It's me.. Juz me... Only me!

If you don't like my words, don't listen.
If you don't like my appearance, don't look.
If you don't like my actions, turn your head.
It's as simple as that.

A wife to a loving husband. A mum to a adorable daughters. A daughter to such a caring parents. A good friend to a good people. Homechef that cook like nobody business.

~I’M NOBODY.. but nobody perfect. So, I’mPERFECT!

My Love's Path

Daisypath Anniversary tickers

Saturday, July 23, 2011

Memang rezeki aku

Tadi Leen sms aku ajak teman dia beli bateri kereta. Katanya kereta rosak dari semalam. Memandangkan aku tak buat apa-apa hari ni, aku pun ikut dia.

Lepas aku siap basuh baju, kemas rumah dan masak lunch untuk En Zul, aku siap-siap. Then aku hantar nasi goreng ke HUKM untuk En Zul. Dia kena keje hari ni. So aku pergi jumpa Leen sorang-sorang. Masa nak masak nasi goreng tu, En Zul dah pesan siap-siap suruh aku masukkan bunga kantan sekali. So menu hari ni aku masak Nasi Goreng Bunga Kantan la. Tengah aku duk korek-korek esbok aku tu, ternampak la udang-udang saiz besar yang En Zul beli bulan lepas (nampak benar kau malas memasak, kan Chempaka?). Memandangkan aku nak cepat, aku pancing semua udang yang ada, aku tapau semua untuk En Zul. Hmm.. Memang rezeki En Zul la hari ni dapat makan udang yang besar-besar. Tak pe la, bukan rezeki aku la tu..

Lepas Zohor aku ke HUKM hantar makanan Then aku terus ke Selayang untuk ambil Leen yang ada kursus kat sekolah dia. Lepas tu Maklang call Leen. Dia cakap kereta tak rosak. Then? Apasal ajak aku gi repair? Leen ajak aku balik rumah Maklang ambil kereta dan nak bawak juga pergi repair. Ok, fine.. Aku ikut je.

Lepas repair, rupanya screw bateri dah pecah. Tu yang dia tak touch bateri betul-betul tu. Lepas bayar bil, Leen ajak aku pergi makan Mee Udang Mak Jah. Restoran tu kami cadang nak pergi masa besday Paklang. Tapi tak jadi kan.. So petang tadi kami pergi berdua. Restoran tu terletak di belakang Wangsa Walk, berdepan je dengan restoran Cheng Ho Amy Search tu.

Leen cakap Mee Udang tu sedap. Ala-ala mee udang Kuala Sepetang kat Taiping tu. So hari ni kami order 2 mangkuk kuew teow udang special dan 1 nasi nasi goreng udang. Punya la tamak sampai order 3 set, padahal yang nak makan cuma 2 orang je. Dah Leen cakap nak rasa Nasi Goreng Udang tu, tambahan pulak dia yang tukang bayar bil, so aku orait je laa...

Ok, lepas sampai je makanan yang kami order, aku terus memainkan peranan sebagai blogger. Yes, aku ambil gambar! Selama 15 minit aku tak sentuh pun makanan tu, semata-mata nak ambil gambar. Tak ada la cantik pun gambar yang aku ambil, cuma teruja dengan makanan yang best tu.

Jom layan gambar pulak......



Suasana restoran Mee Udang Mak Jah




Nasi Goreng Udang dan Kuew Teow Udang Special



Nasi Goreng Udang (RM8.00)



Kuew Teow Udang Special (RM12.00)



Leen dah tak sabar. Dia memang dah ketagih mee udang ni



See...?? Memang pelahap ni...



Kusyuk bersama udang nya!



Dah tak kuasa nak layan aku la tu!



Memang fresh udang kat sini.



Leen order tembikai laici, aku order green apple.



Hasil kekenyangan Leen! Hebat, kan? =)



Pergghh.. Memang mantap!
 

Harga? Berpatutan dengan saiz udangnya!


