It's me.. Juz me... Only me!

If you don't like my words, don't listen.
If you don't like my appearance, don't look.
If you don't like my actions, turn your head.
It's as simple as that.

A wife to a loving husband. A mum to a adorable daughters. A daughter to such a caring parents. A good friend to a good people. Homechef that cook like nobody business.

~I’M NOBODY.. but nobody perfect. So, I’mPERFECT!

My Love's Path

Daisypath Anniversary tickers

Friday, August 8, 2014

Petani Moden Gituuuu~

Nampaknya penyakit malas aku makin teruk. Makin hari makin malas nak update entry. Kesian blog aku. Padahal banyak je benda boleh story. Nak-nak pasal kejadian di Pejabat Tanah aritu. Rasa nak je aku melahar kaw-kaw kat sini pasal makcik Patimah tu. Cissss! Dasar makcik suka mencucuk sarang tebuan sungguh!

Eh, sejak bila aku jadi permaisuri lebah?

Hari tu budak-budak lelaki ofis aku duk sebut-sebut nama blog aku. Chempaka Merah... Chempaka Merah... Hmmm, mana diorang tau ni? Setahu aku, kalau blog ni link ke FB aku, frenlist aku kat ofis ni cuma sorang je. Si Kak Pah sorang tu je yang fren dengan aku kat FB. Takkan diorang gugel search resepi, then terjumpa blog aku kan? Tak mungkin laa! Risik punya risik, rupanya diorang search nama lama ofis aku. So keluar la entry masa aku nak lapor diri kat sini dulu. Phewww~ Nasib baik aku tak lahar diorang. Kang ada pulak yang lempor bom aku kat sini. Huhuu...

Then kelmarin aku tengah ukur jalan nak ke toilet, terserempak dengan Dr Nasrudin. Masa selisih tu tetiba dia tegur aku "Chempaka Merahhh..."  Aikkk?? Dia pun tahu? Mati la makkkk.. Malu la kalau orang ofis ni tau. Aku kan suka carut-carut, maki-maki orang, lahar melahar... (Jadah sangat perangai aku kan? Doktor yang tegur aku dulu. Padahal aku ni kuli-kuli je... Ampun Dr Nas!) Kalau diorang tengok penampilan aku kat luar (realiti) yang sopan, ayu, sopan santun, lemah gemalai, cantik, jelita, menawan lagi gojesssss... Eh? Terlebih-lebih pulak. Hahahaa..

Nescaya diorang pengsan tengok personaliti sebenar aku dalam blog ni. Kahhhh!

Ok, nak cite pasal kebun kecil aku. Kawasan rumah tak la besar pun. Aku ada tanam sikit-sikit pokok kat dalam pasu. Kat luar rumah aku tanam kat tanah, sebab kat luar pagar kawasan besar sikit. Wahhh, sembang kencanggggg.. Macam aku tanam betul-betul ekk? Hahaha.. Bukan aku yang tanam, tapi En Zul yang mengusahakan kebun ni. Aku tukang sponsor barang & tukang arah-arah je. Hihihii..


First nak tunjuk pokok bendi.
Ye, bendi.
(Ek elehhh.. Tu pun nak tunjuk)
Mesti la! Ko hadoo??

Hahaha.. Ok bendi ni dah lama tanam. Tapi tak berbunga & berbuah pun. Baja pernah letak sekali je. Mana nak berbuah makcik oiiii.. Pokok bendi ni dah melebihi tinggi aku. Haaa.. Tinggi tau!! Jangan main-main dengan ketinggian aku. Sebab aku ni bukan jenis bonsai-bonsai punya... Ada 3 pokok, tapi satu pokok dah kena cantas dek En Zul. Yang lagi dua pokok, lepas boifren aku tu taruk baja taik ayam, terus tumbuh buah lepas 3 hari. Hebat kan??


Pokok ni ada 2 biji buah. Tapi lagi sebiji ntah mana hilang ntah.




Pokok yang ni ada tiga biji buah.
Yes, pokok ni yang lebih tinggi dari aku.




Ni pokok kesum.
Aku paling suka bau pokok kesum ni. Sedapnya kalau letak kat dalam asam pedas.
Slurppppp.. Yummy!!


