Masa aku update entri Jamuan Raya Cohort, aku ada mentioned satu nama. Staff ofis aku jugak la. Takkan nama kakak nurse kat Wad Warga depan ofis ni pulak. Apa jadah nak kecoh-kecoh pasal kakak nurse yang aku tak kenal kan?
Hmmm.. Macamana nak cerita eh?
Btw, aku panggil dia AYAM JAGOAN MAK JEMAH je la ek.. Mamat ni memang hensem (ok, mak puji ni. Jangan lupa belanja mak makan mekdi. Lalalaa....) Tapi dia pemalu sikit. OK, bukan pemalu sikit, tapi MALU BANYAK! Kemon la Ayam Jagoan (AJ), takkan dengan mak jemah pun kamu nak malu? Kan mak jemah ni nak carikan kamu jodoh. Jangan la malu-malu dengan mak jemah.
Kat ofis aku ni, ramaiiiiiii awek-awek yang tergilakan dia ni. Ha, yang aku tahu ada la 3-4 orang. Yang aku tak tahu mungkin la lebih kot? Kalau aku letak ranking 1-10 tahap ke'macho'an mamat ni, kompem diorang rating kan dia sebanyak 10!
Mamat ni muda lagi, dalam 24tahun kot umur dia. Seorang pemain violin yang hebat sejak umur 5tahun, pernah mewakili Selangor dalam pertandingan Penggesek Violin Seantero Felda dan berjaya memenangi pingat emas untuk pertandingan itu, menggemari makanan western, tapi tidak menggemari parmesan cheese (alergik katanya, nanti gatal-gatal kulit), pandai menggilap kasut menggunakan kiwi cecair, pernah 2 kali dikecewakan oleh sang gadis, tetapi masih maintain macho tidak menangis setelah dikecewakan, dan yang paling hebat tentang Ayam Jagoan adalah, beliau pernah memang pertandingan Main Penutup Botol Minuman 4tahun berturut-turut sejak Tingkatan 1 sampai Tingkatan 4. Naik je Tingkatan 5, beliau tidak lagi bertanding kerana ibunya melarang beliau meyentuh penutup botol itu lagi. Biasalah, budak nak amik SPM la katakan....
Ok, itu aku tipu.
Sebelum ni, aku suka la tengok muka dia, ala-ala kiut je.. Tapi bila tengok mamat ni susah sangat nak senyum, aku malas nak suka kekiutannya dah. Alaaaa... senyuman dia kan mahal, mana nak senyum kat aku ni. Lagipun aku kan selalu nyakat dia, lagi la dia menyampah dengan aku. Kannn?
Khamis lepas, Andri masukkan nama aku ke dalam kumpulan Teknikal untuk Larian Sihat 1 Cohort. Dan kebetulan nama aku kena gantikan Mariatul sebab dia bercuti. Guess what? Aku sama group dengan Ayam Jagoan! Fullalaaa!!! So aku pergi la jumpa geng aku tu, si Adi selaku ketua kumpulan. Then aku buat checklist barang-barang yang kitorang kena sediakan. Lepas aku print checklist tu, aku bagi kat AJ untuk dia sediakan barang-barang tu.
Sebelum balik, aku lepak dalam bilir server (bilik penyumbang kanser). Then AJ masuk. Sebelum keluar dari bilik server, dia hulur checklist tu kat aku.
AJ : Kak, checklist. (2 perkataan pun dikira satu rahmat kalau ianya keluar dari mulut dia)
Bila aku toleh, tengok tangan dia menggigil.
Aku : Kenapa awak menggigil ni? Takut dengan saya ke?
AJ : (senyum) Tak la. Mana ada takut... (tangan makin menggigil)
Aku : Kenapa awak menggigil? Saya tak nak amik checklist ni kalau awak menggigil.
AJ : Eh, mana ada saya menggigil.. (tukar checklist ke tangan kiri pulak. Tetapppp menggigil)
Aku : Tengok, dah tukar tangan pun masih menggigil? Kenapa la dengan awak ni?
AJ : Cepat la amik, dah berpeluh ni.
Wakakakakaka!!!!!
