It's me.. Juz me... Only me!

If you don't like my words, don't listen.
If you don't like my appearance, don't look.
If you don't like my actions, turn your head.
It's as simple as that.

A wife to a loving husband. A mum to a adorable daughters. A daughter to such a caring parents. A good friend to a good people. Homechef that cook like nobody business.

~I’M NOBODY.. but nobody perfect. So, I’mPERFECT!

My Love's Path

Daisypath Anniversary tickers

Wednesday, November 7, 2012

Larian Sihat 1 Cohort 2012

Jumaat lepas (2 Nov 2012) Projek Cohort ada organize Larian Sihat 1 Cohort. Event ni idea Prof Datuk. Sebab selalunya kitorang asyik buat ceramah je memanjang, tapi perangai masih kat takuk tu je. So adalah lebih baik buat aktiviti yang lebih menarik.

Andri telah menguruskan event ni dengan jayanya. Siap sempat sediakan medal dan hadiah. Memang terbaik la Andri ni (Suzanne, sila contohi prestasi kerja suami kau ni.. Rajin dan komited. Jangan nak main fesbuk je kat ofis. Hahaha!) Malah Prof pun macam tak percaya yang event ni dilaksanakan secepat ini. Tak pe la Prof, dah setel larian ni, pasni kita organize bowling tournament pulak.

Pagi Jumaat tu AJK dah siap berkumpul kat Tasik Sri Permaisuri seawal 6.30am. Malam tu Andri & Arman dah siap-siap pacak penanda arah kat sekitar tasik tu. Walaupun tasik tu cuma sejauh 3km lebih je, tapi penanda arah tu amat penting demi memastikan staff Cohort tidak terlepas ke restoran Sup Meletop atau pun ke Tutti Frutti kat Bandar Sri Permaisuri tu. Kang elok-elok masa pelepasan seramai 150 orang yang berlari, bila masa penamat yang sampai cuma 80 orang je. Yang selebihnya tidak kembali ke jalan pulang.

(gambar yang tiada watermark adalah diambil dari page FB Projek Cohort. Harap maklum)



AJK yang suka sangat bergambar. Sekejap-sekejap bergambar.
Bergambar nak, tapi lari tak nak.
Bukan orang lain, aku la tu. Huhuuu!




Ha, tengok ni. Bukan main lagi free style diorang.






Ok, ni Kak Lin tengah nak kumpulkan peserta. Ada yang dah terlepas ke seberang jalan membeli nasi lemak. Kak Lin ni sebenarnya tengah bercuti, tapi masih sudi datang untuk memberikan sokongan padu kepada acara ni.
Hebat la Kak Lin!







Apa-apa pun, kena la buat bacaan doa dulu. Sejak Adi ni masuk bekerja di sini, memang dia lah Ustaz Cohort. Kalau dulu, Amir yang selalu kena baca doa. Tapi sekarang si Adi yang hensem ni yang kena lead kitorang bacaan doa. (hensem? Hmmm.. I know u are my silent reader, Adi. So saya terpaksa puji awak dalam blog saya neh.. Hahaha)





Lepas bacaan doa, Ketua Projek harus la membuat sedikit ucapan dan kata-kata semangat. Sumpah comel la Prof ni. Cool je...
(Ok, Prof bukan silent reader aku. So aku tak perlu nak berpura-pura puji dia. Aku ikhlas ni... Ececeeeee!)





Lepas ucapan Prof, kena warming up badan dulu. Diorang ni bukan kaki sukan pun. Kalau terus berlari tanpa warming up, tak pepasal je kejung segala urat diorang. Aku yang tukang jaga first aid kit yang kelam kabut nak cari minyak angin segala. So sebelum benda buruk jadi, baik korang panaskan badan dulu. Mula kan dengan kepala dulu, sehingga ke kaki, hokeh?




Ok semua... Ikut saya ye.
Ke kanannnnnnn.....




Sekarang balas pulak ke kiri. Hati-hati, jangan sampai terkorek ketiak orang sebelah.
Ok, ke kiriiiiiiiiiiiiii......




See.. Macam nak menari Gangnam Style kan? Haha!
Comeyyy!





