It's me.. Juz me... Only me!

If you don't like my words, don't listen.
If you don't like my appearance, don't look.
If you don't like my actions, turn your head.
It's as simple as that.

A wife to a loving husband. A mum to a adorable daughters. A daughter to such a caring parents. A good friend to a good people. Homechef that cook like nobody business.

~I’M NOBODY.. but nobody perfect. So, I’mPERFECT!

My Love's Path

Daisypath Anniversary tickers

Sunday, October 23, 2011

From My Kitchen : Seafood Lasagne

My 1st trial making seafood lasagne.



Malam ni aku masak seafood lasagne.
Tapi malam ni aku stay sorang, En Zul kursus kat Morib.
Temanya aku makan sorang-sorang sampai muntah!

Seafood lasagne.
Tak ada sotong.
Tak ada ketam.
Tak ada tiram.

So apa yang seafood nya?

Yang ada cuma udang saiz 'M' 8-9ekor.
Yang ada cuma crab stick.
Yang ada cuma bebola cuttlefish.

Lantak la kan?
Janji ada perisa seafood. Hehehe..

Bila dah masak, rasa macam banyak la pulak.
Padahal masa sebelum masak, masa nak prepare bahan-bahan, gila tamak nak potong & masukkan semua bahan.
Sekali bila dah masuk dalam kuali, rasanya boleh makan untuk saiz hidangan 5-6 orang.
Bila tengok kat kotak lasagne tu, 'hidangan untuk 6 orang'.

Sedangkan aku?
Sorang!

Ulang la makan untuk stock 2-3 hari.
Hahahaha..




Mula-mula panaskan minyak dalam kuali.
Masukkan bawang merah & bawang putih. Tumis sampai naik bau.



Masukkan cili boh. Kepedasan ikut citarasa ye.
Tumis sampai pecah minyak.
Masukkan air ye, puan-puan....
Air tu biar lebih supaya dapat memasakkan lasagne dengan sempurna.



Masukkan daging kisar. Apasal pucat je daging frozen ni?
Daging murah ni!



Masukkan crab stick & bebola sotong.



Masukkan sayur (lada benggala, celery, carrot, brokoli, tomato)
Masak sampai kuah mendidih.
Masukkan garam



Masukkan cendawan butang. Hiris nipis-nipis ye.



Masukkan sos tomato. Aku pilih Prego, sebab dah ada kat rumah.
Guna tin yang kecik je pun boleh.



Masukkan udang yang sudah dikupas kulitnya.
Jangan masak terlalu lama. Nanti hilang rasa manis & udang jadi keras.



Last sekali masukkan daun oregano & basil yang kering ni ye.


Baik lah.
Sekarang mari kita masak kuah cheese pulak.
Gambar tak banyak, jadi sila fahamkan betul-betul.
Hahahaa..



Panaskan butter dalam sauce pan.
Masukkan tepung gandum 3-4 sudu makan.
Gaul sampai sebati.
Masukkan susu segar 2 cawan.
Pastikan tepung tak berketul.
Masukkan garam sikit, dan masukkan cheddar cheese dalam sos.
Biarkan cair dan sebati.


Masukkan cheese 10 slices.



Lasagne ni tak perlu rebus dulu.
Susun lasagne dalam periuk atau dulang caserole. Pastikan lasagne menutup semua dasar dulang.
Curahkan kuah tomato tadi, berselang seli dengan sos cheese.
Susun lasagne dan curah kan lagi kuah tomato & cheese.
Ulang sehingga habis. Pastikan sos tomato tu banyak dan menenggelamkan semua lasagne.
Supaya lasagne masak sepenuhnya dan tidak menggeleding bila di bakar.



Ok, dah siap. Taburkan lagi oregano & basil di atas lasagne.
Bakar di dalam oven selama 40 minit menggunakan suhu 180 darjah celcius.
=)

Friday, October 21, 2011

Lama dah teringin nak beli benda ni semua.

Cakk!
Lama tak update. Rindu kat blog ni....

Hari ni aku nak cerita pasal barang-barang yang aku dah lama teringin, tapi tak tahu la kenapa tak terbeli-beli sampai la semalam.

