It's me.. Juz me... Only me!

If you don't like my words, don't listen.
If you don't like my appearance, don't look.
If you don't like my actions, turn your head.
It's as simple as that.

A wife to a loving husband. A mum to a adorable daughters. A daughter to such a caring parents. A good friend to a good people. Homechef that cook like nobody business.

~I’M NOBODY.. but nobody perfect. So, I’mPERFECT!

My Love's Path

Daisypath Anniversary tickers

Wednesday, February 8, 2012

Baucer Buku 1 Malaysia (BB1M)

Last Maulidur Rasul aku, Nadia dan Sa'adah (Mak Buyung) lepak ke Queensbay Mall.
Punya la ramai orang. Nak mendaki kat parking bay tu punya la seksa!
Macam nak naik roller coaster! Dah la kereta aku manual.
Memang hazab la nak tekan clutch dan minyak.
Kat depan aku ada kereta Wolkswagen, belakang aku kereta BMW.
Dua-dua kete mewah.
Kalau aku terlajak ke depan, aku terpaksa mengadap owner Wolkswagen.
Tapi kalau aku terundur ke belakang, aku terpaksa mengadap owner BMW!
Uwaaa.. Ngerinya naik bukit tinggi mencanak ni!!!

Sejak aku datang Penang ni, aku asyik melepak kat QB Mall ni je.
Rasanya, QB ni je la yang mampu mententeramkan aku (selain makanan yang heaven-heaven tu).

Masa sampai ke QB, punya la ramai makhluk kat Penang yang datang sini untuk leisure.
Termasuk la aku.
Aku datang sini dengan satu tujuan.
Nak beli buku (boleh percaya ke tujuan aku tu?)

Ok, terus terang aku mengaku yang aku bukan seorang 'ulat buku'.
Kalau esok dah nak exam, malam ni baru aku kelam kabut nak belek buku.
Itu pun kalau jumpa buku. Selalunya dah berjam mencari buku baru jumpa.
Sebab buku-buku aku tu location di tak sama.
Hari ni ada kat bilik study, esok kat ruang tamu. Lusa hilang terus!
Kalau jumpa pun buku tu, aku just cari rumus & hafal.
Tapi kalau nak baca explaination yang panjang lebar tu, mintak mahappp!
Tak kuasa aku.

Kalau dah nama nya bangsa pemalas baca buku, bab MEMBELI buku lagiiiii la aku tak tercalon.
Seingat aku la, aku jejak kaki ke book store, ada la kot setahun sekali.
Itu pun sebab nak isi masa lapang menunggu masa tayangan movie nak start.
Boleh?

Last buku yang aku beli adalahhhh....
Hmm, aku tak ingat. Serius aku dah lupa.
Last beli masa study SPM dulu kot.
Teruk betul aku ni. Susah betul nak membudayakan diri dengan aktiviti membaca.

Kalau surat khabar tu lagi teruk.
Paper tu dah nak jadi alas tempat memotong (masa memasak) baru aku nak baca.
Kadang-kadang bila aku ambil newspaper tu buat alas, masa tu la baru nak membelek tajuk berita tu.
Sebab tu waktu memasak aku akan drag jadi berjam-jam.
Setengah jam je aku spend untuk membaca berita kat paper pengalas memotong. Dah setel membaca baru aku start memasak.

Tapi kalau nak baca newspaper mengikut edaran masa, memang takkan punya la.
Sumpah aku bukan ULAT BUKU.
Aku cuma ULAT MUKA BUKU.

Ok, back to the story.
Aku ke QB Mall sebab nak beli buku.
Itu pun sebab aku dapat Baucer Buku 1 Malaysia percuma.
Aku kan student lagi (ceh, feeling-feeling muda remaja)
So aku layak menerima BB1M bernilai RM200.
Kawan-kawan aku dah lama setelkan baucer tu. Tapi aku pulak baru je nak guna.
Itu pun aku tak tahu nak beli buku ape?
Huhuhu..



Ni baucer buku untuk setiap seorang.
RM200 kalau buat beli buku, memang terasa 'banyak'.
Tapi kalau dibuat shopping atau makan, memang ciputttt je!


Sampai QB Mall aku ke kedai Daiso dulu.
Kedai Daiso tu jual setiap barang RM5.
Ala, macam kedai RM2 tu. Tapi barang-barang dia RM5 je.
Barang-barang banyak diimport dari Jepun.

