It's me.. Juz me... Only me!

If you don't like my words, don't listen.
If you don't like my appearance, don't look.
If you don't like my actions, turn your head.
It's as simple as that.

A wife to a loving husband. A mum to a adorable daughters. A daughter to such a caring parents. A good friend to a good people. Homechef that cook like nobody business.

~I’M NOBODY.. but nobody perfect. So, I’mPERFECT!

My Love's Path

Daisypath Anniversary tickers

Monday, January 23, 2012

From My Kitchen : Siput Sedut Masak Lemak Cili Api

Minggu lepas aku bawak anak-anak pergi main layang-layang.
Lepas kitorang main kite, kitorang shopping ke NSK.
Masa kat NSK, anak-anak aku sibuk nak makan siput sedut.
Pandai ke diorang makan?

Diorang cakap pandai makan siput sedut.
Ok, aku nak tengok tahap kecekapan sedutan korang tu.

Aku beli siput sedut dalam setengah kilo.
Agak mahal jugak siput ni. Sekilo RM10.
So aku amik setengah kilo je, sebab takut tak tersedut pulak.

Sampai rumah En Zul tolong aku potong hujung bontot siput tu.
Orang cakap tu petua untuk memudahkan penyedutan siput tu.
Yeke? Tapi kalau dah memang tak ada bakat nak menyedut pun tak jadi jugak kan?

Siput sedut tu aku masak lemak cili api dengan keladi.
Keladi pun beli kat NSK.
Malam tu menu kitorang lain sikit dari kebiasaan.
Sebab belum pernah lagi aku masak siput selepas aku kawin.

Ok, ni cara orang KL masak lemak cili api ye.
Berbeza dengan orang Negeri Sembilan. So jangan la ada sesapa nak marah aku kalau resepi ni termurtad sikit dari jalan yang benarrrrrrr..



Bahan-bahan :
  • Siput sedut
  • Keladi
  • Santan
  • Cili api
  • Bawang merah
  • Bawang putih
  • Kunyit hidup
  • Serai (dititik)
  • Daun limau purut
  • Garam dan perasa secukupnya

Cara-cara :
  • Potong hujung siput sedut dan bersihkan.
  • Tumbuk cili api, bawang merah, bawang putih dan kunyit hidup sampai lumat.
  • Masukkan bahan yang ditumbuk di dalam periuk bersama santan, keladi, daun limau purut dan serai.
  • Masukkan garam dan perasa secukupnya.


Jemput makannnnn~


Kaler dalam hp ni tak seberapa nak kuning la.
Nape erk? Harus tukar HP baru kottttt...



Ok, ni masuk bab cacian dan makian pulak.
(Harus ada!)

Kan aku beli keladi kat NSK tu.
Keladi tu serius GATAL!
Bukan gatal menggedik, tapi gatal kat tekak.

Bahabi betul sape supplier keladi tu.
Aku baru je nak merasa kemasinan kuah masak lemak tu, terus menyengat kegatalan keladi kat tekak aku.
Itu baru nak merasa kuah, belum lagi nak makan lauk tu.
Sampai aku rasa nak jolok sudip masuk dalam mulut semata-mata nak garu tekak aku tu.

Aku serius tak faham kenapa ada orang yang gila tergamak jual keladi gatal?
Seingat aku Maklang pernah tanam keladi.
Masa tu dia tak tahu yang keladi tu gatal. Lepas dia tahu, terus dia cantas semua keladi tu.
Now dia jual keladi yang tak gatal. Alhamdulillah rezeki Maklang mencurah-curah dengan meniaga sayur ni.
Malah kalau ikutkan gaji jual sayur dia dah nak melebihi gaji aku.

Ok, pasni nak benti keje dan jual keladi lagi baik.

Aku maafkan supplier yang jual keladi tu.
Tapi kalau nak aku halalkan duit aku beli keladi tu, mintak mahap.....
Kesian anak-anak aku gatal tekak.
Malam tu kitorang kutip siput semata-mata.
Kuah dan keladi memang dah tolak tepi.

Lepas makan dinner, En Zul kopek buah durian.
Alasannya, makan buah durian boleh ubati gatal tekak.
Eh, yeke?


Serius comot budak ni.




Sunday, January 22, 2012

From My Kitchen : Ayam Masak Lemon

Dulu masa bujang-bujang dulu aku selalu makan kat kedai Awe kat Taman Midah.
Kalau kat situ aku suka Nasi Goreng Sultan (ada gajus & kismis), kuew teow kungfu, nasi goreng tomyam, ikan kembung masak sweet sour, tomyam campur, sup ekor dan ayam masak lemon.

Eh, banyak nya yang aku suka makan?

Hm, senang cita aku ni memang suka makan segala jenis makanan yang ada kat kedai Awe tu.
Tak payah la nak cover-cover mention menu tu, menu ni. Sedangkan semua menu dalam list memang aku suka makan pun.

Rasanya sejak akhir-akhir ni aku teringinnnnnn sangat nak makan Ayam Masak Lemon yang masam-masam manis tu.
First time aku makan lauk tu kat kedai Awe la. Sejak dari tu aku memang suka order lauk ni.
Tapi rasanya ramai kawan-kawan aku yang tak berapa gemar lauk ayam lemon sebab dia rasa masam.

