Wednesday, November 7, 2012

Larian Sihat 1 Cohort 2012

Jumaat lepas (2 Nov 2012) Projek Cohort ada organize Larian Sihat 1 Cohort. Event ni idea Prof Datuk. Sebab selalunya kitorang asyik buat ceramah je memanjang, tapi perangai masih kat takuk tu je. So adalah lebih baik buat aktiviti yang lebih menarik.

Andri telah menguruskan event ni dengan jayanya. Siap sempat sediakan medal dan hadiah. Memang terbaik la Andri ni (Suzanne, sila contohi prestasi kerja suami kau ni.. Rajin dan komited. Jangan nak main fesbuk je kat ofis. Hahaha!) Malah Prof pun macam tak percaya yang event ni dilaksanakan secepat ini. Tak pe la Prof, dah setel larian ni, pasni kita organize bowling tournament pulak.

Pagi Jumaat tu AJK dah siap berkumpul kat Tasik Sri Permaisuri seawal 6.30am. Malam tu Andri & Arman dah siap-siap pacak penanda arah kat sekitar tasik tu. Walaupun tasik tu cuma sejauh 3km lebih je, tapi penanda arah tu amat penting demi memastikan staff Cohort tidak terlepas ke restoran Sup Meletop atau pun ke Tutti Frutti kat Bandar Sri Permaisuri tu. Kang elok-elok masa pelepasan seramai 150 orang yang berlari, bila masa penamat yang sampai cuma 80 orang je. Yang selebihnya tidak kembali ke jalan pulang.

(gambar yang tiada watermark adalah diambil dari page FB Projek Cohort. Harap maklum)



AJK yang suka sangat bergambar. Sekejap-sekejap bergambar.
Bergambar nak, tapi lari tak nak.
Bukan orang lain, aku la tu. Huhuuu!




Ha, tengok ni. Bukan main lagi free style diorang.






Ok, ni Kak Lin tengah nak kumpulkan peserta. Ada yang dah terlepas ke seberang jalan membeli nasi lemak. Kak Lin ni sebenarnya tengah bercuti, tapi masih sudi datang untuk memberikan sokongan padu kepada acara ni.
Hebat la Kak Lin!







Apa-apa pun, kena la buat bacaan doa dulu. Sejak Adi ni masuk bekerja di sini, memang dia lah Ustaz Cohort. Kalau dulu, Amir yang selalu kena baca doa. Tapi sekarang si Adi yang hensem ni yang kena lead kitorang bacaan doa. (hensem? Hmmm.. I know u are my silent reader, Adi. So saya terpaksa puji awak dalam blog saya neh.. Hahaha)





Lepas bacaan doa, Ketua Projek harus la membuat sedikit ucapan dan kata-kata semangat. Sumpah comel la Prof ni. Cool je...
(Ok, Prof bukan silent reader aku. So aku tak perlu nak berpura-pura puji dia. Aku ikhlas ni... Ececeeeee!)





Lepas ucapan Prof, kena warming up badan dulu. Diorang ni bukan kaki sukan pun. Kalau terus berlari tanpa warming up, tak pepasal je kejung segala urat diorang. Aku yang tukang jaga first aid kit yang kelam kabut nak cari minyak angin segala. So sebelum benda buruk jadi, baik korang panaskan badan dulu. Mula kan dengan kepala dulu, sehingga ke kaki, hokeh?




Ok semua... Ikut saya ye.
Ke kanannnnnnn.....




Sekarang balas pulak ke kiri. Hati-hati, jangan sampai terkorek ketiak orang sebelah.
Ok, ke kiriiiiiiiiiiiiii......




See.. Macam nak menari Gangnam Style kan? Haha!
Comeyyy!





Masa pelepasan peserta untuk kategori Wanita18-29tahun & Wanita 30tahun keatas.
Bertempiaran semuanya!

Eh, kenapa Nazeri ada sekali dengan wanita-wanita ni? Sebenarnya Nazeri ni kategori Lelaki 30 tahun & Keatas. Atas permintaan Prof, kalau boleh kategori lelaki ni dilepaskan sekali dengan wanita-wanita ini. Boleh, Prof... Boleh sajeeeee.... Anything for u, asalkan jangan kalah ok? Kan dah lepaskan awal sikit dari Lelaki 18-29tahun, so jangan la kalah... Heheh...




