It's me.. Juz me... Only me!

If you don't like my words, don't listen.
If you don't like my appearance, don't look.
If you don't like my actions, turn your head.
It's as simple as that.

A wife to a loving husband. A mum to a adorable daughters. A daughter to such a caring parents. A good friend to a good people. Homechef that cook like nobody business.

~I’M NOBODY.. but nobody perfect. So, I’mPERFECT!

My Love's Path

Daisypath Anniversary tickers

Wednesday, January 22, 2014

Akhirnya.....

Akhirnyaaaaa... Aku keluar jugak dari Gua Niah ni. Duduk lama-lama dalam gua ni boleh buat aku sawan. Susah betul kalau tak ada line hp ni. Nasib baik la henpon caprut aku tu boleh dapat wifi free. Boleh jugak la aku update isu-isu kangkung yang berlaku sepanjang aku bertapa dalam Gua Niah yang kelam itu. Agaknya kalau tunggu lama sikit, kompem penuh badan aku dengan taik kelawar.

Hari ni aku free. Tak ada kelas. So aktiviti aku sepanjang hari ni nak tido je (dah nampak ciri-ciri kelawar disitu). Sekali pukul 10.30 Liza datang bilik aku ajak gi tesco & lunch. Ok, aku siap-siap terus keluar makan kat Sg Dua. Lepas lunch aku gi amik Nadia & Kak Florence kat PJJ. Alang-alang tak ada kelas, maka pujuk la hati untuk pergi ke QB Mall. Hahaha.. Bab QBM ni tak payah nak pujuk hati bagai la. Asal ada masa senggang je mesti sampai sana. Walaupun poket tengah kering tak berfulus, tapi aku tak pedulik. Janji kaki dapat jejak ke QBM. Aku bukan nak shopping sangat pun. Janji dapat tarik nafas kat dalam mall tu je. Motif? Hahaha..

Akhirnya aku merasmikan penjejakan kaki aku ke QBM untuk tahun ini. Maka, bermula la permastautinan aku kat QBM sepanjang 3 minggu aku kat sini. Maklum la, USM rumah kedua aku. QBM rumah pertama. Maka faham-faham saja la kat mana aku akan spend lebih masa sepanjang aku kat sini. Yang tak best kat sini bila gerai-gerai sepanjang jalan kat tepi laut dah tak ada! Pihak berkuasa dah pagar tempat tu. Lepas ni kalau nak lepak tepi laut kena bawa makanan siap-siap la. Then lepak kat situ sambil makan bekalan. No more laksa, no more chicken wings. Macam tahun-tahun lepas, kedai Daiso adalah tempat utama yang kitorang nak pergi. Walaupun tak shopping sakan, mesti ada jugak 'hasil' dari kedai ni. Sampai je depan pintu masuk Daiso, masing-masing capai bakul sorang satu dan terus bersepah bertaburan kat dalam kedai. Masing-masing dah tak kenal member. Semua pakat busy cari barang. Aku je selesai RM10 (dalam tak ada duit ni melayang jugak fulus aku), budak-budak tu masing-masing amik bakul berbondong-bondong beli barang. Nasib baik aku yang beriman dan bertaqwa ni masih mampu mengawal nafsu shopping aku (padahal kau tengah poket kering! Puiiiiii!)

Lepas puas ukur jalan kat QBM, kitorang balik ke USM dan melancong ke Tasik Biawak. Ok, jangan panik baca entri ini. Jangan sesekali format lappy @ henfon anda. Memang nama tasik tu adalah Tasik Biawak. Sebab banyak biawak menetap dalam tasik hijau tu. Tapi aku tengok biawak tu punya la besar macam badan aku. Sampai aku rasa tu bukan biawak tapi buaya. Budak-budak geografi ni nak air tasik tu untuk amali diorang. Kalau tak sebab amali tu, aku rasa memang aku tak jejak kaki la kat situ. Sebab selalu nya yang datang tasik tu untuk jogging. Aku nak jogging? Memang tak arrrr! Masa tahun 2 aku duduk kat aman damai tu harammmmmm sekali pun tak jejak kaki kat sana. Balik bilik, membuta. Bangun dari membuta, makan. Pas makan, membuta balik. So kat celah mana aku nak jogging tu? Masa aku 24jam sehari penuh untuk makan dan tido je. Kalau aku ada 25jam sehari, insya Allah aku gunakan 1jam tu untuk jogging.



Bergerombolan masing-masing nak serang tasik biawak. Hati-hati.. Biawak banyak yang memerhati!




Sekali nampak biawak betul-betul kat gigi air tasik. Menjerit Nadia kegedikkan!
Auww.. Auww.. Auwwww.... Hahaha... Hampunnnnn!!




Tengok kak Florence.. Relaks je bagi makan kat biawak.
Sampai biawak pun melarikan diri takut dengan dia. Hihiii...




Ok, ni bibik diarahkan oleh madam besar untuk buat kerja.

"pergi kamu turun situ ambil air minuman untuk saya. Saya haus ni. Cepatan!!"

"Baikkkk mem....."




Nadia menggigil amik air. Takut-takut jatuh dalam air, terus jadi santapan tengahari biawak-biawak kat situ.
Tak pun jatuh dalam air terus bertukar jadi ikan kaloi..

"Wahai bonda kuuuu... bondakuuuuu... si ikan kaloiiiiiiii......"