Lepas lepak di Daiso, kitorang ke kedai buku Popular.
Ya Rabbi... Ramainya orangggg!
Bersesak-sesak dengan orang.
Siap main laga-laga bontot.
Sape-sape yang ketiak berkepam tu, memang boleh pengsan kat situ jugak.
Serius sempit Popular tu.
Ramai orang nak memperhabiskan baucer tu.

Aku ke area stationery dulu.
Rembat alat tulis untuk Ika & Aleeya.
Untuk aku pun ada jugak.

Lepas tu aku melangkah ke area buku SPM.
Saja nak membelek buku Fizik SPM.
Hmmm.. Macam best je buku rujukan kat situ.
Berwarna warni. Paling best bila aku jumpa Memory Booster.
Macam flash card untuk reminder tu.

Aku amik buku SPM 2 buah, sebab nak perkukuhkan lagi konsep basic Fizik aku. (Poyo je aku ni)
Then aku amik buku STPM (Pre-U) sebuah.
Total buku study aku 3 buah.
Kira ok la daripada aku beli yang bukan-bukan.

Then aku ke bahagian BUKU MASAKAN!
Yeayyyyyy!!!!
Kena la award diri sendiri. Aku amik 4 buah buku memasak dan 1 wooven bag.
Kalah buku study. Sedangkan buku study cuma 3 buah je. Hihihi...

Bila nak membayar, ada lagi baki untuk mencukupkan RM200.
So Adah ambil satu buku memasak (Prawn & Crab). Harga dalam RM19 lebih.

Lepas aku dah cukupkan RM200, Adah bayar balik kat aku RM19 tu.
So aku ada baki RM19 dari nilai RM200 - cash!
Duit RM19 tu aku buat belanja makanan!!!
Hahahaa...

Duit baucer buku, tapi boleh beli Tako Tao & hotdog kat Jusco.
Kau mampu???

Itu pun lepas membeli makanan, masih ada lagi duit baki RM1.40.
Tak tahu nak beli apa?
So simpan je la.




'Hasil' dari baucer buku 1 Malaysia RM200.



Mak buyung dengan hasil pembelian.



Dengan RM200, macam-macam boleh beli.
Tapi kalau bawak ke shopping handbag, ntah berapa je yang dapat?



Yeeee.... Ni la dia buku masakan yang aku sambar.
Ada untuk ayam, coklat, cookies..
Cuma part RAJIN je belum tentu ada.



Buku SPM dan Pre-U Fizik.
Beli je dulu. Esok lusa baru nak baca.



Stationery untuk Ika dan Aleeya.



Memory Booster.
Sangat praktikal untuk orang pelupa macam aku :)



The content of Memory Booster.



Baki dari baucher buku 1 Malaysia (guna untuk buku Adah)
Baki ni buat beli Tako Tao dan hotdog kat Jusco.



Lepas beli buku, kami lepak The Manhattan Fish Market.



Adah dan Nadia :)



Giant Set untuk 3 orang makan.



Ice peach tea. Marvellous~~



Selesai!
Masing-masing dah terlantar kekenyangan~

Refill yang tak sedap. Air yang mula-mula sedap.
Bila mintak refill, rasa dia 'out'!



Kiri - refill ice peach tea.
Kanan - ice lemon tea (bau macam pencuci tandas!)
Dua-dua pun tak sedap!






Monday, February 6, 2012

Hang Out Untuk Release Tension Kursus Intensif

Semalam aku keluar makan dengan kawan-kawan group JUS101 - Teras Keusahawanan.
Saja je nak bawak diorang jalan-jalan keluar dari campus.
Takkan nak terperuk je dalam USM tu.
Serius boleh jadi sewel budak-budak ni.

Lagi pun aku saja nak spend masa jalan-jalan nak release tension.
Actually aku tengah bengang dengan bekas ahli group JUS dan JUE aku.
Nama diorang Khairuddin dan Hasmawi.
Dua-dua ni buat perangai last minit.
Sehari sebelum due date tugasan, baru bagitahu nak tarik diri.

Bangang!
Jangan nak tunjuk hero sangat la bai.
Nak aniaya kawan-kawan tak tentu pasal.
Dulu masa mula-mula kenal bukan main lagi kau duk mengutuk-mengata ahli kumpulan tahun lepas.
Konon-konon diorang tak boleh bagi komitmen la, tak serius la.
Padahal kau tu lagi haram jadah!