Semalam aku balik kerja dengan En Zul. Dia ajak makan kuew teow goreng kat Bandar Tun Razak, tempat favorite dia la.
En Zul order kuew teow goreng, aku pulak laksa kedah.
Pergh, memang sedap!

Lepas makan, kitorang ke Tesco Cheras.
Jalan-jalan sambil cuci mata.
Hehehe..

So malam tadi adalah malam operasi membeli barang yang aku suka.
Cuma ada satu benda je yang aku dah ambil, tapi sebab tak ada tag atau barkod harga, maka aku kansel.
Terpaksa beli kat tempat lain.

Kuali oh, kuali!
Aku terpaksa korban kan kau.
Takpe, malam ni ada lagi. Esok lusa pun cuti. Boleh aku beli lagi kat tempat lain.

Ok, ni barang-barang yang aku suka.
Gambar barang-barang lain tak payah upload ye.










Indoor Game.
Old Maid, Happy Family, Donkey & Dominoes.
Since anak-anak aku dah nak habis exam, maka aku belikan game ni.
Last month aku belikan Jutaria.
Dengan-dengan aku sekali join main sekali.
Aku kan mata duitan. So aku jadi banker!



Raspberries.
Sedap!



Yummy!



Set periuk dengan penutup kaca.
Orang lain dah lama ada, tapi aku baru nak beli.
Asyik beli benda yang tak sepatutnya je!
Hahaha..




Tabung Ika & Aleeya.
Kena la ajar anak-anak menabung sejak dari kecil kan?
En Zul cakap, siapa yang dapat kumpul duit yang paling banyak, akan dapat hadiah.
Hadiahnya adalah, TABUNG YANG LEBIH BESAR!
*nampaknya Ika seorang yang penyimpan*



Tuesday, October 11, 2011

Kau kalau nak menipu aku, agak² sikit ye!

Sekarang ni aku tengah risau pasal badan aku yang semakin menggajah ni.
Agak-agak kalau anak gajah lalu sebelah aku, mesti ramai yang konpius antara aku dengan anak gajah.
Dah sama saiz je rupanya.
Cuma aku comel lagi dari anak gajah tu. Hakkkk~

Bila aku dah mula risau pasal berat badan, mulalah aku nak cari macam-macam produk untuk menurunkan berat badan.
Siap survey melalui kawan-kawan, google internet.
Tapi kalau nak contact balik personal consultant aku tu, baik tak payah!
Kang pengsan pulak dia lepas tengok saiz aku sekarang berbanding 2 tahun yang lepas!

Sedang aku tengah busy mencari produk yang sesuai (read : yang cepat membuahkan hasil, tetapi MURAH), aku terlihat satu status FB seorang teman di Home FB aku.

Biar aku gelarkan dia sebagai A.
Ni adalah status FB dia yang berjaya menarik perhatian aku.


Dari 68kg trun ke 65kg dlm mse 1 minggu....dari saiz sluar 34" trun ke 31" dlm mse 1 minggu jgk...bju2 lmer dah mule bleh kluar dr dlm kotak utk dpkai smula...sronok sgt...x sbr nak share ngan frenz yg brmint nak tau!!!Impian utk mndpt brt yg ideal mgkin akn trcapai...Tanpa perlu mnhn lapar & dahaga...mudah sgt!!! "




Haaaa...
Mahu nya aku tak menggelabah tengok status ni?
Walaupun seminggu berat dia just turun 3 kg, compared than berat aku dulu (seminggu turun 10kg! Ada sesiapa yang berani challenge?), tapi itu dah cukup menggembirakan bagi pemilik badan bersaiz gajah macam aku.

Lantas, aku dengan pantasnya terus menaip message untuk sahabat itu....

Wahhh... Betul-betul nak kurus ek?
Hahahah...

Tapi bila aku dah berbalas message dengan minah tu, aku mula 'menghidu' sesuatu yang kurang best.
Bukan bau busuk, tapi bau 'bangkai' MLM!



