Birthday staycation 2 bersambung di negeri Melaka!
Yeayyyy!
Dari Ipoh kitorang straight ke Melaka.
Merentas Selangor, KL dan Negeri Sembilan.
Kalau la ada jambatan emas dan perak Kesultanan Melayu Melaka memang aku lalu ikut situ je.
Kali ni saja nak try hotel kat Air Keroh.
Taknak cari kat Banda Hilir sebab taknak sesak jammed segala.
Baca review kata hotel ni baru beroperasi tahun 2019-2020 macam tu.
Cuma masa MCO lifted banyak komen tak best pasal hotel ni.
Cuma masa MCO lifted banyak komen tak best pasal hotel ni.
Takpe kita try dulu.
AMES Hotel Melaka.
Sebutannya A-MES or EMS aku tak tahu.
Aku sebut A-MES je.
Lokasi 5 minit dari tol Air Keroh.
Senang je nak cari.
Parking ada banyak di sekitar hotel.
Senang je nak cari.
Parking ada banyak di sekitar hotel.
Convenient mart pun ada depan hotel.
Entrance hotel.
Kau drop je kereta depan pintu, nanti datang la bellboy bawak troli dan angkat bags kau.
Tapi parking kereta sila park sendiri.
Tak ada valet parking.
Tak ada valet parking.
Ruang legar lobby hotel.
Interior design hotel cantik.
Bell boy sedia berkhidmat bawa barang-barang ke bilik.
Room's alley cantik.
Harap interior design dalam bilik pun cantik.
Aku booked Deluxe King.
Bilik ni menghadap bangunan depan hotel. Bilik betul-betul atas main entrance.
Bilik best sebab ada banyak lampu, ada socket plug kat tepi katil kiri dan kanan.
Tak payah berebut socket nak charge handphone.
Nak main phone sambil baring-baring atas katil pun selesa.
5/5★
Ruang kiri kanan katil pun luas untuk ruangan solat.
Layout bilik common macam bilik hotel lain.
TV besar, ada astro. Tapi remote macam low battery 😕
Bathroom with bathtub.
Tapi tak separated dengan shower.
Ni aku tak berkenan.
3/5★
Basic tea & coffee set
Aku berkenan design mini dustbin ni.
Sink kat toilet.
Design marble lawa.
Set toiletries pun cantik.
Nampak eksklusif 5/5★
Wardrobe ok.
Ada 2 set bathrobe.
Ada extra pillow dan safety box.
Nanti aku cerita pasal pillow ni.
Iron dan iron board pun ada
Mini fridge
Bedside settee
Kerusi dan meja study attached dengan kaunter TV.
Scenic Pool at level 1.
Scenic Pool.
Tapi scenery MITC yee.. Tu pun nampak pokok je hahah.
Pool tak luas. Macam kat shop lot je kan?
Untuk budak-budak ok la.
Rasanya tak dalam mana pool ni. Terus aku tak selera nak mandi pool.
And belakang aku ni pool untuk budak.
Boleh pakai baju bebas rasanya. Ada toilet dan changing room sekali.
The Moonbar Lounge and Restaurant.
Di tingkat 11 (R). Kat rooftop.
Kosong je. Yang ada cuma kami berdua.
Ni pun datang nak redeem welcome drink.
Welcome drink kat The Moon.
Boleh redeem start jam 4pm sampai 12 tengah malam.
Esoknya kalau kau nak redeem sebelum check out tak boleh yee..
Sebab lounge tak buka lagi.
Welcome drink ada 3 pilihan.
Aku pilih orange, En Zul pilih apple.
Lagi satu aku lupa air apa.
And aku add on Beef Cheese Potato ni apa tah nama dia.
Dapat less 10% discount so bayar dalam RM16 macam tu. Sedap! 5/5★
Ambil angin petang atas rooftop
Kau tengok bola kat kedai mamak? LEMAHHHH!
Tengok bola kat bar baru feeling-feeling sikit hahaha
Side dalam bar
The Munch restaurant untuk breakfast.
Spacious dan cantik.