Masa pelepasan peserta untuk kategori Wanita18-29tahun & Wanita 30tahun keatas.
Bertempiaran semuanya!

Eh, kenapa Nazeri ada sekali dengan wanita-wanita ni? Sebenarnya Nazeri ni kategori Lelaki 30 tahun & Keatas. Atas permintaan Prof, kalau boleh kategori lelaki ni dilepaskan sekali dengan wanita-wanita ini. Boleh, Prof... Boleh sajeeeee.... Anything for u, asalkan jangan kalah ok? Kan dah lepaskan awal sikit dari Lelaki 18-29tahun, so jangan la kalah... Heheh...




Haaa.. Ni je la yang tinggal untuk kategori Lelaki 18-29tahun.
Are you ready guys???
Fuh, mantap la peha apek baju hijau ni. Terasa macam nak gi makan ayam KFC pulak.





Ok, semua dah berlepas. Macam suka-suka pulak diorang ni.
Hello? Ni pertandingan ye, bukan acara seronok-seronok.
Kalau tengok si Cham tu, macam nak menari pulak. Hahaha..





Bila tengok gambar ni, memang betul tekaan aku. Budak-budak ni bukan beriya nak lari pun. Diorang sebenarnya nak jalan-jalan sekitar tasik sambil ambil gambar je. Siap guling-guling tepi pokok nak amik gambar punya pasal. Yang makcik berdua ni macam nak pegi camping masa zaman sekolah-sekolah dulu. Kiut je diorang ni =)





Haaaa... Ni lagi comel. Nama dia Dora The Explorer.
Halah.. Halah... Halahhhhhh!





Macam perarakan sempena Maulidur Rasul kan? Bezanya tak de kain rentang je.
Eh, Ayam Jagoan Mak Jemah la! Wow, mantapnya lari!!
Grrrrr.. Geramnya! Hahaha...
(mampos aku kalau dia baca ni)




Adik-adikkkk... Ni pertandingan LARI, bukan pertandingan Berjalan Paling Pantas. Korang salah tema ni.
Anyway, kornag nampak comel kat dalam gambar ni. Puiiiiii!




Ha, kauuuuu! Betapa terkejutnya aku bila Prof Datuk berjaya sampai & menang tempat pertama untuk kategori dia. Kalau secara keseluruhan dia tempat ke 4. Hebat! 
(nasib baik aku tak lari sekali, kalau tak bikin malu kat Prof ni. Muda-muda pun tak boleh nak challenge dia)





Ni dia pemenang untuk kategori Wanita 30 tahun & keatas.
Tahniah la Kak Ifah!
Yang kat belakang tu masih tidak berputus asa untuk mengejar sang juara.




Bila dah nak sampai ke garisan penamat, bukan main lagi soraknya!
Yeayyyyy!!!




"I no satu ke, T..?"

No.. No... Nooooo!!!




Kesian gila kat budak dua orang ni. Aku jaga kat garisan penamat. Elok je diorang sampai, aku cakap "Kalau nak nombor, kena menari Gangnam Style dulu. Baru saya bagi nombor" Sekali memang diorang buat tarian tu. Alaaaaaa... Kesiannya kau kena tipu dikkk! Nombor dah habis dah, akak sengaja nak tengok gadis comel menari GS. Hahaha.. Apa-apa pun korang memang sporting!




Ini adalah kekecewaan tahap dewa setelah tidak menang tempat pertama.
Hahahaa...





Azrina aka Dora The Explorer : Mana garisan penamat ni? Penat la! Arghhhhhhhhh!!!!





Dah penat berlari, bersepah-sepah budak-budak ni makan sarapan pagi.
Sambil-sambil tu boleh bercerita pengalaman masing-masing masa berlari tadi tu kan?




Masa ni semua tengah berlendir satu badan. Berlendir pun berlendir la...
Janji korang hepi dengan larian korang.





Ni hampers untuk pemenang. Aku tengok dari jauh sudahhhh...








Tahniah Prof Datuk! Gold medal tu!!!!




Comelnya Prof!
Andri, kau tepi sikit! Sebuk je.




Ni semua geng-geng Mael Lambong, penarik kereta professional.




