Tuesday, September 2, 2014

Ni kalau masuk pertandingan kompem menang

Ni saje nak citer ni. Ikut hati memang kadang-kadang boleh jadi sawan aku dibuatnya. Lebih-lebih bila anak-anak nak tidur sekali dengan mak ayah. Macam anak-anak aku, kalau diberi peluang memang diorang nak je tidur dengan kitorang. Tapi sekarang aku dah bagi pilihan. Hari sekolah korang kena tidur sendiri. Tak kisah la nak tidur kat bilik Ika ke, bilik Aleeya ke, nak tidur kat ruang tamu utama ke atau ruang tamu kedua ke.. Mana-mana pun tak kisah. Nak tidur kat dapur pun boleh. Aku tak de masalah. Janji bukan dalam bilik aku.

Nak tidur kat bilik aku masa cuti sekolah je. Kalau tak nak ikut pilihan tu, so korang sila la tidur kat mana-mana tapi jangan sekali-kali korang tidur dalam bilik aku dah! So pilih. Nak ikut cara aku yang pertama, or ikut cara aku yang kedua. Temanya dua-dua pilihan memang kena ikut cakap aku. Kahkahkahhh..

Puncanya anak-anak aku ni susah nak kena kejut bangun pegi sekolah. Masa bulan puasa senang je nak kejut bangun sahur. Aku tengah tung-tang tung-tang kat dapur, elok je diorang bangun & tegur aku "mummy masak apeeee...?" Tak ke melompat aku terkejut dengar suara budak kat belakang pagi-pagi buta tengah masak sahur? Kalau bab makan memang senanggggg je diorang bangun. Tapi kalau bab kena pegi sekolah, Ya Rabbi... Hazab betul nak kejutkan diorang! Sebab aku tak suka nak bising-bising masa pagi nak siap-siap pegi sekolah, so aku buat syarat time hari persekolahan kena tidur sendiri. Hari cuti je boleh tidur kat bilik aku sebab korang diizinkan bangun lewat. Tak payah aku nak tegang-tegang urat tekak nak kejutkan korang bangun tido.

(tapi selalunya time cuti aku yang bangun lambat.. Elok aku bangun tidur tengok diorang dah melekat depan TV tengok kartun. Hahahaha...)

Kalau anak-anak tidur dengan aku, selalu diorang kena tidur kat bawah. Hish, tak kosser la haku nak berhimpit-himpat atas katil dengan diorang. Melainkan kalau En Zul outstation, baru la diorang merangkak naik tidur kat atas katil. Tapiiiiiii... (ada tapinya jugak) aku susah nak tidur lena kalau ada budak-budak ni. Budak Aleeya ni gaya tidurnya, nauzubillah... Punya la ganassss!!! Habis disepak-sepaknya aku sepanjang malam. Selang 20min aku pekik mintak Aleeya kalih badan dia jauh sikit. Lepas 20min aku jerit mintak nyawa. Kalau dah tiap 20min aku kena jerit, kena pekik... agak-agak kau berapa panjang anak tekak aku terjulur esok pagi tu? Ular kalau tengok anak tekak aku pun boleh menangis hokeh.. Terjulur je anak tekak aku mengalahkan lidah ular.



*silent mode*



Aleeya memang tidur ganas sangat. Aku tak paham macamana Ika boleh tidur dengan aman selama 10 tahun dia tidur dengan Aleeya ni. Agaknya tidur mati budak Ika ni. Ke sebab alah bisa tegal biasa? Kalau dah hari-hari kena sepak terajang, maka Ika pun berdoa la tiap-tiap malam sebelum tidur, mohon diampun kan dosa nya dari Allah. Mana tau kalau kena terajang sampai ajal menjemput, sekurang-kurangnya dia dah mintak ampun dari Pencipta. Huhuuu...

Penah sekali tu masa aku duduk kat Cheras, Aleeya bagi penyepak dan terajang aku kaw-kaw punya. Dia bagi aku berdas-das tanpa henti. Sampai esoknya En Zul balik keje aku nangis-nangis mengadu kat En Zul. Bukan nangis sebab sakit sangat pun. Tapi menangis sebab mengantuk tak cukup tidur. Aku bior tak cukup makan, tapi jangan tak cukup tidur. Kang sepanjang hari kena amukan azazil aku.

Ni nak tunjuk macamana dasyatnya gaya bebas Aleeya masa dia tidur.
Harap-harap tak ada yang muntah berdarah tengok gaya dia ye...



Gaya ni biasa je ni..
Aku kalau time tidur tengah datang mood kungfu aku, memang naik kaki aku ke badan En Zul.
So memang menurun la ke anak-anak.
Tapi gaya diorang lagi menakutkan.




Nah, gaya bebas 1.
Ni namanya Gerakan Atas Bawah.
Setakat kaki kat peha member sebelah ape ada hal...
Ni dia bagi terus kaki ke kepala.
Amekawww!!




Gaya Bebas 2 :
Pakej Serangkai 2 Jurus.
Kenapa 2 Jurus? Sebab dia bagi pakej kaki dan siku.
Kaki dia hempap, siku dia hayun.
Kalau pakej ni memang kena pakai full spec protection.
Takut-takut pecah muka Ika kena siku dek Aleeya.


Ok, lepas aku snap gambar atas tu,
Aleeya terus tukar gaya tidur. Yang ni paling jahanam punya gaya.
Kalau dia tidur dengan aku, dia bagi gaya ni kat aku memang nak kena sumpah jadi peti ais budak ni.




Gaya Bebas 3 :
Jurus Merong Mahawangsa "HeadLock"
Kalau Aleeya main boxing, dia headlock kepala pihak lawan kompem menang terus!




1...2...3...4...5...6...7..8..9........10!!!
The winner is Motekkk!!



Kesian bebenor aku nengok si Ika ni.
Sampai sesak nafas sebab kena hayun kaki dek Aleeya ni.
Kaki kalau comel macam kaki model takpe la jugak.
Ni kaki besar gedabak macam untut gajah.
Berkilo-kilo kakinya melokek kek muko Ika ni.

Tapi gaya Ika macam selesa je peluk kaki untut gajah tu.
Sedap peluk kot.....



Aku risau kalau besar-besar nanti Aleeya bertemu jodoh & berkahwin,
nanti mendatangkan masalah pada suami dia.
Tengah-tengah malam menantu aku datang ketuk bilik nak tumpang tidur dalam bilik aku.
Dia nak tidur kat bawah sebab tak tahan asyik kena sepak dek bini mengganas dia tu.
Bawak-bawak la merubah Aleeya oiiiii...



No comments:

Post a Comment