It's me.. Juz me... Only me!

If you don't like my words, don't listen.
If you don't like my appearance, don't look.
If you don't like my actions, turn your head.
It's as simple as that.

A wife to a loving husband. A mum to a adorable daughters. A daughter to such a caring parents. A good friend to a good people. Homechef that cook like nobody business.

~I’M NOBODY.. but nobody perfect. So, I’mPERFECT!

My Love's Path

Daisypath Anniversary tickers

Tuesday, June 4, 2013

Holiday - Langkawi Island Day 1

Syukur, selesai exam 2 papers hari ni. Pagi tadi terlewat bangun, kelam kabut aku siap-siap ke Shah Alam. Dengan jalan jammed, sumpah hari ni bikin aku sawan! Dalam hati tak putus-putus doa pada Allah, "Ya Allah, Kau permudahkanlah..." Hmmm.. Tu je ayat yang mampu keluar dari mulut aku.

Permudahkan perjalanan aku, permudahkan peperiksaan aku, permudahkan segala-galanya...

Alhamdulillah, Allah maha Pengasih. Aku cuma stucked kat Bandar Tun Razak je. Kat situ memang hot spot jalan jammed. Lepas je Sg Besi, perjalanan aku lancar. Aku cuma ambil masa 45min untuk sampai ke Shah Alam, termasuk tempoh kesesakan lalu lintas di Bandar Tun Razak & persimpangan HICOM. Legaaaaaa.. Tahun ni exam di INTEC. Cuma dewan peperiksaan bertukar. It's ok.. Asalkan aku tahu jalan ke sana, dah cukup baik untuk aku.

Ok, malas nak ulas pasal exam walaupun banyak benda nak story. Hehehe..
So kita move on pasal entri Langkawi eh? Jom ^_^


27.05.2013

Plan ke Langkawi bersama En Zul & Princess. Kitorang bergerak dari rumah mertua aku pukul 7am. Sampai di jeti Kuala Perlis dalam pukul 7.40am. Sementara En Zul cari parking, aku pergi beli tiket feri. Alhamdulillah aku dapat tiket pukul 8.15am. Walaupun ramai orang tapi keadaan masih seperti dalam plan.


Parking agak mahal. Walaupun tak berbumbung, harga RM15/day. Bulan Feb lepas aku dapat parking berbumbung dengan harga RM1/day jugak. Mentang-mentang sekarang cuti sekolah, diorang mark up harga tak hengat okkk!! Takpe, takpe... Next time mak naik flight je.. Tak payah nak pening-pening pasal parking dah.




Apa-apa pun muka mak harus enterpremmmmm dulu.




Masa ni Aleeya tengah tidur. So Ika la yang conquer camera. Hahaha...




En Zul ni susah sikit nak senyum. Tapi bila dia senyum... Alahai omakkkkk.. Manisssnye!!!
Macam buruh kontrak je rupa beliau. Hahaa..




Ika ni manja sikit. Tak boleh kalau berenggang.
Elok-elok dia duduk dengan Aleeya, tak sampai 15minit dia mintak tukar.
Nak berkepit duduk bawah ketiak aku je.
Yang Aleeya anak bapak. So duduk la bawah ketiak masam En Zul.




Maka, terpaksa la En Zul pindah dari ketiak aku. Pergi la duduk dengan di montel tu.
Montel tu masam je muka sebab tidur dia dalam kereta tadi terganggu. Lepas 5minit kapal berlepas, dia sambung balik tidur. Dia memang kuat tidur, tapi tak jadi Sleeping Beauty punnnn!




