Friday, February 15, 2013

Langkawi Day 2

Ini adalah sambungan entry Langkawi Day 1.


Hari kedua di Langkawi, kami check out dari Adina Motel.
Terus naik kereta menuju ke Gunung Mat Cencang.
Nak naik kereta kabel kononnya. Mak kan belum pernah naik ke gunung tu.
Semangat hokeh nak ke sana.



Macam biasa, kasi snap dulu muka tuan tanah ni :)




Sampai awal. Kedai pun banyak tak buka lagi.
Tengok gaya En Zul berjalan macam hero Mission Impossible.
Hissshhh.. Memang impossible sungguh!
Kesian aku, selalu kena tinggal kat belakang. Jalan terhegeh-hegeh nak ambil gambar.




Walaupun kedai masih banyak yang tutup, tapi pelancong asing memang punctual.
Punya la ramai pelancong dah siap beratur kat sini.
Tiket masuk untuk dewasa (Malaysian) RM15 untuk sekepala.




Untuk satu kereta kabel memuatkan seramai 6 orang penumpang.
Itu ikut saiz badan manusia normal la. Kalau ikut saiz badan aku, 4 orang dah cukup dah.
Hahaha!




Naik dengan pelancong asing. Semua 6 orang, cuma kami berdua je dari Malaysia.
Tapi diorang bukan tahu pun. Aku speaking la omputih sikit.
Wow best..., I'm scared, Wow... Its nice..
Jadik la kannnn? Hehe...




Semakin tinggi menuju ke puncak.




Ini semua poyo! Mak takut okeh naik ke atas. Mak kan fobia tempat tinggi.
Huhuuuuu... Rasa nak turun time tu jugak.




Ni platform pertama.
Ambil angin dan tangkap gambar, then naik ke atas semula.




Semasa dalam perjalanan ke atas, boleh nampak Telaga Tujuh.
Tapi yang ini cuma air terjun nya saja.




















Baru nak merasa bergambar macam ni.
Selalu payah nak dapat peluang, sebab En Zul tak suka bergambar.




Pose En Zul yang palinggggg Mak suka :)




Lepas turun kitorang ke UKM Geopark hape ntah nama dia.
Pusat penyelidikan ni under UKM. Sebab En Zul pencinta UKM, so dia bawa aku ke sini.




Telaga Harbour Bay







Pintu masuk ke kawasan tapak beras terbakar.




Dengar cerita orang, kononnya beras terbakar tu dah tak ada.
Yang ada sepinggan ni adalah beras yang di bakar semula oleh penduduk tempatan untuk dijadikan display.




Ni la kawasan tapak beras terbakar. Tak besar pun, sebab ia adalah kawasan laman rumah orang.




Siap ada yang campak syiling untuk buat hajat. Motif?




Lepas tengok kawasan tapak beras terbakar, kami lunch kat restoran Iqmal ni.
Sedap ikan bakar dia. Aku amik seekor ikan siakap, sekejap je setel.
Serius ikan ni sedap. Harga RM38 je untuk semua ni. Harga lebih kurang macam makan dinner malam semalam.




Lepas lunch, pekena coconut milkshake la pulak.
Kasi sejuk badan.




Tetiba En Zul tegur someone.
Siap sembang tepuk-tepuk bahu. Sedara kah?
Bila aku toleh tengok penyanyi Damasutra ni. Bagio.
So ambil la gambar buat kenangan.


Pusing-pusing pekan Kuah sambil minum coconut milkshake.
Pergi ke Idaman Suri, tapi tutup.
So balik ke Pantai Cenang untuk check in bilik baru.

En Zul pilih Tanjung Malie Resort.
Harga agak murah berbanding Adina Motel.

Harga RM75 untuk hari biasa dan weekend.
Tiada rate untuk weekend. Tapi kalau untuk public holiday, aku tak sure.

Berminat? Please contact :
Tanjung Malie 04-9551891

Bilik dia bersebelahan dengan Underwater World & Zon Duty Free.
Dekat jugak dengan Adina Motel.
Memang senang nak cari.




Ni bilik yang kami stay. Kurang cantik dari Adina, tapi bersesuaian dengan harganya.




Lepas rehat-rehat, petang tu kami berjalan-jalan pusing airport.
Ada banyak gerai tepi airport yang jual laksa & nasi lemak.
So kitorang lepak kat situ sambil makan laksa langkawi.
Wajib makan laksa langkawi kalau dah sampai kat sini :)




Sedappp!!!




Ada yang lepak berkelah kat tepi pantai ni.




Lepas kenyang makan laksa, kitorang ke Haji Ismail Group.
Beli coklat & pinggan mangkuk. Dapat 1 set pinggan mangkuk 49 pcs.
Then rembat 3pcs periuk Vision. Kopak la En Zul hari ni.
Hahahaahhahahahah!!!!! (gelak jahat)




Kalau datang langkawi tapi tak beli perfume, tak sah la kan??
So babyboop dah menggeletar sign kad kredit. Jangan risau bangggg.. Hujung bulan ni baru bayar ye.
En Zul macam biasa ambil Polo Black, aku ambil Lancome Miracle.
Thanks darling ^_^




Untuk kali kedua, kami berjalan-jalan di Pantai Cenang.
Beli baju kelawar untuk Leen, then lepak kat depan Cenang Mall.
Cenang Mall ni baru bukak. Tapi kitorang tak masuk pun. Juz makan steamboat & bungkus burger nak makan kat bilik.
(muka En Zul stress sebab banyak sign kad kredit)




Burger daging. Nampak tempting kan?
Tapi percaya la... TAK SEDAP LANGSUNG!
Aku beli kat gerai betul-betul depan Cenang Mall. So better korang jangan beli.




Next entry : Langkawi Day 3
^_^




No comments:

Post a Comment