Kaloi? Eh...??
(Nadia elergik dengan ikan kaloi. Mendengar sahaja boleh buat dia meroyan)





Sekali datang seekor kura-kura menuju ke Nadia yang sedang menyanyi lagu ikan kaloi itu.
Rupa-rupa bondanya bukan bertukar menjadi ikan kaloi, tapi jadi kura-kura.
Wahhhh... Hebat betul kisah dongeng budak Nadia ni.

"mari-mari... mari sini wahai kura-kura..."




Excited betul jumpa kura-kura.
Teringat kura-kura belaan nya kat rumah yang bernama Koko & Kaka.



Nah, biawak komodo.
Nama tasik diambil sempena kewujudan makhluk ni kat sekitar tasik.
Gemok-gemok biawak ni. Kalau sembelih boleh buat sup & sate.
Hahahaha....




Balik asrama singgah cafe. Tengok orang jual air siap taruk kebaikkan air tu lagi.

"bangggg... Air kasi kulit mulus dan tegang satu!"




Semangat nak makan sayur. Macam kambing. Hahaha!
*maaf, kangkung tak ada. Biawak dah makan semua kangkung*




Monday, January 20, 2014

Bilik haprak, line haprak, jiwa raga pun jadi haprak!

Hari ni bertolak ke kampus.
Gila tension hidup aku nak melalui hari-hari mendatang kat sini.
Malam tadi sibuk mengemas barang-barang.
Anak-anak pulak duk melayan Running Man.
Yang si ayah keluar memancing dengan geng-geng ofis dia.
Sampai ke Subuh baru balik. Tapi haram sekor ikan pun tak naik ke darat.
Nampak sangat tangan tak de ong!

Penat kemas barang-barang. Dalam list aku seboleh-bolehnya nak kurangkan barang.
Alhamdulillah tahun ni aku cuma bawa 1 beg tarik, 1 bagpack & 1 bag plastik besar untuk barang-barang stock makanan & toiletries. Total 3 bags je.
Tahun ni aku cuma amik 4 subjek.
Sebab tu tak banyak beg nak bawa.
Harap-harap bila amik subjek sikit, dapat la skor pointer tinggi sikit. Hihiii...
*berangan*




Princess... Sila masuk tidur. Sudah pukul 1.30am.
Sudah-sudah la layan Running Man tu.



Pagi tadi keluar rumah pukul 9.30am.
Tahun ni En Zul & anak-anak hantar aku ke stesen LRT Uni untuk amik Nadia kat sana.
Naik 2 kereta, so lepas breakfast kitorang berpecah.
Nadia datang dengan hubby dia. Wahhh.. Kemain dia bawa banyak barang.
Macam nak bermastautin terus kat sini.
Hahahaha... Takpe Nadia. Sila bawa barang banyak-banyak.
Nanti i boleh pinjam.. Hehee..




Sebelum gerak keluar, harus la bergambar dulu.

Tahun pertama aku pergi sorang-sorang naik bas.
Tahun kedua aku pergi naik kete dengan Nadia, tapi En Zul tak teman aku jumpa Nadia.
Tahun ketiga aku pergi naik kete dengan Nadia, tapi En Zul teman aku sampai Stesen LRT Uni.
Tahun keempat aku pergi naik kete dengan Nadia, dan ditemani oleh En Zul dan anak-anak.

Ok, bertambah-tambah sebak aku.
*nanges*



Lepas breakfast dengan En Zul, anak-anak, Nadia & Saiful, kitorang gerak dalam pukul 11.40am.
Alhamdulillah pukul 3pm kitorang sampai kampus.
Terus pergi ambil kunci dan check in.

Aku mula terfikir, apa la yang En Zul dan anak-anak buat waktu tu.
Bila call, rupanya pergi sambung memancing.
Wah...wah...wahhhhhh...
Kemain hepi lagi diorang. Ingat kan bila aku jauh diorang sedih.
Rupanya siap pergi memancing lagi kauuu!
Macam meraikan ketiadaan aku je!


Nah, siap hantar gambar kat aku.
Nak tunjuk betapa hepinya mereka bertiga tanpa aku.
Cissss!



Ni Ika yang tangkap.




Ni Aleeya yang tangkap.




Ni semua 11 ekor hasil tangkapan mereka hari ini.
Murah jugak rezeki diorang. Alhamdulillah..
Bior laa.. janji korang hepi.


Tahun ni dapat duduk Restu.
AGAIN!
Arghhh.. Bikin sawan duduk kat sini.
Masa tahun 2 je dapat merasa duduk kat dalam USM.
Tu pun duduk kat Aman Damai yang panas tu.
Dengar cite tahun ni Aman Damai dah tukar kipas, katil dan almari.
Amboiii.. Bertukar wajah nampak?

Tahun ni aku dapat tingkat 1. Memandang ada kes special untuk Nadia.
Tapi hazab gila tingkat 1 tak ada line hp dan line berukben!
Wifi pulak kena setting password baru. So aku memang offline sepenuh-penuhnya.
Rasa macam duduk kat dalam Gua Niah! Nasib tak pakai cawat je lagi.
Kalau tak, kompem dah macam orang purba aku ni.

Seyes henfon aku 1 bar coverage pun tak dapek!
Rasa nak pijak-pijak je henfon aku tu.

