Friday, January 24, 2014

F.R.I.E.N.D.S

Hari ni kali ke dua sepanjang 4 tahun di sini aku jejak kaki di perpustakaan Hamzah Sendut. Aku ni bukan kaki library. Masa zaman muda remaja boleh la nak lepak library. Masa tu tak ada lappy nak layan movie dalam bilik, tak ada smartfon nak layan wasap or facebook, tak ada running man nak ketawa kuat-kuat untuk hilang stress. So alang-alang nak berjalan, so singgah sekali Perpustakaan Negara tu. Bila usia meningkat senja ni, memang rasa malas nak ke library. Salah satu sebab, aku tak tahu macamana nak track buku yang aku perlukan. Kat mana nak refer shelf, kat mana nak refer book code. Silap hari bulan aku layan magazine je.

Pagi tadi aku keluar awal. Singgah PJJ nak amik surat pembayaran yuran. Tapi haremmm tak siap. Dah banyak kali suruh aku datang amik, tapi tiap kali aku sampai mesti cakap surat tak buat lagi. So what's the point suruh aku datang amik? Saja-saja nak tengok muka aku yang jelita ni ke? Hahaha...

Lepas tu aku ke library nak jumpa kawan kumpulan untuk tugasan subjek minor. Sekali pun kitorang tak pernah jumpa. So kena la cover-cover ayu gitu. Walaupun lupa pakai lipstick, gigih aku mengigit-gigit bibir aku nak kasi merah bak delima. Kahkahkahhh.. Macam bangang je statement!

Masa tengah discuss assignment, aku dapat email dari UKM. Aku dapat interview kat UKM hari Sabtu ni jam 8 pagi! Whatttt? Macamana ni? Terus aku call En Zul tanya pendapat dia. Dia suruh aku balik naik bas. Tak ada la penat nak drive ulang alik Penang-KL-Penang. Nak study untuk exam minggu depan lagi. Then aku tanya pendapat kawan-kawan aku. Semua cakap better aku pegi interview tu. Sebab setakat nak ponteng 2-3 kelas macam la tak biasa buat! Hehehe.. Semua dah faham perangai busuk aku kan?

Cuma yang buat aku teragak-agak bila En Zul suruh aku naik bas ekspress. Mati laa.. Aku bukan berani sangat nak naik bas ni. Takut ternaik salah bas, takut terduduk seat orang lain, takut nak turun RnR sebab nanti bas tinggalkan aku, takut nak bagitau abang driver yang aku nak benti kencing. Uwaaaa.. Takut la!! Lagipun aku baru perasan yang lesen kereta aku dah expired setahun yang lepas! Maknanya sejak setahun yang lepas aku drive tanpa ada lesen yang sah. Hadoiiiiii... Macamana boleh lupa? Dah la aku kat Penang. Nasib baik masa otw ke sini tak ada roadblock. Kalau tak nahas aku kena bayar duit saman. Ni En Zul masih tak tahu yang lesen aku dah mati. Dah la lesen tahun lepas dia jugak yang tolong renew kan. Sedangkan tarikh expired lesen ikut tarikh besday, itu pun aku tak boleh nak ingat. Dasar pelupa tahap kronik aku ni.



March 2013?
Hish..hish...hishhhhhhh....



Aku sedar lesen dah expired pun masa nak daftar sticker kenderaan. Memang gelabah aku bila mengenangkan yang selama ni aku drive ke hulu ke hilir tanpa lesen sah. Malah aku dah pasang angan-angan nak pergi jalan-jalan kat sini terutama lepak kat QBM, makan pasembor & laksa. Nampaknya tak kesampaian la hajat aku nak pusing drive cik WSL kat sini. Huhuhuuu... Memandangkan lesen aku dah expired, untuk pulang ke KL dengan memandu sendiri bukan la pilihan tepat. So nak tak nak esok aku kena cari tiket bas kat Sg Nibong tu. Aku mintak tolong kat Zulfadzli hantarkan aku. Nasib baik esok pagi Zul free, tak ada class. So boleh dia tolong hantarkan aku ke stesen bas. Untung la ada kawan yang sudi membantu :)

Thanks Zul, nanti aku belanja ko makan ball soup :)

Sebut pasal kawan.
Hmmm.. Hari ni hati aku tersentuh sikit.