Aku peduli hape?
Janji aku kenyang.

So lepas aku search resepi yang menghampiri rupa dan rasa Ayam Lemon kedai Awe tu, aku pun try buat petang tadi.

(Aku konfius la. Aku ni sebenarnya rindukan lauk ayam lemon ke, aku rindukan si Awe tu??)


Petang tadi lepas hantar Nadia balik, aku terus ke Tesco nak beli bahan.
Beli ayam je pun. Lemon memang dah ada kat dalam esbok.
Kat rumah memang ada ayam, tapi bahagian ayam tulang.
Lauk ni sedap kalau buat bahagian ayam daging.


Daun-daun coral tu bukan saja-saja aku letak nak kasi cantik ok.
Daun tu memang faveret aku. Awet muda la konon-kononnya.


Lepas beli ayam, aku start masak.


Bahan-bahan :


Ayam :

  • Ayam (dipotong memanjang)
  • 1/4 cawan tepung jagung
  • 2 sudu besar air
  • 2 sudu kecil lada hitam
  • 2 biji telur kuning
  • Garam secukup rasa

Sos lemon :
  • 1/4 cawan jus lemon (aku guna 1 biji lemon untuk mendapatkan 1/4 cawan jus)
  • 1 cawan air
  • 2 sudu besar tepung jagung
  • 1 sudu madu
  • 2 1/2 sudu besar gula
  • 1 sudu besar butter
  • 1 sm halia (dihiris halus)
  • 2 sudu besar cordial sunquick (untuk rasa masam dan kaler oren)

Cara-cara :

Sos Lemon :
  • Cairkan butter guna api perlahan. Tumis halis hingga naik bau.
  • Masukkan jus lemon, madu, gula, cordial sunquick dan air. Biar mendidih (api perlahan)
  • Bancuh tepung jagung dan masukkan ke dalam sos. Biar pekat.
  • Pastikan rasa masam dan manis sekata.

Ayam :
  • Potong ayam memanjang dan bersihkan. Tos sehingga kering.
  • Gaul ayam dengan garam dan lada hitam. Biarkan perap 10 minit.
  • Bancuh tepung jagung dengan air.
  • Masukkan kuning telur dalam jagung. Gaul sampai sebati.
  • Celup ayam dalam bancuhan tepung dan goreng dalam minyak sederhana panas (guna deep fried).
  • Lepas ayam jadi kuning keemasan, angkat dan toskan.
  • Curah sos lemon ke atas ayam
  • Ok, siap!!!


Sedang elok aku siap masak sos, aku beralih nak masak ayam pulak.
Baru siap goreng ayam 1 round, tetiba gas pulak habis!

Hahahaharammmmmmm!!!

Aku punya tunggu mamak tu datang hantar tong gas sampai tertidur aku dibuatnya!
Pas tukar tong gas, sambung balik goreng ayam.

Ni semua salah En Zul. Hari tu dah elok-elok nak pergi amik induction cooker aku kat Arezzo, alih-alih dia pergi ajak aku shopping oven, microwave, blender, mixer dan aircond. Terus aku lupa nak ambik induction aku. Dah bertahun benda tu kat Arezzo, ntah bila nak pergi ambil.

Kalau ada induction, tak perlu la aku nak bergaduh-gaduh gas habis. Sebab induction pakai letrik je.
Kan, En Zul kan???

Tadi aku call En Zul nak mengadu pada gas dapur habis.

Sekali respon diaaaaaa :

- Hujung bulan bil letrik kompem melambung. Sebab yati asyik bakar kek, guna mixer, asyik panaskan lauk semalam punya semalam, aircond memanjang-manjang on, lappy sentiasa charge, dalam esbok simpan segala macam makanan sampai suhu set Cool paling high. Tu belum sebut pasal main FB sepanjang hari.
(Eh? Tang kau tengok Youtube memanjang-manjang tu tak ungkit bangggg?)

- Pastu bila letrik tak ada, yati buat alasan tak nak masak. Sedangkan guna dapur gas pun malas nak masak, inikan pulak kalau dapur letrik. Kompem nanti yati saja-saja pergi shortkan litar DB tu.
(Dasyat betul pemalas aku ni ye?)

- Pakai dapur letrik ni high maintenance. Kena cari kuali, periuk dan sudip stainless steel yang tebal. Setakat stainless steel kat Tesco tu, sekejap je dah jahanam. Baru masak sekali dua dah melekat segala macam benda kat periuk tu. Kalau nak yang berkualiti, harganya mahal. Kita tak mampu sayanggggg... 
(Oooo.. Time aku mintak beli periuk belanga, beli kuali, beli tempayan, masa tu la baru nak ambil hati aku panggil sayang la, darling la. Tapi kalau aku tak minta apa-apa, selamba badak je panggil aku BIBIK kan?)


Sebab tu abang tak nak amik induction tu, sayangggggg...


Eeee....
Mencik!





Saturday, January 21, 2012

Patah Tumbuh Hilang Berganti

First time aku pakai HP masa umur aku 17 tahun.
Lepas je aku habis SPM, masa nak tunggu result aku sempat kerja kilang kat Ulu Kelang.
Dapat je gaji bulan pertama aku bagi separuh pada Maklang.
Tak banyak pun yang aku dapat sebab aku masuk pun dah setengah bulan. So dapat gaji untuk setengah bulan je la. Baki nya aku buat belanja.