Ok, mari teka pokok.

Ni pokok apa?




Kamu yang kat belakang tu.
Ye, kamu!
Cer teka pokok apa ni??

Ni pokok cili ye anak-anak...
Dulu aku ada tanam 3 pasu pokok cili.
Tapi dah kena baham dek ayam betina yang bawa rombongan anak-anak dia masuk ke rumah aku.
Lahabau punya ayam!




Ni pokok apa??
Ni pokok tomato. Ni kena taruk kayu ni. Sebab dia jenis melilit & menjalar.




Ni pulak pokok terung panjang.




Yang menyenget ke kanan ni pokok limau purut aku.
Cantik-cantik daun dia. Wangi..
Tapi minggu lepas aku jumpa ulat bulu tengah makan daun-daun pokok aku.




Ni ada pokok kunyit, pokok kari, pokok pandan dan lidah buaya.
Kat luar rumah ada pokok pisang, pokok mangga, serai dan kunyit.
So far pokok bunga ada beberapa pasu. Cuma masih dalam proses pertumbesaran.



Ni pokok Aleeya.




Ni pokok Ika.



Alhamdulillah, aku suka kebun kecil aku.
Walaupun tak banyak hasil, tapi dah banyak kali aku menuai hasil-hasil kebun aku tu.
Paling kerap yang aku guna adalah daun kari, daun limau purut, daun pandan dan daun kunyit.

Walaupun tanaman depan mata, tapi sayang anak aku masih tak kenal nama-nama pokok ni.
Pastu tak tahu kegunaannya.. Sedih!


Aku : Kakak.. Tolong mummy amikkan daun kari.

Ika : Daun kari yang mana satu?

Aku : Alaaa.. Yang banyak-banyak daun dalam satu tangkai tu. Kakak cium ada bau kari. Amikkan satu tangkai kat mummy.

Ika : Ok.

..........

Ika : Nah mummy, kakak letak kat dapur.

Mummy : Ok, thanks... Hah??!! (terkejut)



Alahai anakkkkk...
Sekeping ni je yang kau amik?? Ni kalau tumis ni, jangankan nak terbit bau kari.
Elok aku lempor dalam periuk hancur lebur terus.



Selepas beberapa bulan...

Aku : Adik... Tolong mummy amikkan daun kari.

Aleeya : Adik tak tahu daun kari yang mana satu?

Aku : Alaaa.. Yang banyak-banyak daun dalam satu tangkai tu. Adik cium ada bau kari. Amikkan satu tangkai kat mummy.

Aleeya : Ok.

..........

Aleeya : Mummy, nak berapa?

Aku : Nak satu tangkai je... (dalam hati doa jangan la dia amik macam kakak dia)

Aleeya : Alaa.. Adik dah teramik tiga.

Mummy : Ok laa.. Boleh je...Hah??!! (terkejut)


Arghhhh!!
Adik beradik sama je! Ikut acuan sape la perangai gini??

Tension.





Wednesday, July 30, 2014

Selamat Hari Raya 2014

Alhamdulillah..

Masih berpeluang untuk menaip entri kat blog sendiri (eh, macam la penah taip entri orang lain?).
Hari ni dah masuk hari ke 3 Syawal.
Aku pun dah start kerja harini. Yang ada cuma Kak Nap, Kak Ani & Abg Fizi.
Kak Nap pulak bawak bekal kek, rendang daging & nasi impit.
Maka beraya la kami 4 beranak kat ofis ni.

Eh, Kak Ani puasa.
So beraya la kami tiga beranak.
Kak Nap jadi emak. Abg Fizi jadi abang long.

Aku of kos la jadi yang bongsu yang paling comel, cantik dan menawan.
Gituuu!

Hahahaa..

Ok la, nak sambung buat keje.
Ecececeeee... Macam la buat keje ye?
Ntah-ntah layan Running Man gelak sorang-sorang.

Sebelum aku undur diri, aku nak ucapkan selamat hari raya, maaf zahir dan batin.
Maaf kan segala kekasaran bahasa aku selama ni.
Insya Allah lepas ni aku start balik bermulut puaka.
Nak lepaskan geram kat makcik pejabat tanah tu.
Huhuhuuu.. Kering pahala aku weh!!