Bagi alasan bini bersalin?
Macam la bini kau tu mengandung sehari je.
Langsung tak sangka tiba-tiba bini boleh terberanak!

Pastu bagi alasan masuk wad.
Alahai, sakit apa sangat la kau tu sampai tak boleh nak inform awal-awal?
Kau koma ke? Ke kau lumpuh satu badan?
Kenapa tak bagi alasan dapat kanser ke,  kote terputus ke, telor kau terkecut secara tiba-tiba ke..

Sebenarnya korang dah rembat semua data kitorang, then buat group baru pastu guna data kitorang.
What a 'wonderful' fucking trick!

Sial la korang!
Takpe.. Takpe.. Aku percaya satu hari nanti korang pasti menyesal!

Tengahari tu aku ada kelas JIF216.
Tetiba aku tengok ada 3 miscall dari Hasmawi.
Pastu siap hantar mesej bila aku tak jawab phone call kau.

Kenapa?
Nak mengadu kote kau tak boleh mengembang?


Hasmawi : Sori, urgent nak tanya. Ada tak nama Hasmawi Harun didaftarkan dalam group awak bagi subjek JUS101, sekali dengan Khairuddin? Sebab nama saya tak boleh masuk untuk group saya sekarang ni. Harap dapat feed back. Tq.


Pergi mampus!!
Gila ke aku nak daftarkan nama kau dalam group aku?
Apa sumbangan kau pada tugasan group aku tu?

Ape kau dah habis hensem ke?
Sampai kau berangan-angan konon-konon aku ni tergila-gilakan kau, sampai aku nak kau jadi ahli group aku?

Pergi matilah kau!
Bila kau dah susah baru kau pandai nak cari aku.
Masa kau nak aniaya aku dengan kawan-kawan aku, ada kau fikir baik buruk?
Tuhan kalau nak balas perbuatan kita, bila-bila masa je.

Aku dulu bersusah payah nak kumpul balik semua softcopy data dari kawan-kawan.
Then aku kena compile balik semua essei tu.
Siap kena burn semula cd rakaman suara ahli.
Sampai aku terpaksa buat surat tunjuk sebab atas kelewatan untuk submit tugasan kat lecturer.

Ada kau kesah semua tu??
Tak ada kannnn..

Now bila kau dah susah, bila due date dah hampir tiba, kenapa kau nak cari aku pulak?
Kau pergi la tanya kat kawan-kawan group baru kau tu.
Apa jadah aku nak jadi baik hati pergi daftarkan nama kau kat dalam group aku?

Tak hingin la aku beb!
Masa kitorang susah, kau buat selamba je hantar sms cakap tarik diri last minute.
Sekarang bila kau dah sesak, itu masalah kau.
Aku tak nak amik peduli.

That's karma, bro!

Malam tu aku cerita kat kawan-kawan group JUS aku yang jadi mangsa diorang.
Semua cakap diorang patut dapat balasan macam tu.
Biar jadi pengajaran pada diorang.

Ok, i'm done with those bastards.

Malam tu aku bawak Nadia, Wazli dan Zul pergi ke Sg Ara.
Cadangnya nak bawak ke kedai Pak Husin.
Again - kedai Pak Husin tutup.

So kitorang makan kat Denai Tropika.
Maknanya janji aku pada Nadia dah setel.
Kan darling kannnnn???

Dinner malam tu Zul yang sponsor.
Thanks a lot, Zul..
Semoga kau murah rezeki dan dipercepatkan jodoh.

Lepas makan, kitorang ke Queensbay Mall.
Pergi cari aiskrim Baskin Robin, tapi dah tutup.
So masuk Jusco, rembat aiskrim Wall Selection.

Wazli sponsor aiskrim, Nadia sponsor buah anggur dan air mineral.
Thanks ye korang...
Semoga korang pun murah rezeki dan bahagia dengan pasangan masing-masing.

Amin..

Lepas beli makanan, kitorang lepak kat tepi laut mengadap Pulau Jerejak.
Makan aiskrim, buah anggur sambil amik angin malam.
Serius best kat sini.
Ramai yang datang lepak kat sini.




Masing-masing jadi mangsa aku.
Terpaksa korek tabung. Hehehe..



