Friday, June 3, 2011

sebulan sekali pun payah!

hari ni aku, Ain, Fazia, Sally & Laili pergi meronggeng ke Jusco Maluri.
so, setelah penat ke hulur & ke hilir, akhirnya kami memilih untuk lunch di restoran Nando's.

hahahaha...
apasal ketawa, eh?


ye la, tiap-tiap bulan gaji aku sedikit pun x pernah nak spend untuk makan kat sini!
ntah apa sebab, aku pun tak tahu?
nak kata mahal, tak la sangat.
kalau setakat makan berdua, biasa je la..
dalam RM50.


tadi setelah kami tercangak-cangak semasa memilih menu, akhirnya ni la santapan kami semua :



Sparkle Apple




menu Laili
sebab dia kurus je orangnya, maka ayam pun just amik yang slice-slice je.




menu Ain
dia ordered potato salad sebab dia elergik sayur!
kalau dia makan sayur, nanti kulit dia gatal-gatal, najis keras & kepala berkutu!
=P




menu Fazia
aku tak faham kenapa jagung tu separuh je?
apasal tak taruk je 1 bijik terus?





ni menu aku!
grill vegetables tu....
bugdet terror sangat makan sayur tanpa perasa ni.
last-last, hanya sayur & tulang je yang berbaki!



ni menu paling special.
menu Saly!
ayam dia paling besar sebab dia tak memilih part ayam macam kami.
memang licin Saly makan! tak padan dengan badan kecik!
bela saka kah kau, Saly????


apa-apa pun, kami pulang ke PPUKM dengan perut yang sangat kenyang dan hati yang sangat gembira!

(mahunya tak kenyang? lepas makan kitorang siap tapau kuih Tako Tao, roti, kek secret recipe, mangga & anggur! pelahap sungguhhhhh.... hati mesti gembira sebab minggu ni tak ada meeting hari Jumaat! yeeehaaaa....)

No comments:

Post a Comment