Personally aku rasa kuew teow udang ni memang sedap. Cuma masa aku datang ni, kuah dia kurang sedap sikit. Sebab rasanya macam guna sos cili Maggi tu je. Ha, kalau yang betul-betul sedap, kuah tu mesti ada rasa manis udangnya. Masa first time Leen datang, kuah dia memang superb!

Tak apa la. Walaupun aku tak ada rezeki nak makan udang kat dalam nasi goreng kantan tu, tapi Allah tu maha pemurah. Aku dapat jugak makan udang saiz besar hari ni. Yang paling best bile aku sesen pun tak keluar duit. Hehehehe....

Thanks ye Cik Leen sebab belanja i. Next time belanja lagi nyeeeee....

Errrkkk..!! Alhamdulillah... =)

Friday, July 22, 2011

Serius menyampah gila aku!

Pagi tadi aku dan En Zul hantar anak ke rumah babysitter. Sampai ofis awal pulak tu. Dalam pukul 7.03am aku dah terpacak depan pintu ofis. Thank God sebab Dr Zul sampai awal. So aku boleh la masuk ofis awal.

Sampai je budak yang hantar newspaper tu, aku rembat la Utusan Malaysia. Tengok kat frontpage ada gambar Memey. Alaaa.. Perempuan gedik yang rosakkan rumahtangga Abby dan Norman tu. Serius aku benci perempuan macam tu.



Ni aku print screen dari Utusan Online. Aku malas nak scan paper Utusan yang besar gedabak tu. Mula-mula aku baca tajuk dia je, dah buat aku rasa nak muntah hijau! Persalinan kahwin je bernilai RM7.2j. Rafflesia siap taja baju bertakhtakan berlian la, intan la, zamrud la.. Semua tu bernilai RM500k. Sedangkan untuk Datuk Siti dapat RM400k je. (jeeeee? mulut kau jaga sikit Chempaka. Sekurang-kurangnya dia dapat gak sponsor walaupun RM400k. Kau ada?)


Pelik gila aku dengan diorang ni. Masa aku baca artikel ni, aku rasa diorang tu bodoh sangat. Apa la ada pada si Memey tu selain dari title "perampas" dan "penghancur rumahtangga orang"? Berlakon pun serbih-serbih je. Menang award? Haram tak de, kan? Huh, kalau kategori Perampas Tegar Suami Orang mungkin dia akan menang setiap tahun berturut-turut!

Memang berlagak gila bila baca semua statement diorang tu. Siap buka offer untuk orang design baju la, Datuk Jimmy Choo akan design kasut la. Siapa Memey tu? Artis glamer yang penuh berbakat ke?

Hish.. Pepagi lagi aku baca berita tu, satu ofis aku hanginkan! Hmm.. Tak apalah, mungkin rezeki dia. Tapi aku harap hubungan diorang kekal. Jangan berita je sensasi tapi lepas setahun kawin, terus nak bercerai-berai!


Eh, aku pulak lelebih ni kenapa? Emo pulak! Hahahahaa...

Live Keputusan Bola Sepak Persahabatan : Malaysia vs Chelsea

MALAYSIA vs CHELSEA
(0 - 1)
Stadium Nasional Bukit Jalil
21 Julai 2011
8.45 malam



Juga boleh ikuti perlawanan ini live di Astro 801


Drogba (minit 79)
(gol kesian untuk 'star')

Serius aku tak sangka macam ni keputusannya! Kalau aku tahu, kompem aku tengok kat Astro. Aku ni bukanlah kaki bola. Nama pemain pun haram aku tak kenal. Tapi bila keputusan hebat macam ni, mesti la aku kepoh nak tengok. (eleeehh... Bila keputusan best, baru kau nak tengok kan? Kalau keputusan tak best, mula la kau post status macam-macam kat FB kau tu!)

Khamis lepas masa aku dan En Zul nak balik kampung, kami singgah di rumah Maklang. Tetiba Maklang bercerita pasal bola. Ala, tentang perlawanan persahabatan Harimau Malaya dengan Arsenal dan Liverpool tu.