Lepak kat tepi laut.
Ambil pic jambatan Pulau Pinang.



Tokeh sponsor aiskrim - Wazli



Bismillah....



Tokeh sponsor dinner kat Denai Tropika - Zulfadzli



Tokeh sponsor anggur dan air mineral - My yayunk bucuk!



Three of you... Thanks for being my best fren ever~



Kudapan tepi laut



UFO! Larikkkkk...



800 ml? Mampu ku habiskan bersama Nadia :)
Tu pun dia separuh jalan dah surrender. Haha..



Hambik kau!
Aiskrim ni dia buat macam air je...



Alhamdulillah setel... =)
Jom balik.


Esok pagi suami Nadia tengok pic ni kat wall dia, terus kecik hati sebab Nadia kuar dengan 2 orang lelaki.

Persoalan si suami : "Kenapa gambar Yati tak de?"


En Sepul, oiiiiiiiii.. Dah aku yang snap pic, memang la muka aku tak ada.
Nak aku camwhore? Tak kuasa aku!
Hahaha...

Anyway, sori ye Sepul... Sebab bawak Nadia jalan-jalan.
Ampunnnn~~~

Sunday, February 5, 2012

Sengal

Motif pad Kotex ada corak segala bagai??
Padahal tak ada sesape pun nampak corak pad tu.

Sengal~




Thursday, February 2, 2012

Denai Tropika Part 2

Chakkkk!
Hari nak hapdet pasal Denai Tropika.
Again!

Tadi ada exam JIF 212 (Optics).
Serius merapu jawapan aku.
Alaaa.. Soalan objektif, ape ada hal?
Soalan diberi, jawapan pun diberi jugak.
Siap ada 4 jawapan untuk 1 soalan.
Tapi cuma 1 je la yang betul pun.
Lagi 3 tu adalah perangkap samar.

So agak-agak tak tahu jawapan, aku lambung dadu je.
Kalau dadu tak ada, aku main nyanyi One Two Jus.
Sambil nyanyi sambil kira kat jawapan A or B or C or D.
Kat mana pen aku benti bila lagu dah stop, itu la jawapannya.

Mudah kan?

Hahaha...

Lepas Maghrib, aku keluar dengan Adah dan Kak Lin.
Mulanya nak ke Restoran Pak Husin.
Tapi tutup, so kami melencong ke Denai Tropika.
Denai Tropika ni bertentangan dengan kedai Pak Husin.

Aku nak ajak Nadia ikut join sekali.
Tapi dia ada exam differential equation pukul 8pm, so dia tak ikut la.

Jangan sedih-sedih ye dear..
I bawak balik gambar lauk pauk untuk u..
Itu je la yang ada pun.
Nak bungkus makanan, semuanya dah selesai masuk perut :)

Tadi masa nak keluar dari bilik Nadia, dia buat muka sedih.
Sejibikkkk macam muka Puss in boots.
Muka serot-berot, air mata bergenang-genang...

Yanggg oiiiii...
Itu bukan muka Puss in boots, tapi tu muka mintak penampar!

Pangggggg~
Hahahahahaaaaa...

Takpe..Takpe...
I dah belikan u jus carrot susu.
Jangan sedih-sedih ye...


So entri kali ni khas untuk dirimu, wahai sayangku..

Nor Nadia Binti Mohd Khairi..
A.k.a --> ASPALELA

Hikhikhikkk...

Layan saja gambar ini sampai meleleh-leleh air liurmu.
Kalau bantal dah lencun, sila lap sendiri ye.



Pintu masuk ke Denai Tropika.
Ada pokok krismas dan air terjun lagi. Feeling-feeling korea pulakkk~



Kak Lin dan Adah yang sedang memikirkan sesuatu.
Tak payah fikir-fikir. Sambar je apa yang korang nak.
Aku dah letih nak fikir masa exam tadi. Ni lagi mau fikir macam-macam pulak!
Tak kuasa Mak Jemah!



Tu dia mak buyung dah mulakan operasi 'mencandak' sotong.
Hasilnya cuma 3 ekor. Hehehe..
Tapi berbaloi-baloiiiii!



Sotong yang besarrrr.
My faveret ni.. Sotong kami order goreng tepung je.
Tapi hasilnya macam 'tepung goreng sotong'.
Sebab banyak tepung dari sotong.
Hahaha..



Hasil kerang-kerangan.