Sampai di Langkawi lebih kurang pukul 10am. Kat sana ada masalah transport. Kereta yang En Zul sewa tu tetiba diorang cancel book. Sialan! Dah la tengah musim cuti sekolah, mesti susah nak dapat kereta sewa yang murah. Sebab hati tengah panas kereta tak ada, maka aku bawa la hati yang panas ni ke dalam KFC. Aku beli Riser Combo & Twister Combo. Kongsi la kami anak beranak. Sebab sebelum berlepas tadi aku dah beli kuih 9 biji. So kira nya KFC ni macam minum pagi la. Lepas makan, En Zul cari kereta sewa. Alhamdulillah, dapat la kereta Iswara Aeroback dengan harga RM60/hari. Tapi sedih sebab aircond dia tak berapa sejuk. Takpe la, anak-anak pujuk aku minta aku bersabar. Huh, bikin malu bila anak-anak minta aku bersabar. Hahahaha!!!




Lepas orang habis makan, Aleeya bisik, "Mummy, nak makan lagi. Yang burger ni..."

Alahaiiiii... Kau ni bela hantu raya ke dik? 3 set dah ko tibai. Tak konyang-konyang laei ko?
Macamano ko tak montel hah?



Walaupun kami ada masalah dengan kereta, tapi alhamdulillah kami dapat check-in bilik chalet awal. Pukul 11am kami dapat check-in dah. Kali ni aku tukar chalet lain. Sebab tempat biasa yang kami duduk tu dah penuh. So gamble la cari chalet lain kat internet. Kami dapat bilik yang ada 1 katil king + 1 katil queen dengan harga RM130/malam. Haaaaa... Murah kan???

Chalet tu dekat Pantai Chenang. Tapi bukan kat laluan Pantai Chenang tu. Dia dah nak hujung-hujung jalan Pantai Chenang. Kalau jalan kaki 5 min je dah sampai. Kira masih dalam area Pantai Chenang la. Nama dia D'Warung Langkawi (Pn Sophiah 013-4894210). Kalau nak bilik biasa (1 katil queen), harga dalam RM90/malam. Kira ok la...

Chalet  ni 2 tingkat. Semua bilik kat tingkat atas. Tingkat bawah adalah restoran. Mudah kalau nak turun makan. Tak payah nak pening-pening. Lauk-pauk dia memang banyak. Harga pun ok. Aku tak sempat nak ambil gambar lauk sebab nak jalan-jalan masa tu. Tapi aku tengok dengan kuantiti pelanggan yang datang, dan jugak lauk yang dihidangkan, memang aku rasa restoran tu best.




Sampai bilik je, chinta hati saya terus beristirehat.
Maafkan gambar pinggang chinta hati saya yang seksi itu.




Kira selesa jugak la bilik ni. Cuma bilik ni tak ada fridge.
So tak boleh nak togak-togak air sejuk. Huhuuuu..
(anak-anak tidur katil king, mak bapak tidur katil queen.. 'bagus' betul anak-anak aku kan?)




Rest room : Checked!
Ada water heater. Wajib bagi En Zul kalau nak bercuti. Mengada-ngada betul.
Kalau ada heater sekalipun, tapi air tak kuat tak guna jugak kan?
Syukur.. Bilik air mempunyai air yang sangat kuat. Heater tu ada pump.
Air paling kuat adalah air di sinki. Macam air keluar dari hos bomba.
Masa mandi memang puas hati guna shower tu.

Percaya laaaa..
(sila baca dengan nada suara Kak Ton promote barang dia)




Haaa.. Tu pintu bilik aku. No 1.
Kat luar ni untuk orang iron baju or masak air panas.
Belakang aku berdiri ni adalah pintu keluar dari chalet.



Sebab kitorang masih kenyang dengan KFC tadi, so kitorang skipped lunch. Petang tu kitorang ke belakang padang airport nak makan laksa & minum cendol. Perghhhhh... Suasana sama macam dulu-dulu. Cuma yang bestnya pantai ni dah di konkrit kan untuk riadah. Pasir pantai masih ada, cuma ada konkrit untuk meja gerai laksa ni. Nak makan pun lebih selesa.





Sebabkan Aleeya dan hantu raya belaanya dah kenyang makan 3 set KFC, dia tak order apa-apa.
Tapi petang ni dia makan cendol je.
Tu pun sebenarnya cendol Ika, dia yang rembat.
Redhoooo je la kakak oiiiii...




Suasana tepi pantai sambil makan laksa & minum cendol.
TERBAIK!