Ok, babaiiiiii..

Ikhlas,
Lisa Surihayati & Yusrizulfakha


*tutup lampu ofis*


Friday, July 18, 2014

From My Kitchen : Aiskrim Goreng

Kelmarin aku buat eskrem goreng.
Anak-anak yang request nak makan.
Diorang nak beli je. Tapi yang bapak nya memandai-mandai cakap aku reti buat.
Hoihhhh!!

So demi menjaga kredibiliti sebagai seorang ibu, harus la aku berlagak reti buat kan!!
Hahaha...

Kalau tetiba tak menjadi eskrem goreng aku, mampos!
Tak pepasal je kena gelak kaw-kaw dengan En Zul & anak-anak.



Sebab nak menggunakan sepenuhnya acuan karipap,
maka eskrem goreng aku berbentuk karipap gitu..




Mula-mula, kasi roll dulu roti putih.
Kalau nak jaga kesihatan boleh guna wholemeal bread ye.
Roll kasi nipis sikit.
Nanti senang nak lekatkan kelim karipap tu.



Nampak roti yang bawah? Tu roti yang dah di roll.
So sila roll nipis-nipis ye. Tapi jangan sampai koyak pulak.




Nah, sebungkus roti besar aku buat untuk anak-anak.
Makan la sampai kenyang ye.




Putih telur.
Saja standby untuk lekatkan kulit roti.




Sebab aku bukan orang kaya, so beli eskrem murah-murah je.
Nak beli eskrem Baskin Robin takut mahal & tak cukup.
So beli eskrem Nestle je laa...




Nah, ini dia pembantu tugas aku di dapur!
Mesin karipap. Eh, mesin ke?

Acuan lah!




Amik roti yang sudah di roll, letak atas acuan karipap.
Kalau boleh tekan-tekan sikit kat bahagian kelim tu. Pastu sapu-sapu telur putih sikit.
Letak eskrem. Kalau boleh letak la banyak & padat sikit.
Nanti masa goreng, eskrem dia x cair.
Aku buat ada rompong sikit. Sebab susah nak lekatkan.
So eskrem cepat cair. Huhu..




Lekatkan kuat-kuat!
Buang baki roti sekeliling acuan tu ye..


Kalau waktu iftar pukul 7.30pm, eskrem goreng ni boleh digoreng dalam pukul 7.25pm.
Panaskan minyak guna api kuat, sebelum masuk karipap ni, slowkan api.
Just nak bagi kaler karipap jadi brown je. Kalau goreng lama-lama nanti kulit roti hangus.

Eskrem pun jadi cair.



Yang bestnya, En Zul & anak-anak suka sangat!
Yeayyyy... Alhamdulillah..

Kakak, adik... Hebat tak Mummy...???
Hahaha...

Pandang & senyum kat anak-anak sambil tunjuk ibu jari & angkat-angkat kening~

Wink-wink!
^_^



Thursday, July 17, 2014

From My Kitchen : Ikan Pari Bakar

Hitam-hitam si tompok manggis.
Hitam hangus ikan aku rasa macam nak nangis!


Hahaha.. Sila maafkan ikan rentung aku.
Semua ni gara-gara sibuk berkebun. Lupa ikan kat dapur.
Gila!

Aritu aku buat ikan pari bakar.
Tapi sebab aku tak pandai buat pes ikan bakar, so aku guna pes instant je.



Ikan pari yang fresh. Tapi dah jadi kurang fresh sebab duduk dalam esbok aku lama sangat.




Bawang besar - hiris
Bawang putih - cincang
Daun Limau purut - 3 helai hiris-hiris
Perencah nasi goreng - 2 paket (guna pes tomyam pun boleh)
Garam - ikut rasa
Kunyit - ikut la banyak mana
Minyak zaitun - 3 sudu makan





Gaul-gaul dan perap lebih kurang 10min.
Bungkus dengan daun pisang.
Bakar.

Tapi bakar jangan sampai rentung macam ikan aku.
Hahahaa...