Aku : Salam. Saya nak tau mcmana nak turun berat badan


A : Sy mmg teruja nak share ngan yati.. yati dok mne skg? <--- ok, aku anggap ni sesi nak merapatkan silaturahim. Kawan sekolah la katakan!


Aku : Cheras


A : yati kje kew? kat ne? <-- masih dengan sesi silaturahim itu


Aku : HUKM


A : nurse ke @ admin? @ doc?  <--- ok, kat sini aku dah mula timbul syak wasangka! Step 1 untuk MLM'mers.


Aku : Hmmm... Kenapa ye?


A : sje je tnye.. k camni yati bg no fon t sy col <--- Step 2 warga MLM'ers.


Aku : Buleh je.. Tp tak leh nak share kat sini ke? Juz nak tau secara roughly je... <-- aku pun masih tak nak mengalah!


A : x syiok nak citer.... <---- NI ADALAH AYAT YANG PALING MUDAH UNTUK MENGENALI MLM'mers!


Aku : Ooo.. Ok, 012-644****


A : tq... bile free? Hehehe.. $%*%(^&)$^#^#%^&$ (siap taruk link!)


Aku : petang ni pun bleh. pagi-pagi ni nak buat keje dulu (padahal main FB!)


A : Heeee.. Balik pukul berapa? <--- mula nak ajak berjumpa


Aku : pukul 5. Eh, kenapa tak boleh buka link tu? <--- aku saja nak tukar topik


A : Kita boleh jumpa? <-- tak jawab soalan aku, tup-tup nak jugak ajak jumpa!


Aku : Actually saya just nak tau secara general ke... Ni produk MLM ke?  <--- aku tanya direct je


A : tak ada kena mengena dengan MLM... Sebab produk ni kena pakai dulu baru tau... FOC je... Jangan takutla.. Saya datang Cheras boleh, datang HUKM pun boleh. <---- dia nak datang jugakkkkk! Ok, ni lagi satu petanda dia adalah MLM'mer tegar = beriya-iya nak ajak jumpa!


Aku : Pakai? Huhuhu.. Kamu buat saya takut~~ Hahahaa... Macam ni la. Why not u call dulu saya, kalau saya berminat, kamu datang la HUKM. Kang kamu dah datang, tetiba saya tak berminat, kesian kat kamu nak datang sini pulak. Boleh?  <--- Aku tak berminat, hokeh!


A : Tak ada la yati... Tak perlu takut.. ok, tak pe.. Saya tak kisahla sebab saya nak share ngan orang lain apa yang saya rasa.. Saya dah sampai Bangi, Seremban.. Kalau yati tengok confirm berkenan punya. hehehe... *(%*()&*(&)(+_%#$%* (still taruk link)


Aku : Pagi ni saya ada appointment dengan supplier. Petang baru free sikit.


A : Ok, tak pe. Pukul berapa free? <--- memang MLM'mer tegar!


Aku : The link still cannot be opened... Pukul 5 baru free. <--- Ni waktu tamat ofis hour. Kau tak faham-faham orang nak balik rehat kat rumah?


A : Ok jumpa kat sana pukul 5pm.





Hmmm.. Boleh agak apa yang terjadi tak?
Aku rasa aku tak la sebodoh yang dia sangka.
Lepas aku chat dengan dia, aku siapkan dulu kerja yang urgent.

Lepas lunch, aku mulakan operasi mengskodeng profile dia!

Aku bukak satu-satu segala post status dia.
Humaingaihhhhhhhh!!!!!

Terkejut mak!!!

Banyak status yang menunjukkan siapa dia yang sebenar!
Yes, dia memang seorang MLM'mer!
Tapi mati-mati tak nak mengaku!

Kejamnya kamuuuuuuu~~~~
Huhuhu....


Status 1 :

" Suker sgtttt ari nieeee!!! "

Komen kawan-kawan :

B : Suke eh? Byk ke dpt? Share2 la sikit... hehehe... Sharing is caring orang kata..
A : U're my biz partner...confirm i can share my happiest.. hahaha.. pasni selalu la kite berhubung ek.. pape jangan lost contact ok.. 