Yang buat aku terkejut gila bila Maklang sebut nama-nama pemain bola tu. Mula-mula dia sebut nama pemain Malaysia. Aku dah pandang pelik kat En Zul. En Zul gelak dalam senyuman je la. Tak sampai 5min Maklang sebut nama player Arsenal dan Liverpool pulak! Ah, sudahhhh... Apasal orang tua ni serba serbi tau pasal bola ni? Gila batak betul aku ni. Mak aku yang tua tu pun kenal, aku ni sorang umat player pun tak kenal.

Masa ni dah sah-sah la En Zul ketawa terbahak-bahak kan.. Bukan sebab gelakkan Maklang tu, tapi dia seronok gelakkan aku!

Hantu betul la! =(


Monday, July 18, 2011

Edisi Balik Kampung : Manisnya Rambutan Ini~

Khamis lepas (14 Julai 2011) aku dan En Zul balik kampung.
Kami cuma balik berdua. Anak-anak tak ikut sebab ex-wife dia tak bagi. (Hokeh, fine!!)
Kami gerak pukul 6pm, singgah pasar malam Bandar Tun Razak beli apam balik dan yong taufu.
Pukul 8pm kami sampai di rumah Maklang. Kami ada bawa daun ketupat palas untuk Maklang. Nak harap aku yang anyam ketupat tu, kirim salam la ye. Memang serba serbi lembab aku mengayam.

Dalam pukul 9pm selepas kenyang mentekedarah yong taufu dan apam balik, kami bergerak menuju destinasi.

Semasa perjalanan kami dibuai perasaan mengantuk yang teramat sangat.
Yela, baru balik kerja dah bergegas nak balik kampung pulak.
Anak-anak tak ada, sure la dalam kereta senyap je.
Tak ada orang nak berceloteh, tak ada ada yang melompat-lompat.

Sampai di RnR Tapah jam 11.30pm, kami berdua melelapkan mata. Lebih kurang pukul 1.20am kami tersedar. Masa ni aku dah mula selsema, batuk dan sakit tekak. Petanda nak demam la tu.

Lebih kurang pukul 2.30am kami sampai Sg Bakap, Penang. Kami tumpang tidur rumah adik En Zul (Pinat aka Maknjang). Esoknya pukul 9am kami gerak ke Kulim Hi-Tech Park untuk ambil beberapa geran tanah.

Ha, iklan sekejap. Siapa-siapa nak beli tanah area utara, boleh cari En Zul ye.
Antaranya :

- Langkawi ( 3 ekar / RM2.5juta / bumiputera)
- Jitra (1 ekar / RM140k / komersial)
- Kulim (9 ekar / RM320k / bumiputera)
- Baling (10 ekar / RM 360k / bumiputera)
- Kulim Hi-Tech (92 ekar / RM2.8juta / bumiputera)

Ni semua harga boleh nego. Jadi siapa yang berkenan, boleh la roger-roger. Pic aku tak sempat nak ambil. Sebab tak sempat nak lawat semua tapak. Mungkin tapak kat Hi-Tech, kami nak propose kat NAZA Group. Diorang pun tengah cari tanah area Kedah.

Lepas dapat semua geran, kami pergi isi perut di Jalan Kelang Lama area Kulim Hi-Tech (sebutan Kelang adalah Klang ye.. Dulu-dulu diorang sebut Kilang, tapi orang utara sebut kilang adalah kelang.)
Kami makan di restoran Sila..O..Sila...
Lauk-pauk memang heaven, sampaikan kami tak tahu nak pilih lauk apa.

Akhirnya aku ambil ayam bakar, sup daging dan kerabu taugeh. Ayam bakar dia guna arang, rempah pun sedap. En Zul ambil lauk ikan bakar, kerabu taugeh dan sambal sotong. Sotong dia besar gak la. Memang sedap lauk kat sini (ke sebab aku ni lapar sangat?). Suasana pun best jugak.