Mula-mula dapat bilik no 14.
Bila sampai kat tangga bau busuk sangat.
Pintu bilik pulak tak berkunci.
Sekali bila buka pintu, nauzubillah.....
Bilik macam sarang penagih dadah!
Bersepah-sepah dengan segala barang ada kat dalam tu.
Macam crime scene pun ada jugak!
Aku dan Nadia terus jumpa penyelia asrama tu.
Aku siap ambil gambar dan tunjuk kat penyelia.
Nasib baik dia bagi kunci bilik lain.
So kitorang tukar bilik ke wing lain.




Ni kalau Uncle Seekers datang melawat ni mesti dia cakap ada banyak entiti yang duduk kat sini.
Lepas kitorang tukar kunci, penyelia tu bagi pulak kunci bilik ni kat student lain.
Eh, akai ada?
Tercangak-cangak la student tu dengan family dia terkujattt tengok bilik hazabedah ni!
Pastu aku suh diorang amik gambar dan pergi tukar kunci lain.
Bangang punya penyelia! Tak reti ke nak hold dulu kunci tu. Lepas bilik dikemas baru bagi balik kunci kat student lain yang mendaftar esok? Seyes tak paham mentaliti dan sensitiviti penyelia ni.



Sebab tingkat 1 tak dapat line Maxis, maka lepas maghrib kitorang ke Tesco nak cari simcard baru.
Nadia siap beli henfon baru semata-mata nak pakai 2 no hp.
Akhirnya merasa jugak dia nak pakai Samsung.
Walaupun terpaksa downgrade model hp, asalkan dapat call En Hubby dia.
Kang malam-malam dia nangis tak dapat call Saiful, jenuh lak aku nak gi teman dia bergayut kat tangga luar bilik tu.



Hello, saya henfon baru Mrs Saiful =)
Nama saya Samsung. Saya berkawan baik dengan Celcom.
Harap-harap Celcom tak buat perangai kat dalam bilik Mrs Saiful.
Kalau tak dapat line, Celcom akan dilempor ke luar tingkap!

Alhamdulillah Celcom menjadi budak yang baik dan mendengar kata.
Maka malam ni Nadia boleh tido dengan tenang dan lena selepas menghantar report harian ke En Saiful.
Tak ada la adegan-adegan menangis nak mintak balik KL.
Hahahahaaa!!




Dinner kami sebelum beli simcard baru.
Walaupun keadaan aku kat sini macam orang purba tanpa cawat yang tak dapat online henfon dan tenet, tapi pinggan kuey teow aku tetappp licin! Tiada apa yang dapat mengubah selera makan aku.
Hahaha!

Pinggan yang masih berbaki banyak tu adalah pinggan makcik yang sedang gundah gulana henfon takde coverage. Beliau sedang jiwa kacau nak beli simcard baru. Dengan harapan simcard tu akan penuh dengan coverage line.


Akhirnya, sekarang makcik itu tidur dengan lena kat sebelah aku.
jangan tetiba tengah malam kejut aku ajak gi makan sudah.
Maklum laaa.. Tadi orang tu tak berselera nak makan.
Tengah malam terus jadi lapar.

Sori, aku nak tido.
Aku tak layan orang yang lapar tengah malam. Kalau lapar, sila rendam maggi.
Hahahaa.. jangan marah ye Nadia ku sayanggggg..





Thursday, January 16, 2014

Kursus

Setiap tahun bila dah masuk bulan Jan je, mula la aku meroyan.
Eh, macam la bulan-bulan lain tak meroyan ek? Hahaa..
Well, masuk Jan aku dah kena start fikir pasal kursus intensif.
Habis kursus bulan Feb. Then kena siapkan last assignment sebelum final exam bulan Jun.
Hmmm.. Memang setiap tahun aku rasa sedih, stress, bosan, patah semangat, bla...bla..blaa...

Sama je setiap tahun.
Ntah la, asal masuk USM je mesti rasa sedih.
Tapi bila sampai sana macam tak ingat kat rumah.
Terus lupa kat En Zul. Hahaa..
Mana tak nya, sampai sana jumpa makanan heaven.
Jumpa mee udang besar gabak.
Jumpa laksa tepi laut.
Jumpa pasembor.
Tak ke gila jadinya?
Bior la stress dengan kelas, lab & exam.
Makan tetap makan.

So makin stress aku kat USM, makin gemuk la jadinya.
Tambah bila kelas dah berkurangan, cuti makin banyak, kete depan mata.
So merayap la jadinya. Duduk dalam bilik pun bukan selesa sangat.
Panasssss.. Nak nak asrama aman damai.
Memang terbaik la suhu sauna dia. Hahaha...

Kursus kali ni aku gerak dengan Nadia.
Insya Allah Ahad ni kitorang gerak dari KL.
Tahun ni dah plan nak bawak barang sikit je.
Siap nak share barang-barang dengan Nadia. Jimat ruang sikit.
Beg pun tak berat. Bukan apa, malas nak angkut masuk bilik asrama.
Walaupun tahun ni duduk restu, tapi hazabnya masih terasa macam duduk kat Saujana tu.
Cilaka!

So insya Allah esok nak gi shopping barang.
Cadangnya nak shopping kat Tesco Sg Dua dekat dengan USM.
Tapi rasanya kalau dah check in asrama, sah-sah la malas nak gi keluar beli barang.
Aku ni cakap je berapi. Konon-konon tak nak shopping.
Ntah-ntah masuk je pulau terus tala ke QB Mall.
USM kemana, check in asrama ke mana. Hujung-hujung aku berkampung kat QBM je.

