Plan nak ke Langkawi ni dah lama kitorang fikirkan.
Cuma tunggu masa yang sesuai je.
Memandangkan aku cuti belajar 3 minggu, so aku extend cuti jadi sebulan.
Lenjan la cuti puas-puas.
Aku last paper 6hb. Esoknya aku ada kelas JTW (pengurusan perakaunan). Sepanjang aku kat USM aku tuang semua kelas JTW. Sebab tu result aku ke jamban! Bukan ke laut dah, tapi ke jamban terus.
Petang 6hb En Zul sampai USM, aku terus check out bilik.
Babai Saujana...
Tahun depan JANGAN berjumpa lagi ye.
En Zul ajak makan kat Sg Dua, so aku ajak Kak Lin makan sekali. Kitorang keluar 4 orang makan kat De Pauh Garden.
Thanks Kak Lin sudi belanja kami.
Kak Lin & her hubby :)
Lepas makan kitorang terus pecut ke Perlis, rumah adik En Zul.
Bermalam kat rumah Zam, esok pagi terus ke jeti Kuala Perlis.
Dari rumah Zam nak ke jeti cuma makan masa 15minit je.
Then park kereta kat sebelah jeti (harga RM15 sehari okeh, tak pasal kena bayar RM45 untuk parking sahaja. Mahal gila!)
Muka semangat nak pergi honeymoon ;)
Tengok En Zul buat muka bila aku nak snap pic minah saleh ni.
Konon-konon kitorang ni pun orang putih jugak la.. Datang melancong ke Langkawi.
Hehehe.. Tiket untuk dewasa RM18 sekepala.
Naik feri pukul 10.45am. Tapi feri bergerak pukul 11.10am. Lewat!
Handbag ni aku beli kat Penang Times Square.
Tapi masa nak check out dari Saujana aku dah terkantoi dengan En Zul, sebab aku lupa nak sorok beg ni dari awal. Tapi untungnya bila nak naik feri, En Zul bagi green light pakai bag ni sebab boleh muat nak simpan Note dia. Green light ada makna tu. Hahaha...
Sampai jeti Langkawi dalam pukul 12tghari. Sementara tunggu kereta sewa sampai, ternampak pengantin perempuan ni lari dari majlis. Siap lari pakai sport shoe lagi. Hahaha...
Sementara nak check in bilik, kitorang makan tengahari dulu. Aku tak sure apa nama tempat ni, tapi kedai ni agak tersorok la. Walaupun tersorok, still ramai orang yang datang. Kalau time malam lagi ramai. Kedai ni tepi laut, dekat-dekat dengan shrimp pool area TLDM tu.
Hari pertama kitorang stay kat Pantai Cenang. Kitorang check in kat Adina Motel.
Bilik kitorang yang no 3 ada kereta Waja tu.
Harga bilik ni RM100/malam untuk hari biasa.
Harga weekend RM150/malam.
So kitorang book untuk malam Jumaat je.
Esoknya kitorang check out & pindah ke motel lain.
Cari yang murah-murah je sudah.
Untuk tempahan :
Adina Motel 04-9531014
Adina motel ni ada pelbagai jenis bilik untuk di pilih.
Aku pilih A shape ni la. Kalau nak jenis rumah yang ada banyak bilik pun boleh.
Rumah jenis kayu. Cantik :)
Tapi tak sesuai la untuk aku & En Zul berdua ni.
Kalau datang ramai-ramai ok la.
TV, seterika, ice box dan almari.
Pakej lengkap.
Gadis tukang urut je yang tak ada. Hehee...
Bilik air yang bersih.
Yang ini kepentingan En Zul kalau stay hotel/motel. Mesti ada water heater.
Menyampah gila aku orang yang beriya nak heater bagai ni.
"Abang mesti kena ada air panas. Baru segar nak mandi pagi.."
Sudah la bang oiiiii.. Menyampah lak telinga aku dengar statement kau.
Rumah kita sekarang ni pun mana ada heater.
Tak payah nak jadi orang bandar sangat! Kot iya nak jadi batak pun, tunggu la pindah rumah baru nanti.
Rumah tu ada la heater bagai. Ni belum apa-apa dah berlagak tak kena gaya.
Kat luar Pantai Cenang tu korang akan jumpa signboard ni untuk masuk ke kawasan motel.
Sila lawati laman sesawang Adina Motel.
Permandangan pada waktu malam
Hari pertama tak ke mana-mana pun. Sementara nak tunggu masa check in Adina, kitorang ke Zon Free Duty. Sempat gak la rembat choc kat situ. Sambil-sambil cari jam tangan untuk Mr Babyboop ni.
Pukul 3pm kitorang masuk bilik. Arghh.. Lega dapat rehat...
Malam kitorang keluar makan kat tempat yang sama tengahari tadi.
Motif nya sebab En Zul nak yakin kan aku bahawa kedai tu ada ikan bakar yang sedap.
Tekak aku ni kan lain macam sikit, sebab tekak aku ni sedikit "demand" pada makanan.
Mana-mana yang tak sedap aku terus terang je cakap tak sedap.
Singgah pasar malam jap. Nothing special here, just sotong bakar ni je yang lain dari yang lain.
Kat KL aku tak jumpa lagi orang jual sotong bakar.
Rembat 6 ekor RM10.
Sini kedai makan Selera Nelayan tengahari tadi. Malam orang lain pulak yang niaga.
Konsep seafood bakar.
Fresh dari laut.
Ni hasil 'tangkapan' kami. Ikan kembung tu kecik gile. Ada la besar saiz 2 jari tangan aku.
Nampak gadis jelita di belakang kaunter tu?
Itu separa gadis, asal dari Siam.
Tebal gila make up dia. Bila aku tegur, "eh, cantiknya..."
Kemain lagi dia senyum kat aku, jalan pun lenggang-lenggok.
En Zul pun senyum laaaa!!
Pantang nampak perempuan, tak kira la perempuan asli ke tak, belasah je.
Ni la dikatakan HONEYMOON.
Main game kat note. Aku kat sebelah macam tunggul je.
Makanan dah sampai. Total harga : RM41.00
Rating : 3/5 bintang.
Jangan tanya kenapa tak dapat 3 bintang je. Tu pun sebab ikan tu fresh, so jadi penyelamat.
Never trust selera En Zul... Hahah!!
Ikan jenahak ni kitorang amik separuh je. Kononnya kalau amik seekor tak boleh habis.
Hello....? See my legs laaa...
Ikan kembung ni kecik gila. Tak nampak macam bakar pun. Macam rebus ada la...
Agaknya orang tu nak bakar pun fikir banyak kali.
Sebab ikan terlampau kecik, kalau bakar pun nanti jadi abu je.
Lepas makan kitorang pusing-pusing pekan Kuah.
Nothing special time malam. Better balik ke Pantai Cenang.
Balik bilik jap, rehat-rehat makan cokelat.
Untuk dimakan dalam bilik.
Untuk bekalan di KL, beli stock lain. Makin menggajah la aku..
Hahaha!
Kalau aku panggil, "Abang... Kata nak gi jalan-jalan?"
Dia akan toleh.
Tapi bila aku senyap... Dia pun sambung main game balik.
Cissssss!
Pukul 11pm lebih kitorang keluar jalan-jalan Pantai Cenang.
Kedai dah banyak tutup. Kitorang tak tahu nak kemana? So balik bilik sambung tengok cerita cina.
Raya cina kan dah dekat :)
Kosong... Kosong... Kosong.....
Next entry : Langkawi Day 2
^_^
No comments:
Post a Comment