(kali ni aku makan Laksa Power. Not bad jugak la laksa dia)




Lepas kenyang, terus ke pekan Kuah. Cadang nak ke Idaman Suri. Sekali ternampak Kompleks Hj Ismail Group yang baru siap ni. Besarrrrr uolls!!!! Terkejut mak hokeh! Kompleks ni siap ada hotel HIG kat sebelah dia. Umangaiiiiii.. Kayooo la pak aji ismail ni. Masa ni la aku nak dandan anak-anak aku biar besar nanti diorang jadi menantu pak aji tu. Hahahaa... Mak nya berangan macam bangsat!! Anak-anak yang jadi mangsa atas kebangsatan berangan si emak.




Aleeya ni kalau bab shoping & makan memang lajuuuu je!
Macam aku jugak. Eh?





Kat dalam ni ada coklat & pinggan mangkuk.
Besarrrr... Memang puas hati berbanding tempat lama.




Siap boleh shopping bawak troli noksss..
Pulun la shoping macam-macam. Mahu tak sawan bini En Zul nih?





Bukan aku je yang sawan, princess pun sawan jugakkk!!
Hahahaha...




Ok, cer tengok coklat M&M ni.
Harga sepeket 357.2g ni cuma RM13.90.
Ok, cer tengok coklat M&M yang princess pilih kat bawah ni.





M&M berkipas harga RM13.90 jugak.
Tapi kat dalam tu cuma ada tak sampai 30g coklat punn!!!

Ulang suara!!! TAK SAMPAI 30g PUN!!!!

Mahal kat kipas je. Dah la tak praktikal.
Bila nak kipas on, kena sentiasa tekan button dia.
Kalau sekali tekan terus on tak pe la jugak!!
Eeeee... Aku tahu la kereta iswara tu panas, tapi perlu ke beli kipas yang tak seberapa nak sejuk ni??





Nah, tengok.. Sikit je coklat kat dalam tu. Sekali kunyah je tu.




Kat luar kompleks ada macam-macam booth.
Antaranya batik painting.
Orang mat saleh je yang minat batik painting.
Orang kita tak dah heran pun, walaupun sekali seumur hidup tak penah mewarna batik.

Bukan orang lain, aku la tu.




Sebab cuaca yang teramat panas, aku ajak En Zul pergi mandi sungai. Tak kisah la ada waterfall ke, tak ada ke. Janji aku dapat sejukkan badan yang tengah panas. Punya la jalan naik gunung ntah mana-mana ntah, last-last jumpa air terjun Lubuk Tenggorak. Tapi air kering. Tak sesuai untuk mandi. Beruk pun banyak. So kitorang ke Lubuk Datai. Sampai ke hujung jalan, masuk gunung hutan segala rimba yang ada, tapi haremmmmm tak jumpa sungai untuk mandi. So kitorang patah balik dan mandi kat Teluk $^@^$%# (sori, aku tak ingat nama teluk tu. Hahhaha)





Otw nak ke Datai Bay, kitorang lalu kat Langkawi Waterfall ni.
Waterfall ni adalah air terjun buatan manusia yang tertinggi di dunia, iaitu 66m.




Dibina pada 2003, dan beroperasi sepenuhnya pada 2004, kini waterfall tiada lagi.
Tiada orang yang buat maintenance, air pun kering.
Hanya tinggal batu & gua sahaj untuk orang ambil gambar.




Again, Aleeya tidur dalam kereta. Tinggal la Ika bergambar sorang-sorang.




Bila bergambar kat sini, sumpah tak terasa macam kat Langkawi.




Memang cantik permandangan kat sini.
Lebih-lebih bila ada muka aku. Hohohohoh!!!!!




Langkawi Waterfall.





Bila sampai di pantai, ada 'teman' dah menunggu.
Hehehee...





Muka eksaited nak gi mandi laut!
Siap bawak kipas M&M kauuuu.. Tak main la kipas-kipas tangan dah!




En Zul & the girls.