Tapi kursus tahun ni macam tak best.
My rumet x ada!
Huwaaaaa... (nangessss!!)
Adah.. Miss u so much!
Rindu nak gi jalan ke Dewan ABCD.
Rindu nak makan kat Awet Muda dan kafe Aman Damai kedai chombi.
Rindu nak pusing-pusing beli ice.
Rindu nak makan nasi ayam kat Anjung.
Rindu nak sembang-sembang... Gelak-gelak..
Rindu nak gi makan nasi lemak & roti nan Subaidah.
Rindu nak shopping kat kedai Japan kat QBM tu.
Rindu nak gaduh-gaduh manja dengan Adah..
Rindu nak study sama-sama (bab study ni paling bawah sekali.. Ciss.. Memang dasarrrr!)

R.I.N.D.U.A.D.A.H......... :'(

Ok, puas dah nangis.
Now nak buat list barang-barang nak di bawa ke sana.
Esok nak bawak En Zul dan anak-anak gi jalan-jalan.
Paling bangsat pun bawak ler budak-budak tu gi memancing dan main layang-layang.
Itu je aktiviti yang jimat tak keluar duit sangat. Hahahaha..

Oraittt, cai cin cauuuuu..


Love,

Wednesday, January 8, 2014

From My Kitchen : Japchae

Semalam saja nak try masak makanan Korean.
Aritu dah buat kimchi.
So semalam nak try something yang mudah dan menyihatkan.
Sihat? Cheewaahh!!
Makanan tu memang la menyihatkan. Tapi kalau sekali makan sampai 3-4 pinggan, 
tang mana yang sihatnya?
Hahahaa...

Lepas puas aku godek kat gugel, maka aku buat japchae ikut resepi Maangchi.
Tapi ada sedikit perubahan yang aku buat ikut tahap kemalasan aku.
Ulang suara.
Tahap kemalasan, bukan kreativiti ok?

Kalau nak tengok resepi asal, klik SINI
Kalau nak rajin-rajinkan diri gugel resepi korean food, klik kat SINI pulak.


Ok, meh aku tunjuk cara aku.




Bahan asas menu ni adalah glass noodle.
Bentuk fizikal macam bihun/suhun. Tapi dia lebih jernih dan kenyal.
Ni aku beli kat Tesco je, kat bahagian timbang area bahan kering.
Kalau kat Jusco dia jual dalam paket. Ikut la kesesuaian budget.
Budget aku ciput, so beli yang murah sudah!




Kena didihkan air. Then masukkan glass noodle.
Kalau beli yang murah ni, sekejap je celur dalam air mendidih.
Asal kembang je cukup. Tapi jangan lupa buang tali pengikat tu pulak.
Kang orang makan terkejut tengok bihun keras kejung tak kembang-kembang.
*sila abaikan karat kat dapur aku. Maklum la, pemalas. Hihihiii...*




Sila lerai-leraikan noodle tu. Jangan biar melekat. Kang senang nak goreng.




Dah masak, toskan air. Jangan tos sampai kering. Buang air rebusan tu dan tinggalkan sikit.
INGAT! : JANGAN BASUH DENGAN AIR SEJUK. NANTI DIA MELEKAT
Pastu masukkan minyak bijan dan soy sauce (kicap cair).
Kuantiti tu agak-agak je la dengan noodle tu.




Ok, next kita tengok bahan-bahan goreng.
Yang ni aku adjust sikit. Kalau nak tukar ikut selera korang, terpulang.
Bahan japchae ni adalah banyak sayur. So kalau sape-sape yang tak suka sayur, letak la sikit.
Kalau yang suka sayur macam En Zul, sila campak sayur sekebun dalam kuali tu.
Dengan ulat-ulat sayur pun boleh campak jugak. Lagi banyak protein.
Hahaha...



Mula-mula rendam cendawan kering (hitam)
Aku pun tak tahu ape kenama cendawan ni.
Shiitake ke hape ntah...
Aku beli yang murah je. Amik yang timbang.
Sekarang ni musim CNY, so banyak jual benda ni siap diskaun.
Sebelum nak mula masak noodle tu, better rendam cendawan ni siap-siap.
Kalau nak guna yang basah punya pun voleyyyy!




Ok, ni sayur yang aku petik dari kebun depan rumah. Hahaha.. Ok, tak kelakar.
Kalau ikut resepi asal guna bayam. Tapi malas nak beli & malas nak celur, so aku exclude bayam.
Macam bihun goreng guna sawi & taugeh. Ni resepi korea kalau nak tambah sawi pun ok je..
Janji kau makan. Jangan buat hiasan je sudah.

Aku guna :
Bawang besar (putih- holland)
Carrot
Shiitake
Capsicum - 3 kaler
Cabbage (jenis panjang)
Green onion (daun bawang)

Yang tengah-tengah tu fish cake.
Resepi japchae ni guna daging. Sebab malas nak tunggu daging empuk, so aku ganti dengan fish cake.

See? Betapa tinggi tahap kemalasan aku kan?



Next : Cara-cara memasak japchae (kuantiti agak-agak ye...)