Dapat gaji bulan kedua, aku beli hp =)
Tapi aku beli sim card je pun. Hp nya Maklang yang sponsor.
Hehehe.. Terima kasih mak!

Zaman dulu-dulu simcard memang mahal. Sampai ada yang mencecah ratusan.
Makin cantik no tu, makin mahal harganya.
Masa tu aku pakai no 017. Bukan Maxis, tapi Timecell.
Lepas beberapa bulan baru Maxis beli no Time cell ni.
Harga simcard lebih kurang RM68 kot. Lupa la.
Harga HP lebih kurang RM400 lebih.

Hp pertama aku Nokia 2100.
Itu pun dah rabakkan RM400 duit Maklang.
Aku amik kaler biru.
Sebelum aku beli, promoter tu offer 2 jenis hp kat aku.
Dua-dua nokia. Tapi satu model 2100, satu lagi aku tak ingat model apa?

So aku pilih model 2100 sebab nampak feminin.

Hp je nampak feminin.
Tapi aku tetap kasarrrrrr.



Kat belakang boleh letak gambar.
Potong gambar ikut saiz Hp, then bukak casing and simpan kat belakang.
Ala-ala wall paper gitu.
Masa tu aku taruk gambar aku dengan A. Hehee..


Tak sampai setahun aku pakai Hp tu, aku sambung belajar STPM.
Masa tu dah boleh bawak hp ke sekolah.
Sekolah aku advanced sikit. Even budak form 1 pun boleh bawak ipad or hp.
Kalau form 5 or 6, memang tak de hal la nak bawak apa-apa pun.
Sedangkan kereta pun boleh bawak ke sekolah, inikan pulak Hp.

Naik form 6 aku tukar hp baru.
Hp yang Maklang belikan tu, dalam diam-diam aku trade in dengan Hp baru.
Jahat kan aku?

Dua minggu lebih jugak aku sorok hp tu dari Maklang.
Kalau aku nak main sms or call orang, aku pastikan aku jauh dari Maklang.
Takut beb kalau Maklang perasan.

Dah lama-lama tu, aku berani tunjuk Hp tu depan Maklang.
Sebab aku yakin Maklang tak ingat pun rupa hp lama aku.
Maklang kan pelupa!
Hahaha..

Masa tu aku beli Hp Nokia 7250i.
Sebelum tu keluar model 7250. Tapi dia upgrade jadi 7250i.
Harga RM1000 lebih. Tapi dapat kurang jadi RM999.
Masa tu aku kumpul duit raya (aku still dapat duit raya sampai umur 23tahun).
Duit raya ada la dalam 400-500. Selebihnya aku kumpul guna duit belanja sekolah.

Sehari Maklang bagi duit belanja RM10.
Tolak duit makan, duit tambang bas dan duit topup, baki ada dalam RM2.

So kalau nak menyimpan, kenalah jadi bijak (bila nak pakai duit, baru jadi bijak. Kalau tak nak pakai duit, kompem duit tu akan habis).

Ok, duit topup RM5 tahan 3 hari.
Dulu-dulu boleh buat fast call. Bila kita call kawan kita, cakap dalam 2-3 saat, terus letak.
So kredit tak tolak.

Selalunya aku buat fast call ni bila nak call kawan kelas. Tapi syarat kena cakap laju-laju. Kadang-kadang sampai kawan sebelah sana tak sempat nak cakap apa-apa.

"Weh, masuk lab!"
"Aku kat kantin"
"Aku lepak kat kelas Jiha" (Letak) (call balik) "cikgu masuk bagitau aku"

Hahaha.. Kompem duit top up tak luak!

Bila dah topup tak perlu beli, so jimat RM5 aku.
Makan pulak tak payah beli kat kantin.
Suruh je Maklang masak, aku bawak bekal.
Kalau Maklang tak sempat masak, mintak duit kat Maklang beli daging burger.
So masak burger dari rumah. Duit belanja dah jimat.

Duit bas pulak murah je. Untuk student duit tambang separuh harga. So jadinya RM0.70 je.

Daripada duit belanja RM10 yang Maklang bagi, aku cuma guna RM0.70 dan simpan RM9.30.
Dalam masa 2 bulan boleh simpan RM200.
Tambah duit raya dah boleh dapat dalam RM800.
Selebihnya adalah duit baki beli buku or duit shopping hari weekend.

Dengan kejimat-cermatan itu aku boleh beli hp harga RM999 dalam masa 2 bulan.
Jenuh la duk kumpul duit tapi pakai pun nak sorok-sorok dari Maklang!
Bengong.

Harus warna biru. Supaya Maklang tak perasan ini adalah hp baru.

Lama jugak aku pakai HP ni.
Sejak aku umur 18 sampai umur 23tahun.
Aku guna Hp ni selama 6 tahun tak pernah tukar ganti HP baru.
Sedangkan hp ni dah menggelembung sebab dah lama sangat penggunaannya.
Kalau aku nak bergayut pun, hp ni kena cucuk dengan charger baru boleh bergayut dengan aman.
Kalau setakat nak call 10-15min tu memang tak de hal la.