Tapi aku terlupa nak snap pic lauk yang aku ambil. Memang aku lapar sangat!


Restoran Sila.. O.. Sila... di Kelang Lama, Kulim

Lauk pauk yang cukup heavan. Ni baru sebelah sini, sebelah kiri ada lebih kurang 30 jenis lauk lagi!



Lepas makan kami ikut jalan belakang untuk sampai ke Pokok Sena.
Sepanjang laluan, aku menggelupur tengok pokok rambutan di setiap rumah orang.
Tahun ni memang menjadi buah-buahan tempatan.Sepanjang aku lalu situ, banyak betul orang menjual buah rambutan dan durian.Tapi tak la laku sangat, sebab diorang pun ada tanam jugak. Yang membeli mungkin orang luar yang lalu di situ. Memang rezeki aku kali ni balik masa dusun banyak buah. Kalau dah bulan puasa baru buah nak masak, memang akan jadi busuk la buah tu kat tanah. Yela, bulan puasa siapa nak makan buah kan? Nak melantak habiskan 1 pokok rambutan tu, memang boleh mati kekenyangan la jawabnya!

Sampaikan aku rasa pokok rambutan tu macam pokok bunga je. Buah rambutan yang merah menyala dan kuning tu ibarat bunga pulak. Dah macam hiasan di keliling rumah. Hahaha..

Kami singgah ke rumah abang Awang (sepupu En Zul). Kami dijamu durian. Aku rasa la buah tu dalam 4-5 ulas. Ulas ye, bukan 4-5 biji! Then demam aku menjadi-jadi.

Sampai rumah mak mertua aku, dia ajak aku pergi rumah besan dia (mak mertua Linda- adik En Zul) di Jitra.
Ok, edisi cuci mata tengok pokok rambutan di rumah orang semula!
Balik dari rumah besan mak mertua aku, kami berdua singgah di dusun En Zul.
Sampai je kat dusun, aku park kereta dan terus menuju ke pokok rambutan.
Petik sebiji, kopek dan makan!
Memang superb buah tu. Dah la aku ni memang hantu rambutan. Bila dah masuk dusun, sah-sah la aku duduk je bawah pokok sambil mengisi perut kan? Hahaha..


Ni la dusun En Zul. Keluasan lebih kurang 6 ekar.

Dusun yang memanjang ke bawah.

Pokok dokong. Dalam masa 2 minggu buah masak sepenuhnya.

Pokok rambutan gading

Pokok cempedak

Pokok rebung pun ada

Orang Ori. Hakhakhakkk..!!

Menunjuk bakat depan isteri tersayang.
Malu la kan kalau orang kampung tak reti panjat pokok! =p



Lebih kurang setengah jam, Kak Long ipar aku (kami panggil Mak Long) sampai dengan anak-anak dia. Rumah dia kat Jitra, so dia tahu kami ada, dia datang la sekali. Mak Long ni hebat orang nya. Dalam duk dia puasa ni masih sempat dia melakukan aksi ngeri kat dusun.


Mak Long dah mula menunjukkan aksinya.
Ni dia puasa tau, kalau tak puasa aku tak tahu la macamana gayanya!

Rendang je pokok ni. Anak Mak Long pun boleh capai je buah rambutan ni.



Alhamdulillah memang rezeki aku kali ni dapat merasa buah dokong. Walaupun kebanyakkan daripada nya belum masak, tapi ada jugak beberapa tangkai yang dah masak. Dapat la aku merasa buah dokong tu.

Buah cempedak aku tak dapat rasa. Tapi aku tak kesah pun. Sebab malam sebelum kami gerak tu Maklang (mak aku) dah goreng buah cempedak untuk aku dan En Zul.


Buah dokong yang masak.

Ni hasil dari dusun En Zul.

Objek yang hendak difokuskan adalah perut En Zul.
Mengalahkan perut perempuan mengandung 5 bulan!
Hahaha..