- Panaskan minyak zaitun + minyak bijan
- Tumis bawang holland dan fish cake (just tumis sekejap, jangan sampai garing)
- Masukkan semua sayur (kecuali daun bawang) - masak jangan sampai layu
- Masukkan kicap cair (masukkan garam & serbuk perasa jika perlu)
- Masukkan daun bawang (masa ni aku termasuk awal. Jadi layu daun bawang aku)
- Dah siap, tabur bijan bakar (aku sangai je bijan tanpa minyak guna kuali)




Dah siap!
Harap-harap makin sihat dan kurus la aku.. Hahaha...
(kalau kaler japchae tak cantik, boleh tambah lagi kicap cair. Tapi kena hati-hati dengan rasa masin)




Jemput makan uolsssss ^_^





Thursday, January 2, 2014

Untuk aku

Happy New Year to all!

Semalam nak up satu entri, tapi rasa malas pulak. Sepanjang hari duk melayang Running Man dalam bilik. Sejak aku cuti ni, memang cite tu je aku layan. Kiranya buat Running Man Marathon la ni. Siap copy video banyak-banyak dari 'supplier korean movie' aku. Hehee.. Tq Kak Saly.. Lain kali bagi lagi ye.

Asal masuk tahun baru je semua orang duk pasang azam baru. Pastu bagi masa selama setahun. Agak-agak selama 27 tahun hidup, berapa banyak azam yang dah berjaya dipenuhi? Kalau nak dikira dengan jari, hanya satu je yang berjaya. Tu pun amik masa bertahun-tahun nak berjaya. Masa umur 23 baru berjaya mencapai azam. Hahaha.. Azam nak kurus!

Lepas ni kena sambung pasang angan-angan balik. Eh, silap.. Kena sambung azam balik untuk kurus. Serius menangis meratap-ratap bila nengok gambar lama. Silap hari bulan boleh meroyan aku tengok gambar versi kancil tu. Sekarang dah versi gajah nokssss... Huhuuu...

So sekarang aku kena buang semua gambar Alex O'Loughlin tu. Dan gantikan dengan gambar aku. Pi tampal gambar versi kancil kan depan pc, kat dalam bilik tidur, dalam bilik air, dalam kereta, dalam purse. Paling penting kena print gambar tu besar-besar pi tampal kat meja makan. Kena kasi kuat semangat nak kurus balik. Kalau boleh tampal sekali dua-dua gambar versi kancil dan versi gajah kat sebelah. Mesti semangat nak kurus makin berkobar-kobar.



Nak kurus macam ni!!




Sama selim dengan meow... Ni versi kancil uollssss..




Peace yaw~




Makton menangis tengok gambar ni.... Y_Y












Arghhh!!
I'll kill you!!!
I'll kill youuuuuuuu!!!





Sunday, December 22, 2013

Lama tak update kan?

Lagi beberapa hari nak sampai penghujung tahun 2013. How time flies!

Aku ada beberapa entri yang tgh queue untuk publish. Kebanyakkan entri resepi dari dapur. Cuma malasssss nak update lagi. Huhuu.. Selebihnya entri pasal kehidupan aku seharian. Cuma aku takde kekuatan nak draft entri tu.

Well, lately banyak dugaan yang datang dalam hidup aku. Seyes! Dengan hal kerja, belajar, kereta.. Arghh! Stress sangat! Pasal kerja tu, aku tak tahu macamana nak story. So far aku hanya kongsikan dengan orang yang rapat dengan aku. Sebab aku yakin tak semua orang akan faham. Mungkin ada yang sudi mendengar, tapi mungkin tak akan mengerti apa yang aku rasakan. So better aku diamkan je dulu. Cuma sekarang aku amik cuti 3 bulan untuk setelkan hal kerja sambil-sambil untuk ke kursus intensif bulan depan. Hamboiiiii.. Cuti sampai 3 bulan kekdahnya macam cuti bersalin noksss! Hahaha..

Ok, next kesialan yang berlaku adalah skrin lappy aku jahanam. Selalunya aku taruk kat mana-mana pun tak de la jahanam. Ni aku taruk tepi katil tak pasal-pasal aku pijak teruk crack skrin aku. Sebelum ni bukan tak penah kena pijak, kena hempas ke lantai pun pernah. Tapi alhamdulillah tak ada apa-apa kecederaan. Tapi kali ni lebihan muatan gamaknya badan gajah aku ni, so pagi tu bila aku terpijak tak pasal-pasal je jahanam lappy aku. Dah le aku nak start rajin buat assignment, bila dah jadi gitu, terus malas nka buat assignment. Alkesahnyaaaaa.. Padahal kau memang malas pun khennn!

Lepas hal lappy, tayar kete aku plak nak membotakkan diri time-time nak pakai duit ni. En Zul tukar sport rim 205 siri, 40, 17inchi. Harga sebutir tayar (kecek klate ambo haha) dalam RM300++. Kalau dah dua butir harga hampir RM700. Dulu tengah masyuk boleh la nak pakai barang-barang mahal. Bila dah sengkek macam ni, mula la gugur rambut nak fikir mana nak cekau duit? Harga skrin lappy RM300++, tambah lak dengan duit tayar RM700. Kek situ je dah nak RM1k. Hadoiiiii.. Kalau laku bulu-bulu aku ni dah lama aku cukur & jual. Untung-untung dapat topup duit tayar jadik la.

