Ni adalah status FB aku bertarikh 7 Jun yang lepas. Ada 41 komen termasuk komen aku yang mengarut-ngarut tu. Ramai jugak yang setuju dengan isu yang aku nak repekkan tu! |
Aku masih ada beberapa friend request yang berbentuk 'request hantu' macam ni kat FB.
Itu pun setelah penat mendelete request beberapa orang yang lain.
Eh, bunyi macam aku ni awek glamer je ada banyak friend request yang terpaksa delete.
Ye la mek oiiii...
Kalau banyak request, tapi sorang umat pun kau tak kenal, tak ada makna nya jugak glamer kau tu!
(perli untuk diri sendiri)
Serius aku tak paham dengan manusia macam ni.
Nak berkawan dengan aku memang la boleh.
En Zul pun tak ada la marah tak tentu pasal.
Tapi yang menjadi bengkekkkk kat hati aku bila ada orang yang create fake account FB, then add aku macam ikhlassssss je nak berkawan dengan aku.
Pernah ada kes, dia taruk nama Faty Sham Faty.
Bila aku tengok mutual friend, ramai budak-budak ofis aku yang dia add.
So aku approved kan la.
(tak nak dicop sebagai staff sombong, tapi bila ada anugerah staff paling sporting, tak pernah jugak menang! hahahaha..)
Si budak Faty Sham Faty ni, dah la nak berkawan dengan orang.
Tapi kat info dia taruk semua detail yang sangat mengarut.
Bila ada yang tanya dia sapa?
Dia tak nak jawab.
Nampak sangat kau ni menipu kan?
So maafkan daku kerana terpaksa meremoved kau!
hahahaaha...
Ok, next!
Ni adalah antara manusia yang aku malas nak layan :
Nama : Sekar Wangi (ada aku kesah ke kau wangi @ busuk?) Mutual Friend : 1 je (kawan masa kat Texas dulu) Info : haram aku tak tahu! Status : AKU TAK KENAL! |
Plis, eh?!
Aku bukan sombong tak nak approve request korang.
tapi kalau macam ni la gayanya, sampai kiamat pun aku tak hingin nak approve!
Memang la orang cakap, kalau tak kenal boleh la berkenal-kenalan.
Tapi kalau kau je yang nak kenal aku,
then bila aku nak kenal kau, kau plak nak berahsia...
So....
Kau boleh blah!!
Aku tak nak berkawan dengan orang macam kau.
Aku rasa peribahasa "biar ramai kawan, jangan ramai musuh" dah tak boleh di implement pada masa kini.
Yela, dalam friend list memang ramai kawan.
tapi semuanya jenis KAWAN MAKAN KAWAN!
kategori MUSUH DALAM FACEBOOK!
eh?
MUSUH DALAM SELIMUT!
hehehe....
No comments:
Post a Comment