Monday, July 14, 2014

From My Kitchen : Nasi Ayam Penyet

Dah 2 minggu berpuasa.
Aku baru nak start update blog.
Haihhhhh... Malas betul laa...
Budak-budak kat ofis duk usik-usik aku pasal blog ni.
Mentang-mentang diorang dah tau nama blog aku, kemain lagi diorang pulun ngata aku ye...

Siap korang!
Tunggu turn aku bahan kan korang kat dalam blog ni.

Semalam aku plan nak masak nasi ayam.
Tapi encik boipren aku ni nak nasi ayam penyet pulak...
Dah 2 hari dia sebut-sebut "nasi ayam penyet... nasi ayam penyet.."
Eh, dah macam kena santau je orang tua ni.
Ke dah termakan nasi kangkang kat mana-mana?
Ketagih nasi ayam penyet tak hagak-hagak!

Nasi Ayam Penyet Makton


So semalam mood aku baik, maka aku rajin kan diri nak gugel resepi.
Harus la aku gugel kan...
Aku mana reti buat nasi ayam penyet ni.
Aku jumpa satu resepi bonda (konon-kononnya laaaa).
Tapi lepas tengak cara-cara buat, mak aihhhh!!
Mau bersilat aku kat dapur!

Kalau nak membeli bahan tu memang tak de masalah.
Tapi kalau nak masak siap rebus pakai air kelapa, hishhh.. Jenuh wehh~
Kalau betul-betul sedap tu lain la kan?
Buat nya rasa macam nasi lemak je? Sia-sia sajorkk!

Ok, aku amik resepi dari sini
Then ada bahan yang aku tambah sikit, dan amaun bahan pun aku ikut sukatan tekak aku.

Jom semak bahan dan cara.





Bahan Ayam :
  • Ayam - separuh ekor, cuci dan bersihkan
  • *Bawang merah
  • *Bawang putih
  • *Kunyit hidup
  • *Lengkuas
  • Serai - titik (aku tambah)
  • Santan pekat
  • Garam
  • Gula

Cara-cara :

  • Kisar bahan bertanda *
  • Campur ayam, bahan kisar, santan, serai, garam dan gula dalam periuk.
  • Masak sampai pecah minyak dan kuah pekat (kuah ni rasa macam ala-ala ayam percik)
  • Asingkan ayam. Kuah tu nak guna untuk menggoreng.


Rebus sampai sedikit kering ye makcik-makcik...





Bahan-bahan batter menggoreng :
  • Bahan rebusan ayam
  • tepung beras (agak-agak la kepekatan dia. Kalau pekat sangat boleh tambah air)
  • Telur (1 biji - pukul)
  • Garam (jika perlu)
  • Gula (jika perlu)
  • Ayam yang sudah direbus
  • Tauhu (potong ikut suka)
  • Tempe (potong ikut suka)

Cara-cara :

  • Panaskan minyak masak
  • Celup ayam/tauhu/tempe dalam batter.
  • Ayam dah masak, jadi tak perlu goreng terlalu lama. Cukup tepung / salutan batter jadi kuning keemasan.







Bahan-bahan sambal :
  • Bawang merah
  • Bawang putih
  • Belacan
  • Ikan bilis
  • Cili merah (kalau nak pedas boleh tambah cili api)
  • Tomato masak
 Cara-cara :

  • Panas kan minyak, goreng semua bahan satu persatu (maksudnya goreng ikan bilis dulu, pastu goreng bawang merah, pastu goreng bawang putih dan lain-lain sehingga selesai. Bukan goreng ikan bilis satu persatu, sekor-sekor. Jenuh la kau berkampung kat dapur menggoreng bahan-bahan sampai ke sahur!)
  • Bahan-bahan dibiarkan sejuk (kalau panas-panas nanti blender cepat rosak)
  • Kisar / tumbuk bahan sampai lumat. (aku malas, so harus la masuk blender kan?)
  • Panaskan minyak dan masak bahan yang dikisar sampai masak.
  • Masuk garam dan gula secukupnya.

Dihidang bersama :
- nasi putih (nasi ni masak sendiri la.. Takkan aku nak bagi resepi jugak?)