2 minggu lepas cermin kete aku crack. Malam tu first time aku parking kat laman luar sebab kat porch kete Leen parking (family aku datang bermalam kat rumah aku). Pagi esoknya tengok cermin depan dah crack mintak nyawa! Alahaiiiiiii.. Jangan kan cermin, aku pun minyak nyawa gak bila semua benda nak lingkupkan duit aku! Last year kitorang ada tukar cermin kereta. So tahun ni dah lepas setahun kitorang guna insurans nak cover harga cermin. Kali ni kitorang tukar guna cermin brand toyota. Sebelum ni apek tu tukar guna brand murah. Kali ni En Zul mintak tukar yang brand toyota sebab nak tahan lama. Sekali pagi tadi tengok cermin tu ada crack lagi! Ohemjiiiiiii!! Tak sampai 2 minggu pun aku tukar cermin tu. Dah ada yang khianat! Nak tunggu insurans lambat lagi, kena tunggu bulan April tahun depan. Nak tukar guna $$$$$ sendiri, fulus dah tak de. Takkan nak korek saving? Hadoiiiiiii.. Stressnya aku!!!

Now dah 3 minggu aku bercuti. Nama je cuti, tapi hari-hari datang ofis! Gile kan aku? Ye la, cuti mengejut takde pengganti memang la mendapat bahana kat diri sendiri. Kebetulan asisstant aku cuti bersalin, takde orang nak ganti buat keje aku. So aku kena datang ofis buat training untuk staff baru yang akan ganti tugas aku. Nak train bukan makan sejam dua. Ni sampai 2 minggu sebab nak tunggu data masuk dalam server baru boleh training budak Ayuni tu. Nasib baik dia fast learner. Tak sia-sia aku pilih dia. Harap dia boleh carry tugas aku sampai bila-bila. Dan aku harap tak salah la pemilihan aku ni. Hehehe...

Sekarang yang buat aku paling stress, kulit muka aku naik jerawat kecik-kecik. Hadoiiiii.. Menjadi-jadi lak jerawat tu. Dulu pernah jadi gak. Then aku gi facial kat Sg Besi, dalam sebulan clear terus jerawat kat muka aku. Siap dapat pujian lagi dari budak-budak ofis. Tapi kena berhabis dalam RM300++ la.. Tak de la mahal sangat. Tapi bila poket dah sengkek, RM300 pun rasa macam RM30k! Sekarang ni aku redha je la muka aku menggerutu macam kulit buaya. Huhuuuu...

Bulan depan nak ke USM. Sebulan jugak la jadual kitorang. Tapi tahun ni aku drop final project, so aku amik 4 subjek je. Kalau 4 subjek harap-harap aku tak perlu stay kat USM selama 4 minggu. Harap-harap 2 minggu je ke... Selebihnya boleh aku berjimba-jimba menghilangkan stress & jerawat aku ni. Hahahah!!

Ok, aku nak sambung layan blog gosip sambil-sambil cari resepi menu korean. Nak dapatkan kulit mulus bak Suzy Bae la katakan... Padahal dah terlalu lewat untuk aku berubah. Kulit dah tebal bak kulit buaya noksss! Redhooo...



Monday, November 11, 2013

Kenapa harus begini? Kenapaaaaa??

Sejak aku pindah ke TBJ, aku selalu singgah Giant kat Prima Saujana.
Mulanya aku suka ke pasar malam tiap hari Selasa & Khamis kat situ.
Bila dah ke sana, aku akan singgah pulak ke Giant.
Bukan sebab suka dengan produk dia, tapi sebab Giant ni sahaja yang menghala ke rumah aku.
Market lain (Tesco dan seangkatannya) menghala ke jalan bertentangan.
Malas pulak nak buat u-turn semata-mata nak ke market.
Gila malas kan? Haha!

Area rumah aku ada Tesco, The Store, Mydin & Econsave.
Tapi aku tak tahu kenapa harus ke Giant ni jugak.
Mungkin faktor makanan menyebabkan aku tertarik ke sana.

Bukan sebab sedap, tapi sebab murah.
Tak caya?
Nah, kasi up gambar untuk korang tengok.




Selalu aku beli yang Set A dan Set B.
Kongsi ayam dengan En Zul.
Beli banyak-banyak kang bukan habis.
See? Murah kan?
Setakat eskrem vanila tu 50sen je nok!
Esah 50sen pun nangis nengok hage makanan ni.

Tapi aku suka beli karipap dia.
RM4 dapat 6 ketul!
Besarrrrrrrr....
Aku suka! Hahaha.. Inti dia banyak. Isi ayam pun besar-besar!
Kulit dia rangup, cuma a bit oily la.
Tapi kalau dah murah, aku belasah jer!






Tapi yang menjadi masalahnya dengan produk Giant ni (stall Uncle Jack ni la), servis dia lembs nak mamps!
Haaa.. Paham kan maksud aku?
Awal-awal aritu ok jugak la servis dia. Nak kata lembs sangat pun tak jugak. Kira lenguh-lenguh sikit la kaki aku berdiri masa queue order. Tapi since last 3 weeks dia dah buat hal (makluman : aku ni tiap-tiap minggu beli UJ tau... Pemalas masak la katakan.. Hahaha..) Ada sekali tu aku beratur selama 45min, dan aku orang ke 4 dalam queue! Maksudnya, depan aku ada 3 orang je sedang beratur.

Boleh?
45 min!
15min untuk sorang customer!
Gile ke hape???