Tahun 2008 aku berkawan dengan MNA.
Masa tu dia bagi aku hp Nokia E65.
Kalau tak silap aku dia bagi hp tu masa aku nak outstation ke Bahau.
(masa kat Bahau aku kenal En Zul. Hehe..)
So aku gerak ke Bahau dengan Hp baru laaaa..
Hp 7250i aku still pakai. So masa ni aku pakai 2 no, Maxis dan Celcom.
Senang sikit nak masuk Felda kalau pakai 2 no.
Sebab tak semua kawasan yang ada liputan hp ni.

Lepas beberapa tahun aku pakai 2 no, aku decide nak pakai 1 no je.
Tak larat nak topup no Celcom sebab aku jarang pakai.
Masa tu aku dah jarang buat QC lapangan, tak perlu nak keluar sangat.
Hp 7250i aku jual kat Hapizal (dia ni PA ofis aku) dengan harga RM30.
Kira ok la. Walaupun bateri dia macam hidup segan mati tak mahu, tapi hp tu still boleh call, sms dan mms.
Kamera pun still ok lagi. Kira berbaloi la harga RM30 tu.


Lepas jual hp 7250i, aku setia pada HP E65 ni.
Tapi kesetian pada hp ni mulai pudar lepas kesetiaan aku pada MNA berpudar jugakkkkk..
Nak buat macamana, jodoh tak panjang.
Hp ni pun dah jadi tukun kat dalam bekas kotak aku.


Lepas aku clash dengan MNA, aku berkawan dengan Z.
Z tu kedekut. Tak payah mimpi la nak dapat apa-apa hadiah dari dia.
Mampus hidup balik pun belum tentu dapat hadiah.

Then aku berkawan dengan En Zul.
Masa ni aku still pakai hp E65.
En Zul tahu hp tu MNA yang bagi. Lagipun hp tu dah tak ada apa-apa makna lagi pada aku.
Lepas aku dan En Zul nak kawin, dia bagi Hp N8 sebagai hadiah hantaran kawin.
Nama je hantaran kawin, tapi belum pun nikah aku dah kelebet hp ni.
Bila lagi seminggu nak nikah, aku mula kelam kabut cari kotak hp ni untuk jadikan hantaran kawin aku.

So Hp yang MNA bagi tu aku campak je dalam bekas kotak aku buat tukun dan lipas boleh buat port untuk beranak pinak.


Hadiah En Zul harus lebih canggih dari hadiah orang lain.
Baru la kembang hidung dia. Hehehe..
Pasni nak beli hp baru laaaaa...
Dah berkenan kat tablet phone ni. Hihi..




Tuesday, January 17, 2012

Apa ada hal?

Sabtu lepas aku lepak ofis En Zul sambil layan blog dan tunjuk semua gambar hasil baking aku kat anak-anak.
Masa tu En Zul tengah tengokkan ambulans dengan kawan dia, Azmi dan sorang kerani (tak tahu nama dia).
Sungguh teruja anak-anak aku tengok segala macam jenis kek yang tak seberapa nak jadi tu.

Sambil-sambil tu aku bagi diorang dengar suara aku dan En Zul berduet kat entri SINI.

Kusyukkk je diorang dengar.


Aku : Cuba teka ni suara siapa?


Aleeya : Ntah.


Aku : Ni suara ayah la.


Ika : Aah laaaa.. Ni suara ayah.....


Aku : Haa... Yang ni suara siapa? (Hmm... Mesti diorang kenal suara aku)


Aleeya : Ni suara kawan ayah. (Eh, pulak dah!)


Aku : Kawan ayah? Siapa?


Aleeya : Tuuu.. Yang lelaki tu kat luar tu.


Aku : Ni suara Mummy la :(


Aleeya : Ye ke? Nape suara macam LELAKI?



Ok, fine!




Monday, January 16, 2012

From My Kitchen : Asam Pedas Ikan Kembung



Semalam lepas main layang-layang dengan bebudak tu, kitorang ke NSK nak shopping barang dapur.
Lepas je aku pilih udang (kena pilih yang besar-besar. Kalau setakat besar jari Ika, kompem En Zul tak pandang), aku pergi timbang udang dan ikan.
Pastu aku ke tempat ayam, nak pilih ayam pulak.
Sebelum aku gerak, aku suruh En Zul ambil udang dan ikan yang dah di timbang tu.
Bila sampai rumah tengok-tengok dia bukan ambil plastik udang dan ikan.
Tapi ikan dan ikan!
Ntah sape punya ikan la yang dia rembat.

So ada lambakan ikan kat rumah aku sekarang ni.
Minggu ni sampai minggu depan aku akan masak ikan je memanjang.
Sampai la stock ikan kat rumah aku ni habis.

Malam ni aku masak asam pedas ikan kembung.
Malam esok aku masak ikan kembung sweet sour.
Malam lusa aku masak ikan kembung masak singgang/pindang.
Malam tulat aku masak ikan kembung masak kicap.

Amacam?
Ada sape berani nak try lawan lauk aku sepanjang minggu ni?

Jom start masak Asam Pedas Ikan Kembung.


