Ni merupakan menu terbaru yang aku mula jatuh hati. Wah, ayattttt.. Jatuh hati kau! Padahal kau jenis manusia yang makan apa saja, tetiba boleh claim jatuh hati pada makanan. Tak jatuh hati pun nasi tetap 2 pinggan, plus dessert bermangkuk-mangkuk. Kalau dah jatuh hati kompem ulang makan tak henti-henti. Agak-agak kalau batu & kayu boleh makan, dah lama aku buat stock kat dalam lemari meja ofis aku. Pastu kunyah la batu & kayu tu dari pagi bawak ke petang.
Ni namanya sambal hijau. Kenapa hijau? Sebab warnanya. Tapi maafkan aku sebab menjahanamkan resepi sendiri sehingga warna sambal bertukar jadi kuning. So namanya sambal kuning kah? No...no...no... Tetap sambal hijau.
Sambal ni dah 2 kali aku buat. Cuma hari tu aku malas nak update entri. Kali ni aku nak tunjuk jugak sambal hijau kuning aku ni. Boleh aku berlagak dengan korang. Haa... Kau hadoo?? Sambal ni dulu aku suka makan kat kedai makan Velodrum Cheras. Amik 2-3sudu pun dia charge aku mahal. Alasannya banyak bahan yang dia guna. So apa kata buat sendiri. Bukan susah pun. Senang jeeee.. Orang gila pun kalau bagi bahan-bahan sambal ni, kompem jadi punya. Tapi bukan jadi sambal hijau la. Tapi kompemmmm jadi SIA-SIA.. Habis dilempor nya ke sana-sini.
Jom tengok bahan dan cara-cara membuatnya.
Bahan yang membuat air liur menjadi kecur adalah belimbing buluh. Sapa-sapa yang tak suka belimbing ni, pi main jauh-jauh! Ni entri untuk orang yang suka makan belimbing buluh je. Hahahaha..
Belimbing ni aku dapat dari Kak Sal. Terima kasih banyak-banyak Kak Sal sebab sudi sponsor belimbing buluh ni. Kalau ada lagi jangan lupa re-stock untuk I ye...
Ailebiu la Kak Sal!! Muah... Muah...
(Ok, dah setel amik hati Kak Sal. Pasni boleh start puaka balik dengan Kak Sal. Kahkahkahhhh...)
Ok, belimbing buluh ni jangan banyak sangat. Sebab belimbing ni masam. Sekadar nak seimbangkan rasa pedas cili je. Kalau banyak ni dah ok dah. Tapi aritu aku tambah lagi sekali ganda belimbing ni. So sambal aku rasa masam sikit. Masa mula-mula buat aritu dah ok rasanya. Cuma kurang pedas je.
Belimbing buluh ni kena kukus ye. Bukan tak boleh nak rebus, boleh... Tapi nanti dia berair. Aku tak berapa suka berair sangat. Kalau nak guna yang fresh pun boleh. Tak ada masalah. Tapi susah nak tumbuk. Kalau dah steam, belimbing jadi lembut, so senang nak tumbuk.
Jadi, sila rebus ye...
Ni bahan utama. Cili ye makcik-makcik.. Kalau sambal tak de cili, tu bukan sambal namanya. Tu biskut kering. Mohon paham ye makcik-makcik sekalian... Cili ni kena taruk sambal hijau lebih sikit. Baru namanya sambal hijau. Pastu campur sikit dengan cili merah, bior meriah sikit kaler nya. Kalau guna cili capsicum kuning tu, makcik-makcik kena la tukar namanya sambal kuning yeee... Kalau suka pedas, sila lebihkan cili tu. Aku jenis tak tahan pedas, so cili hijau harus menjadi watak utama. Kalau guna cili api, kompem cirit aku pagi esok.
Kalau makcik-makcik suka cili api, boleh tambah ye.. Tak ada halangan dalam menu saya ni.
Janji jangan tambah belerang sudah. Tu bukan pedas, tu mau meletop mulut makcik.
Pastu kena ada bawang merah, bawang putih dan ikan bilis.
Kalau nak taruk belacan pun boleh. Tapi aku tak taruk.
Ikan bilis tu terpulang la nak goreng dulu ke, tak nak goreng pun takpe.
Ni aku tak goreng. basuh-basuh gitu je. Basuh tak guna sabun pun. Ikan bilis tu tak suka guna sabun.
Nanti pedih mata katanya..
Sebab aku tak guna sabun Johnson n Johnson.
Semua bahan blend sekali harung.
Kalau makcik-makcik rajin, boleh tumbuk ye.
Sebab nanti saya ada majlis taranum Al-Quran, diikuti majlis ceramah agama,
jadi terpaksa la saya blend je. Almaklum laa.. Saya kan datin yang super dupper busy.
Hahaha..
Hmm.. Tak klaka.
Pas blend, panaskan minyak dan tumis bahan tadi.
Tumis sampai masak.
Masukkan garam dan gula. Ikut citarasa tekak dan tembolok masing-masing ye..
Tadaaaaa!!
Sambal coklat hijau saya...
Walaupun masam, tapi sedapppp..
Sebab masam belimbing tak sama dengan masam asam jawa tu.
Eh, puji masakan sendiri nampakkkkk...
*larikkk...*
Ada lebih boleh simpan dalam esbok.
Nak makan boleh reheat sambal ni.
Makan dengan nasi panas dan ikan talapia goreng garing-garing dan panas...
Superbb!!
Berselera boiren dan anak-anak aku makan =)
Alhamdulillah..
No comments:
Post a Comment