Mulanya aku biarkan je. Dari pukul 6pm aku beratur, sampai ke pukul 6.15 aku dah mula tarik muka. 6.30 aku dah tarik muncung lak. Staff dia yang lembs tu sempat lagi sembang-sembang dengan kawan dia. Dah le sediakan order tu ambil barang seketul-seketul. Tak reti nak guna kedua-dua belah tangan. Arghhh.. Aku rasa nak gi lompat masuk ke kaunter dan tolong je perempuan ni buat keje kasi laju. Pukul 6.45 aku dah start merengus dan menjeling tajam kat staff UJ ni. Masa tu supervisor dia (indian lady) yang jaga cashier area giant dah mula sound-sound staff dia yang lembs tu. Haa.. Nasib baik ada supervisor dia yang memahami. Kalau tak aku dah merempan kat kaunter tu. Elok sampai je turn aku, tak sampai 3 min dah siap dapat order. Ha, cepat kan? Ni maksudnya, bila dah kena sound baru nak buat keje laju-laju.

Ok, last week aku gi beli lagi. Sebab En Zul balik lewat, so aku beli je UJ ni. Tak payah susah-susah nak masak dinner untuk tekak aku sorang ni ha. Sampai je kat kaunter tengok ramai orang. Aku dah agak dah mesti jadi macam ni. Nak ke mekdi, macam mahal plak. Memandangkan di tengah-tengah bulan dan gaji okt yang dapat awal tu tinggal saki-baki je, makan mekdi adalah tidak relevan sama sekali. So aku tabahkan hati beratur untuk order.





Ni selepas 15min aku beratur, masih ada 6 orang menunggu turn depan aku.
Sabarrrrr...
Kalau sorang customer amik masa 15min, kalau 6 orang?
1 jam 30min!
Agagaagagagaaaaa...
*parkinson jugak kaki aku berdiri lama-lama*



Macam biasa staff cuma ada 2 orang. Tapi cuma sorang je yang amik order, bungkus makanan dan bungkus minuman. Dia memang fully utilise bakat dia dalam multitasking kerja-kerja di Giant ni. Wahhh.. multitasking tak hagak-hagak! Sial.




Lepas staff ni amik order kat kaunter makanan, dia pegi packing makanan yang orang order tu.
Then ke kaunter air pulak. Arghhh.. Bila nak sampai turn aku ni?




Ni la keje staff lagi sorang. Bungkus nasi.
Selagi tak habis nasi tu, sila la bungkus diam-diam kat tepi tu.
Sambil-sambil gelak kat kawan yang sorang tu.
Kalau dah dapat 10 bungkus, kau pegi la tolong kawan kau tu.
Then bila nasi dah nak habis, kau buat balik keje kau.
Ni tak, kau pulun bungkus nasi sampai kesudah.
Padahal kat kaunter makanan tu dah berlambak-lambak nasi aku tengok!


Aku dah mula tak tahan, sap sap sappppppp!
Terus kuar henpon dan snap gambar sorang-sorang.
Nak kasi up dalam blog. Sekurang-kurangnya ada jugak bahan aku nak tambah entri baru kan?
Elok je aku tengah sap sap sappppppp... Datang sorang staff perempuan dok bisik-bisik kat abam kaunter tu. Dari gerak bibir dia, aku terdengar "cepat sikit, kakak tu dah ambil gambar".

Hahahaa.. Ni mesti staff kat cashier dah nampak aku snap gambar mamat ni, terus datang kawan yang sorang ni membantu kasi lancar. Haa.. Baru reti nak tolong? Sebelum aku keluar kamera, kau tak nak pulak datang membantu. Kenapa la staff Giant ni bangang sangat? Nak kata tak cukup staff, aku tengok kat cashier nun kemain ramai staff bersembang. Apa la salah kalau kau assign sorang staff datang tolong abam kaunter ni. Bukan ramai customer kau yang datang shopping pun time tu.

Kenapa la jadi camni?
Kenapa la bila ada orang nak amik sesuatu tindakan, baru kau nak push kudrat kau?
Kenapa la teruk sangat management Giant ni?
Kenapa la harus begini?
Kenapa la aku masih membeli ayam Uncle Jack ni?


Kenapaaaaaaaaa???




Cepat pakai apron ni!
Cepatttttttttttttt!!

Akak gumuk itu sedang ambil gambar kita!!




Sunday, November 10, 2013

Kebun sayur

Lama gila tak update blog.
Arghhh.. Sengaja membizi kan diri dengan tontonan Astro yang beribu-ribu kali di ulang tayang itu. Maklumla, benda berbayar harus la diutamakan. Kang rugi sesajorkkk je benda tu kat rumah.
Hatta bayar pakej paling murah pun aku tetappp nak tengok jugak.
Ni aku online tenet pun sebab kes berukben pun berbayor gak.
So mari download movie banyak-banyak. Bila dah habis quota, tenet pun dah selow, masa itu terbaik utk setop berukben.
Kira-kira aku online berukben sebulan dalam 2-3kali je. Selebihnya tunggu bulan depan pulak bila Celcom renew quota.

Haha! Keji.

Nak update macam-macam cite.
Pasal gula, minyak, air, udara, tanah, haiwan, pokok, semua ada. Tapi hujung-hujung terus lupa!
Nak update kat ofis macam tak sempat je. Sejak pindah ofis baru, semua benda nak kena kejar. Sampaikan barang-barang aku ada 3 kotak lagi belum buka! Hadoiiii.. Orang lain semua dah setel barang-barang. Tapi barang aku masih berbungkus lagi. Sebab aku tak bawak kabinet fail aku. So aku tak tahu nak campak mana barang-barang tu. Kesahnya kena lempor semua barang tu kat stor aku kat tingkat 6 tu. Redho je laaaa...