Bahan-bahan :
  • Ikan kembung (apa jenis ikan pun boleh)
  • *15 tangkai cili kering (di potong dan direndam dalam air panas)
  • *2 ulas bawang merah
  • *2 ulas bawang putih
  • *1 sm kunyit hidup
  • 5 batang bendi
  • 1/2 cawan air asam jawa
  • 1 batang serai
  • daun kesum
  • daun limau purut
  • Garam dan perasa



Bahan penaik bau, pelengkap rasa.



Cara-cara :
  • Siang ikan dan bersihkan.
  • Blend bahan-bahan yang bertanda * sampai lumat.
  • Tumis bahan yang sudah di blend sampai naik bau. Masukkan serai dan daun limau purut. Pastikan jiran anda sekeliling sudah mulai bersin bersahut-sahutan. Itu tandanya bahan tumisan sudah naik bau. Jika ingin lebih pasti lagi, kalau ada jiran anda yang ketuk pintu rumah anda dan minta resepi, itu tandanya sudah naik bau. Ok?
  • Masukkan air, daun kesum dan bunga kantan.
  • Masukkan bendi, garam dan perasa.
  • Masukkan ikan kembung. Jangan kacau terlalu kerap. Takut ikan jadi hancur pulak.
  • Perah asam jawa. Sebelum masukkan ke dalam periuk, tapis dahulu air tu ye. Jangan sampai kulit, biji dan urat asam jawa termasuk sekali ke dalam periuk. Kalau mak mertua yang makan dan terjumpa urat asam jawa, kan malu.... Tapi kalau mak sendiri yang terjumpa, tak apa la kot. Kan mak, kan?
  • Pastikan rasa masin dan masam itu sekata.


Alhamdulillah, En Zul makan bertambah-tambah 2 pinggan =)




Layang-layang

Semalam aku balik ke rumah Maklang dengan En Zul dan anak-anak.
Sebelum balik kitorang beli KFC buat santapan kat rumah Maklang.
Aku tahu Maklang tak ada kat rumah, dia pergi kenduri kawin ntah sapa ntah. Pukul 2pm baru nak balik rumah.
Sebelum aku jadi kebuluran, adalah lebih baik aku cari makanan dulu.
So aku sambar je la kfc.
Setel.

Sepanjang perjalanan anak aku si Ika duk sebuk-sebuk nak pergi main layang-layang kat Taman Metropolitan Kepong.
Puncanya dulu aku pernah cakap kat diorang, "nanti kita balik rumah Tok Wan, boleh la kita pergi main layang-layang. Taman tu dekat je dengan rumah Tok Wan.."

Masa aku cakap tu kalau tak silap tahun lepas, dalam bulan Nov.
Tak sangka dia masih ingat. So bila En Zul ajak balik umah Maklang, menggelupur la si Ika ni nak gi main layang-layang.

Aku nak bawak diorang gi sana sebab nak cover dari kena bawak diorang gi Sunway Lagoon.
Kat sana kompem-kompem mahal kan. Tiket je dah berapa harga, belum kira masuk bab makan lagi.
Kalau aku bawak bekal sekali pun, sampai sana je mesti ada je benda yang diorang nak beli.
Nak makanan itu la, ini la. Pastu nak beli baju mandi kaler tu, kaler ni. Padahal kau dah siap-siap bawak baju mandi & bekal makanan. Lagi mau merabakkan duit aku & En Zul.

Pastu aku bukan je setakat nak temankan diorang main-main.
Sah-sah la aku kena berbasah sekali kan? Takkan nak temankan diorang mandi, aku kena duduk kat tepi-tepi kolam?
So daripada bawak diorang gi Sunway Lagoon, baik bawak diorang gi main layang-layang.
Setakat harga layang-layang baru RM5-6 je. Parking dan masuk taman pun free.

Masa kat rumah Maklang, Ika dah mula mengamuk-ngamuk nak gi main layang-layang.
Sampaikan aku nak menyembang dengan Maklang pun tak senang.
Lepas kitorang mentekedarah KFC, kitorang terus ke Taman Metropolitan Kepong.

Masa ni aku tengok En Zul macam pasrah jeeeee..
Sebab aku tahu dia malas nak ke sini.
Baru pukul 3.30pm, sah-sah la tengah panas terik kan?

Tak pe la bang.... Bukan mahal pun nak bawak diorang ke sini.
Esok lusa diorang mintak kita bawa diorang ke Disneyland, lagi haru.
So ikutkan je la kehendak suci diorang ni.






En Zul melangkah longlai menuju ke Taman Metropolitan Kepong.


Banyak gerai yang menjual pelbagai jenis makanan.
Eh, nak main layang-layang ke, nak makan-makan ni?


Apek : Yaaa.. Mali pilih adik manis.. Mali pilih...
Oooo.. Tang budak-budak ni bukan main lagi apek ni puji manis.
Kat aku yang keluar duit ni tak nak pulak dia puji manis ke, masam ke..
Huh!


'Hasil' amukan Ika, maka dapat la ia sebuah layang-layang Angry Bird.
Mana cukup satu je kan? Lalu si Aleeya tanpa disuruh terus sambar layang-layang Princess.



Masa ni belum ramai orang lagi. Cuaca sangat terik.
So aku suruh En Zul pergi beli air sejuk. Siap dibelinya kacang kuda rebus.
Bagusnyaaaa laki aku. Kenapa tak dibelinya sekali kopok lekor, nugget, buah, aiskrim?
Baru seronok nak berkelah kat taman ni.