Jangan gelak sangat ye, cik kak! Bukan happiest, tapi happiness..
Ulang suara... Happinessssssss~


Status 2 :

7*%#(@*($)(!%)$@*%_@+*!+#&!    <---- post pasal budget 2012. Malas aku nak amik port.

Komen kawan-kawan :

A : C, heee... camne baby? seronok tak jadi umi?
C : Ok.. :) mesti la happy.. tapi sekarang penat sikit la kena shift malam selalu.
A : Happy dapat baby.. happy dapat cuti 3 bulan.. banyak syiok ar..
C : Syiok sangat ni.. tak sabar bak tunggu habis 44 hari. Nak gi jalan-jalan.
A : C pakai bengkuk apa ek? <--- dah mula nak masuk line!
C : Bengkung biasa je yang lekat punya, nape?
A : Maknya tau bukan baby punya. <--- nak mulakan perangkap
C : ha maknya la ni... Nape A?
A : Alignment lari tak? Heeee... <--- slow-slow nak cari isu supaya dia boleh bukak biz!

Tetiba another friend of A masuk komen jugak pasal budget tu...

D : betul ke ni... Mana dapat info ni? Macam terbalik je ni... Huhuhu... Sempat lagi nak promote bengkung ye... :) <--- see... orang lain pun dah boleh hidu bangkai MLM ni!
C : Hahaha... dah urut betulkan balik dah..
A : C, pantang betul-betul tau.. nanti dapat berat yang ideal ok. Sambil menyelam minum air.. produk ni bukan sebarang produk tau.. aku dicabar kembali ke bentuk asal @ BMI yang ideal ni. tengah semangat! bukan tu je, tengah bulan je akaun aku penuh dengan $$$$.. tak minat ke??  <---- kau sendiri yang canang kat semua orang yang kau berbisnes melalui program kurus mengurus ni. Then apa kejadahnya kau nak kelentong aku cakap bukan MLM? Ke kau yang tak tahu apa maksud MLM?


Status 3 :

" 3 bulan kembali kepada 34",25",26" then mengungguli saiz S @ SS.. IMPIAN kini PASTI dengan PB! "

Komen kawan-kawan :

Aku : Premium Beautiful? <--- saje nak provok dia. konon-konon aku tak tahu yang dia ni kaki kencing. Macam la aku tak tahu apa tu PB!
A : Memang terbukti... kesihatan perlu dijaga supaya semuanya berjalan lancar... berminat nak tau, inbox no frenz ya...  <-- Haktuih!






Cik kak, kenapa nak tipu kawan-kawan cakap bukan MLM?
Kalau iya, cakap iya.
Jangan nak putar belit boleh?

Ke kau tu tak tahu apa itu MLM?
Multi Level Marketing.

Ni ha gambar MLM yang aku ambil dari wall kau.
Wall kau ye, bukan wall Cik Kiah atau wall Usop Wilcha!



Upline kena cari downline.
Downline kena cari downline.
Downline punya downline kena cari downline jugak.
Dan seterusnya!





Jadi, berdasarkan gambar yang aku ambil dari FB kau, ada sebarang bantahan yang ingin kau kemukakan?

Ingin ditegaskan ye... Aku bukan anti-MLM.
Malah aku jugak ada ramai kawan yang dah terjebak dengan MLM ni.
Sesiapa nak join MLM, terpulang.
Kawan is kawan, bisness is bisness. Ok?
Tapi sorry to say, aku memang tak berminat nak cari downline-downline ni.

Bukan saja nak cari, tapi beriya-iya nak MEMAKSA untuk jadi ahli dan beli segala barang tok nenek company kau tu!
Aku paling benci bila orang suka memaksa.
Macam pagi tadi, belum apa-apa kau dah sibuk nak mintak no tel, nak mintak ajak jumpa!
Lain yang aku tanya, lain yang kau jawab.
Terencat kah?

MLM'mers ni apahal eh?
Nak bisness buat cara bisnes ye. Jangan nak jadi pecacai nak paksa-paksa orang ikut jejak langkah kau!

