It's me.. Juz me... Only me!

If you don't like my words, don't listen.
If you don't like my appearance, don't look.
If you don't like my actions, turn your head.
It's as simple as that.

A wife to a loving husband. A mum to a adorable daughters. A daughter to such a caring parents. A good friend to a good people. Homechef that cook like nobody business.

~I’M NOBODY.. but nobody perfect. So, I’mPERFECT!

My Love's Path

Daisypath Anniversary tickers

Friday, June 3, 2011

sebulan sekali pun payah!

hari ni aku, Ain, Fazia, Sally & Laili pergi meronggeng ke Jusco Maluri.
so, setelah penat ke hulur & ke hilir, akhirnya kami memilih untuk lunch di restoran Nando's.

hahahaha...
apasal ketawa, eh?


ye la, tiap-tiap bulan gaji aku sedikit pun x pernah nak spend untuk makan kat sini!
ntah apa sebab, aku pun tak tahu?
nak kata mahal, tak la sangat.
kalau setakat makan berdua, biasa je la..
dalam RM50.


tadi setelah kami tercangak-cangak semasa memilih menu, akhirnya ni la santapan kami semua :



Sparkle Apple




menu Laili
sebab dia kurus je orangnya, maka ayam pun just amik yang slice-slice je.




menu Ain
dia ordered potato salad sebab dia elergik sayur!
kalau dia makan sayur, nanti kulit dia gatal-gatal, najis keras & kepala berkutu!
=P




menu Fazia
aku tak faham kenapa jagung tu separuh je?
apasal tak taruk je 1 bijik terus?





ni menu aku!
grill vegetables tu....
bugdet terror sangat makan sayur tanpa perasa ni.
last-last, hanya sayur & tulang je yang berbaki!



ni menu paling special.
menu Saly!
ayam dia paling besar sebab dia tak memilih part ayam macam kami.
memang licin Saly makan! tak padan dengan badan kecik!
bela saka kah kau, Saly????


apa-apa pun, kami pulang ke PPUKM dengan perut yang sangat kenyang dan hati yang sangat gembira!

(mahunya tak kenyang? lepas makan kitorang siap tapau kuih Tako Tao, roti, kek secret recipe, mangga & anggur! pelahap sungguhhhhh.... hati mesti gembira sebab minggu ni tak ada meeting hari Jumaat! yeeehaaaa....)

Thursday, June 2, 2011

Result Peperiksaan Sidang 2010 / 2011

akhirnya, keputusan peperiksaan aku untuk sidang 2010 / 2011 telah keluar.

Alhamdulillah....
aku lulus semua subjek :)

En Zul belanja aku makan Pizza Hut.
itu je yang kami teringin nak makan selepas penat shopping barang-barang dapur kat Tesco Ampang.

Thanks dear~!

melihat keputusan kali ni, membuatkan aku berasa makin teruja nak habiskan tahun pengajian secepat mungkin.

masalahnya, VITAMIN "M" aku masih bermaharajalela dalam badan aku ni
huhuhu.....

tak apa. aku cuba nak berubah jadi rajin study.
mungkin result aku akan datang lagi best dari sidang lepas.
mana lah tahu kan?


Alhamdulillah, lulus semua subjek dengan 27 mata kredit.
CGPA? tak tahu lagi. Insya Allah 6 Jun baru dapat tahu.
tapi itu mungkin aku rahsiakan la kot..
hehehe :)


*p/s : muka aku kat campusonline tu adalah muka penat pada hari pertama orientasi! berlengas, hokeh!

A New Address After 26 Years

Parents aku duduk kat Wira Damai.
area-area Gombak sana nun..
selama 26 tahun kami stay sana, belum pernah ada nama jalan.
eh, parents aku je yang dah stayed sana 26 tahun.
aku 21 tahun je duk sana.

sebelum ni, bapak gila susah nak cari rumah aku. sape-sape yang belum pernah datang rumah aku & sengaja nak test ke'terror'an korang mencari rumah aku, confirm mesti sesat punya!

kalau korang ada GPS yang BEST BRO macam si Nabil punya tu pun belum tentu boleh sampai rumah aku dengan selamat!

sekarang ni dah tak payah susah-susah nak tanya orang kampung mana satu jalan nak ke rumah aku.
sebab Majlis Perbandaran Selayang dah taruk signboard kat setiap lorong di Kampung Melayu Wira Damai tu.
*duduk kampung je, tapi nama jalan extravaganza betul!*

si Leen tu pulak beriya-iya upload gambar kat FB aku.
agak-agaknya dia mesti ingat aku ni akan terkinja-kinja keseronokkan melihat arus pembangunan yang berlaku di rumah tu kot.

plis, eh!

nak kata terkinja-kinja tu, tak ada la..

tapiiiii....

sedikit sebanyak rasa kagum jugak sebab sekurang-kurangnya kawan-kawan atau sedara mara yang jauh tak la sesat nak datang bertandang kat umah mak aku tu.


apa yang penting, nama jalan tu tidak la pelik sangat.
macam nama kampung aku tu la...




