sejibik! Memang sejibikkkkkk!
Bezanya aku putih, Puss ni kuning..
Hahaahhahaa... Perasaan!


Lepas beli tiket aku cari barang yang aku dah lamaaaa dah aim!
Haaaa, nanti aku update.
Bukan seminggu dua, tapi biar la sebulan dua baru aku update.
Masa tu baru syok jari aku nak menaip..
Hehehee...

Dah puas shopping, aku hantar Nadia ke stesen LRT.
Hujan lebat! So drive slow-slow je la..
(Kalau tak hujan pun memang aku drive slow!)

Sampai rumah pukul 7pm.
Bersiap ala kadar, pukul 7.45pm kitorang gerak ke Leisure Mall balik.
Movie start jam 8pm.
Lepas habis movie, sambung shopping balik.
Duit yang En Zul bagi rabak, tak cukup dengan tu aku korek purse aku pulak.
En Zul buat tak paham je sepanjang aku shopping tu.
Takut aku mintak duit lagi la tu.
Cheh!

Pas shopping En Zul belanja makan pulak.
Haaa.. Dah lama nak makan sate.
Jom pekena sate!
Makan sate area Bandar Tun Razak je.

Tapi bukan sate je, mee kari pun aku masukkan dalam list order aku.
Hekhekhekkk..
Makin menggajah la aku nampaknyaaaa!





Ni pic mee kari ehsan dari Old Town.
Mee kari yang aku makan tu tak sempat nak snap pic.
Lapar sangat dah!



Ni pun cari dalam tenet.
Serius lupa nak snap pic.
Order 15 cucuk. Cukup la untuk 2 orang makan.



So lepas ni aku tak boleh nak raih simpati lagi dengan En Zul guna idea kulit melecur dah.
Sebab dia dah belanja tengok wayang, belanja shopping, belanja makan sate dan mee kari.
Idea tu dah lapuk.

Maknanya serius aku kena cari idea baru pulak.
Tapi kalau nak lecurkan kulit kat part lain pulak, mintak mahappp ye!
Tak sanggup makkkkk!
Huhuhu..

Sunday, December 4, 2011

Hot Water

Semalam terkena air panas.
Ntah kenapa cuai sangat, masa nak curah air panas tu, dalam kepala otak dah terfikir dah, kalau tak hati-hati ni mesti kena kat aku.

Baru je terdetik ayat tu dalam hati, tiba-tiba terus termercik kat aku!
Uwaaaaa... Panas nya!
Paling sedeh bila tindakan refleks tu amat lambat!
Agak-agak dah nak habis setengah cerek, baru terfikir nak alihkan cerek tu.
Huhuhu....





Menggelembung ada air.
Geram, rasa nak cucuk dengan jarum peniti!