Thursday, January 5, 2012

From My Kitchen : Sup Ekor

Sup ekor



Dah lama tak makan sup ekor. Pekena pulak yang pedas, panas dan masam-masam sikit. Perghhh, memang terbaik. Isnin lepas aku singgah stokis Ramly Burger kat Bandar Tun Razak. Aku saja nak beli tempura nugget. Sekali teringat cerita Kak Azlin pasal ekor lembu yang dia beli kat sini. Dalam sepeket ada lebih kurang 15 ketul dengan harga RM7 lebih.

Aku pun cari la ekor lembu tu. Memang betul pun, ekor lembu ni murah je. Aku beli sepeket harga RM7.90 ada 16 ketul kat dalamnya. Ekor tu kecik je. Tapi cukup je untuk aku makan berdua dengan En Zul. Kalau makan sekampung, tak cukup la. Berapa ekor lembu pulak nak di korbankan.

Semalam lepas balik dari kerja, aku rebus la ekor lembu ni. Agak lama jugak la. Dah pukul 7pm lebih baru aku start masak. Mudah je. Tapi nak menunggu rebus tu je yang lama.


Bahan-bahan :


  • 7 ketul Ekor lembu (of cos la kan? Takkan ekor tenuk pulak - jumlah ketul ekor terpulang nak banyak mana)
  • 1 sup bunjut tulang (kalau guna sup bunjut biasa, kena tambah 1 kulit kayu manis, 2 biji pelaga & 1 bunga lawang)
  • 2 sudu besar serbuk sup (optional - dibancuh)
  • 2 biji bawang merah (ditumbuk kasar)
  • 3 biji bawang putih (ditumbuk kasar)
  • 1cm halia (ditumbuk kasar)
  • 1 sudu kecil lada hitam (ditumbuk)
  • 3 sudu besar air asam jawa (guna 2 asam keping pun boleh)
  • 6 biji cili padi (diketuk - kalau nak lebih pedas boleh tambah lagi. tapi dah ada lada hitam, 6 biji pun dah ok kot. terpulang ikut citarasa masing-masing.)
  • 1 batang saderi (dipotong menyerong)
  • 1/2 labu Bawang besar (dihiris)
  • daun sup (hiris halus - hiasan)
  • 1 biji tomato (belah 4)
  • bawang goreng (hiasan)
  • minyak
  • garam dan perasa


Cara-cara :

  • Rebus ekor sampai lembut. 
  • Dalam periuk lain, panaskan minyak.
  • Tumis bawang merah, bawang putih, dan halia sampai naik bau.
  • Masukkan serbuk sup yang telah dibancuh. Tumis sampai pecah minyak. Jangan bancuh banyak sangat. Cukup sekadar untuk memekatkan kuah sup (aku tak berapa suka minum sup yang jernih)
  • Masukkan rebusan sup ekor tadi (sekali dengan ekor nya)
  • Masukkan sub bunjut dan cili api (didihkan lagi sampai cili api jadi sedikit pecah-pecah / lembik)
  • Masukkan garam, perasa, air asam jawa dan lada hitam.
  • Masukkan batang saderi dan biarkan lebih kurang 2 minit (sampai batang saderi lembut). Lepas tu masukkan bawang besar dan tomato (jangan sampai tomato lembik pulak)
  • Tutup api. Taburkan daun sup dan bawang goreng.


*kalau nak lagi senang, lepas rebus ekor tu, masukkan je semua bahan dan rebus sampai masak. Last sekali baru tabur daun sup dan bawang goreng. Tak payah susah-susah nak menumis segala bagai. Cara macam ni pun sedap jugak.



Makan semasa sup masih panas. Memang terangkat!




2 comments:

  1. t, tulis r quantity bahan2 tu..utk org2 cm haku yg xbrape nk master ni xleh nk bajet byk mne nk letak.huhu

    ReplyDelete
  2. Jap-jap... nnti bibik edit balik entri tu yer.. bibik banyak kerja, tu lupa nak taruk qty nya.. hahaaha...

    ReplyDelete