KAMPUNG MELAYU WIRA DAMAI


orang lain fikir :
penduduk kampung ni mesti semua melayu kan?
hakikatnya :
orang India pun ada. siap mabuk-mabuk lagi (tak semua la)
sekarang ni lagi best!
dah rasa macam kat Jakarta. ramai gila orang Indon!

orang lain fikir :
kenapa WIRA? semua penduduk kampung ni kuat-kuat belaka ke? ke sebab ada seorang wira yang menemukan kampung ni?
hakikatnya :
aku pun tak tahu!

orang lain fikir :
mesti kampung ni aman DAMAI kan??
hakikatnya :
mahu nya tak damai? bapak aku kan garang! sekali dia jerit, bergegar satu kampung.
jenayah pun kurang. hahahaha....



Jalan Baiduri
agak 'normal' kan??
instead of Kampung Melayu Wira Damai
:)

*p/s : tengok caption Leen tu, dah berangan-angan nak tempah kad kahwin! adakah????? =)

Wednesday, June 1, 2011

mencegah lebih baik daripada merawat.. dah macam iklan plak!

minggu lepas rumah kawan ofis aku kena pecah masuk.
masa tu pukul 10pagi. kat rumah cuma ada bini & anak dia je.
dalam masa dua puluh minit je, pencuri tu berjaya mengambil handbag bini dia. dalam handbag tu ada ic, kad bank, buku bank, barang-barang kemas.

kesian juga dengar cerita dia. katanya mungkin ada unsur-unsur pukau. sebab isteri dia langsung tak sedar apa-apa.
tetiba aku jadi seram!

semalam suami aku ambil aku balik kerja. dia pula kerja shift malam.
sampai rumah dalam pukul 5.30pm, aku terus tukar baju & start memasak.

tengah syok-syok memasak, terdengar orang sebelah rumah bising-bising.
ramai yang datang bertandang kat umah jiran aku ni.
ingatkan lawatan sedara diorang. aku pun terus memasak tanpa fikir apa yang terjadi.

lebih kurang pukul 6.30pm, aku pun dinner dengan En Zul.
dalam pukul 6.50pm En Zul nak keluar rumah untuk pergi kerja.
macam biasa, aku salam & cium-cium laki aku tu sebelum aku tutup pintu.


tak sampai 5min, En Zul call aku.. (rindu aku la tuuuuu...)



En Zul : yati, kunci rumah sekarang. rumah jiran kita kena pecah masuk dek pencuri!


aku : haaaaa...?? (terus buka pintu & menjengah ke luar)


En Zul : jangan lupa kunci pintu. pergi cari kunci spare dalam bilik. kunci kat depan ni.




aku mula la seram sejuk...

aku terus kunci semua pintu.
di belakang semua pintu aku siap letak botol Ridsect. mana la tahu kalau-kalau pencuri tu tolak pintu umah aku, botol tu terjatuh. harap-harap aku tersedar dari tidur.

aku punya la seram sampaikan tak boleh nak tidur!
kat pintu dapur & pintu utama aku siap baca surah Kursi & kasi hembus kat pintu tu..
eh, macam bomoh plak!

pukul 1 pagi lebih aku sms En Zul dan mengadu takut. dia cuma balas, "tidur la, kunci pintu bilik".

aku ni dah fobia macam-macam.
teringat cerita kawan ofis aku tu, si Faizal.
pukau, samun, pecah rumah, rogol pun ada!
eh, kalau rogol pun ada efek ke? termengandung anak pencuri kot efeknya!

at last, pukul 3am lebih baru aku dapat terlelap. itu pun sekejap-sekejap aku terjaga.
tidur malam tadi memang tak lena.

pagi tadi En Zul masuk bilik terkejut beruk pakcik tu tengok ada parang kat tepi aku.
aku tidur siap bertemankan parang!


takut wehhhh...


hari ni macam-macam cara En Zul buat untuk keselamatan bini dia ni.
beli kunci selak, tapi tak boleh nak pasang kat pintu.
last-last, beli extra solex & pasang besi je kat pintu umah.