Well.. Sebelum datang sini aku dah mula terasa. Maklum laa.. Aku kan emosi tak stabil. Asyik nak meroyan je kan. Tapi hari ni betul-betul buat aku down. Dua tiga hari ni aku macam mula rasa 'semacam'. Tapi mungkin sebab masalah gangguan hormon (cewahhh.. macam expert je nak kaitan pasal hormon segala), so klimaks nya berlaku hari ni. Sampaikan aku balik dari kelas, aku rehatkan badan sekejap, masuk tandas, mandi dan terus menangis di bawah siraman air paip tu. Huwaaaaa...  Semua orang ada masalah masing-masing. So aku tak boleh nak salahkan sapa-sapa dalam hal ni. Mungkin aku hanya boleh salahkan diri aku sendiri. Walaupun sedikit sebanyak aku rasa tak adil untuk aku salahkan diri aku, tapi itu pilihan yang terbaik yang aku ada sekarang ni. Untuk pujuk hati aku, aku rasa memang aku lah punca segala-segalanya.

Aku harap aku boleh tabahkan hati sepanjang aku kat sini, selama aku jauh dari suami dan anak-anak aku, selama aku berjauhan dari parents dan family aku, selama aku mampu tersenyum depan kawan-kawan aku, maka aku akan cuba tabahkan hati. Aku bukan nya ramai kawan pun kat sini. Nak kata rapat, yes.. Memang ada yang rapat. Nak kata sekadar rakan mesra... Memang ada jugak. So aku kena hargai mereka selagi mereka masih bergelar SAHABAT. Selayaknya aku nak pujuk hati, aku kena admit kekurangan tu datangnya dari diri aku sendiri. Itu hakikat.

Semua yang ada kat sini hanya untuk 1 tujuan. Nak habiskan study & dapatkan kejayaan. Kalau ada dah berjaya, aku ucapkan jutaan tahniah. Pada mereka yang kurang bernasib baik, tak ada apa-apa yang boleh aku buat selain doakan kejayaan untuk mereka di masa hadapan. Tak ada sesiapa pun yang ada di sini hanya semata-mata nak buang masa, nak lepaskan kesumat rindu dendam pada kawan-kawan, pada pensyarah, pada bas shuttle, pada dewan exam, mahupun pada biawak-biawak kat tasik sebelah Desasiswa Aman Damai tu. Semua nya yang ada kat sini sebab berlumba-lumba nak berjaya. Tapi kadang-kadang atas tujuan itu membuat kan kita lupa pada erti persahabatan. Mungkin aku juga tergolong dalam kumpulan tu. Siapa tahu kan? Mungkin ada di antara kawan-kawan aku kat sini memang tak suka kat aku. Selama 4 tahun mereka terpaksa menghadap muka dan karenah aku kat sini. Sehingga satu tahap mereka jadi loya dengan perangai aku!

To be honest, memang aku sedih. Sedih sangat-sangat. Aku ingatkan semakin kita menghampiri kejayaan, persahabatan kita akan menjadi semakin ukuh dan saling menghargai antara satu sama lain. Tapi apa yang berlaku, aku rasa kita semua makin jauh. Jauh sangatttt.. Mungkin aku sorang je yang rasa benda ni, sebab semua orang tak suka aku dan nak menjauhi aku. That's why aku sorang je yang rasa dan orang lain masih boleh berpura-pura berlakon seolah-olah tiada apa yang berlaku. Tapi kalau itu la yang boleh buat semua orang gembira, semua orang bahagia, semua orang berjaya di menara gading ni, aku terima. Buang la aku. Jauhi lah aku.. Silakan.. Mungkin aku tak membawa pengaruh yang baik pada kalian. That's fine.

Sepanjang 4 tahun kita mengukir kenangan di sini, aku nak ucapkan jutaan terima kasih atas bantuan korang selama ni. Mungkin ada diantara kita yang akan berjaya menamatkan pengajian pada tahun ini. Mungkin ada yang lewat sedikit. Bila pun waktunya akan tiba, aku tetap mendoakan kejayaan korang. Terima kasih atas kenangan terindah di sini. Walau ada sebesar zarah kesalahan aku pada korang, harap korang dapat maafkan aku. Halalkan segala ilmu yang korang berikan pada aku. Halalkan juga segala bantuan dan kasih sayang korang pada aku selama aku mengenali korang. Jika kursus kali ini adalah jodoh kita yang terakhir, korang tetap berada dalam ingatan aku. Doa aku akan sentiasa menyusuri jejak langkah korang.



Thank you, friends =)





No comments:

Post a Comment