Ni pun sama. Eh, wanita pun ada? Mantap!!





Sebelum balik ofis, mari la kita merapatkan ukhuwah sesama kita.
Gambar aku cuma nampak kepala je kat tengah-tengah tu. Tak aci sungguh!


Hopefully event ni diadakan setiap tahun. Apapun aku kena kasik kurus sikit badan yang semakin menggajah ni. Baru semangat nak lari & pecahkan rekod diorang. (Ya..Ya..Yaaaa.... Teruskan bermimpi, Yati!)

Next, bowling tournament! Yeayyyyy!







Love,

Sunday, November 4, 2012

Makin u malu, makin i sukeeee! Lalalaaa...

Masa aku update entri Jamuan Raya Cohort, aku ada mentioned satu nama. Staff ofis aku jugak la. Takkan nama kakak nurse kat Wad Warga depan ofis ni pulak. Apa jadah nak kecoh-kecoh pasal kakak nurse yang aku tak kenal kan?

Hmmm.. Macamana nak cerita eh? 

Btw, aku panggil dia AYAM JAGOAN MAK JEMAH je la ek.. Mamat ni memang hensem (ok, mak puji ni. Jangan lupa belanja mak makan mekdi. Lalalaa....) Tapi dia pemalu sikit. OK, bukan pemalu sikit, tapi MALU BANYAK! Kemon la Ayam Jagoan (AJ), takkan dengan mak jemah pun kamu nak malu? Kan mak jemah ni nak carikan kamu jodoh. Jangan la malu-malu dengan mak jemah.

Kat ofis aku ni, ramaiiiiiii awek-awek yang tergilakan dia ni. Ha, yang aku tahu ada la 3-4 orang. Yang aku tak tahu mungkin la lebih kot? Kalau aku letak ranking 1-10 tahap ke'macho'an mamat ni, kompem diorang rating kan dia sebanyak 10!

Mamat ni muda lagi, dalam 24tahun kot umur dia. Seorang pemain violin yang hebat sejak umur 5tahun, pernah mewakili Selangor dalam pertandingan Penggesek Violin Seantero Felda dan berjaya memenangi pingat emas untuk pertandingan itu, menggemari makanan western, tapi tidak menggemari parmesan cheese (alergik katanya, nanti gatal-gatal kulit), pandai menggilap kasut menggunakan kiwi cecair, pernah 2 kali dikecewakan oleh sang gadis, tetapi masih maintain macho tidak menangis setelah dikecewakan, dan yang paling hebat tentang Ayam Jagoan adalah, beliau pernah memang pertandingan Main Penutup Botol Minuman 4tahun berturut-turut sejak Tingkatan 1 sampai Tingkatan 4. Naik je Tingkatan 5, beliau tidak lagi bertanding kerana ibunya melarang beliau meyentuh penutup botol itu lagi. Biasalah, budak nak amik SPM la katakan....

Ok, itu aku tipu.

Sebelum ni, aku suka la tengok muka dia, ala-ala kiut je.. Tapi bila tengok mamat ni susah sangat nak senyum, aku malas nak suka kekiutannya dah. Alaaaa... senyuman dia kan mahal, mana nak senyum kat aku ni. Lagipun aku kan selalu nyakat dia, lagi la dia menyampah dengan aku. Kannn?

Khamis lepas, Andri masukkan nama aku ke dalam kumpulan Teknikal untuk Larian Sihat 1 Cohort. Dan kebetulan nama aku kena gantikan Mariatul sebab dia bercuti. Guess what? Aku sama group dengan Ayam Jagoan! Fullalaaa!!! So aku pergi la jumpa geng aku tu, si Adi selaku ketua kumpulan. Then aku buat checklist barang-barang yang kitorang kena sediakan. Lepas aku print checklist tu, aku bagi kat AJ untuk dia sediakan barang-barang tu.

Sebelum balik, aku lepak dalam bilir server (bilik penyumbang kanser). Then AJ masuk. Sebelum keluar dari bilik server, dia hulur checklist tu kat aku.


AJ : Kak, checklist. (2 perkataan pun dikira satu rahmat kalau ianya keluar dari mulut dia)


Bila aku toleh, tengok tangan dia menggigil.