Apa yang aku lihat, MLM'mers ni ramai yang hangat-hangat taik ayam je.
Yang dah berjaya tu, memang la berjaya.
Tapi ramai yang melingkup dari yang berjaya!
Bukan niat nak kondemkan kawan-kawan, lebih-lebih lagi bangsa sendiri.

Tapi cuba kau lihat orang yang berniaga mini market.
Takpun cukup la kalau kau lihat orang yang berniaga cendol tepi jalan.
Ada kau nampak dia paksa-paksa orang datang beli barang atau cendol dia?
Ada?

Nan adooo!

Tapi itu bukan alasan untuk diorang tidak menjadi kaya-raya.
Ada yang meniaga kecil-kecilan, dan akhirnya berjaya meletakkan nama mereka di paras jutawan.
Tapi belum pernah lagi aku jumpa peniaga-peniaga yang memaksa orang untuk jadi downline, semata-mata nak bagi points kepada kau.

Pergi mampus!

Aku memang suka tengok orang yang bersemangat waja nak berjaya dalam hidup.
Tapi aku hanginnnn je bila kau nak berjaya dengan cara melingkupkan kawan-kawan kau!

Haram jadah!

Plis la.
Jangan la kau nak ambil kesempatan dengan rezeki orang lain.
Kau pujuk rayu orang ramai mintak keluarkan modal.
Kau paksa orang beli barang-barang kau dengan harga beribu-raban.
Kau paksa orang pergi cari mangsa yang lain untuk diorang dapatkan hasil points yang tak seberapa!

Last week ada seorang perempuan yang chat dengan aku, ajak aku buat bisnes myKad.
Cakap dapat permission dari JPN.
Lepas korek punya korek, yang berbisnes cuma kau sorang!
Tapi aku cuma mangsa kau yang menggunakan myKad aku untuk meng'KAYA'kan kau!

Asal aku shopping je, kau yang dapat duit masuk dalam akaun.
Dah tu, tang mana yang aku dikatakan berbisnes tu?
Time shopping?

Aku shopping = Aku berbisnes
Gitu?

Amik jari tengah aku!

Last-last baru dia bagitahu yang aku kena daftar sebagai dealer.
Baru la dapat merasa bonus HASIL SHOPPING ORANG LAIN tu!
Kalau tak daftar, maka nya aku cuma sekadar tukang shopping, dan kau sebagai tukang sapu-bonus-hasil-shopping-orang-lain!

Wadefak!

Plis, ye.
Jangan ambil kesempatan orang lain!
Jangan mempergunakan orang lain untuk kejayaan kau!

Kau kaya atas dasar titik peluh orang.
Kau paksa orang cari downline, konon-konon kalau dia tak ada downline, dia tak akan dapat bonus.
Padahal pencarian downline tu hanyalah untuk men'genarate bonus pada akaun kau.
Hujung-hujung kau hidup mewah & kaya-raya.
Siap boleh melancong all around the world.
Orang lain yang jadi mangsa kau yang putih mata!
Hebat!



Status 4 :

" Semangat makin terbakar & rase meluap2 nak share biz ngan member2 lain... semangat utk melihat bunga tulip yang berwarna-warni di Holland... InsyaAllah... "



Wah....
Nak pergi Holland ye?

Ada aku kesah~?

Pesanan aku, sebelum bertolak ke KLIA, jangan lupa kunci elok-elok 'hasil-sapu-bonus-orang' ni ye...


" Menjadi idaman dan igauan 2012... "
Katanya laaaa....



Sekarang dah pukul 6.25pm.
Mana nya si A ni?
Cakap nak call, siap nak datang HUKM.
Baru syiok nak cerita kan.. Tapi batang hidung pun tak nampak!
Macam ni ke nak berjaya?
Pung-pang pung-pang kat dalam FB je belum tentu berjaya, cik kak!

Ye, aku setuju sangat-sangat dengan Aidid Muadib 200%!

Sunday, October 9, 2011

Aku semakin pening dengan budak Ika & Aleeya ni.