- ulam (kacang panjang / kobis / timun)
- sup kosong (lupa buat)


Alhamdulillah, boifren aku makan senyum je semalam... (hari-hari lain tak de la nak senyum pun, tapi nasi tetap bertambah 2 pinggan. Hahaha...


Friday, June 20, 2014

DP BPA

Minggu lepas (Sabtu) kena datang kerja.
Kitorang kena jaga exam paper Bahasa Melayu untuk student foreigner.
Tempat exam sama kat tempat exam aku masa nak interview kerja PPU ni.
Kiranya ni kali kedua aku jejak kaki kat Dewan Peperiksaan Bangunan Pengurusan Akademik
(DP BPA)

Pukul 9am exam start untuk student tahun 1.
Ramai pak Arab & Niger.
Student Tahun 1 ni majority semua baik-baik.
Dalam erti kata yang mengarut, diorang ni masih "jinak".
Cuma masalahnya diorang ni tak reti nak isi attendance form.
Borang tu ekceli dwi bahasa (BM-BI).
Dah jadah sangat kau tak reti nak isi kan??
Kalau tak faham BM, kau refer la BI.
Bukan nya ada bahasa nogori or klate pongggg!
Kalau bahasa tu, jangan kan kau..
Aku sendiri pun tak paham....

Lepas setel isi borang kehadiran, maka jom start exam...



Baik-baik je semua...
Senyap je...




Jenuh memerah otak.
Aku rasa nak menangis tengok soalan paper ni.
Sebab ni soalan student tahun 1 ni memang maha senang weh!!

Tapi aku lagi rasa nak sawan nengok jawapan student-student ni.
Seyes lawak weh!! Tapi diorang confident betul isi jawapan tu.
Dengan tulisan diorang mengalahkan kanak-kanak dalam cerita Upin Ipin tu.
Comeyyyyy!!




Tu student repeat.
Dengar cite dah 9 tahun dia repeat paper tahun 1 ni.
Kahhhhh~


Pukul 11am sambung exam untuk student tahun 2.
Haaa.. Dengan student ni jangan main-main.
Diorang dah otai sikit.
Nak cakap dengan diorang ni kena banyak bersabar.
Degil-degil sikit diorang ni.

Nak suruh duduk pun payah.
Nak suruh senyap pun payah.
Nak suruh jawab exam dengan tenang lagiiiiii payah!
Hujung-hujung kalau pengawas peperiksaan dah naik hantu...
Haaa... Ni je makan dia......

Kau duduk sini sorang-sorang diam-diam!
Tak pasal-pasal kena pengasingan.
Ni pengawas yang alihkan ni kira baik jugak sebab selangkan meja dia beza 1 row.
Kalau dapat kat Abang Farizan, maunya budak ni duduk luar dewan terus.




Kita nak buat apa ni ye Wan? Aku bosan ni...

Tak pe la Nap... Kita duduk sini je la. Aku pandang kau.. Kau pandang aku..
Bior dak Yati ni je yang pusing-pusing dewan jaga pekse.
Bior dia kurus sikit. Aku nengok dia makin gajah sejak masuk PPU ni.



Esok aku ada exam untuk jawatan baru kat UKM ni.
Insya Allah aku exam kat dewan ni.
Doakan aku berjaya ye ^_^




Thursday, June 19, 2014

Rezeki Orang Belanja

Kelmarin geng-geng PPU ajak makan kat Warung Bunian.
Saja nak buat makan-makan sebelum PPU bertukar secara rasmi kepada Citra UKM.
So duit tabung yang ada kitorang buat belanja makan tengahari kat Bunian.

Memandangkan aku pertama kali datang sini, aku nak bagi review sikit la pasal Warung Bunian ni.
Jalan ke sana pun aku tak tahu macamana nak explain.
Yang aku tahu ikut jalan Bangi Lama menghala ke Putrajaya.
Diorang cerita warung ni memang ramai orang datang makan.
Nak makan kat sini kena buat booking dulu.
Tak boleh main walk in je. Nanti tak di layan dek staf warung situ.