Aku : Kenapa awak menggigil ni? Takut dengan saya ke?

AJ : (senyum) Tak la. Mana ada takut... (tangan makin menggigil)

Aku : Kenapa awak menggigil? Saya tak nak amik checklist ni kalau awak menggigil.

AJ : Eh, mana ada saya menggigil.. (tukar checklist ke tangan kiri pulak. Tetapppp menggigil)

Aku : Tengok, dah tukar tangan pun masih menggigil? Kenapa la dengan awak ni?

AJ : Cepat la amik, dah berpeluh ni.


Wakakakakaka!!!!!
Sampai mentioned 'berpeluh' kat aku. Sawan sekejap aku, bila tengok perangai mamat ni. Bukan main berpeluh sakan mamat ni sebab malu nak bercakap dengan aku! Apa dah jadi dengan lelaki zaman sekarang ni eh? Lebih-lebih lagi lelaki yang duduk bekerja dalam bilik server. Adakah itu simptom-simptom bakal terkena kanser prostate?

*Pause*

Hari tu ada sumber-sumber yang tidak boleh dinyatakan disini, bahawa besar kemungkinan AJ salah seorang SILENT READER aku.

Biar betik?






AJ : Ooo... Berani kutuk-kutuk aku dalam blog puaka ni ye?
Siap kau. Aku hack password kau karang!




Alamakkkk.. Betul ke dia baca blog aku? Lebih-lebih lagi entri jamuan raya tu? Malunyaaaa!!!! Tapi aku rasa dalam kes ni, AJ yang akan jadi lebih malu. Patutlah sampai menggigil tangan nak bagi checklist tu. Dulu pernah sekali dia nak pulangkan pendrive aku, pun menggigil tangan nak hulur. Hadoiiiii... Kalau lalu sebelah aku, bukan main lagi menunduk kepala. Budget suci! Puiiiiii.



I got u! Haha!



Aku rasa semakin hari aku semakin suka menyakat AJ. Lantak la apa orang nak kata. Lagipun semua orang tahu AJ tu memang pemalu. Kalau aku nyakat dia, kompem pipi dia jadi merah-merah. Ok, tu pun aku tipu jugak. Mana ada merah. LOL! Haha. Aku belum pernah jumpa lelaki yang pemalu macam ni. Dulu aku ada jugak berkawan dengan lelaki pemalu. But after a few months, diorang dah tak rasa malu lagi dengan aku. Mungkin sebab aku ni kasar, cakap pun asyik nak melucassss je memanjang. So diorang tak rasa segan dah dengan aku. But this shy guy, memang berbeza. Susah aku nak melawak dengan dia. Kadang-kadang kalau aku gurau-gurau, dia gelak la jugak. Tapi kalau nak dia 'in' dalam jokes tu, susah sikit la. Buat kerja pun seriussss je. 






Nah, muka AJ yang seriusssss buat keje.
Padahal dalam hati tengah bergelora sebab tahu aku sedang memfokus kamera kepadanya.
Kannnnn? Hahaha!




Ini adalah pesanan khidmat masyarakat untuk AJ...
(Mak Jemah tahu Ayam Jagoan Mak Jemah ni baca blog ni, kan?)

"Darlingggg.. I kan dah kawin, kenapa u nak takut bergurau senda dengan I? Lagipun gurauan I kan belum pernah melepasi batas-batas seorang isteri yang solehah, gitu haa! U kan tahu I ni akan tetappppp setia pada En Zul? Semua ni gara-gara I selalu nyanyi lagu Kris Dayanti - Cobalah Untuk Setia. Akhirnya, I memang betul-betul jadi setia pada dia.

Maafkan I, Darling... I memang tak boleh nak curang dan jatuh cinta pada U. I sayanggggg sangat pada hubby I yang hensem bak Aaron Aziz tu. Eh, silap... Hensem macam Alex O'Loughlin yang berlakon dalam cerita Hawaii Five-O tu. Lagipun, U kan tahu i ni penggemar cheese. Macamana I nak nyanyi-nyanyi kat dapur dengan gembira kalau cheese tak ada dalam menu yang I masak? Semuanya sebab U alergik dengan cheese. Benci tau!

