First of all aku nak wish Happy Chinese New Year.
Gong Xi! Gong Xi!
Then aku nak wish Happy Birthday pada my lovely MR BABYBOO =)
Tahun ni makin bertambah usia. Semoga seiring dengan peningkatan iman pada Yang Maha Esa. Mummy berdoa agar kebahagiaan rumah tangga kita berkekalan hingga ke akhir hayat kita... InsyaAllah.
Miss you sayang.. Miss u ketat-ketat!
Tahun ni kali ke tiga kita berjauhan setiap kali tiba 1 Februari.
Tak apa la.. Janji abang sihat dan semakin sayang pada Mummy dan anak-anak.
Nanti kita spend masa sama-sama okay?
Macam biasa laa.. Kita pergi main layang-layang dengan anak-anak.
Then kita spend time dengan hobi baru abang.
Memancing =)
Spending quality time with our adorable princess.
I miss them too..
Hmmm.. Mesti Aleeya makin gemuk. Ika pulak makin tinggi.
Ahhh.. Really miss them!!
*sebak*
Syukran Ya Allah..
Aku bersyukur atas pemberian-Mu yang tidak terhingga.
Tahun ni kursus intensif aku agak panjang.
Rasa-rasanya tahun ke empat ni merupakan kursus intensif aku yang paling lama - 26 hari!
Lagipun tempoh ni termasuk cuti umum CNY. Tapi mungkin aku dapat balik awal (ponteng kelas. Hahaa!)
Aku dapat cuti CNY selama 6 hari. So cadang nak balik kampung En Zul.
Tapi memandangkan En Zul lambat beli tiket & apply cuti, maka berkampung la aku kat USM ni selama 6 hari cuti umum ni.
En Zul tak nak bawak kereta dia datang USM sebab tayar kereta dia dah nipis.
Naik flight pun dia tak nak. Tiket mahal katanya.
Pastu dia suruh aku yang balik KL.
Hishhhh.. Kosserrrr aku!
Kalau aku balik naik kete - aku malas nak drive sorang.
Kalau aku balik naik bas - belum tentu ada tiket bas pergi dan balik.
Tu belum kira tempoh perjalanan yang kena hadap jem!
So motif dia nak suruh aku yang balik KL?
Teruskan bermimpi En Zul! Aku dah pesan dari awal lagi.. Sebelum aku datang intensif kekdahnya!
Tapi sebab kau degil kan bangggg... Tak nak dengar nasihat isteri solehah kau ni.
Maka selama 6 hari cuti umum ni, kau tidur la sorang-sorang.
Agak-agak kau rindu aku, kau gentel la kain batik aku tu.
Cari la dalam lemari tu belambak kain batik aku.
Kalau tak jumpa kain batik, spender atau bra aku pun boleh jugakkk!
Memandangkan aku menjadi penghuni setia USM, so aku kumpulkan kawan-kawan aku yang sama-sama menjadi tukun kat USM ni. Tak kesah la pergi mana pun, asalkan aku ok & happy!
Aku ajak diorang pusing town. Nak jalan-jalan ke tempat baru, aku tak sempat nak survey tenet.
Tak berani la aku pusing-pusing tanpa guide. At least kalau nak redah pun, biar la aku sempat blogwalking dulu tempat-tempat menarik serta map dia.
Tak de la aku buang masa mencari arah. Walaupun panduan waze amat membantu, tapi better aku survey dulu. Nak buat travelog dan review lokasi pun senang.
Kang kalau sesat salah jalan, tak pepasal je aku maki semua orang.
Aku ni baran tak agak-agak. Salah tengok waze pun boleh sampai berbunuh-bunuh.
Tapi bunuh niat nak jalan-jalan la. Bukan bunuh orang betul-betul.
So sebab aku tak sempat nak survey, maka ke 1st Avenue Penang la kita.
Aku, Kak Bibiey dan Wazli keluar USM tengahari. Terus lunch kat Sg Dua.
Adah cakap kalau pegi jalan-jalan, Wazli boleh jadi guard untuk aku dan kak Bibiey.
Eh, hellooooo?
Aku dan kak Bibiey yang jadi guard si Wazli ni, siap apit kiri kanan dia.
Dia pulak jalan ala-ala princess hokeyyy!
*mati ler aku kalau Wazli baca ni... Ampunnn.. Huhuuuu...*
Lepas kenyang terus ke 1st Avenue. Plan nak tengok movie dan karok.
Maklum la.. Masing-masing stress menukun sensorang kat dalam bilik masing-masing.
Sekali sampai sini tengok punya ramai orang cina sambut raya kat sini.
Diorang ni tak de kampung eh??
Kitorang tengok movie Frekenstein. Masuk lewat 20minit. Tapi still boleh faham cerita dia.
Siap boleh buat idea untuk final projek aku tahun depan. Kahhh!
Nak kata best tak de sangat.. Sebab aku konfius dgn zaman cerita tu.
Ni zaman Merlin ke, zaman Sherlock Holmes ke, zaman Hawaii Five O ni?
Macam bercampur aduk zaman dia. Zaman kuno tak hagak-hagak.
Siap ada makhluk mitos terbang-terbang lagik.
Yang zaman moden pulak siap ber'LRT bagai. Hishhh.. Sakit otak aku memikir pasal zaman. Tapi jalan cerita boleyyyy ler..