Let's play!
Sorang pegang, sorang tarik.
Last-last cium ke tanah jugak layang-layang tu pergi.
Hahahaa....


Last-last si bapak yang main.
Dah agak dah. Dalam duk malas nak pergi kannnnnn???



Masih mencuba untuk menaikkan layang-layang.
Serius panas. Kulit budak-budak ni memang kental la.
Tak lekang dek panas, tak lapuk dek hujan.
Eh?



Iyahhh! Terbang la dikau ke langit biruuuuuu!!!



Tak penat ke Ika ni? Berlari-larian macam Watson Nyambek.
Aku yang nengok ni yang jadi letih.


Anak aku ni memang la tak kira panas ke, hujan ke, tsunami ke, asal dapat main kompem lajuuuu je!




Tinggi takat tu je la yang berjaya dia naikkan.





Layang-layang mengejar roket!



Kannnn???
Aku dah kata, kompem bapaknya yang lebih-lebih!



Layang-layang orang lain naik ke atas, kau punya duk terseretttttt je kat tanah.



Yeayyyy.. Dah naikkk!! (En Zul yang naikkan)
Elok la main jauh-jauh. Kau duduk la kat tengah-tengah panas tu.
Nak aku temankan? Tak koserrrrrr!



Tak sampai 5min layang-layang terbang tinggi, terus jatuh balik.
Tak ada bakat sungguh Aleeya ni main.



Yang aku naikkan. Siap 'control' slow-slow layang ni ke tempat kitorang yang teduh.
Haaa.. Ada sape-sape berani calen aku?


Layang-layang Ika patah kat tengah. Sebab selalu sangat seret cium ke tanah.
Mode : ANGRY bird!!!
Hahahahaaaa...



Masih memikirkan bagaimana nak betulkan layang-layang dia.
Si bapak pulak tengah melayan Aleeya.
Alahai.... Kesiannya Mummy tengok..
(Tengok je la yang aku mampu. Hekkk)



Melihat layang-layang MALAYSIA megah terbang di langit biru.
Layang-layang sendiri? Still kat tanah. Hahaha...
(Itu layang-layang orang lain yang sama macam Ika punya)




Mamat baju biru ni 'jiran' kitorang kat taman ni.
Si isteri duk dengar radio. Yang anak-anak duk lari berkeliaran.
Yang bapaknya dari awal tak naik-naik pun layang-layangnya.
So En Zul pun tolong la dia untuk naikkan layang-layang dia tu.
Sekali mamat ni cakap, "semalam SENANGGGG je naik. Hari ni tak naik pulak..."
Eh, nak cover malu ke?



En Zul : Ok, fineeeeee~~~
So buat la sendiri!
Terus jalan malas nak layan mamat tu. Berlagak tak kena gaya.
(Gile menyampah aku tengok gaya En Zul. Aku pun tak faham kenapa mesti buat gaya macam ni?)



Gigih mengawal layang-layang masing-masing.
Layang-layang dah terbang setinggi 80m di atas langit.
Diorang sangat happy...
Alhamdulillah..... =)



Ok, masing-masing tengah serius. Jangan kacauuuuu...
Dah hitam berlengas budak-budak ni.
Termasuk la aku ni. Hehehe..



Berdua lebih baik  =)


Lepas puas main, kitorang gi NSK nak beli barang-barang dapur pulak.
Kalau shopping bawak bebudak ni, kompem langsai duit aku nak membeli barang-barang diorang.
Huhu...


Ika : Mummy bila nak pergi Sunway Lagoon pulak?


Banyak cantikkkkk muka kau!
Tak payah!

Love,

Thursday, January 12, 2012

From My Kitchen : Nasi Lemak

Assalamualaikum........


Sila abaikan rupa kacang tanah yang sudah hangus itu :P
Nasi tu aku guna beras Siam. So nasi tu tak melekit (kurang kanji)
Serius aku tak suka nasi berderai macam ni.



Bahan-bahan Nasi Lemak :

  • 1 1/2 cawan beras
  • 1/2 cawan santan pekat (En Zul tak suka berlemak sangat. So boleh tambah jika suka)
  • 2 helai daun pandan (dicarik-carik dan diikat untuk keluarkan bau pandan)
  • 1 batang serai (dititik)
  • 1 sm halia (dititik)
  • 2 ulas bawang putih (dimayang)
  • Air (1 cawan beras = 1 cawan air)
  • Garam dan perisa


Cara-cara :
  • Masukkan semua bahan ke dalam periuk.
  • Tanak nasi sehingga masak

Bahan-bahan Sambal ikan bilis :
  • *10 batang cili kering
  • *2 ulas bawang merah
  • *2 ulas bawang putih
  • 1/2 cawan ikan bilis
  • 1/2 biji bawang besar (dihiris)
  • 3 sudu besar air asam jawa
  • 2 sudu besar gula melaka
  • Garam dan perisa


Cara-cara :

  • Blend semua bahan yang bertanda *
  • Tumis bahan yang di blend sampai pecah minyak.
  • Masukkan ikan bilis.
  • Masukkan garam, perisa, air asam jawa dan gula merah.
  • Masukkan bawang besar yang sudah dihiris.