besi macamana, ek?





haaaa... macam ni....



tadaaa~
kreatif jugak En Zul ni.
bila nak basuh @ sidai baju kat luar, just  buka je screw tu.
memang kukuh. En Zul siap panggil jiran-jiran datang umah nak promote bendalah ni
=)



tengah pilih-pilih solex yang kukuh & dijamin kualitinya





dari dalam : dua biji solex!




solex dalam : 2 biji
solex luar : 1 biji
total : 3 biji + doa untuk keselamatan



dan yang ini adalah item yang palinggggggg penting!





parang menjadi teman tidur aku
=)



ya Allah ya Tuhanku... Kau jauhkan la malapetaka dari kami sekeluarga.
aminnnnnnn.....

Sunday, May 22, 2011

nak tumbuh gigi kekal... penanggalan gigi susu yang agak ekstrem!

senyum.... *tak perlu kata appa-apa*


p/s : dulu tak sempat nak snap pic gigi pertama ika. so kali ni aku snap gigi rongak dia je laaa....

Wednesday, May 11, 2011

A new KEKASIH GELAP!!!

mesti korang kenal muka-muka yang tak seberapa nak hensem ni, kan?






tak hensem pun, tapi poket berkepoooookkk woi!
memang kurang hensem kalau nak dibandingkan dengan Aaron Aziz, tapi diorang ni cute!
lawak je bile tengok diorang ni buat show. hepi go lucky je aku rase...

haa, aku minat gile dengan mamat yang paling kiri sekali.

nama dia JEP.
ohh ooooiiii... nak sebut nama dia pun rasa bagaikan diawang-awangan.
dia paling cute! suara pun best......!!! memang 'hidup' la lawak dia.
aku rasa dia ni penyeri kumpulan sepah.
aku harap diorang boleh menang Maharaja Lawak.
(mengharap je x guna cik kak oiiii!!! kena undi laaaa, baru boleh jamin kemenangan dalam tangan!)

ok ni cite terbaru, pagi tadi dengar radio Sinar. Sepah menjadi artis undangan. memang kepoh la bilik konti tu dengar diorang menyembang!
jep cakap dia belum kawin. awek pun tak ada lagi!
YESSSSS!!!!


tapi.... aku dah kawin! uwaaaaaaaa....... kenapa baru sekarang nak cakap belum ada awek??
kenapa tak dari dulu lagi?


nasib baik la En Zul tu hensem kalau nak bandingkan dengan jep. so, kira En Zul menang laaaaaaa...
hahahahahaa...

untuk mengubat rasa kecewa ni, aku kasi upload salah 1 fav video aku yang ada jep.



undilah sepah!!!!! taipkan mesej ML20<jarak>SEPAH dan hantarkan ke 33999!
(aku merepek je ni!)

Sunday, May 8, 2011

Jalan Kebun, Shah Alam

hari Jumaat lepas En Zul ke Kelantan. outstation again!
so aku duduk je kat rumah sorang-sorang.

hari ni Leen & Maklang ajak aku gi kenduri rumah sedara Maklang kat Jalan Kebun.
sedang aku menunggu siaran Melodi, tetibe Cik Leen sms.


Leen : Nk g knduri sdara mak.. Nk ikt x? Kalo xjmpa g mkn sefud kt Klang.

aku : Knduri 2 kt mane?

Leen : Jln Kebun... Area S.Alam/Klang. Kad kawin hilang, mak call dia bg map ikt jln Kesas (kad hilang, boleh? nak suruh aku gamble tunjuk jalan la tu!)

lepas Leen & Maklang sampai umah aku, kami naik keta aku & kete Leen park kat umah aku.
maka, kami bertiga pun gamble la menuju ke Jalan Kebun.
kepala otak aku dah mula berpinar sebab cuaca yang agak panas, ditambah aku belum makan apa-apa lagi sepanjang hari. rasa nak pitam!


Maklang : sedara mak cakap lepas tol RM2.20 terus masuk kiri.