Aku bagi 3 bintang. Tapi aku tak nak repeat tengok cite ni.
Buang masa aku nak fikir pasal zaman dia yang ada konflik personality tu!
Bikin kanser otak okayyy!
Lepas layan movie, kitorang karok.
Belasah sampai 4 jam lebih.
Tengah sedap-sedap melalak, kitorang gilir-gilir pergi solat asar.
Puas doa macam-macam, pegi sambung melalak lagi.
Macamana doa nak diterima Allah? Huhuuu.. Faham-faham sendiri je la yati oiiiiii...
Pastu sambung maghrib pulak. Boleyyyyy?
Hish..hishhhh.....
(geleng kepala)
Muka stress menukun sorang-sorang dalam bilik asrama.
Sampai naik kejung si princess tukun ni. Hahahaha!!
So mari menyumbangkan lagu dengan suara yang sumbang.
Bernanah telinga kitorang mendengar suara masing-masing.
Takpe laaaa... Asalkan kitorang OKKKK!
Hahaha....
Lepas karok, jalan-jalan sekitar Prangin Mall.
Kat 1st Avenue kira ramai orang jugak la.
Kat Prangin Mall ni macam kosong.. Padahal baru pukul 8pm lebih.
Semua orang cina dah balik rumah nak standby makan besar kot.
Esok kan diorang raya...
Lepas pusing-pusing 1st Avenue, Prangin Mall & Komtar, kitorang ke Gurney Drive pulak.
Nak pergi makan pasembor Famous.
Kedai yang mamak dia menari-nari tu.
Elok je sampai Gurney Drive tengok banyak parking kosong.
Alhamdulillah..
Tengah-tengah lapar ni, memang murah rezeki aku parking dekat dengan kawasan Gurney Hawks.
Elok beberapa langkah dari kereta, tengok penguatkuasa tengah buat operasi clamp tayar!
Cisssss! Tanjat gegirl tauuuu..
Terus lari ke kereta dan cari parking berkotak.
Patut la tepi-tepi food court tu kosong. Rupanya abam penguatkuasa tengah cari mangsa.
Lepas dua kali pusing area situ, hampa...
Puas baca doa murah rezeki nak dapat parking. Tapi nan hadooo!
Terus masuk ke Gurney Mall, berlambak-lambak parking. Pilih je kau nak kotak yang mana.
Berapa sen sangat la duit parking kalau nak dibanding dengan duit saman & release clamp tu.
Tak payah la nak kedekut sangat laaa nak membayar duit parking cik kak oiiiii..
Pastu sila menapak dari Gurney Mall ke food court tu.
Boleh bakar kalori lemak-lemak degil dalam badan.
Next time, kalau nak karok, tengok movie & makan pasembor, datang je Gurney Mall.
All in one place. Tak payah la pegi town tu. Jenuh nak cari parking.
Kalau kau sanggup nak berhimpit-himpit feling-feling tourist kokesen, sila naik bas.
Silap hari bulan orang ingat kau tu bukan pelancong dari Aussie, tapi orang ingat kau tu mamak sejati penang.
Walaupun hidung kembang setaman, tapi kaler kulit kau yang tinted 20 layers mengalahkan mamak pasembor tu.
Kau mampu nak naik bas siap berlaga-laga bontot macam ni?
Tu belum lagi kira kau hidu bau badan yang bercampur aduk kat dalam bas tu.
Cukup 3 pam kau hidu, kau pun terus 'jalan'!
Pusing-pusing Gurney Mall, pun kosong tak de orang jugak...
Sekali sampai kat luar tengok kawasan ni macam kat OU Damansara.
Wahhhh... Terasa macam kat hometown sendiri..
KL yaw!!
Walaupun tak meriah macam kat OU, tapi not bad laa...
Tak sempat nak lepak sini sebab aku dah lapar kebulur pasembor.
So sila teruskan perjalanan.
Sampai Gurney Hawks, terus reserved meja dan order pasembor.
Kat sini pun ramai orang cina datang makan. Diorang ni makan besar kat sini ke?
Atau pun diorang ni dah tak kesah dengan hari raya?
Aku makan pasembor dan nasi goreng ayam. Aku punya la lapar sampai tak amik gambar.
Sori la kawan-kawan kat group wasap "Kita Budak Cute"
Aku memang lapar sangat. Tak de mood nak berselfie dengan pasembor tu.
Elok je aku terbelahak, Adah hantar wasap tanya mana gambar pasembor.
Alahaiiiiiii.. Sori la geng.. Next time aku pegi jalan-jalan, aku upload pic untuk santapan mata korang.
Tapi kalau aku tak upload tu, bukan aku lupa. Tapi aku nak kurang-kurangkan share benda yang boleh mendatangkan rasa sedih/kecik hati orang lain.
Semua ni angkara aku dah share satu post kat FB. Kalau aku masih buat, maknanya aku ni cakap tak serupa bikin.
Unless kalau memang korang yang nak aku upload gambar, so aku akan post untuk memenuhi permintaan korang.
Terlajak perahu boleh diundur.
Terlajak post, pandai-pandai la kau nak menahan telinga kena lahar!
Dah pukul 6am. Tunggu azan jap.
Pastu aku nak membuta ala-ala sleeping beauty.
Beauty kerrrr?! Hahaha..
Kbai.
No comments:
Post a Comment