Haaa.. Ni je la yang tinggal untuk kategori Lelaki 18-29tahun.
Are you ready guys???
Fuh, mantap la peha apek baju hijau ni. Terasa macam nak gi makan ayam KFC pulak.





Ok, semua dah berlepas. Macam suka-suka pulak diorang ni.
Hello? Ni pertandingan ye, bukan acara seronok-seronok.
Kalau tengok si Cham tu, macam nak menari pulak. Hahaha..





Bila tengok gambar ni, memang betul tekaan aku. Budak-budak ni bukan beriya nak lari pun. Diorang sebenarnya nak jalan-jalan sekitar tasik sambil ambil gambar je. Siap guling-guling tepi pokok nak amik gambar punya pasal. Yang makcik berdua ni macam nak pegi camping masa zaman sekolah-sekolah dulu. Kiut je diorang ni =)





Haaaa... Ni lagi comel. Nama dia Dora The Explorer.
Halah.. Halah... Halahhhhhh!





Macam perarakan sempena Maulidur Rasul kan? Bezanya tak de kain rentang je.
Eh, Ayam Jagoan Mak Jemah la! Wow, mantapnya lari!!
Grrrrr.. Geramnya! Hahaha...
(mampos aku kalau dia baca ni)




Adik-adikkkk... Ni pertandingan LARI, bukan pertandingan Berjalan Paling Pantas. Korang salah tema ni.
Anyway, kornag nampak comel kat dalam gambar ni. Puiiiiii!




Ha, kauuuuu! Betapa terkejutnya aku bila Prof Datuk berjaya sampai & menang tempat pertama untuk kategori dia. Kalau secara keseluruhan dia tempat ke 4. Hebat! 
(nasib baik aku tak lari sekali, kalau tak bikin malu kat Prof ni. Muda-muda pun tak boleh nak challenge dia)





Ni dia pemenang untuk kategori Wanita 30 tahun & keatas.
Tahniah la Kak Ifah!
Yang kat belakang tu masih tidak berputus asa untuk mengejar sang juara.




Bila dah nak sampai ke garisan penamat, bukan main lagi soraknya!
Yeayyyyy!!!




"I no satu ke, T..?"

No.. No... Nooooo!!!




Kesian gila kat budak dua orang ni. Aku jaga kat garisan penamat. Elok je diorang sampai, aku cakap "Kalau nak nombor, kena menari Gangnam Style dulu. Baru saya bagi nombor" Sekali memang diorang buat tarian tu. Alaaaaaa... Kesiannya kau kena tipu dikkk! Nombor dah habis dah, akak sengaja nak tengok gadis comel menari GS. Hahaha.. Apa-apa pun korang memang sporting!




Ini adalah kekecewaan tahap dewa setelah tidak menang tempat pertama.
Hahahaa...





Azrina aka Dora The Explorer : Mana garisan penamat ni? Penat la! Arghhhhhhhhh!!!!





Dah penat berlari, bersepah-sepah budak-budak ni makan sarapan pagi.
Sambil-sambil tu boleh bercerita pengalaman masing-masing masa berlari tadi tu kan?




Masa ni semua tengah berlendir satu badan. Berlendir pun berlendir la...
Janji korang hepi dengan larian korang.





Ni hampers untuk pemenang. Aku tengok dari jauh sudahhhh...








Tahniah Prof Datuk! Gold medal tu!!!!




Comelnya Prof!
Andri, kau tepi sikit! Sebuk je.




Ni semua geng-geng Mael Lambong, penarik kereta professional.




Ni pun sama. Eh, wanita pun ada? Mantap!!





Sebelum balik ofis, mari la kita merapatkan ukhuwah sesama kita.
Gambar aku cuma nampak kepala je kat tengah-tengah tu. Tak aci sungguh!


Hopefully event ni diadakan setiap tahun. Apapun aku kena kasik kurus sikit badan yang semakin menggajah ni. Baru semangat nak lari & pecahkan rekod diorang. (Ya..Ya..Yaaaa.... Teruskan bermimpi, Yati!)

Next, bowling tournament! Yeayyyyy!







Love,

No comments:

Post a Comment