U ingat lagi tak hari tu? Alaaa.. Hari yang hujan turun dengan lebat tu. Siap ada petir lagi.. (Eh, kan sekarang ni tiap-tiap hari hujan?) Masa tu U ingat tak, kan kita main chess sama-sama sambil makan cekodok pisang. U cakap kalau time hujan memang sedap makan cekodok pisang. Tapi kan, Darlingggg.. I rasa kalau makan cekodok pisang tanpa air Nescafe O suam, macam tak kicked la pulak. Kurang menyengat. Tapi I tak cakap la, I takut kejujuran I ni akan melukakan hati U. Then I pura-pura buat kalah, I sengaja bagi U checkmate I.. Semua tu semata-mata nak jaga hati U, Darlingggg.. Kan U pun memang tengah terluka sebab I kawin dengan orang lain kan? Kan? Kan?

Darling, I cuma nak bagitau.. Raya tahun depan, I tak boleh beli baju raya kaler purple lagi. Sebab tahun ni I dah beli baju purple. Kalau beli jugak, nanti orang ingat I recycle baju raya tahun lepas. Jatuh la reputasi I.. So, apa kata kita pakai baju kaler rainbow je. Sebab I boleh sedondon dengan semua orang. Dengan En Zul ofkos la kan? Sedondon dengan U, dengan jiran Uncle Moorthi tu, sedondon dengan pengasas susu Alpha Lipid SDII tu (yang feeling-feeling dah kurus kononnya, puiiii..) Biar semua orang puas hati. Kita beli baju kaler rainbow ye, Darlingggg?

AJ, Darling.. U tahu kan ramai gadis-gadis yang suka kat U. Tapi kenapa U tidak mahu bukakan pintu hati U untuk diorang? Adakah kerana hati U hanya untuk I?
(mampus aku kalau En Zul baca ayat merapu ni. Anggap saja aku tengah kurang siuman saat ayat ini sedang ditaip)
U pernah cakap, U akan tunggu I sampai bila-bila.. Tapi, sampai kapan sayang? Sampai kapan?!! Adakah sampai kamu dikapankan? Oh, tidak...... (tepuk dahi sambil tunduk & geleng-geleng kepala..)

Darlingggg... Maafkan I sebab I 'terrrr' sengaja baca diary lusuh U itu.. Tanpa tidak diduga, I terbaca luahan hati U di muka surat yang tiada nombor itu. Benarkah Darling? Benarkah penyakit parkinson U itu sudah sampai ke tahap maksimum? Katakan semua itu tidak benar, sayang! Ohhh, patutlah tangan kamu semakin kuat menggigil.. I ingat U kesejukkan. Almaklum lah, kita kan sudah menetap di New York sekarang ni.. Suhu sejuknya mana sama sejuk kat bilik server tu. Rupanya U parkinson, Darling! Tiada ubat kah yang boleh menyembuhkan kegigilan U itu? Kalau susah sangat, I bedung je tangan U tu.

AJ, sayangggg.... Walaupun cinta kita terhalang, U jangan risau. I akan kotakan janji I pada U. I kan dah janji nak carikan awek untuk U. Haaa, U cakap je nak awek negeri mana? Kurus? Or gemuk macam I? Ke nak yang rendah? Tak pun tinggi macam I? U cakap je... I boleh tolong carikan. Hari tu U cakap nak gadis Lombok kan? I rasa better cari orang Melayu je. Ye laaa, diorang mana reti masak tomyam seafood dan sambal belacan campur buah mempelam. Tapi lepas U tengok konsert Wonder Girl pakai paju kurung hari tu, U selalu bukak Youtube tengok video clip penyanyi Korea. Why, Darling? Whyyyy?? Adakah I sudah tidak cantik memakai baju kurung? Ye, I tahu badan I semakin menggajah. Tapi I pun pandai menari K-Pop, hokeh! Kalau U tak caya, U tengok la tapak kaki I. Dah semakin melebar sebab selalu menari K-Pop...