Tapi baru-baru ni perangai Ika yang membuatkan aku semakin risau.
Dah semakin berani & laju otaknya berfikir secara merapu.
Macam aku jugak!
Huhu...

Semalam En Zul bawa aku & anak-anak pergi Tesco Cheras.
Memandangkan En Zul yang bayar, maka aku & anak-anak mengambil kesempatan seperti biasa untuk mengepaw barang-barang yang kami suka.

Then Ika mintak nak beli minuman.
Aku bawak la dia ke bahagian minuman.
Sekali dia tunjuk satu air.





Aku : Kakak nak air ape?


Ika : Kakak nak air tu. (jari tunjuk kat satu air)





Mummy, kakak nak air tu



Bertuah punya budakkkkkk!





Hampeh!
Air Kacip Fatimah yang dia nak!
Kau nak bagi ketat lubang ape, Ika?
Meh Mummy jahit lubang tu, biar sampai bila-bila ketattttt je!



Ika : Kakak nak try air yang makcik Fatimah ni buat....



*pengsan*



Sekarang ni Ika dah mula memandai-mandai (bukan PANDAI, tapi MEMANDAI) untuk set reminder kat Astro.
Kalau sebelum ni dia cuma reti nak ACCEPT @ CANCEL program yang aku dah set.
Tapi sekarang, tak payah suruh dah reti nak set program sendiri.
Semua program dari Astro CERIA.

Korang la yang CERIA.
Tapi aku yang DUKA LARA!
Asyik nengok cerita kartun je memanjang.
Tak dapek nak nengok cite lainnnnnn..


Huhuhuhuhu...





Dah pandai set reminder cerita kat Astro Ceria.
Padahal cerita tu semuanya berderet.
Perlu ke nak reminder?





Sekarang ni bila aku nak memasak, Ika akan datang ke dapur.
Konon-konon nak temankan aku masak.

Banyak la kau punya teman!
Aku berasap-asap kat dapur, kau cuma berdiri tegak depan fridge.


Motif?


Dia nak main fridge magnet Angry Bird aku kat depan fridge tu.
Siap buat dialog macam-macam.
Temanya bercakap sorang-sorang sambil main fridge magnet aku.
Ntah apa yang seronok, aku sendiri tak faham!

Bila aku dah siap masak, dia pun dah siap main.
Temanya dia takut duduk dapur sorang-sorang!

Aku masak, dia start main.
Aku cuci pinggan mangkuk hatta cuma seketul dua pun dia start main.
Aku buang sampah dalam tong tepi fridge pun dia start main!

Aku rasa nak bawak fridge tu ke depan ruang tamu.
Biar dia main kat depan. Buat semak dapur aku je.
Nak bagi magnet aje, dia tak nak....
Nak main magnet yang melekat kat fridge jugak!



Kalau melekat kat fridge, baru la namanya fridge magnet kan?



Hahahahahaaaaaaaa....




Gila ke hape budak ni cakap sorang-sorang?

From My Kitchen : Whipped Potato Ala-ala KFC

Dessert petang ni aku masak Whipped Potato.
Rasanya macam tak rajin nak melecek kentang rebus, tapi blender kan ada.
Campak je dalam blender, tekan suis & siap.

Kalau ada food processor yang macam kat dapur Chef Wan @ Martha Steward lagi best :)

Eh, nak mintak En Zul belikan satu untuk aku la.
Hahahahaaa..

Untuk kentang, kupas kentang, bersihkan dan rebus.
Lepas dah empuk, keluarkan dan toskan kentang.
Lenyek kentang bersama garam dan susu segar (1/2 cawan).
Kalau malas, blend je kentang tu.
Setel.

Ok, sebab aku tak seberapa rajin nak taip panjang-panjang (read : Penerjun negara tengah mengacau aku), maka aku upload gambar & taip sikit-sikit dah la ye.




Masukkan mentega, tumis bawang sampai naik bau.



Masukkan celeri.



Masukkan serbuk pati ayam.
Kalau ada stock ayam lagi best :)



Masukkan air.


Yang lain tiada gambar.
Lupa nak snap.