Sampai mentioned 'berpeluh' kat aku. Sawan sekejap aku, bila tengok perangai mamat ni. Bukan main berpeluh sakan mamat ni sebab malu nak bercakap dengan aku! Apa dah jadi dengan lelaki zaman sekarang ni eh? Lebih-lebih lagi lelaki yang duduk bekerja dalam bilik server. Adakah itu simptom-simptom bakal terkena kanser prostate?
*Pause*
Hari tu ada sumber-sumber yang tidak boleh dinyatakan disini, bahawa besar kemungkinan AJ salah seorang SILENT READER aku.
Biar betik?
AJ : Ooo... Berani kutuk-kutuk aku dalam blog puaka ni ye?
Siap kau. Aku hack password kau karang!
Alamakkkk.. Betul ke dia baca blog aku? Lebih-lebih lagi entri jamuan raya tu? Malunyaaaa!!!! Tapi aku rasa dalam kes ni, AJ yang akan jadi lebih malu. Patutlah sampai menggigil tangan nak bagi checklist tu. Dulu pernah sekali dia nak pulangkan pendrive aku, pun menggigil tangan nak hulur. Hadoiiiii... Kalau lalu sebelah aku, bukan main lagi menunduk kepala. Budget suci! Puiiiiii.
I got u! Haha!
Aku rasa semakin hari aku semakin suka menyakat AJ. Lantak la apa orang nak kata. Lagipun semua orang tahu AJ tu memang pemalu. Kalau aku nyakat dia, kompem pipi dia jadi merah-merah. Ok, tu pun aku tipu jugak. Mana ada merah. LOL! Haha. Aku belum pernah jumpa lelaki yang pemalu macam ni. Dulu aku ada jugak berkawan dengan lelaki pemalu. But after a few months, diorang dah tak rasa malu lagi dengan aku. Mungkin sebab aku ni kasar, cakap pun asyik nak melucassss je memanjang. So diorang tak rasa segan dah dengan aku. But this shy guy, memang berbeza. Susah aku nak melawak dengan dia. Kadang-kadang kalau aku gurau-gurau, dia gelak la jugak. Tapi kalau nak dia 'in' dalam jokes tu, susah sikit la. Buat kerja pun seriussss je.
Nah, muka AJ yang seriusssss buat keje.
Padahal dalam hati tengah bergelora sebab tahu aku sedang memfokus kamera kepadanya.
Kannnnn? Hahaha!
Ini adalah pesanan khidmat masyarakat untuk AJ...
(Mak Jemah tahu Ayam Jagoan Mak Jemah ni baca blog ni, kan?)
"Darlingggg.. I kan dah kawin, kenapa u nak takut bergurau senda dengan I? Lagipun gurauan I kan belum pernah melepasi batas-batas seorang isteri yang solehah, gitu haa! U kan tahu I ni akan tetappppp setia pada En Zul? Semua ni gara-gara I selalu nyanyi lagu Kris Dayanti - Cobalah Untuk Setia. Akhirnya, I memang betul-betul jadi setia pada dia.
Maafkan I, Darling... I memang tak boleh nak curang dan jatuh cinta pada U. I sayanggggg sangat pada hubby I yang hensem bak Aaron Aziz tu. Eh, silap... Hensem macam Alex O'Loughlin yang berlakon dalam cerita Hawaii Five-O tu. Lagipun, U kan tahu i ni penggemar cheese. Macamana I nak nyanyi-nyanyi kat dapur dengan gembira kalau cheese tak ada dalam menu yang I masak? Semuanya sebab U alergik dengan cheese. Benci tau!
U ingat lagi tak hari tu? Alaaa.. Hari yang hujan turun dengan lebat tu. Siap ada petir lagi.. (Eh, kan sekarang ni tiap-tiap hari hujan?) Masa tu U ingat tak, kan kita main chess sama-sama sambil makan cekodok pisang. U cakap kalau time hujan memang sedap makan cekodok pisang. Tapi kan, Darlingggg.. I rasa kalau makan cekodok pisang tanpa air Nescafe O suam, macam tak kicked la pulak. Kurang menyengat. Tapi I tak cakap la, I takut kejujuran I ni akan melukakan hati U. Then I pura-pura buat kalah, I sengaja bagi U checkmate I.. Semua tu semata-mata nak jaga hati U, Darlingggg.. Kan U pun memang tengah terluka sebab I kawin dengan orang lain kan? Kan? Kan?