So aku macam teruja dengar kehebatan warung ni.
Cewahhhhh.. Ayat tak hagak-hagak!
Kitorang gerak 3 kereta. Then A.Farizan datang berasingan sorang-sorang dia dari sekolah anak dia.
Sampai sana, mak aihhhhh.. Keciknya lorong masuk! Muat 1 kete je.
Kalau bertembung kereta dari arah depan, memang terjun gaung la kete aku.

Sampai sana tengok ada banyak kete.
Memang dah packed dengan orang ramai.



Nak ke Warung Bunian kena jalan kaki sikit.
Jalan turun bukit yang curam ni memang mencabar pada wanita yang ber-high-heel.
Ok, bukan aku orangnya.

*Abg Fizi tu beriya membetulkan baju dia. Macam nak jumpa awek bunian je gayanya*
Mampus aku kalau dia baca ni.
Hahaha... Ampun Abg Fizi!!!



Haaa.. Tu dia Warung Bunian.
Jangan main-main ye.. Memang tersorok macam kena sorok dek bunian.
Hahaha..
Jangan pandang warung ni sebelah mata. Walaupun fizikalnya macam tu, tapi kelazatan makanan
dia memang superb!




See? Sampai kena taruk signboard CLOSE sebab orang dah fully booked.




Meja jiran sebelah.
Lauk dia sama je. So satu warung akan makan benda yang sama.
Satu kepala RM14.
Menu : Nasi putih, ayam masak tumis cili api, ikan goreng, udang/ketam/ayam masak lemak cili api, sayur kobis goreng, sambal belacan & air



Awek tukang senduk nasi.
Hari ni menu udang masak lemak cili api.
Walaupun masin sikit, tapi memang sedap. Terasa lemak pedas semua cukup.
Tapi hari ni nasib tak berapa elok sebab udang & ikan dia macam stock lama.




My plate. Masakan kampung ye...
Overall - Not bad! =)
Mungkin nasib di hari lain lebih baik.
Mungkin boleh makan udang/ketam/ikan yang lebih fresh.



Ok, next story!
Esoknya pulak pengarah PPU, Prof Dr KAM belanja kitorang sempena hari terakhir beliau menjadi pengarah PPU.
Bila PPU bertukar jadi Citra, pengarah pun akan bertukar.
Jadi Prof KAM nak belanja kitorang staff admin PPU ni.
Alhamdulillah, rezeki jangan ditolak.
Terima kasih banyak-banyak Prof.



Kitorang makan kat Arabian House.
Restoran ni dekat dengan Red Wok.




Ni mantan pengarah PPU.
Terima kasih Prof atas sedekah belanja makan hari ni.
Semoga Allah membalas jasa baik Prof. Amin...




Nah, menu aku.
Nasi Khabsa Lamb. Saja amik kambing, sebab dah lama tak makan kambing.
Air aku amik Arabian House Cocktail.
Aku bagi 3stars untuk makanan sini.
Lagi pun aku cepat muak kalau makan makanan arab ni.



.....dan aku tak mampu untuk menghabiskan nasi khabsa ni.
Lauk tu aku gigih habiskan jugak. Huhuuuu...




Sape-sapa nak try, boleh call no tel ni.


Again, thank you pada yang belanja makan untuk dua hari ni.





From My Kitchen : Broccoli With Mushroom Cheese Soup & Garlic Bread

Edisi malas masak.
Tapi mengenangkan perut gajah aku lapar, so usahakan jugak untuk buat dapur berasap & perut berisi.
Last week aku masak sayur broccoli+asparagus untuk jamu Pinat (makjang) sekeluarga makan.
Aku tengok anak Pinat (Irsyad) suka makan broccoli.
Then kitorang pegi IKEA aku order 1 bowl je broccoli. Kesian kat Irsyad sebab dapat makan sikit je broccoli tu.

Sorry ye my dear Irsyad..... Nanti Makngah belanja lain.

Sebab aku pun tak puas makan sayur broccoli kat IKEA, maka edisi malas aku berciri kan sayur broccoli.

Aku buat broccoli with mushroom cheese soup & garlic bread.
Sebab aku malas sangat-sangat, so resepi aku pun simple2.



Broccoli with mushroom cheese soup & garlic bread.