Bahan-bahan sampingan :
  • Telur goreng
  • Kacang goreng
  • Timun
  • Ikan bilis goreng (optional)


Makan bersama Ayam Goreng Berempah.


*aku dah ngantuk. Malas nak taip entry panjang-panjang.
Huargghhh!

From My Kitchen : Ayam Goreng Berempah

Huarggghhhhh!!!
Mengantuknya bibik.....
Hmmm.. Nak siapkan kerja ofis, tapi mata bibik dah macam koala bear.
So balik awal la hari ni. Boleh masak-masak.
(macam la selama ni tak pernah masak!)

Hari ni masak je ayam goreng berempah.
Rempahnya dah siap semalam masa buat Ayam Goreng Pandan.
So dah siap perap dah pun.
Tinggal goreng je lagi.


Serdak-serdak rempak aku tak taruk sebab masih ada kat dalam penapis minyak =)



Tunggu En Zul balik untuk ngappppp!




Pagi tadi bibik bawa seketul ayam goreng rempah ke ofis.
Kawan-kawan cakap aku dah boleh challenge Kak Norma yang pegang tender makanan Cohort tu.
Wah~ Sungguh terharu!

Pagi tadi sempat jugak bibik mengegarkan dapur lapuk bibik tu nak goreng seketul ayam.
Masa tu En Zul dah gi kerja.
Yaaa.. Majikan harus keluar awal. Jangan malas-malas.
Bibik malas tak pe.
Hahaha..

Kalau ikutkan rempah tu sama je macam ayam goreng pandan.
Cuma bezanya ayam ni tak ada air tapisan daun pandan.
Dan tak perlu la nak susah-susah membalut ayam dengan daun pandan yang aku tak seberapa nak reti balut tu.
Kan senang kalau balut pakai plastik je.
Sekali goreng terus lebur plastik. Kompem ayam jadi rangup macam bawang goreng straw.
Eh.


Bahan-bahan :


  • 4 ketul ayam
  • *1 sudu besar ketumbar
  • *1 sudu besar jintan manis
  • *1 sudu besar jintan putih
  • *1 cm halia
  • *3 biji bawang merah
  • *3 biji bawang putih
  • *5 batang serai
  • *6 batang akar daun ketumbar (basuh dahulu pasir kat akar tu)
  • Garam dan perisa
  • Gula
  • 3 sudu serbuk kari ayam
  • 3 tangkai daun kari
  • 1 sudu besar serbuk kunyit



Cara-cara :


  • Bersihkan ayam dan toskan. Perap ayam dengan garam, perisa, serbuk kunyit dan serbuk kari.
  • Blend bahan-bahan bertanda * dengan menggunakan 1/2cawan air.
  • Masukkan bahan yang sudah diblend ke dalam ayam.
  • Perap ayam sekurang-kurangnya 1jam.
  • Goreng ayam dengan api yang sederhana. Kalau suka pada rempah-rempah tu, boleh gorengkan sekali. Jangan sampai hangus, ok.
  • Bila ayam tu dah setengah masak or hampir masak, masukkan daun kari. Biar garing.
  • Angkat dan toskan.


Ayam goreng berempah ni aku makan dengan nasi lemak. So next entri adalah Nasi Lemak!
Cekkiout~

Wednesday, January 11, 2012

From My Kitchen : Ayam Goreng Pandan

Tadaaa~~~
Ayam Goreng Pandan.



Tadi aku masak Sambal Goreng dan Ayam Goreng Pandan.
Saja nak masak special lain dari yang lain (read : Saja nak menyusahkan diri sendiri).
Ye la, seorang bibik yang berjaya harus pandai menjaga selera majikannya.
Itu pesan ketua bibik masa bibik kat agensi dulu.

Bilangnya kalau bibik enggak bisa memasak yang enak-enak, harus saja dihantar pulang ke seberang.
Waduhhhh.. Bikin bibik takut saja~

Makanya bibik harus masak apa sahaja yang bisa membuatkan perut En Zul bahagia.
Hahahaa..

Ok-ok, hari ni nak masak Ayam Goreng Pandan. Daun pandan bibik suruh je En Zul cantas kat belakang ofis dia. En Zul kan suka berkebun kat belakang ofis tu. Macam-macam ada.. Kadang-kadang serai pun bibik rembat kat kebun tu. Tak sempat nak tunggu serai membesar dah jadi mangsa cantas. Huhu..



Bahan-bahan :
  • 3 ketul ayam (potong kecil lebih kurang saiz ibu jari tangan aku. Haa.. Boleh agak tak macamana saiznya? Hahaha...)
  • 2 helai daun pandan (dikisar, tapis dan ambil air pandannya)
  • *1 sudu besar ketumbar
  • *1 sudu besar jintan manis
  • *1 sudu besar jintan putih
  • *1 cm halia
  • *3 biji bawang merah
  • *3 biji bawang putih
  • *5 batang serai
  • *6 batang akar daun ketumbar (basuh dahulu pasir kat akar tu)
  • Garam dan perisa
  • Gula (maafin dong.. Bibik lupa taruk. Hish, pelupa betul bibik ni. Selalu saja terkenang kampung halaman semasa memasak. Kah~)
  • 3 sudu serbuk kari ayam
  • 1 sudu besar serbuk kunyit
  • Daun pandan untuk membalut (ikut suka banyak mana)
  • Toothpick untuk lekatkan daun pandan (pastikan yang belum guna lagi. Kalau sudah guna jangan recycle. Enggak elok dong. Jangan guna staple. Nanti ada yang mati tertelan dawai kokot)