Aku : mak, kat highway kesas ni ada 2 kali tol RM2.20. so, tol yang mana 1 nih?


rupa-rupanya ada 3 tol RM2.20! hampehhhh...

yang buat aku geram, sedara tu bercakap dengan aku, lepas tol terus keluar highway & masuk ke kanan.
tapi dia cakap kat Maklang, lepas tol terus keluar highway & masuk ke kiri!
yang mana 1 ni? sekejap kiri, sekejap kanan!

celaka!

kau tak reti bagi direction betul-betul ke?
kau memang tak nak tetamu datang kenduri anak kau ke?

mula-mula kami masuk ke kiri. ada kenduri. yessss.. sampai jugak akhirnya!
tapi kami tengok bunting dia tulis nama pengantin lelaki "Zarul".
sedangkan pengantin sedara Maklang ni nama "Yazid"
ah, sudah~!!! salah majlis ke kami ni??

tanpa membuang masa, aku & Leen terus patah balik tanpa menoleh semula ke belakang.
malu siottttt...!!!
tapi, kan elok kalau kami makan je nasi kenduri sambil buat tak tahu.. bukan nya orang tahu pun!
wakakaka..

kami pun meneruskan perjalanan sehingga kami sampai di persimpangan ke kampung orang asli!
erkk..!! sejak bila pulak Maklang ni bersedarakan orang asli ni?

terus kami patah balik ke highway & masuk ke kanan pulak!
sedara Maklang pesan, "bila dah masuk kanan, terusssss je... nanti jumpa kenduri betul-betul tepi jalan."
(pakcik, ada ke orang buat kenduri kat tengah-tengah jalan?)

alkisahnya, kami terlajak sehingga 5km!
kena patah balik!
sedara Maklang bagi direction mengikut arah bertentangan pulak.
"dari situ, jumpa je roundabout kecik, terusss je. jumpa jambatan yang pertama, terussss je lagi. lepas jumpa jambatan kedua, terus masuk kiri"

ok, pakcik.
kami dah jumpa roundabout!
tapi kami tak jumpa & lalu kat jambatan pun.

rupa-rupanya....

itu bukan jambatan kat tengah-tengah jalan raya yang kami lalu.
tapi....
kena masuk kiri dulu, baru jumpa jambatan kecik untuk melintas longkang tepi rumah dia!

CELAKAAAAAAAAA!!!!!!!

kau boleh tak bagi direction betul-betul???
dah la dengan Maklang, kau cakap ikut Jalan Kebun.
dengan aku, kau cakap ikut Jalan Kg Raja pulak!
5x kami telefon,
5x jugak la kau membelit kata-kata!

SIALPALISSSSSSSS...!!!!!!!!!!

bila sampai je kat kenduri tu, boleh pulak sedara Maklang ni cakap "eh, kenapa boleh terlajak pulak? kan dekat je simpang ni dari highway. ni mesti laju sangat bawak kete ni.."

KEPALA HOTAKKKKK!!

dah le signboard pengantin pun kau tak letak.
landmark pun kau salah bagitahu.
yang kelakar nak mampusnya, bila Leen tanya kat sedara Maklang tu, "er, sapa nama pengantin ye? kami nak cari signboard."
sedara tu jawab, "Zaini"

eh, td kan cakap pengantin lelaki Yazid.
macamana pula boleh tukar jadi Zaini ni???
macamana nak cari ni??

rupa-rupanya bila dah sampai sana...
"ha, yang ni la menantu sulung si Zaini tu"

Zaini tu sebenarnya bapak pengantin!

siaaaalllllllllll........!!!!!!!!

aku memang serik la kalau pegi kenduri macam ni.
yang Maklang pun satu hal pulak.
saja-saja sorok kad kawin tu sebab takut Leen kemas-kemas rumah & buang kad tu.
last-last terus hilang!

pas kenduri kami ke GM Klang. konon-konon banyak barang murah-murah.
kepala aku makin sakit. perlukan air yang masam-masam.
aku beli air ice lemon tea, terus lepak dalam keta.

10min kemudian, Leen & Maklang datang tanpa sebarang barang yang dibeli.
just window shopping.

terus ke Klang untuk makan seafood.
tapi tak tahu jalan & gamble lagi.
huhuhuu...

sampai kat Tanjung Harapan, tengok restoren tak buka lagi.
jalan-jalan ambil angin, then kami park kat restoren tu.

pekerja restoren tengah bentang alas meja.
mentang-mentang kami sampai awal, boleh pula dia letak je alas tu kat kerusi. dengan harapan kami pula yang kena bentang sendiri. Maklang yang malas-malas nak gaduh, lalu dia membentangkan alas meja tu..

kami ambil :
-udang saiz besar (10ekor- masak 3rasa)
-sotong saiz besar (2 ekor-goreng tepung)
-kembung (2ekor-sweet sour)
-pari (bakar)

tambahan :
-nasi (3)
-air limau ais, air teh o ais limau, air kelapa muda
-aiskrim (ntah apa-apa nama ntah)

jumlah: RM70.35

murah jugak!
seafood fresh!
service sekejap je!
boleh la nak datang makan lagi.
cuma masakan dia "average"
sedap lagi ikan bakar jalan bellamy & ikan bakar sekinchan!
hahaahaha


Maklang sedang menemuramah penjual kerepek sebelum masuk ke dalam restoren.

 
kedai masih kosong.
see... alas meja pembantu restoren just sangkut kat kerusi je.
dengan harapan kami tolong alaskan!


meja lain yang masih belum beralas.
nak tunggu pelanggan datang & alas sendiri kot...