LOVE




- Princess -
Kau la racun, kau jua lah penawarnya....



Next entry :

Holiday - Langkawi Island Day 2



Sunday, June 2, 2013

Holiday - Balik Kampung En Zul

Alhamdulillah, selamat sampai di kampung En Zul.
Kitorang plan nak gerak pagi Jumaat (24/5/13), tapi En Zul nak gerak Khamis malam.
So kitorang gerak dari Cheras pukul 11pm.
Malam tu kenderaan agak banyak, sebab esoknya kan cuti Wesak.
So jalan agak perlahan, nak speedy pun habis laju boleh pergi 120km/j.
Lepas berhenti rehat beberapa kali, kitorang sampai di rumah mertua aku jam 5.00am.

Sebab malas nak kejutkan mak ayah mertua aku, so kitorang tidur je la kat dalam kereta.
Lebih kurang pukul 6am mak mertua aku buka pintu.
So masuk balik rumah sambung tidur sampai pukul 9am.
Bertuah punya menantuuuu!!!
Hahahaha....


Hari Pertama

Hari pertama di kampung, kitorang tak buat apa-apa pun.
Just tengok Kilauan Emas & Astro Ceria.
Duk ulanggggg je cerita tu memanjang.
Biasa la, kat kampung ni kan rakyat semua warga emas & kanak-kanak ribena.
So aku redhoooo kan aje la.
(masa ni aku rindukan sangatttt kat HBO aku kat rumah)

Petang tu kitorang ke rumah bakal mertua adik En Zul.
Kiranya bakal besan mertua aku la. Adik En Zul ni dah bertunang tahun lepas.
Tapi tak pasti pulak bila nak langsung majlis.
Pihak lelaki ni belum bagi tarikhnya lagi. So mertua aku ni pakat gi serang la konon-kononnya.
Tak nak bagi diorang lupa kat pihak perempuan ni.




Kemain seronok lagi anak aku bila jumpa sepupu-sepupu dia.
Almaklum laa.. Dah setahun lebih diorang tak jumpa.

Ni kat rumah bakal besan mertua aku.
Orang lain duk bincang-bincang dalam rumah, kami duk melilau kat sekitar rumah tu kutip pokok-pokok.




Hari kedua

Pagi-pagi lagi kitorang ke rumah baru Pinat (adik En Zul).
Selama dia pindah rumah baru, kitorang belum pernah lawat lagi.
Lepas breakfast, kitorang ke Pekan Pokok Sena.
Nak potong rambut princess la.. Sebab diorang tu penternak kutu berjaya.
Eeee.. Malunya orang KL ada kutu. Orang kat hulu-hulu kampung pun tak ada kutu.



First, harus la dimulakan dengan Aleeya. Dia ni penternak kutu paling berjaya.
Kutu dia memang besar-besar. Kira saiz bapak-bapak kutu jugak la..
Hahaha...




Ika tunggu turn. Nampak sangat muka tengah cuak.
Lantak la komeeee!




Muka bertambah cuak!
Hahaha.. Relax la kakak.. Bukan nak botakkan kepala pun. Juz nak potong sikit je, senang nak hapuskan kutu tu. Apa la nak ditakutkan sangat??



Lepas setel cuci rambut princess dua orang ni, kitorang gi shopping baju untuk princess. Then kitorang balik rumah & bersiap-siap nak ke kenduri rumah saudara biras aku. Alhamdulillah, makan free lagi hari ni :)




Kat rumah biras aku ni, ada pokok mangga. Buah mangga yang kecik-kecik tu.
Orang panggil mangga telur ke hape ntah? Rasa dia masam-masam sikit.
Kambing-kambing kat sini pagi-pagi breakfast mangga nokss!!!
Pagi-pagi duk kunyah mangga yang jatuh dari pokok tu.
Bila En Zul kutip mangga yang elok & masuk dalam plastik, kambing tu pegi kejar En Zul sampai ke kereta!
Dia marah sebab En Zul curi breakfast dia kot. Hahaha!
Lepas kambing tu kejar En Zul, dia kejar aku pulak. Mengong!!
Padahal aku bukan bawak plastik buah mangga pun. Aku bawak plastik lauk kenduri tu. 