Cara-cara :

  • Bersihkan ayam dan potong kecil. Perap ayam dengan garam, serbuk perasa, gula, serbuk kari dan kunyit.
  • Blend semua bahan yang bertanda *. Jangan taruk banyak air. Agak-agak 1/2 cawan je dah cukup.
  • Gaul ayam, bahan yang sudah diblend dan air pandan yang ditapis. Perap selama 1/2 jam atau lebih.
  • Balut ayam dengan daun pandan. Ikut suka la nak balut macamana pun. Nak balut style ketupat pun boleh, nak ikat pun boleh, nak gulung-gulung tebal pun boleh. Asalkan guna daun pandan. Jangan guna daun pisang, nanti nama resepi pun kena tukar jugak jadi Ayam Goreng Daun Pisang.
  • Dah balut, cucuk dengan toothpick untuk elakkan ayam terkeluar dari daun pandan.
  • Goreng sampai ayam masak. Ada setengah resepi yang kukus dulu baru goreng. Bibik tak tahu apa fungsinya kukus itu. Jadi bibik yang pemalas ni terus goreng saja ayamnya. Janji rasanya sedap. Tak gitu En Zul??? Hehehee...


Bibik balut aje ikut cara bibik.
Asal ada ayam, ada daun pandan, ada toothpick, siap!
Sungguh tiada seni balutan ayam ini.
Banyak ni je yang mampu bibik balut.
Selebihnya bibik campak je dalam kuali dan goreng ajeeee tanpa balut!
Hahaha.. Pemalas kan bibik ni? =)

Komen En Zul : Kenapa letak ayam ni dalam bekas hijau? Lain kali letak la dalam bekas putih, baru la timbul kaler hijau daun tu.

Eh eh? Banyak bunyik pulak orang tua ni. Aku gigit anu kau tu kanggggggggg...


Wangi gile bau ayam ni. Bau daun pandan pun kuat.
Daun fresh la katakan....
Sampaikan ada budak lalu kat tepi dapur bibik sambil cakap, "Sedapnya bau ayam. Sape yang masak ni?"
Gue! Gue! Gue yang masak!!!!


*Sebenarnya aku shopping pakai credit card En Zul petang tadi. Tu yang beriya aku masak lauk malam ni. Haahahahaaaa... Ampun, bossss!!!

From My Kitchen : Sambal Goreng

Haaa.. Sape orang Jawa, angkat tangan.
Bibik!

Sape suka makan tempe, angkat tangan.
Bibik!

Sape suka makan sambal goreng, angkat tangan.
Yaaa.. Bibik!!!!!!


Sambal goreng adalah faberet bibik.
Kalau masa kecik-kecik dulu, Maklang masak lauk ni aje dah boleh membuatkan bibik kenyang sekenyangnya.
(Eleh.. Kalau Maklang masak benda lain pun bibik tetap kenyang jugak.)

Tadi aku saja nak masak lauk sambal goreng dengan Ayam Goreng Pandan.
Nak goda perut dan selera En Zul la katakan.
Kena la masak special sikit.


Syarat untuk sesi godaan adalah udang yang besar-besarrrrr...


Bahan-bahan :


  • *1 bungkus tempe (dipotong kecil & digoreng)
  • *1 ketul tauhu (digoreng dahulu & dipotong kecil)
  • *4 batang kacang panjang (di potong)
  • *1 paket kecil suhun (digoreng)
  • *1 paket kecil fucuk (digoreng)
  • *7 ekor udang (saiz ikut suka. Ada yang suka taruk hati dan pedal ayam. Terpulang)
  • 1 biji bawang merah (di mayang)
  • 2 biji bawang putih (dimayang)
  • 2 biji cili kering (dipotong kecil)
  • 1 biji kentang (digoreng - aku lupa taruk)
  • Garam dan perasa
  • 1/2 cawa santan pekat
  • Kicap manis (lupa beli, aku ganti dengan sos tiram)


Cara-cara :

  • Goreng dahulu bahan-bahan yang perlu digoreng.
  • Tumis bawang merah, bawang putih dan cili kering. Biar sampai naik bau. Masa bibik menumis cili kering ni, lebih kurang 4-5 buah rumah yang bersin bersahut-sahutan. Haaa.. Ni la dia penangan Masterchef Cohort. Ambil bau pun dah memberi kesan yang mendalam kepada hidung-hidung diorang. Mana-mana yang ada resdung tu kompem baik punya.
  • Dah menumis, gaul udang dengan kunyit dan masukkan dalam kuali. Biar separuh masak. Kalau tak ada udang, gantikan dengan hati dan pedal ayam. Pun sodapppp..
  • Masukkan sayur kacang panjang.
  • Masukkan suhun, fucuk, tempe, tauhu dan kentang yang sudah digoreng tadi.
  • Masukkan santan pekat, garam, perasa dan kicap. Kicap tu agak-agak memberi rasa manis je. Tak perlu sampai jadi hitam legam.



Dah siap masak, kena ambil gambar dulu. Pastu masukkan dalam FB ok?