Pilihan ikan tak banyak
Setakat siakap, pari, kembung. Itu je.
Udang besar-besar gak, tapi kuantiti tak banyak.



Suasana kedai makan



Menu ala-ala sijil penghargaan.
Kreatif!


Press For Service
Kau mampuuuu??
Si Adah ni berpuluh kali duk menekan bell ni.
Sekejap sekejap dia tekan.
Sekejap sekejap dia tekan.
Sampai naik fed up budak pelayan tu.
Terus dia tukar dengan kawan dia, tak nak datang ke meja kami dah!



Ni dia hasil candakkan sotong Adah dan Kak Lin.
Hanya 3 ekor sotong, mendatangkan hasil yang membuak-buak.
Sumpah memang banyak. Sampai buntang mata kami melihatnya.



Kailan ikan masin



Daging masak 1000rasa.
Segala macam bahan diorang ni campak dalam lauk ni.
Serai, halia, lengkuas, bunga kantan, daun limau purut.



Ayam goreng kunyit



Tomyam campur.
Berapi-api stove dia. Hehee...



Tadaaaa~~
Menu kami malam ni.
Total bil : RM69.70 (beverages included)


Puan Nadia, penJELESan dari pihak Puan amat kami alu-alukan.
Sekian.

BR1M

Last week sebelum aku gerak ke Penang, aku dan En Zul pergi ke Menara PGRM untuk setelkan urusan income tax under pembelian rumah kedua kami.

Sampai sana kena isi borang untuk daftar income tax (aku benci isi borang).
Then ada pulak dokumen yang belum di fotokopi oleh En Zul.
So terpaksa la turun dari PGRM dan pergi ke 7-Eleven untuk fotostat dokumen.

Naik balik pejabat income tax, kitorang pun terus ambil no giliran.
Sambil tunggu no dipanggil, kitorang lepak kat area borang BR1M.

Tahu apa itu borang BR1M?
Bantuan Rakyat 1 Malaysia.

Bantuan ni khas untuk rakyat Malaysia yang mempunyai pandapatan isi rumah kurang dari RM3000.
Ulang suara, kurang RM3000.
Dan yang paling penting, MESTI RAKYAT MALAYSIA.

Masa aku tengah tunggu no giliran dipanggil, aku ditegur oleh seorang perempuan muda.
Umur dalam lingkungan akhir 20-an.
Suara macam cover-cover je...


Lady : Kak, tumpang tanya. Sini ada tempat fotokopi IC?

Aku : Sini tak ada. Tapi kalau awak keluar dari bangunan ni, awak pergi ke 7-Eleven kat tepi bangunan ni, ada la.

Lady : Oh, ok. Terima kasih. Borang ni nak hantar ke mana kak?

Aku : Borang ape erk?

Lady : Ni borangnya ini...

Aku : (BR1M) Oh, borang ni hantar ke kaunter sana.

Lady : Terima kasih banyak-banyak kak.



Tiba-tiba dengar perempuan tu memanggil seorang perempuan yang lebih berusia.....


Lady : Ke mari! Borangnya hantarin ke sana. Sana.... Bukannnn... Sana! Kakak tu bilang hantarin ke sana. Enggakkkkk... Sana!!!! (sambil tunjuk kaunter)


Hampehhhhh!!!
Indonesia rupanya..
Hmmm. No komen la bab-bab macam ni.




Kaunter BR1M yang sentiasa ramai orang.



Abang si Baju Hijau pun beratur sama.


Lepas no kami dipanggil, En Zul terus ke kaunter.
Tapi sedikit pelik la dengan kaunter tu.


Apa erk yang pelik??
Hmmm.....



Kaunter Khas OKU.

Eh?




Tuesday, January 31, 2012

Tangan kanan memberi sorokkan tangan kiri

Rasanya kalau nak buat amal jariah (tak kesah la seguni ke, sekampit ke, mahupun sekilo beras), tak perlu kot nak upload pic kat FB dan bagitahu kat semua orang tentang kebaikkan kita kan?
Siap 'LIKE' kat pic sendiri!


*Peringatan juga untuk diri sendiri.

Hadiah di dalam Beg Wanita Belanda

Ini adalah entri yang serba-serbi ringkas.
Sekadar nak mengucapkan rasa syukur dan berterima kasih atas pemberian ini dari seorang teman.
Nasib baik ada blog ni. Boleh simpan kenangan pemberian ikhlas ini.