Sedang aku seronok ambil gambar sambil mengunyah buah rambutan, aku terpandang benda ni.


Pokok pun gantung cd.
Ingatkan AC Mizal & 4U2C je suka gantung-gantung ni.

Aku : Abang, kenapa gantung cd ni kat pokok? Banyak pulak tu. Hampir semua pokok ada cd ni.


En Zul : Tu nak elak dari monyet makan buah ni.


Aku : Macamana pulak tu?


En Zul : Bila monyet tu tengok cd ni, dia akan ternampak muka dia sendiri kat cd tu. Dia ingat ada monyet lain yang tengah tengok dia. Bila dia terkejut, dia lari la.


Aku : Kalau monyet tu bawak kawan, mesti dia tak terkejut kan? Sebab dia ingat tu kawan dia.


En Zul : Tak, dia mesti lari. Sebab cd tu bergoyang-goyang. Mesti dia pelik tengok monyet dalam cd tu.






Ni antara rambutan yang sedappp..


Esoknya kami pergi ke rumah Pak Cik aku kat Kuala Nerang.
Tak ada pic. Hehehe..

Balik dari rumah Pak Cik, aku ajak En Zul pergi ke Pekan Jitra.
Motifnya : Makan Radix Fried Chicken (RFC) dan Nash Pizza!

Tapi malangnya nasib aku sebab RFC tutup. Uwaaaaaaa....

Setiap kali aku balik kampung, kompem aku akan beli pizza ni. Walaupun dia bukan standard Pizza Hut dan seangkatan dengannya, tapi pizza ni sedap. Pastri dia lembut, topping pun banyak. Harga? Sangat berpatutan. Dulu harga dia RM3.70. Tapi sekarang dah naik harga jadi RM4. Tapi tak kesah la, kalau dah suka aku beli je...



Ada 3 jenis pizza. Memang fav aku.

Nash Pizza

Chicken Pizza

Tuna Pizza

Aku pun dah lupa apa kebenda namanya!

Ha, kasi promote sikit!

Siap taruk add lagi. Tapi semua area utara ye.
(pada siapa yang kahwin orang selatan, mahap ye.. Cawangan belum dibuka!)


Balik dari Jitra kami ke Kuala Nerang semula untuk ke rumah adik En Zul. Kami panggil nama dia Yang (Pak Ndak), bini dia kami panggil Ida (Mak Ndak).

Ida ni ada tanah kat Kuala Nerang. Jadi dia mohon dari projek Mesra rakyat untuk buat rumah kat tanah dia tu. Setiap bulan Ida akan bayar RM100 dan keatas kepada kerajaan dan kerajaan akan simpan geran tanah sehingga duit rumah selesai di bayar. Kira ok la projek ni bagi rakyat yang kurang mampu.

Rumah ni agak besar jugak la. Ada 3 bilik, dan bilik master siap ada bilik air. Haaa.. Mana nak jumpa rumah bantuan macam ni? Siap dengan sliding door. Cuma warna cat tu standard untuk permulaan. Kalau kau tak suka kaler dia, kau boleh cat sendiri lepas rumah tu siap. Tapi sepanjang pembinaan rumah tu, kalau kau gatal-gatal pergi beli tin cat dan suruh mamat indon tu cat rumah tu ikut suka kau, memang dia tak layan! Melainkan kalau kau nak suruh tambah pasang tiles ke, kau just hulur je tiles atau duit kat diorang. Tapi selalunya diorang tak layan la. Dan pemohon akan renovate rumah tu lepas rumah siap.



Aku lupa nak snap pic rumah Ida. So aku search Google je la.
*Apasal rumah ni aku nampak macam kecik je? Huh, debit pada pemilik gambar!*


En Zul bercadang untuk mohon buat rumah untuk ayah dia kat tanah dusun tu. Tapi masih dalam perbincangan sekeluarga. Sebelum kami balik dari Nash Donut & Bakery tu, aku sempat beli pizza untuk dimakan di rumah Yang.