Leen : "abg, syg dah smpai. nak tggu order je lagi ni.."
uwekkk!!!!


maklang bersama rupanya yang 'cute'.
konon-kononnya...!!!!


Mr Paul. kami mintak ia digorengkan!


udang yang besar-besar


orang ramai mula memilih seafood


Mr Crab.
tapi kami tak amik.
malas nak keluarkan isi!


siakap


hasil 'tangkapan' kami.
muehehehe..


macam biasa.
nasi & air yang sampai dulu.


kuah asam, kacang, sambal ikan bilis, timun



air wajib aku.
limau ais.
lagi masam lagi sedappppp..!!!


minah sengal ni happy bila dah dapat air kelapa mudanya.


Maklang bersama teh o ais limau nya.


lauk dah sampai.
yeayyyy!!!
eh, mana ikan pari bakar?? dia lupa nak hantar..
nak kena maki?


ikan pari bakar dah sampai.
sedap, sebab tak hanyir.
tapi tak sesedap ikan bakar bellamy & sekinchan


Maklang sedang berusaha mengorek isi kelapa muda.



yesss, usaha lagi...!!!!


selesai...
ikan kembong & ikan pari bungkus bawak balik untuk Paklang.


orang dah mula ramai.
gambar ada cahaya.
tak clear!


total : RM 70.35
murah kan??
=)


aiskrim. tak sempat nak snap sebelum makan.
snap pic pinggan je la ye..


sebelum balik





Thursday, May 5, 2011

let's the pics tell the story.....

sape penah makan ayam golek mek som kat kampung kerinchi??
sape? sape??
hmm.. nampaknya tiada yang angkat tangan!
ye la, siapa la nak baca blog aku ni kan?
muahahaa..

ok, straight to the point.

ayam golek paling minima yangvboleh dibeli RM19 seekor.
tambah tol pergi balik kat belakang bandar tun razak RM1, so ayam tu jadi RM20. hehehe...

mulanya aku teman Ain pergi Syabas untuk aktifkan balik akaun bil air kat premis sewa Alam Damai. sampai sana, kami 'menerima' habuan yang sangatttttt la best dari kakitangan kat kaunter Syabas tu!

memang sial mulut kau kan!
dah la tak nak senyum, siap menjeling lagi!
ingat kau lawa????
pegi mampusss!

lepas kami panas hati dengan layanan staff syabas, kami pergi mencari haluan untuk mengisi perut kami yang tengah berkeroncong untuk ana...

so, kedai makan yang best dan paling dekat dengan Syabas Bangsar adalah restoren Mek Som Ayam Golek.
elehh, kalau jauh pun sanggup pegi jugak kan?

sampai je kat sana, kami order ayam golek seekor.
separuh makan.
separuh lagi bungkus.
yang bungkus untuk kak saniah.

pastu kami order nasi putih, tomyam seafood, fresh oren

nasi dia memang ciput je.
ain yang kurus kering pun tak cukup makan nasi tu.
siap mintak nasi tambah.
tak pe ain, i tahu u lapar...
plus panas hati dengan staf syabas tu, memang u lapar tahap cibaiiiii!!!

ayam golek dia memang superb!
puas hati makan ayam golek ni.
tapi syaratnya mesti makan waktu ayam masih panas. kalau dah tak panas, memang rasa kurenggg sikit!



so, let's the pics tell the story....




muka Ain yang tengah KELAPARAN....


first order yang sampai.
fresh oren.
sejukkk je.. memang sedap!


nasi & tomyam seafood
siap hirup-hirup sikit tomyam tu.
mantap!

tadaaaa~!!!
ayam golek sudah sampai!!
separuh yang sudah terkangkang di dalam bekas


separuh lagi bungkus untuk kak Saniah


ok, selamat menjamu selera.
makan sampai muntah ye!


bukti Ain memang kelaparan.
nasi 2 pinggan.
licin.


baki ayam nak diratah


orang ramai mula mengunjungi.
kami?
dah kenyang dah....


another angle


p/s : tenkiu ain sebab belanja i makan lunch hari ni.