Terima kasih Kak Lina =)

Sebenarnya Kak Lina nak bagi hadiah kat Ika dan Aleeya.
Satu hari tu Ika tengah main game kat FB aku.
Tetiba Kak Lina masuk chat box aku.
Dia ingatkan aku yang tengah online.
So si Ika pun 'layan' la chat dengan Kak Lina ni.


Kak Lina : Kalau kakak dapat no periksa dari 1-10, aunty bagi hadiah. (Kak Lina ni maksudkan peperiksaan tahun 2012)

Ika : Kakak dapat no 3. (budak ni cerita keputusan pekse dia tahun 2011. MOTIF = NAK HADIAH!)

Kak Lina : Ok, nanti aunty belikan hadiah.

Ika : Adik dapat no 4. (Nak angkut semua suku sakat kau dalam perjanjian ni pulak? 'Masak' la aunty Lina nak belikan hadiah)

Kak Lina : Ok, nanti aunty belikan hadiah untuk adik sekali. Nak hadiah apa?

Ika : Gam (Tak payah mintak la, buat malu kat orang je)

Kak Lina : Takpe. Nanti aunty belikan colour.



Dan satu bag diterima.....


Dutch Lady Bag
Dalam Bahasa Melayu : Beg Wanita Belanda
Eh, ye ke?



Bukak bag nampak tupperware.
Siap ada cheese tart.
Sedap :)



Sekali aku nampak POLO!
Wahhhh.. Ni hadiah sape ni? Aku ke, budak-budak ni?
(Aku tak pernah dapat keputusan cemerlang pun..)



Purse.
Alhamdulillah, aku dapat purse baru.
Eh, mesti la untuk aku kan?
Takkan untuk bebudak tu kot?



Ni hadiah untuk Ika dan Aleeya.
Sorang dapat kaler pensel dan kaler magic.



Terima kasih Aunty Lina.




Toyota KE10

Kebelakangan ni En Zul dah mulai menggila dengan kereta old fashion.
Tiap-tiap hari dia bukak mudah.com nak survey kereta lama.
Model yang dia suka Toyota KE10.
Kalau sekarang ni kira-kira kategori Altis or Vios la...

Dia kata kereta tu cantik, antik, kalau kasi make up sikit kompem semua orang pandang (ye ke?)
Aku tak faham kenapa mesti kereta ni?
Dalam banyak-banyak hobi, tang nak menjaga benda lama ni jugak yang dia berkenan.
Nak servis la, nak maintenance la, nak beli spare part la.
Semua tu memerlukan kos yang tinggi.
Ada yang sampai makan berpuluh-puluh ribu ringgit.

Jumaat lepas aku temankan dia pergi tengok kereta tu.
Ada sorang lelaki ni yang ada hobi beli kereta lama, kasi repair sikit-sikit then jual pada orang.
So En Zul nak pergi tengok kondisi kereta tu.
Kalau dia puas hati, dia nak beli.

Dah jumpa owner kereta, En Zul siap test drive lagi kereta tu.
Konon-konon bunyi enjin slowwwww je.
Eleh, kalau nak sedapkan hati aku, memang la dia puji kereta tu melambung-lambung.
Padahal bunyi enjin tu macam motorbot.
Dari jauh dah dengar macam nak meletup.

So far dia just survey je dulu.
Belum jumpa yang betul-betul dia berkenan.
Kalau dah jumpa, kompem dia beli.
Pastu dah penat-penat servis, sekali kereta tu buat hal.
Meragam sepanjang masa.
Hujung-hujung naik moto cup je.

Tak apa.
Take ur time, bangggg...

Biar jangan jumpa yang dia berkenan.
So tentu belum kompem nak beli.

Hmm...


Yang botak tu bukan En Zul ye. Itu owner kereta :)




Sunday, January 29, 2012

Selamat kembali ke sekolah

Bermula 29/01/2012 sampai 12/02/2012 Kursus Intensif kat USM bermula.
Masa ni mula la aku kelam kabut nak study la, buat assignment la.
Padahal 6 bulan sebelum tu tak nak pulak aku study.
Dah hujung-hujung baru nak buat kecoh.

Ni dah masuk USM pun still boleh update blog?
Pastu hapdet status cakap "What a hectic day~ Bla... Bla.. Blaaaa...."