Aksi di rumah Yang :


En Zul sedang mengagah Irham.
Amboi bang.. Macam nak kasi hint-hint kat aku je?

Balik dari rumah Yang, kami ke dusun Kak Long pulak (memang merata la kami berjalan hari ni)

Kat dusun Mak Long ni ada rumah. Tapi diorang tak nak duduk sini. Diorang lebih suka duduk di Jitra.
Sampai je kat dusun aku tengok banyak 'hasil'nya.
Nak tengok gambar?
Silakan :


Gila meroyan aku tengok pokok rambutan ni.

Ni sedap. Manis dan lekang isinya.

Aku ni macam batak tengok dusun ni.
Orang batak pun tak sebatak aku!

Hulurkan tangan, capai mana berkenan, terus ngap!

Adik ipar aku (Maknjang) nak tunjuk aksi.
Yang En Zul pulak nak sibuk-sibuk mengajar.

Dia pulak yang offer diri.


Haaa... 'Hasil' ni pun banyak!


'Hasil' ni memang banyak kat dusun Mak Long.
Yang masih fresh pun ada gak.

Ni hasil kaitan dah dusun Mak Long.
Terbaekkk dari ladang!


Esoknya kami nak balik KL. Sempat gak aku masak untuk lunch.
Lepas mengemas barang, kami gerak ke Sg Petani untuk makan Radix Fried Chicken (RFC). Aku ni dah lama teringin nak makan RFC, konon-kononnya halal sebab produk Malaysia. Aku iyaaa kan je laaaaaa....

Sampai di SP, En Zul bawak aku tengok rumah arwah makcik dia yang jaga dia masa kecil dulu.
Then kami singgah dia rumah Abg Azman (kawan jamming kami). Mak Abg Man sakit, kami nak melawat la kononnya, tapi makcik tu masuk wad dan waktu melawat dah tamat.

Jadi kami bersembang dirumah Abg Man je. Kami bagi rambutan untuk family Abg Man.
Lepas sembang-sembang, kami pergi makan RFC.
Alhamdulillah RFC kat SP ni bukak.
Aku beli Set Deluxe B (kalau KFC tu kira macam dinner plate la). Macam biasa kami berdua kongsi 3 ketul ayam. 1 ketul aku ambil rasa Herbs, 2 ketul aku ambil spicy.

Rasa RFC? Not bad.. Walaupun tak sesedap KFC, tapi dia ada originality dia sendiri.
3 star untuk RFC! hehehe...
(pic tak ada ye...)

Lepas kami makan, kami ke Butterworth pulak untuk singgah rumah Maknjang aku.
Dah lama orang tua tu tunggu aku. Kebetulan aku bawak album kawin aku, so diorang boleh la tengok.
Maknjang aku masak bihun sup tulang lembu.
Ahhhhhh.. Makan lagi! Heheheh.. Macam biasa, bagi rambutan kat Maknjang.

Dalam pukul 6 lebih kami balik ke KL-nonstop!


En Zul mengantuk dan aku tolong urutkan leher dia.
Tapi.......
Sila fokus pada lengan aku yang putih gebu tu ye.. hahaha

Sebagai bukti untuk hantar ke JPJ.
Ni speed laju-laju alasannya mengantuk.


Tapi ada satu benda yang aku pelik. Bila En Zul pecut laju-laju, mesti aku rasa nak terkencing. Seolah-olah ada getaran yang menggeletek bijik kelentit aku. (kalau laju-laju memang geli bijik kelentik eh? Oppss..)



Balik KL baru aku sedar yang WSL dah ada cop mohor!

Aku : Bang, kenapa ni?


En Zul : Abang langgar something kat kebun kat Kuala Pilah aritu masa nak lawat tapak projek. Hmm.. Biarlah... Dah nak kena, nak buat macamana?




Amboiiiiii... Sajaknya kau bercakap, bang!


Terguris hati aku..........