Thursday, February 23, 2012

D'Terapung, Port Dickson

Hari tu tengok cite Jalan-Jalan Cari Makan (JJCM).
Ada la segmen makan kat Restoran D'Terapung kat Port Dickson.
Yang membuatkan En Zul bermati-matian nak makan kat sini sebab ikan bakar dia menggunakan bara api masa membakar.
Bukan guna kuali leper macam orang lain buat tu.
En Zul cakap rasanya lain kalau nak dibandingkan dengan ikan yang dibakar atas kuali leper.

Ye ke?
Bagi aku sama je. Asalkan nama ikan bakar, so rasanya pun macam bakar la kan?
Cuma beza nya kalau ikan tu diperap dengan rempah.
Macam yang kat Istana Negara tu.
Memang mabelesssss!

So Ahad lepas (lepas membuat operasi semburan kutu tu), kitorang ajak Maklang, Paklang & Leen ke sana.
Tapi Paklang tak ikut.
Cuma Leen & Maklang je yang join.
Memandangkan masa kat Kedah, En Zul belanja ahli keluarga dia makan besar kat Jitra (4 family), so kali ni turn family aku la pulak kan?

Alaaaa bangggg.. Berapa la sangat setakat nak belanja aku, Maklang & Leen makan kan??

So kitorang konvoi 2 kete je la.
Nak naik 1 kete macam tak muat pulak.
Dengan anak-anak aku yang asyik melompat-lompat macam Ahli Penerjun Negara tu...
Memang sakit pinggang la kalau naik ramai-ramai.

Kitorang gerak dari Cheras dalam pukul 6 lebih.
Campur masa sesat, kitorang sampai sana dalam pukul 7pm.
Ok la, orang tak de la ramai sangat.
So terus menuju cari meja tepi laut :)




Terletak kat Medan Selera MPPD, 10km dari PD.



Maklang yang sedang melayan perasaan blues.



Haaaa.. Yang ini la punca aku sampai sesat-sesat datang ke sini!
Ikan yang dibakar atas bara api.

Operasi menyerang meja tepi laut!



Yessss.. Ini la permandangan laut terbentang luas.
Kedai ni memang terapung atas laut.
Besttttt!



En Zul mula memilih ikan.



Antara ikan yang ada disediakan.
So En Zul 'pancing' ikan kerapu merah tu.
Tinggal 1 je pun..



Antara hasil kerang-kerangan.
Ni cuma display. Kalau nak order, just cakap berapa pinggan order, nanti dia masak (ambil stock kat dapur).
Aku suka makan pepahat tu. First time makan kat Thistle,PD.
Mungkin benda ni banyak kat pesisiran pantai arah selatan kottttt...



Udang, sotong, ketam yang besarrrrrrr..
Ni stok yang belum ditop-up.



Ikan kerapu merah menjadi pilihan  En Zul.
Memandang kami semua belum pernah rasa ikan ni, so kami setuju sahaja.
Menu : Bakar je.



Harga mengikut pasaran.
Katanyaaaaaa!!



Senja berlabuh (Ika yang snap pic ni)



Aleeya tegak berdiri macam tugu











Cedok-cedok udang. Tengok saiz kononnya...








Masih mencedok-cedokkkkkk...



Ni hasil 'tangkapan' Maklang.
Siput sudu kot nama dia.



Ni hasil kami...



It's nice, isn't it?
=)
(masa ni aku memang mendambakan kamera DSLR)



Untie Leen bersama ahli penerjun negara



1 HAPPY FAMILY



Keindahan Tuhan.....



Ika ni memang tak pandai snap pic!



Cair gila air tembikai ni!!!



Aleeya mencari ikan yang freshhhhhh...



Chakkk! My baby buat ape tuuu??



Us



Menu : Ikan pari bakar (bungkus untuk Paklang), Ikan siakap masak merah, ikan kerapu merah bakar, udang goreng tepung, ketam masak pedas, sayur pecal, siput sudu masak cili api, air tembikai.
(ternganga mulut Aleeya! Hahahaha..!!!)


Ketam saiz XXL!



Udang saiz XXL.



Siput sudu masak cili api



Siakap masak merah



Ikan kerapu merah bakar.
Pilihan En Zul.







Sayur pecal







D'Terapung


Rasa makanan : Average. (Rasa ikan siakap masak merah sedap)
Harga : RM340.00
(Thanks Leen sebab sudi 'tong-tong' RM150 dengan En Zul)

Ikan bakar kurang sedap.
Ikan bakar kat Istana Negara jugak yang sedapppp!!!!

No comments:

Post a Comment