Konon je penat, padahal setakat drive 3jam setengah dari KL ke Penang, pastu wat sikit-sikit assignment, angkat barang masuk hostel, itu kira penat?

Ptuihhh!

Semalam aku lewat bangun. Set alarm pukul 5.30am, sekali aku bangunnnnn~~~
Huh, serius lambat! Tak payah nak state pukul berapa, memang lambat!

Kelam-kabut mandi, siapkan order kek coklat Fadhila, then terus amik Nadia kat LRT Universiti.
Nasib baik aku janji dengan Nadia pukul 9am, memang aku sampai dalam 9.03am.
Legaaaa...

So bertolak dari KL pukul 9.30am. Sampai Juru dalam pukul 12 lebih, dah nak pukul 1pm.
Kitorang stop kat Juru dan terus call Kak Lin cakap dah sampai.

Gila terkejut Kak Lin sebab tak sangka kitorang sampai awal.
Dia janji nak masak, tapi sebab kitorang sampai awal so dia belum masak apa-apa lagi.

Never mind la kak Lin. Kitorang tak kesah.
Dah dapat tumpang tidur kat rumah kak Lin pun dah besar nikmat dah.
Semalam kak Lin masak ayam kicap berempah. Memang sedap.
Untuk makan malam kak Lin masak bihun tomyam.
Berselera aku makan masakan kak Lin.
(ni sejak bila yang aku tak pernah berselera ni?)

Sampai malam aku buat assignment.
Dah pukul 2am, tinggal 1 je lagi assignment yang belum siap.
Serius aku surrender!
Ngantuk sangat~~~~~

Pagi tadi pukul 5am aku dah bangun.
Memang malasssss sangat nak bersiap. Mata masih mengantuk.
Badan masih letih-letih.
Huhuhu..

Pukul 8am kitorang bertolak dari rumah kak Lin ke USM.
Alhamdulillah jalan clear.
Sampai USM terus check in hostel. Dapat kat Alam Damai.
Tahun lepas duduk kat Restu. Sumpah jauh hostel dari dewan kuliah!
Kalau nak menapak dari Restu ke USM, memang melecet celah kangkang aku yang montok ni.
Bergesel-gesel je lemak peha ni.

Tahun ni dapat Alam Damai, kira macam central dalam USM la.
Senang nak pergi ke semua tempat.

Lepas check in bilik, aku dapat bilik kat ground floor.
Wahhh.. Gila best la! Thanks kak Lin sebab berjaya pujuk pegawai warden tu.
Thanks kat Adah jugak sebab pregnant time intensif ni.
Tuah ayam nampak di kaki. Tuah aku pada perut Adah.

Eh? :)

Penat gila nak bawak masuk barang.
Pas check in, pergi daftar pengajian. Sekali ternampak "Inspira" kat Dewan Peperiksaan B.
He still good looking like usual.
Hehee.. (Ampun En Zul~)

Balik daftar pengajian, kitorang lunch.
Tapi lunch pukul 10.30am.
Tak tahu la ni kategori lunch ke, breakfast ke, brunch ke..
Janji perut aku kenyang.



Student prize
Nasi putih, ayam goreng rempah super dupper best, sambal tauhu.
Only RM3.50.
Percaya tak?
Kalau kat kedai makan lain kat KL mampus nak dapat harga macam ni.


Campur air sunquick RM1.
Total RM4.50


Penat nak mengharungi hari ni.
Kelas, assignment, borak-borak dengan kawan-kawan yang dah setahun lebih tak jumpa.
Eh, Nadia tak termasuk.
Dia aku jumpa tiap-tiap bulan.

Kan Nadia, kan? :p


Ok, nak tidur.
Nak 'claim' balik sleeping hour yang tertunggak sejak minggu lepas =)

Saturday, January 28, 2012

Tetap nak update

Aku baru sampai ke Penang untuk Kursus Intensif.
Agak-agaknya aku mungkin susah nak update diari aku ni.
Sedangkan sepanjang bulan ni aku jarang update sebab nak siapkan assignment, ni kan pulak nak menghadap exam dan kuliah kat USM ni.

Arghh... Banyaknya benda nak buat kat Penang ni!
Mungokksss laa!

Ok, ini adalah entri sepanjang aku kat Penang.
Ringkas, padat dan berpuaka!

Entri seterusnya selepas tamat Intensif.
Sekian.