- Tapis isi kuah (bawang & celeri). Tinggalkan kuah sahaja, masak di atas api yang perlahan.
- Masukkan tepung gandum 1 sudu (kalau suka pekat, masukkan lebih)
- Masukkan sos tiram & lada hitam.
- Masukkan kicap pekat setitik demi setitik, sehingga warna whipped potato KFC diperolehi.


Masukkan kentang dalam mangkuk, curah kuah ke atas kentang.



Sedia di hidang =)

Thursday, October 6, 2011

Fire Drill

Hari ni ada latihan kebakaran kat Cohort & UMBI. Tapi rasanya ia lebih kepada Latihan pengungsian bangunan la.. (eh, betul ke ayat tu?)

Latihan ni dah lama di rancang. Hampir sebulan jugak laaa..
Tapi latihan tu cuma berlangsung selama 20 minit je!

Hampeh.

Kronologi latihan bermula apabila Andri menjerit-jerit, terpekik-terlolong seolah-olah ada berlakunya kebakaran di ofis..


Andri : Api...!! Api..!!! Apiiiii...!!!!


Fuh, suara Andri memang bergema satu ofis. Terasa macam betul-betul berlaku kebakaran.
Tapi yang tak bestnya bila ada stafs yang mentertawakan Andri sebab dia terlalu beriya-iya menjerit buat trigger. Padahal, itu cuma lakonan je pun..

Aku pun gelakkan jugak!
Kelakar la si Andri ni :)

Hahahahaa.....

Kami keluar dari ofis beramai-ramai sambil berpegang tangan dan bersembang!
Rasa-rasanya boleh agak tak bagaimana situasinya?
Hahahaha..

Kami terpaksa menggunakan tangga kecemasan dari tingkat 7 sampai la ke ground floor.
Terpaksa, hokeh!
Bapak gila tinggi nak menapak satu persatu anak tangga.
Nasib baik turun tangga.
Kalau naik tangga?

Kompem aku orang pertama yang duduk bersila kat tepi tangga.
Letih.


Kalau ikutkan aku, aku nakkkk je turun sampai tingkat 6, pastu turun pakai lif sampai ke bawah.
Aci tak?
Muahahaha....
Dasar besar punggung! Pemalas sungguh aku ni.


Sampai je kat Zone 2, iaitu tempat untuk kami berkumpul, head count dimulakan.
Ini adalah head count kali kedua.
Si Amir tu awal-awal dah head count kat depan pintu ofis masa kami nak keluar tadi.

Masa 1st head count, jumlah stafs adalah 63 orang.
Masa 2nd head count. jumlah stafs adalah 67 orang.

Pulak!

Ada hantu ke yang follow kitorang ni?
Ke, si Amir ni yang tak reti nak kira kepala orang?
Huhu...

Di Zone 2 ni, pak security dah block kat kedua-dua hujung jalan daripada kenderaan yang lalu lalang di situ.
Baiknya pak security ni... I lap u la, pakcik~
Jadi, kami boleh la nak berkeliaran ke, nak berkejar-kejaran ke, berguling-guling pun boleh.

Yang kami ni pulak, dah berlendir menunggu kat bawah pancaran matahari yang terik ni.

Mana ketiak berkepam tu, dah mula mengeluarkan gas-gas menusuk hidung.
Mana yang berpeluh tu, kompem badan dah melendir siap meleleh-leleh peluh satu badan!

Yarkkkk!!

Ok-ok... Cukup cerita pasal lendir orang.
Baik tengok gambar, mana la tahu ada lendir-lendir yang sempat aku snap.

Aku tak berlendir, ye.
Sebab aku tak snap gambar sendiri.
Hahahahahaa....



Andri
Pencetus kebakaran
Eh, apasal muka Andri dengan Nazmi ni macam iras-iras? Sedara kah?




Masing-masing sedang melihat Andri yang tengah berlendir....



Posing dulu, sebelum 2nd head count.
Semua steady je, macam tak ada apa-apa yang berlaku.



Achiiii, ini latihan kebakaran, bukan latihan hari hujan!



2nd Head count.
Yang berjaket hijau adalah Pegawai Insiden.
Yang ber T-shirt hijau adalah Pegawai Penyebuk.
Hahaha...



Ain



Muka mangsa kebakaran.
Separuh rentung dah ni :)



Zone 2
Menanti ketibaan warga UMBI



Sempat lagi dia ni pergi membeli makanan & minuman di luar pagar!



Ya, kami terselamat!
Kata Mak-mak buyung kepada blogger sejati ni.....



Abang-abang keselamatan..



Aik, muka dia ni lagi?



Perhimpunan PATI



Tengah kepanasan.
Sabar ye cik kak..



Masing-masing dah berlendirrrrrr~



Mak kepada semua Pegawai Insiden.
'Mak besar' ni :)



Pegawai yang terlibat





Yang aku tak faham, macamana ada yang boleh bawak payung?
Macam dah ready je nak berjemur bawah panas terik.
Kalau betul-betul ada kebakaran, jangan kan payung, nak bawak beg pun tak sempat!





Ratu England ni



Siap bawak losyen Loreal lagi, kauuuuu~



Sebagai ganjaran atas kerjasama semua pihak, jamuan kecil diadakan.
Menu : Mee goreng basah, popia goreng (tak sempat nak snap dah habis) dan air teh tarik.




Nak cari sotong, tapi udang yang aku dapat :)


Saturday, October 1, 2011

From My Kitchen : Cheesy Wedges

Wah...
Tekak western pulak hari ni :)

Dah lama teringin nak buat cheesy wedges ni.
Dulu kalau teringin nak makan, kena pergi KFC.
Harga cheesy wedges lebih kurang RM4 lebih.
Sekali hadap terus licin. Kalau nak beli memang tak cukup 1, kena sekurang-kurangnya 2!
Itu belum campur dengan tekak En Zul, Ika & Aleeya.
Kalau beli sikit je, mahu ada yang berbunuh dalam KFC!

Lepas memendam air liur dengan agak lama, maka aku nekad untuk try resepi cheesy wedges tu.
Ntah sedap ke tidak, ntah jadi ke tidak, aku belasah je!
Janji aku try.



Bahan-bahan :


  • Kentang
  • Tepung kentucky
  • Susu segar
  • Tepung gandum
  • Cheese kaler oren (aku beli cheese jenama Dairy Good-Smooky BBQ flavour)
  • Yogurt asli
  • Garam


Simple kan?
Dan bahan-bahan ni bukannya susah nak cari pun.
Aku beli kat Tesco je pun.
Tak perlu nak pening-pening beli bahan yang mahal-mahal kat kedai dalam KLCC tu.


Let's start cooking!




Kentang.
Cari yang saiz besar & panjang.



Buang kulit dan potong memanjang.
Jangan potong dadu, kang huduh pulak bentuknya.
Basuh dan rendam dalam air ais untuk mengelakkan kentang jadi lembik selepas merebus.



Rebus kentang sehingga 15-20 minit.
Angkat dan toskan.



Tabur tepung kentucky dan garam secukup rasa.
Bukan celup kentang ke dalam tepung, maka tepung tak perlu tambah air ye.



Goreng sehingga kekuningan.
Nampak rupanya macam menjadi :)
Tapi rasanya aku tak pasti! Hahaha....


Untuk cheesy nya pula.......



Cairkan mentega.


Masukkan 1 sudu besar tepung gandum.
Kacau sehingga sebati



Masukkan 1/2 cawan susu segar.
Kacau sehingga sedikit pekat.



Masukkan cheese oren.
Biarkan ia cairrrrrr....
Bukan di perut atau di mulut, tapi di dalam kuali...



Masukkan 1 sudu besar yogurt dan garam secukup rasa.
Tambah susu segar jika perlu (kepekatan mengikut citarasa masing-masing).



Boleh curah atau pipe kan atas kentang tadi.


Wahhhhh....
Dah nampak macam KFC punya la!
Jom makan! :)




Hmmmm... Sedapppppppnyerrrrrrr...!!! <----anak-anak punya komen. Hihihi....