Kat ofis baru diorang nak pasang Barracuda. Hok gapo dia barracuda tu? Ekceli benda tu adalah sejenis ikan laut masin (ok, mari bercerita tentang haiwan) Sesapa nak tengok gambar, sila gugel sendiri. Malas aku tepek gambar. Ape spesel nya ikan ni aku pun tak tahu. Tapi kat ofis aku ni nak pasang Barracuda Network. Alaaa.. Macam web filtering la konon-kononnya! Nak filter semua web yang staff surf kekdahnya. So aku risau gak kalau-kalau boss dapat trace aku blogging time keje. Hahaa.. Lepas ni kena blogging guna henpon la jawabnya.. (lepas ni ramai la yang cerca aku sebab blogging time keje. Tiada keberkatan jawabnya... huhuhuuu...)

So, malam ni aku nak sembang pasal sayur pulak.
(best kan blog aku? sekejap cite pasal ikan, sekejap pasal sayur. Kang kejap lagi cite pasal tahi pulak. Sebab dah masuk part maki memaki! Hahaha!)

Bulan lepas kan aku & En Zul tanam rumput Jepun kat dalam depan rumah (laman dalam). Then kitorang beli rumput Filipina untuk laman kat luar rumah. Baru-baru ni aku perasan macam ada sayur tumbuh kat laman luar. Eh? Sayur?

Ok, aku tak sure la sayur ke hape? Mungkin rumput liar kottt.. Sebab aku ni cuma kenal kangkung dengan carrot je. So aku diamkan sajork.. Yang aku nampak pokok pisang (yang buah pisang tu sedap kalau buat pisang goreng tu) kerap tumbuh kat laman luar tu. Maklang suh aku biar pokok pisang tu tumbuh. Sebab buah dia sedap kalau di goreng. Tapi aku tak suka ada pokok besar tumbuh depan rumah. Maklum la, aku dah ada pisang sendiri. Hikhikhikkkkk.. 

Kalau ada pokok pisang tumbuh, aku suruh En Zul cantas. Baru-baru ni ada 4 anak pokok pisang tumbuh. Macam biasa En Zul cabut anak pokok tu. Esoknya En Zul cakap kat depan rumah dah tumbuh macam-macam sayur! Wahhh... Suburnya tanah laman luar aku ni.. Sampai aku konpius. Aku ni tanam rumput ke, tanam sayur?

Petang tadi aku sempat snap beberapa picca sayur yang tumbuh. Kalau bukan sayur seperti yang aku caption kan, mohon jangan keji aku botingkek-tingkek.. Semua sayur ni dikenalpasti oleh En Zul. Jadi kalau salah, korang gi keji En Zul sorang-sorang! Hahahaa..


*abaikan laman aku yang messy tersebut. Malas nak kemas. Hihiiii..*






En Zul cakap ni pokok terung.
Terung jenis apa, buat ke, panjang ke, kecik-kecik ke..
Aku tak tahu. Yang aku tahu, terung En Zul bosa panjang.
Eh?




Ni pokok terung yang kedua.
Ada banyak lagi, tapi amik 2 keping picca je cukup la.




Ok, ni pokok cili.
Wahhhh.. Lepas ni kalau cili naik harga, aku tak merempan la. Kalau nak cili, petik je depan rumah.
Pasni boleh la tanam pokok stevia pulak utk ganti gula.
*berangan*




Yang ni korang jangan keji aku kalau salah pokok.
En Zul cakap ni pokok bayam merah.
Errrr.. Macam pokok bunga yang Majlis Perbandaran tanam tepi jalan tu jer??




Ni bayam duri. Sebab pokok ni ada duri.
Hadoiiiiii... En Zul ni kelentong aku ke hape hah?
Cakap macam konfiden je!




Paling tak caya, ni pokok kurma.
Feling-feling macam kat Doha pulak kan?
Hahaha.. Aku ingat pokok kelapa or kelapa sawit.
Bila teringat balik kat depan rumah Maklang pernah tumbuh pokok kurma ni dalam pasu,
so mungkin ni pokok kurma.
Tapi pokok kurma dalam pasu Maklang tu kena cabut, sebab Maklang cakap pokok kurma ni besar,
tak sesuai tanam dalam pasu. Nak alih ke tanah, tak de space pulak.
So hujung-hujung transfer ke dalam cik tong sam je laa..





Yang ni bukan tumbuh meliar.
Ni memang En Zul beli sebab nak tanam depan rumah.
Tagging code still tak cabut lagi nokss..
Pokok epal Vietnam aka bidara ni aku tak berapa setuju tanam depan rumah.
Semak!
Kang daun gugur, sape nak sapu?
Kang tinggi melampai, tapi tak kuar hasil, sape nak potong pokok tu?
Kang dah potong, dah angkut masuk lori, nak buang kat mana pokok tu?
Kalau tanam lama-lama kang, cik pon je yang duk bertenggek kat situ!
Hahahaa...

Ada sebiji buah bidara dah tumbuh, tapi terselindung kat balik daun tu.
Lantak kau la bangggg.. Pokok kau, kau jaga sendiri.
Yang aku tau, buah epal tu aku cop dulu nak makan. Hahaha..



Esok-esok aku amik gambar sayur lain pulak ye.
Pastu tabur baja banyak-banyak, boleh aku buat kebun sayur.
Bior pakcik sewel sebelah rumah tu meroyan nengok kebun sayur aku.
Semua sayur aku mekar-mekar gitew!
Ko hado?


Hahahaa... Busuk hati.