Darling, I cuma nak bagitau.. Raya tahun depan, I tak boleh beli baju raya kaler purple lagi. Sebab tahun ni I dah beli baju purple. Kalau beli jugak, nanti orang ingat I recycle baju raya tahun lepas. Jatuh la reputasi I.. So, apa kata kita pakai baju kaler rainbow je. Sebab I boleh sedondon dengan semua orang. Dengan En Zul ofkos la kan? Sedondon dengan U, dengan jiran Uncle Moorthi tu, sedondon dengan pengasas susu Alpha Lipid SDII tu (yang feeling-feeling dah kurus kononnya, puiiii..) Biar semua orang puas hati. Kita beli baju kaler rainbow ye, Darlingggg?
AJ, Darling.. U tahu kan ramai gadis-gadis yang suka kat U. Tapi kenapa U tidak mahu bukakan pintu hati U untuk diorang? Adakah kerana hati U hanya untuk I?
(mampus aku kalau En Zul baca ayat merapu ni. Anggap saja aku tengah kurang siuman saat ayat ini sedang ditaip)
U pernah cakap, U akan tunggu I sampai bila-bila.. Tapi, sampai kapan sayang? Sampai kapan?!! Adakah sampai kamu dikapankan? Oh, tidak...... (tepuk dahi sambil tunduk & geleng-geleng kepala..)
Darlingggg... Maafkan I sebab I 'terrrr' sengaja baca diary lusuh U itu.. Tanpa tidak diduga, I terbaca luahan hati U di muka surat yang tiada nombor itu. Benarkah Darling? Benarkah penyakit parkinson U itu sudah sampai ke tahap maksimum? Katakan semua itu tidak benar, sayang! Ohhh, patutlah tangan kamu semakin kuat menggigil.. I ingat U kesejukkan. Almaklum lah, kita kan sudah menetap di New York sekarang ni.. Suhu sejuknya mana sama sejuk kat bilik server tu. Rupanya U parkinson, Darling! Tiada ubat kah yang boleh menyembuhkan kegigilan U itu? Kalau susah sangat, I bedung je tangan U tu.
AJ, sayangggg.... Walaupun cinta kita terhalang, U jangan risau. I akan kotakan janji I pada U. I kan dah janji nak carikan awek untuk U. Haaa, U cakap je nak awek negeri mana? Kurus? Or gemuk macam I? Ke nak yang rendah? Tak pun tinggi macam I? U cakap je... I boleh tolong carikan. Hari tu U cakap nak gadis Lombok kan? I rasa better cari orang Melayu je. Ye laaa, diorang mana reti masak tomyam seafood dan sambal belacan campur buah mempelam. Tapi lepas U tengok konsert Wonder Girl pakai paju kurung hari tu, U selalu bukak Youtube tengok video clip penyanyi Korea. Why, Darling? Whyyyy?? Adakah I sudah tidak cantik memakai baju kurung? Ye, I tahu badan I semakin menggajah. Tapi I pun pandai menari K-Pop, hokeh! Kalau U tak caya, U tengok la tapak kaki I. Dah semakin melebar sebab selalu menari K-Pop...
Ok la Darlingggg... I terpaksa pendekkan pesanan khidmat masyarakat ni. Lagipun hubby I dah berdehem-dehem tu. Macam sedang memanggil-manggil I pulak. Harap U faham-faham la ye. Ok la Darling, U jangan risau tau.. I takkan menduakan suami I. Itu janji I pada U, pada saat I tinggalkan U dulu masa kat funfair tu... Kalau U baca pesanan ni, I harap U jangan sedih-sedih. I akan tetap makan cekodok pisang pada waktu hari hujan. Semoga U akan berjumpa dengan gadis yang U sayang. Dan I yakin, gadis tu pasti tidak secantik dan segojes I kan? Kompem punya la!
Sampai sini sahaja. Sekian, kbai!"
Yang benar,
Mak Jemah (mak kesayangan Ayam Jagoan aka AJ)
No comments:
Post a Comment