Kalau datang ramai-ramai boleh dine in kat meja cantik ni.
Ni datang berdua je, duduk la kat meja lain.
Untuk telur je ada 5 jenis menu.
Half boiled, telur mata cair, telur mata keras, omelette dan scrambled.
Ha, pilih je mana berkenan. Semua dah terhidang. Tak payah tunggu chef masak.
The fruits.
Cold section.
Ni pun telur gak. Dia buat macam steamed cake egg.
The pastries
Apam pulang. Eh apam balik.
Dan baked potatoes.
Pastries choc danish.
Saja ambil gambar gelap-gelap macam ni.
Nampak ada sorang perempuan cina tu snap pic pastry macam ni.
Saja la nak try kot lawa.
Saja ambil gambar gelap-gelap macam ni.
Nampak ada sorang perempuan cina tu snap pic pastry macam ni.
Saja la nak try kot lawa.
Hmm biasa je. Memang takde skill la aku ni ambil gambar.
Porridge.
Air teh tarik tu sumpah sedap 5/5★
Mesin coffee dia jenis mcm vending machine tu.
Ada 5-6 jenis air kopi dan teh.
Aku ambil teh tarik dan latte
First round.
Alhamdulillah makanan kat AMES sedap.
Nasi dan lauk pauk semua ada.
Aku tak sempat nak snap gambar yang aku makan.
Tapi standard dia met my expectation la.
5/5★
Pasal breakfast pun dah cover sekali.
Now nak cerita satu kehampaan aku kat AMES ni.
BANTAL.
Atau orang kampung aku panggil PILLOW.
Bantal dia ya rabbi punya la tak best!
Sama hauk macam bantal yang orang duk jual murah-murah tapi claim bantal hotel Hilton tu.
Aku tak boleh nak tidur sebab tak selesa.
Penat kalih badan kiri kanan, siap adjust bantal lipat dua pun tak best.
Aku lapik guna extra bantal yang kat wardrobe tu pun tak jalan.
Leper terus bila letak kepala.
Kot kepala aku besar gajah tak tahu la.
Kau tengok betapa lembik dan nipis bantal dia!
Boleh lipat-lipat macam alas kaki tahu takkkk..
Sedih betul la. Letak dua bantal pun masih tak best.
Sudahnya aku alas bantal dengan towel.
Sebab towel tebal so keras dan tinggi sikit bantal tu jadinya.
Kejadian bantal bertuala lepas aku bangun tidur.
Boleh la nak lena walaupun tak berapa selesa.
Ni harga aku bayar kat Agoda.
Tak sampai RM300 pun.
Semua aku puas hati.
Kecuali bantal, pool kecik dan shower dalam bathtub.
Untuk repeat kat hotel ni tak tahu la nak cakap.
Sebelum check out aku jumpa Helly, kawan forum aku.
Bertahun-tahun berkawan ni baru first time jumpa.
Thank you Helly bagi hadiah birthday.
Insya Allah ada rezeki kita jumpa lagi.
Aku ajak En Zul pegi Melaka sebab nak cari asam pedas.
Tapi tak tahu mana yang best.
Nak pegi Ujang tapi belum buka. So makan kat Food Court Air Keroh.
Pak Man Sate nama kedai tu.
Order asam pedas telur ikan mayong dan daging tetel.
Nasi, sayur taugeh & telur masin in package.
Kitorang tambah sayur kangkung dan telur dadar.
Sedap, tapi aku tak tahu sedap tu level mana.
Sebab aku tak tahu asam pedas mana yang authentic.
Bedal aje la. Asal rasa pedas masam tu sesuai kat tekak aku.
Aku ni bukan boleh makan pedas sangat.
Boleh hirup kuah sampai licin mangkuk kira sedap la tu 😂
Boleh hirup kuah sampai licin mangkuk kira sedap la tu 😂
5/5★
Muka puas hati dapat asam pedas.
Ni baru muka En Zul.
Belum muka aku yang tukang mengajak datang Melaka ni.
Lagiiiiii puas hati 😋