Garlic Bread
Bahan-bahan :
  • Roti putih (potong 3 - kalau malas sangat tak yah potong)
  • 2 ulas bawang putih (kalau lagi malas, boleh pakai garlic powder)
  • Parsley
  • Butter / marjerin
  • Garam (aku tak masuk sebab aku pakai marjerin - memang dah masin)



Aku pakai daun parsley ni je.



Cincang bawang putih.
Campur dengan daun parsley dan marjerin.




Sapu adunan marjerin pada roti.
Bakar 10min dengan suhu 150*celsius.
Aku guna api atas-bawah. Lepas 5 min aku guna api atas je.
Bakar sampai roti rangup dan brown.


Mushroom Cheese Soup
Bahan-bahan :
  • Broccoli
  • Mushroup Cheese Soup instant Kimball/Vono
  • (See? Aku malas so pakai instant soup je. Jadah sangat nak masak sendiri mushroom soup ni. Kau hengat senang nak buat mushroom soup? Nak kena tumis-tumis mushroom, nak kena blend2 segala benda, siap pakai cream untuk buat soup. RENYAH! So kalau dah nama pemalas, sila pakai sup segera je. Murah, cepat dan sedapppp!)
  • Cheddar Cheese parut - optional

Cara-cara :
  • Steam broccoli sampai lembut.
  • Bancuh serbuk mushroom cheese soup Vono dengan air panas. Ikut la bape paket nak guna, bergantung pada bape banyak broccoli dan roti yang nak dimakan tu. Jangan bancuh cair sangat.
  • Campurkan soup dengan broccoli.
  • Parut cheddar cheese kat atas sayur broccoli.





Monday, June 2, 2014

From My Kitchen : Kari Kepala Ikan Tenggiri


Ni request dari En Zul.
Mentang-mentang baru balik outstation kat Langkawi, kemain lagi dia order makan kat aku.
Nah, kauuuuuu... Dia mintak kari kepala ikan.
Takpe la.. Bukan selalu dia minta kari kepala ikan ni.
Kalau nak makan kat kedai mamak kena standby duit paling jahanam pun RM100.
Kalau bini masak sendiri dah jimat duit. Tak sampai RM40 pun beli ikan dengan kepala nya sekali.
Pastu puji sikit-sikit masakan bini, kompem seminggu tu direct bini masak lauk yang sama.
(walhal tak sedap pun. Nak jaga hati punya pasal kannnn?!)

Semalam pegi NSK, tapi tak ada kepala ikan merah. Yang ada ikan merah jual sekor-sekor.
So kitorang rembat kepala ikan tenggiri.
Pastu ambil sekali isi ikan tenggiri 4 keping.
Jadi la nak buat makan malam & bekal untuk laki bini untuk esoknya.

Bahan-bahan :
  • Kepala ikan tenggiri (1 ketul - belah dua)
  • Isi ikan tenggiri (4 keping) - terpulang nak masuk ke tak
  • Rempah kari (5 sudu makan) - bancuh dengan sikit air
  • *Daun kari (1 tangkai)
  • *Bawang merah (1 biji - hiris)
  • *Bawang putih (2 ulas - hiris)
  • *Halba (1/2 sudu makan)
  • *Jintan manis (1/2 sudu makan)
  • *Jintan putih (1/2 sudu makan)
  • *Biji sawi (1/2 sudu makan)
  • Santan (200ml)
  • Air (200ml)
  • Bendi
  • Tomato
  • Air asam jawa (3 sudu)
  • Minyak (3 sudu - untuk menumis)
  • Garam









Cara memasak :
  • Panaskan minyak, tumis bahan bertanda * sampai naik bau/garing
  • Masukkan rempah kari ikan yang sudah dicampur sedikit air. Masak sampai pecah minyak.
  • Masukkan air dan biar mendidih.
  • Masukkan bendi (bendi perlu masuk sebelum ikan. Sebab bendi keras dan ikan tenggiri isinya lembut. Ikan cepat masak).
  • Bila bendi hampir masak, masukkan kepala & isi ikan, air asam jawa dan garam secukupnya.
  • Masukkan santan dan tomato.
  • Siap