Ok la Darlingggg... I terpaksa pendekkan pesanan khidmat masyarakat ni. Lagipun hubby I dah berdehem-dehem tu. Macam sedang memanggil-manggil I pulak. Harap U faham-faham la ye. Ok la Darling, U jangan risau tau.. I takkan menduakan suami I. Itu janji I pada U, pada saat I tinggalkan U dulu masa kat funfair tu... Kalau U baca pesanan ni, I harap U jangan sedih-sedih. I akan tetap makan cekodok pisang pada waktu hari hujan. Semoga U akan berjumpa dengan gadis yang U sayang. Dan I yakin, gadis tu pasti tidak secantik dan segojes I kan? Kompem punya la!

Sampai sini sahaja. Sekian, kbai!"




Yang benar,
Mak Jemah (mak kesayangan Ayam Jagoan aka AJ)

Saturday, November 3, 2012

From My Kitchen : Nasi Tomato



Punya la tak tahu nak masak apa untuk lunch?
Fikir-punya-fikir, last-last masak jugak nasi tomato ni.
Tu pun dah pukul 4.30pm baru nak start masak.
So menu ni bukan la untuk lunch, tapi untuk dinner barangkali.
Haha..






Nasi Tomato


Bahan-bahan :

- 2 cawan beras
- *1 ulas bawang merah (hiris)
-* 2 ulas bawang putih (hiris)
- *1 kulit kayu manis
- *1 biji bunga lawang
- *2 biji buah pelaga
- *1 helai daun pandan (carik dan simpulkan)
- 2 sb minyak sapi
- 1/2 cawan susu cair
- 3 sb tomato puree
- 30g gajus (optional) - aku goreng tanpa minyak dulu, tu yang ada hitam-hitam sikit ;p
- 30g kismis (optional)
- Garam secukupnya
- Sos tomato (tak masuk - optional)




Cara-cara (nasi) :

- Panaskan minyak sapi dalam kuali.
- Tumis bahan bertanda * sampai naik bau. Tutup api.
- Basuh beras dan toskan air basuhan.
- Masukkan bahan tumis ke dalam periuk nasi.
- Masukkan tomato puree, gajus, kismis, susu cair dan garam.
- Tanak nasi sampai masak.
- Taburkan bawang goreng selepas nasi masak.



Ayam Masak Merah




Bahan-bahan :

- Ayam (bersihkan dan tos air basuhan)
- *1 ulas bawang merah (hiris)
- *1 ulas bawang putih (hiris)
- *1 helai daun pandan (carik & simpul)
- 5 sb cili giling (aku pakai cili giling instant jenama Puteri)
- 30g kacag peas
- 1 biji tomato (belah 4)
- Bawang besar (potong bulat)
- 2 sb tomato puree
- 2 sb sos cili
- Garam
- Gula
- Serbuk kunyit
- 1/3 cawan susu cair (optional - tak masuk)


Cara-cara :

- Lumurkan ayam dengan garam dan serbuk kunyit.
- Goreng ayam separuh masak dan toskan minyak.
- Tumis bahan bertanda * sampai naik bau.
- Masukkan cili giling, masak sampai pecah minyak.
- Masukkan sos cili dan tomato puree.
- Masukkan garam dan gula.
- Masukkan susu cair (optional)
- Masukkan ayam dan masak seketika.
- Masukkan kacang peas dan tomato.
- Last sekali masukkan bawang besar yang dipotong bulat.






Kuah Dalca





Bahan-bahan :

- 1/2 cawan kacang dal (rebus dulu)
- *1 ulas bawang merah (hiris)
-* 2 ulas bawang putih (hiris)
- *1 kulit kayu manis
- *1 biji bunga lawang
- *2 biji buah pelaga
- *1 tangkai daun kari
- 3 sb serbuk kari daging (bancuh dengan air)
- 50g Daging/ayam (hiris kecik - aku tak masukkan)
- 1 biji carrot (potong memanjang)
- 1 biji kentang (potong sederhana)
- 1 biji terung bulat (belah 6)
- 1 biji tomato (belah 4)
- Apa-apa sayur yang berkenan (kacang panjang, bawang besar, cili merah/hijau)
- 1 cawan santan pekat
- Garam




Cara-cara :

- Panaskan minyak dan tumis bahan-bahan * sehingga naik bau.
- Tumis rempah kari daging (masa sehingga pecah minyak).
- Masukkan daging/ayam, masak sehingga empuk (aku tak masukkan).
- Masukkan kacang dal dan sayur (kecuali tomato).
- Masukkan santan dan garam.
- Masukkan tomato dan tutup api.





