Wednesday, February 22, 2012

Kap Wau Ta Wau

Ahad lepas aku cadang nak ke ofis untuk siapkan keje aku sikit.
Memandangkan anak-anak ada, so aku angkut diorang ke ofis sekali.
Pagi tu aku ke Restoran Amal untuk breakfast.
Tengah tunggu order sampai, tetiba aku ternampak something bergerak-gerak atas kepala Ika.
Bila aku usha dekat sikit, sekali tengok kutu tengah jalan-jalan makan angin atas rambut dia!

Sialllll!
Macamana anak aku ni boleh ada kutu???
Terus aku nak kutil kutu tu. Tapi tak sempat, kutu tu dah lari kat celah-celah rambut Ika.

Hangin la aku!
Setahu aku anak aku ni tak ada kutu.
En Zul tengok kepala Aleeya pun ada telur kutu. Dia tanya anak-anak, diorang cakap babysitter ada jaga anak orang lain yang ada kutu.
Mungkin berjangkit dari diorang.

Alamak, malam tadi Ika tido sebelah aku.
Mati la aku....
Jangan la ada kutu yang tengah jalan-jalan, tetiba nampak rambut aku yang lagi cantik dan menawan, terus dia melompat singgah atas kepala aku.
Hohohoho!!!

Plis laaaaaa...
Tak sanggup kalau kepala ada kutu!!!!!!

Balik dari ofis, En Zul mula naik hantu.
Dia panggil Ika & Aleeya, dia nak spray kepala diorang dengan Ridsects

Menggelupur la budak-budak ni lari.
Sampai menyorok kat celah-celah katil aku.
Si Aleeya siap menyorok bawah selimut.

Motif?
Macam la kitorang tak nampak dia yang bulat tu kat bawah selimut.
Hadoiiiiiiiiii!!

Terus En Zul bungkus kepala diorang dengan plastik, tanpa buang masa terus dia spray Ridsects kat kepala diorang.

Menggelupur anak-anak aku!



Memulakan operasi semburan dengan Bismillah....



Ika yang mula kepedihan mata



Aleeya yang baik hati menolong si kakak ke bilik air untuk mencuci mata.
Amboiiii... Bukan main lagi kau gelak ye Aleeya.
Kau jangan nak hepi sangat ye, pasni turn kau pulak!



Cuci muka.



Turn Aleeya pulak.
Apsal leher dia macam pendek je?



Menjerit-jerit mintak dikasihani.
Simpang ye! Kalau bab kutu ni memang En Zul tak bagi chance untuk kutu hidup membiakkan zuriat kat kepala anak-anak.


Lepas 30minit kepala berbalut, aku mandikan budak-budak tu.
Habis syampu aku guna nak curah ke kepala diorang.
Petang tu aku cari kutu, ada yang dah mati.
Cuma ada sikit telur yang masih berisi.
So operasi mencari telur kutu pulak on!

Sambil cari telur kutu, sambil mulut aku membebel.
Sila tahan telinga.


No comments:

Post a Comment