Lepas kenduri, kitorang ke Jitra.
Singgah Jitra Mall sebab nak layan movie.
Ni kira first time aku tengok wayang kat Kedah. Sebab bawa anak-anak, tak boleh la nak tengok F&F6.
So kitorang layan Bikers Kental. Syok jugak cerita tu.
Anak-anak aku pun layan gak. Kira easy movie la..




Penat sangat ke budak-budak ni?
Si Aleeya sampai terkangkang-kangkang tidur nya.
Kalau bakal besan aku tengok bakal menantunya tidur cenggini gayanya,
kompem kansel kenduri kau nakkkk..




Lepas layan Bikers Kental, kitorang lepak Snogurt.
Nak lepak Tutti Frutti, tapi jauh pulak nak berjalan.
Sebab aku ni malas nak jalan jauh, maka sila la membawa diri ke Snogurt depan JM tu.



Hari Ketiga


Hari ni kitorang tak buat apa-apa yang extreme.
Juz masak lunch, menu ayam bakar, ikan bakar, siput retak seribu rebus & sup ayam.
Sayur cuma rebung masak kari dengan udang. Itu menu semalam. Panaskan je balik.

Petang tu budak-budak duk main badminton.
Then aku ajak diorang ke fun fair area rumah adik ipar aku kat Kuala Nerang.
Wahhhh.. Dah berkurun aku tak ke fun fair. Zaman-zaman fun fair tu dah berlalu..
Lagipun kat KL susah nak cari fun fair. Habis-habis busuk pun pegi la main kat Times Square ke, Genting ke, Sunway Lagoon ke.. Tu je la tempat riadah ala-ala fun fair ni.




Dah setahun lebih Ika tak jumpa Paksu dia. Hepi macam kebiasaannya :)




Muka mak harus la ada khennnnn~





Sebelum ke fun fair, kena isi perut dulu.
Aku ni pantang sikit nampak air minuman yang berlayer-layer ni.
Be it 3 layer tea or 3 layur bandung, kompem aku sebat.
Jangan 3 layers, aku penah minum 4 layers pun.




Selesai isi tembolok tekak & perut, apa lagi.. Semua serbu la fun fair tu.
Aku tak berani nak main kat fun fair tu. Sebab aku tak yakin besi-besi tu dapat menampung berat badan aku yang menggajah ni. So baik aku duduk kat bawah diam-diam sambil ambil gambar diorang.




Chinta hati saye....




Nak naik wheel of feris. Eh, betul ke nama bendalah ni??
Tiket permainan RM3 bagi satu permainan/kepala. En Zul cakap murah la harga nya tu.
Aku tak tahu la. Sebab selalu kat Genting tu ikut pakej.
Kau naik ke, tak naik ke mainan tu, bayar tetap bayar.
Alang-alang kau dah bayar untuk semua pakej, so baik kau naik je. Tak rugi duit kau.





6 orang sepupu sepapat berhimpit-himpit naik siput ni.
Nasib baik ada paksu nak temankan. Nak harapkan aku, mintak mahap la ye..
Aku takut jatuh...




Then anak-anak aku main benda ni.
Paling sonang! Kau golek je bola pingpong tu ke bawah. Kalau nasib baik, masuk ke lorong nombor 3.
Kalau nasib tak baik, masuk lorong no 1. Then dia akan total up semua no tu.
Pastu bagi hadiah ikut total no.




2 kali main, cuma menang topeng angry bird ni je.
Alahaiiiiii anak aku!




The one and only game yang En Zul main - Dart
Dapat menang dam ular. Hahahaaha...



Ok, sampai sini saja entri balik kampung.
Nanti aku sambung pulak entri untuk hari ke empat.
Holiday - Langkawi Island. Yeayyy!!!


P/s : Esok aku start exam. Esok ada dua paper. JIF 316 & JTW111/114.
Doakan mak yeeee ^_^