Love,



From My Kitchen : Ikan Tenggiri Masak Tauchu




Selamat Bulan November!
Yeayyyy... Tinggal 2 bulan kita akan masuk tahun baru.
Bestnya! Alhamdulillah diberi kesempatan melalui hidup ni dengan orang tersayang.

Kelmarin aku masak lauk ikan tenggiri dengan tauchu.
Lauk ni aku suka makan masa kecik-kecik.
Selain lauk ni, aku suka makan ikan masak cuka.
Kalau Maklang masak kedua-dua lauk ni, mesti aku makan beriya-iya.
(bukan ke aku ni makan apa pun memang beriya?)

Jom kita jengah resepi :)
(kali ni aku bercerita kat bawah gambar, so pandai-pandai la trace bahan-bahan dia ye..)




First, kena la ada ikan.
Any ikan should be ok. Jangan ikan sardin dalam tin sudah la ye :)
Bersihkan, gaul dengan garam dan serbuk kunyit.
Goreng ye Puan-puan....





Ok, ni bahan menumis pulak.
Kena ada bawang merah, bawang putih, cili hijau, halia dan serai.
Bawang besar tu masuk last sekali, kira macam hiasan la.
Tumis semua bahan tu sampai naik bau ye...




Ha, ni pulak kacang soya masin atau dikenali sebagai TAUCHU.
Benda ni tersangat la masin. Jadi lauk kita tu jangan tambah garam dah ye...
Masukkan tauchu ni dan biar berkuah sikit.
Maksudnya masukkan air sedikit. Dalam 1/2 cawan ke...

Pastu masukkan ikan yag dah digoreng tadi. Masukkan 2 sudu sos tiram.
Biar dia mendidih sekejap. Kalau nak kuah pekat, biar kuah tu mendidih lama sikit.
Tapi nanti dia jadi masin pulak. So pandai-pandai la adjust ikut selera masing-masing.




Last sekali masukkan tomato.
Nak tabur dengan daun sup atau daun ketumbar pun boleh.
So siap!

* Lihat gambar paling atas *








Tuesday, October 30, 2012

From My Kitchen : Blueberry Muffin


Hari tu aku ada buat Rainbow Muffin.
Belum sempat nak amik gambar, anak-anak aku dah ngappp!
So kali ni tukar selera, buat blueberry muffin plak.
Malam tadi aku buat pukul 9.10pm, siap bancuh adunan dalam pukul 9.30.
15 min je buat adunan ni. Pukul adunan pun ala kadar je.
Tak de sampai kembang macam rambut Hafiz Awan Nano tu.
Aku kan pemalas. Muahahaa...



Bahan-bahan :

- 1 1/2 cawan tepung gandum
- 2 sudu kecil baking powder
- 1/2 buku butter
- 1/2 sk garam (aku tak masuk)
- 3 biji telur
- 1 sk esen vanila
- 3/4 gula castor
- 3/4 cawan fresh milk (aku guna full cream milk)
- Blueberry jam (nak guna strawberry @ pineapple pun boleh)


Cara-cara :

- Pukul butter dengan gula sampai kembang.
- Masukkan telur sebiji demi sebiji, then masukkan esen vanila.
Pukul sampai sebati.
- Tutup mixer, masukkan tepung berselang-seli dengan susu.
Gaul guna spatula je. Mulakan dengan tepung, akhir pun dengan tepung jugak.
- Masukkan 2 sudu adunan ke dalam cup (3/4 penuh).
- Masukkan blueberry jam ke dalam adunan.
- Bakar selama 25 min (atau sehingga muffin masak), guna kepanasan 180 darjah celcius.
(ikut kepanasan oven masing-masing)




Sesi membakar




Tadaaa~ Dah siap! Sejukkan sebentar




Dah boleh makan.
The filling is melting! Yummy~