Sunday, June 19, 2011

Jakun!

Sape dah tengok cite Pirates yang baru?
Pirates of the Carribean - On Stranger Tides

Semalam lepas sesi merisik, aku & En Zul pergi Jusco Cheras Selatan.
Nak tengok movie, paling awal mengikut masa pada waktu itu, hanya cerita pirate yang paling available.

Ok, beli tiket.
Seat penuh.
Yang ada cuma single seat yang berterabur kat tengah-tengah line.

Selain tu, seat dari line A - D masih kosong.
Maknanya mesti kami pilih seat line D.
Takkan nak amik paling bawah. Jenuh tengkuk mak nak dongak nyah!

Ok, staff kaunter cadangkan kami beli tiket untuk couple seat.
Paling atas sekali.


Staff : Akak, amik couple seat la, yang lain penuh. Kalau single seat, line D sampai A yang kosong.


Aku : Berapa harga couple seat?


Staff : RM28 untuk dua-dua seat.


Aku : So 1 seat harge RM14 la? (saje nak tunjuk pandai kira matematik walaupun tak ada degree!)


Staff : Aah! So, boleh couple seat?


En Zul : Tak payah la. Tinggi sangat la. Amik je la Seat D tu.


Aku : Ok, berapa harga seat 9/10D tu?


Staff : RM26.


Aku : La.. Beza RM2 je? Tak pe la. Saya amik couple seat. Sakit tengkuk je tengok melangut duk kat seat D tu!


Pas bayar tiket, kami pergi jalan-jalan sekejap.
Makan eskrem McD, hotdog.
Terjumpa Talib dengan makwe dia.
Hihihi...

Ok, movie time!

Sebelah En Zul, lelaki cina dengan kawan dia.
Sebelah aku, awek melayu dengan balak dia.

Ok.
Movie dah start, sila tumpukan perhatian.

Sepanjang movie tu on, selama tu la awek sebelah aku ni berceloteh! Siap cakap kuat-kuat mengalahkan sound speaker tu!


Eh, ada duyung! 
Euuwww.. Dia minum air kat kaki dia!
Abg, kapten Jack tu tipu kan?
Eh, hidup lagi pakwe duyung tu!
Telaga tu kat atas kepala ke?
Ala, kenapa bapak dia yang minum?
Ni mesti cawan tu terbalik. Mesti anak dia yang minum!




Ok, sila diam!
Aku bayar tiket ni untuk tengok movie, bukan nak dengar kau jadi pengkritik filem!
Bangang!

Kalau kau nak komen pun, bisik slow-slow kat telinga balak kau sudah la.
Bukan semua orang nak dengar apa yang kau cakap pun!

Dah dapat duduk kat couple seat!
Dah dapat peluk balak kau!
Dah dapat romen-romen dengan balak kau!

So, kau nak apa lagi?
Duduk diam-diam & tengok movie sudah la!
Tu belum aku rakam suara kau gelak!
Sound pun boleh tenggelam dek suara kau.

Serius aku tak faham manusia macam ni.
Langsung tak ada sensitivity untuk orang lain!
Macam kau sorang bayar tiket movie.

Yes, kau berhak bercakap.
Tapiiiiiiiiiii.... Slow la sikit, kawan!
Jangan sampai aku curah air kat kepala kau, baru kau reti nak senyap!
Bangang!!


Ni la awek bangang yang sangat bangang!
Jalan mengengkang selepas mulut penat membebel!
Mulut & kaki.
Apa kaitannya?


Peace, yo!

1 comment: