Wednesday, January 30, 2013

'Lestari' tu bukan nama kumpulan penyanyi tu tau.

Tengahari tadi lepas aku selesai lab JIF381,
aku dan Nadia beli makanan kat Desasiswa Indah Kembara.
Kat situ murah harga makanan. Kadang-kadang murah yang tak masuk dek akal.
Dari tahun pertama, sampai tahun ke 3 ni harga makanan tetap murah.
Tak kesah la ada tsunami ke, ada meteor jatuh ke, ada godzilla mengganas ke.
Murah tetap murah. Memang polisi cafe tu.

Ok, ni menu aku lunch tadi :
- Nasi putih
- Ayam masak merah (gila besar!)
- Telur dadar (gila tebal)
- hati ayam
- Sayur kangkung tumis belacan

Banyak kan?
Cer teka berapa harga?
Kalau kat KL or Kuantan, sah-sah la RM6 keatas.
Tapi kat situ aku cuma bayar RM3.40.

Menu Nadia cuma nasi putih, ayam goreng, sayur & telur dadar.
Harga RM2.90

Rasa pun not bad la. Sedap jugak.
Yang penting murah =)


Ok, lepas beli nasi kitorang beli air pulak.




Aku : Dik, air kopi o ais bungkus, ikat tepi. Tak nak bungkus pakai cup macam kakak ni (tunjuk kat Nadia)

Budak : Tak boleh bungkus kak.

Aku : Tuuuu.. Ada je plastik tuuuu... (muncung mulut ke plastik atas meja)

Budak : Kat USM tak boleh pakai plastik kak.....

Aku : Dah tu, ni cup ni pun plastik kan?

Budak : Tapi kat USM tak boleh bungkus pakai plastik.

Aku : Haaa... Ye la! Ye la! Bungkus la pakai apa-apa pun!


Sekali dia bagi air aku bungkus macam ni :
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
V

Ni air carrot susu Nadia. Aku pinjam gambar ni nak tunjuk macamana dia bungkus air kopi o aku.



Tak ke bangang namanya?
Beriya dia tak nak bungkus air aku ikat tepi.
Tak nak pakai plastik kononnnnn.. Dah tu, plastic cup tu bukan plastik ke??
Plastik yang kat luar kaler hijau yang membungkus tu ape?
Kain batik??? Ke, kain kapan???

Tak paham aku dengan konsep 'tiada plastik' budak ni.
Ke, USM yang salah bagi tafsiran NO PLASTIC BAG?
Hanya semata-mata untuk melestarikan persekitaran??

Huh, lestari la sangattttttt~
(mata ke atas, tangan di bahu)







Tuesday, January 29, 2013

Seakan-akan... Seiras-iras...

Lately aku suka dengan Beto Kusyairy. Lebih-lebih lagi masa dia berlakon dalam drama Juvana. Dalam cerita Kekasihku Seru pun dia ada berlakon jugak, sebagai doktor yang merawat Mas Ayu. Bila tengok siaran ulangan baru aku perasan Beto ada berlakon dalam Kekasih Ku Seru ni. Then paling aku suka masa dia berlakon cerita Jangan Ambil Padang Kami & Kashaf Imani.

Baby Beto ni (cewahhh.. terus dapat pangkat Baby) dah lama berlakon. Tapi baru sekarang dia mula dikenali. Dulu muka dia tak glamer sebab dia berlakon pakai topeng. Topeng dia je yang glamer. Tak caya?? Meh tengok sini :






















Belum lagi....



































Kenal maskot-maskot ni? Kalau korang manusia yang lahir pada tahun 80'an, korang akan kenal la.
Tapi kalau korang lahir zaman batu, korang cuma kenal Fline Stone je.










Can u spot anything?

Haaa... Along tu sebenarnya my Baby Beto ni laaa....
Agak-agak kalau dari 1990 Baby Beto ni dah terkenal,
mungkin sekarang dia dah menang banyak award kan? 


Tak tahu kenapa aku suka dia. Dia tak la hensem macam Alex O'Laughlin atau pun macam Aaron Aziz. Tapi muka dia suwit. Cara dia berlakon natural sangat. Kalau dia senyum atau gelak, wahhhhh.. Comelnya!!! Semalam aku layan movie Istanbul Aku Datang. Petang tadi pulak aku layan cerita Aku, Dia Dan Tong Sampah. Kenapa mesti tong sampah? Korang kena la tengok sendiri. Baby Beto berlakon dengan Siti Saleha yang berlakon dalam cerita Nora Elena tu.

Ok, sebenarnya nak cerita pasal kawan aku. Tapi ada la terkait sikit dengan my Baby Beto ni. Kawan aku tu lelaki, masih bujang. Hmmmm.. Nama dia.... Rahsia!!! Hahahaa.. Ok, nama dia aku gelarkan B je ye... B ni seorang yang sentimental, bukan seorang yang pemarah, agak lurus orangnya, kuat makan, pandai memujuk, suka pada keindahan alam, pandai memasak, pemalu orangnya, mudah dibuli dan macam-macam lagi la. Kalau nak sebut semuanya, boleh jadi gout jari-jari tembam aku ni.

B ni boleh dikatakan rapat jugak la dengan aku. Hari ni tetiba aku boleh teringat kat dia pulak. Mungkin sebab tadi aku tengok movie Beto tu. So, bila aku tengok movie tu, memang aku terus terbayangkan si B ni. Sumpah, karekter Beto memang sama macam karekter B. Sumpahhhhhhh!!! Mana la si B ni sekarang ye??

Kali ni aku nak buat kiraan matematik sikit antara Beto dan B. Aku akan masukkan element Laplace Transform. Kalau ada sesapa tak paham, sila bertanya pada kaunter pertanyaan di QBMall.

L (aku) + L (suka) + L (Beto) = L (B)

Bila kita transformkan L tu kepada function asal, ia akan menjadi :

Aku Suka B
(Kenapa boleh jadi macam ni? Ntah, aku pun tak tahu.)
Hahahahaha......




Ok, tak kelakar.


Hmmm.. Kenapa la Betu tu suwittt sangat?? 
Sesuwit macam CINTA MATI aku (En Zul)

Harharharhhhhhh!!!


Dah reda

Alhamdulillah, hari ni penuh kelas.

8.00am - 10.00am --> JUE 300, English 3 (aku skipped! Haha!!)
10.00am - 12.00pm --> JIF319, Computational Physics - Fortran Program
12.00am - 1.00pm --> JIF317, Atomic Physics
3.00pm - 4.00pm --> JIF318, Quantum Mechanics
6.00pm - 7.00pm --> JIF315, Advanced Engineering Mathematical

Masa aku kat lab Fortran, En Zul call.
Tapi hp aku silent.
Then aku returned call. Tanya kenapa call aku?

"Saje je call.. Abang rindu kat Mummy.... Mummy cepat la balik......"


Terus aku jadi sayu...
Perasaan marah yang membuak tu pun dah reda.
Actually, pagi tadi aku dah lega sikit lepas luahkan kat Leen.
Tapi bila dengar suara En Zul, lagiiiiii la rasa lega..

Owh, rindunya kat En Zul.
Sejak aku datang sini, aku ni terus lupa diri.
Lupa yang aku ada suami kat KL.
Hahaha!!!

Dua hari ni mood aku agak mendung.
Hmm, bukan mendung. Bak kata Nadia, mood aku macam Taufan Sandy.
Ya... ya....ya...

Whatever it is, memang aku stress sangat!
Lepas sesi luahan hati dengan Leen, baru rasa lega sikit.

Tapi kalau dah nama LEEN, memang la LEEN jua!
Elok je dia belai-belai aku, sayang-sayang aku, tetiba je dia pedajal aku!
Dia sengaja post gambar mee Haji Wahid Maklang!

Sialan.
Siap kau aku kerjakan.


.  <-- ni Leen lepas kena pijak dengan aku. Haha.


(thanks jua pada kawan-kawan yang memahami)




Monday, January 28, 2013

No more!

Sejak sehari dua ni aku rasa marah sangat.
I mean, MARAH SANGAT-SANGAT!
Tiada apa yang boleh aku buat selain mendiamkan diri.

So from now onward, no more entry will be published.
Same goes to FB's status.
No more status update till i feel calm.

Till i REALLY feel calm.



P/s : Penat dah main angry bird, tapi still tak release perasaan marah tu. Hampir retak screen lappy aku! Ok, off to shower. Bye!



Sunday, January 27, 2013

Ga.Dal.Ya.Kap



Mak teruja sangat, sebab tu suara mak macam tu.
Sengau tu sebab demam aritu membuatkan suara jadi sengau.
(sampai semput mak jemah nak bercakap)
Yang gedik tu tak tau mana datang?
Sindrom duduk bilik sorang-sorang kot.. Hahah!




Saturday, January 26, 2013

Jalan-jalan cari makan versi mengidam

Semalam ada sorang member aku post gambar pasembor. Siap kuah melimpah-limpah.
Terus tekak aku jadi tak keruan. Mula la nak mengidam makan pasembor.
Cibs betul mamat tu. Tak pasal je aku terbayang-bayang pasembor.
Selama 3 tahun aku kat sini, belum pernah aku terasa nak makan rojak tu.
Ntah la, tetiba je aku teringinnnnn sangat nak makan.

So, macam biasa feeling-feeling retis fofular, aku pun update status FB.
Sebuk je nak bagitau semorang yang aku teringin nak makan pasembor.
Macam la ada orang kesah kat aku, khennn??

Tapi, siapa sangka?
Zul baca status tu dan ajak aku pegi makan pasembor.
Yeayyyy!!!!!

So malam tu lepas kelas Atomic Physics, kitorang pergi cari habuan tekak.
Ajak liza sekali. Minah tu nama je nak diet, tapi macam aku jugak laaa...
Diet kat mulut je, tapi perut tak diet. Hahaha!!!

Pukul 10pm lebih kitorang gerak dari USM.
Redah jammed sampai ke Gurney Drive. Masa kat Tanjung Bungah jalan memang hazab.
Sebab orang buat preparation untuk Thaipusam. Temanya mulai esok sampai Isnin better jangan keluar menghala ke laluan wel-wel tu. Silap hb dengan-dengan aku siap berangkut kavadi ber'wel-wel sekali.

Sampai Gurney Drive, sumpah aku jadi batak!
Best weiiiiii tempat ni... Tapi orang yang datang mungkin kurang ramai dari kebiasaan.
Satu sebab adalah malas nak hadap wel-wel tu.
So malam tadi tak ramai orang datang. But it still happening compared than kawasan area USM.

Kitorang cari pasembor kat area hawker stall.
Malam tadi cuma 2 kedai pasembor je yang bukak. Aku & Liza order rojak dari Shariff Muslim Pasembor.
Zul pulak order dari Pasembor Popular ke hape ntah nama dia.
Kitorang kena RM15, Zul pulak kena RM10.
Tapi kuah dia berbeza sangat. Kuah dari kedai kami pekat, ada kacang tumbuk.
Tapi rasa tak boleh blah! Rasa masin, manis tu macam tak ada. Just pekat semata je...
Kuah dari kedai Zul order agak best. Manis & masin seimbang dan memang terasa sangat dalam tekak.
Baru seronok nak makan.. Memang rojak Zul habis dulu, baru yang kitorang punya habis pulak.

Liza siap order Laksa.
Tapi failed. Kuah cair, ikan tak banyak pun...
Kuah pun taruk rempah. Kira kalau ikut piawaian tekak aku, memang fail.



Antara cocktail yang ada.




Ketam goreng. Menggoda iman sungguh laaa....




Udang goreng tepung.. Owhhh.. Tempting nya!!!
Tak amik pun, sebab kat sini hari-hari makan udang. Kang balik KL kena gout, padan muka!




Ni cocktail yang aku & Liza pilih. Sikit je kan?
Kannnnnnnn???




Anne ni baru nak belajar-belajar potong rojak. Tak de style pun.
Anne kat tempat Zul order tu siap pusing-pusing & menyanyi lagi.




Kat hawker stall ni ada variety makanan. Be it sate, laksa, char kuew teow, mee udang.
Semua ada. Nak McD? Pun ada... Belakang stall ni je ada premis McD. Hahah!








Haaa... Penang Famous Laksa ni la tempat Liza order.
Sumpah tak sedap. Reject!




Tengok, adik ni pun confius tak tau nak pilih ape.
(sebenarnya dia pelik tgk blogger macam aku ni tercangak-cangak amik gambar. Macam la tak pernah jumpa kedai makan)




Tadaaaa.. Ni la pasembor kami.
Sebelah kiri rojak yang aku order. Kuah nampak pekat kan? Sila jangan terpedaya dengan illustrasi.
Tipu semua tu. Rasa kurang menepati selera aku, Liza & Zul.
Yang sebelah kanan tu, yang merah menyala tu sedap.
Read : SANGAT SEDAP compared than yang kiri.




Jemput makan ye...
Eh, kenapa aku tengok Liza & Zul ni macam serasi bersama ye??
Hurmmmm... Is anyone here need Agent Penjodoh..??? Here I am!! Hahaha.

(masa ni Mak agak busy melayan komen-komen FB anak-anak yang kena tinggal kat rumah. Kesiannnn.. Terpaksa amik bau pasembor dari gambar je la ye...)




Done! Now Pak Supir sedang mencari port seterusnya.
Yes, Padang Kota Lama!
(Kawan aku si Ros tu cakap kat PKL ada jual Pasembor. Takpe, maybe next time kita mentekedarah pasembor kat sana pulak ye..)




Sebelum gerak ke PKL, kena la buat aksi menggila.
Masuk tengah-tengah landskap tu, siap buat aksi.
Bak kata Zul, aku & Liza ni dah macam Mamat Bangla kat Klang.
Pantang nampak port cantik, kompem amik gambar, sampai baring-baring bergolek.

Helloooo.. Itu Bangla kat Klang ye... Bangla tempat lain semua dah bertamadun.
So jangan nak samakan aku dengan Bangla tu. Kalau nak sama kan aku & Pretty Zinta tak pe la jugak.
Memang nampak sangat la seirassss..
*tangan kat bahu, mata ke atas*




Ni suasana kat Padang Kota Lama.
Agak hambar.. Paling sedih, agak kotor di sini. Mungkin kitorang dah lewat.
Kalau datang awal sikit, mungkin ramai orang dan lebih bersih.



Nampak tak ape yang Mak nampak kat depan kete Wira ni?
Pasangan yang mula nak serasi bersama.




Kan? Hehee...
(kawan-kawan, mari kita usahakan! Kompem pasni ada orang carut mak!)



P/s : Thanks Zul, sebab jadi Pak Supir untuk kitorang. Lepas ni kami akan hantar Zul sampai ke Aman. Promise!




Cuti yang sempurna

Alhamdulillah, semalam cuti Maulidur Rasul. Dapat la merehat-rehatkan diri kat bilik. Tapi paling best dapat merehatkan kepala otak ni. Sangat letih ok... So semalam memang tak ada plan apa-apa pun. Cuma Nadia cakap nak beli meja & comforter. So aku, Nadia, Liza & Wazli ke Tesco. Zul tak ikut sebab ada perjumpaan kumpulan JUS dia. Kawan-kawan lain semua balik kampung. Almaklum la, orang kampung dekat, seronok la nak balik. Aku ni nak balik kampung En Zul pun fikir banyak kali. Dari USM ke kampung En Zul makan masa 2 jam.









Pukul 11am kitorang ke Tesco. Cari headfon, meja study, makanan untuk jadi bekalan. Then kitorang lunch kat Five S corner. Lokasi berhadapan dengan Pelita & Subway Sungai Dua. Bersebelahan dengan bangunan 7-E. Makanan kat situ memang sedap. Harga pun ok. Tapi kalau makanan waktu malam (orang lain niaga) kurang sedap. Menu tengahari jugak yang best.

Lepas lunch, macam biasa kitorang ke QBM. Wah, dah ibarat USM la pulak. Aku rasa aku banyak meluangkan masa di QBM compared than USM itself. Ah, lantak la kan. Janji aku suka, aku layankan aje. Kawan-kawan lain semua sekepala. Pantang aku sebut QBM, semua menggelupur nak ikut. Mana yang belum mandi kelam kabut capai towel, mandi pun ala kadar. Yang tengah berak pun membuang sekadar yang perlu. Sampai di QBM baru buang saki baki yang ada. Hahaha!!

Sampai QBM, singgah Padini. Bapak gila sale!!! Berlambak-lambak offer 70% off. Terus masuk ke situ. Dengan Wazli pun jadi hilang pedoman bila nampak diskaun banyak tu.



Kak Fazi. Sampai boleh agak yang aku ni memang suka melepak kat QBM.
Hahaha... That's me!



Ni aku beli kat Padini. Tak sure ada berapa % off. Korang kira la sendiri.
Harga tagging RM49. Tapi lepas scanned harga jadi RM39.80.
Ni Wazli yang pilih. Macam tahu-tahu je aku suka kaler merah :)
(kan best kalau Wazli yang tolong bayarkan.. Sila sedar diri PUAN hayati! haha!!!)





Ni aku nak beli kat FOS. Let's Love for Women.
Lembut je bau dia. Pun Wazli yang pilih.
Tapi sebab lepas intensif ni aku nak ke Langkawi, so aku rasa macam tak berbaloi je beli perfume harga beratus. Better beli kat Langkawi kan?




Last-last aku terpengaruh jugak dengan pujukan Wazli.
Dia promote perfume Hot Gold ni. Harga RM85 je.
Tapi bau ni lagi sweet dari Let's Love tu.
Dia kata kalau aku pakai ni dah macam artis Korea yang masuk ke Pejabat/kelas.
Kompem orang akan pandang aku. Chet!

*nampak sangat selama ni aku busuk kan? huhuu*





Dah membeli perfume, Nadia cakap kat bahagian set bilik tidur ada sale for 30minute.
Haaa... Tak boleh jadikkkk.. Kena rembat gak 1 set. Saiz king cuma harga RM79.90.
Murahkan? Ni En Zul tak tahu lagi ni. Kang penuh la kereta aku. Huhuuu...

Aku pilih hijau sebab aku belum ada koleksi set kaler hijau.




Penatttttt!




Petangnya kami ambil Zul kat USM. Kami hantar kereta aku dulu, then naik kereta Zul. Kitorang gi cari makan kat sebelah Gertak Sanggul. Misi mencari Mee Udang. Lepas solat Maghrib, kitorang sampai di destinasi, Mee Udang Ayu aka Mee Udang Cantik. Rancangan JJCM pun pernah datang ke sini.










Kakak ni tak mesra la. Menyampah i...




Masing-masing tak nak tunjuk muka yang dah berlengas tu.
Hahaha.. Belum tengok muka aku lagi, berlendirrrrr...






Ni dia mee udang kami. Order untuk 3 orang makan.
Udang nya ada 9 ekor kalau tak silap. Ke ada 12 huh? Aku pun tak ingat...
Pendapat aku, udang dia fresh. Tapi rasa kuah dia biasa je.
Mee ni agak plain. I means, tak de telur pecah (selain telur rebus), tak ada sayur sangat...
Nasib baik udang besar & fresh. Kalau tak, aku pancing udang je laa...
Mee aku tolak tepi.

Harga Biasa = RM13
Harga Special = RM22
Harga 3 orang = RM39




Ni dia pencinta udang tegar.
Siap order nasi goreng udang special. Udang ada 6 ekor. Harga RM22 (biasa RM13).
Nasi goreng dia ok la.. Tak la hampeh sangat...




Jemput makan =)




Alhamdulillah, selesai.... =)


Tapi aku rasa best lagi makan Mee Udang Mak Jah Kuala Sepetang.
Kedai makan belakang Wangsa Walk.
Udang fresh, banyak pulak tu. Kuah pun not bad.




Kredit : Facebook aku




Harga pun murah lagi berbanding Mee Udang Ayu.
Kredit : Facebook Leen



Lepas makan mee udang, kitorang lepak tepi pantai depan QBM. Still bertemakan QBM.
Hahaha.. Kenapa la aku tak boleh berpisah dari QBM ni?? Apa la istimewa sangat tempat tu?

Kitorang makan laksa dan rojak buah. Minum air teh ais. Thanks Liza sudi belanja.
Then Wazli & Zul sponsor eskrem.






Dan terima kasih Zul sebab tunaikan janji nak belanja Haagen Dasz untuk aku.
Best la.. Nampaknya aku kena la tepati janji aku untuk masakkan cream puff untuk kau.
Alahaiiiiii... Malasnya aku....



Zul, kalau cancel creampuff, boleh tak ganti dengan benda lain?
Err.. Aku goreng kopok ikan ke? Mudah sikit.. Haha!







Thursday, January 24, 2013

Abang guard, ni ada lagu untuk kau!

Dah 3 hari aku & kawan-kawan mendaki bukit Saujana.
Ya Allah..... Penatnya!
Macamana nak study kalau sampai bilik je kitorang masing-masing dah berlendir satu badan?
Seluruh badan jadi lenguh-lenguh. Urat jadi kejang, otot jadi stress.
Hadoiiiiiiii!!! Bapak gila penat la duduk sini!!!

Dah la kereta tak boleh nak bawak masuk.
Hanya kereta yang ada sticker KHAS saja yang boleh masuk.
Sticker khas tu hanya untuk student yang ada masalah kesihatan.
Ikutkan Nadia ada surat dari Doktor yang mengatakan dia sakit tulang belakang.
Tapi pengurusan USM yang bijaksana-sini (kononnya!) begitu concern pasal kesihatan student kat sini.
Sape-sape yang sakit kena jumpa doktor USM dulu untuk diperiksa semula
walaupun ada surat doktor di bawa sebagai rujukan.

Gila kan?
Dah sah-sah la orang tu sakit. Kalau kau nak buat kepastian, kau call je la klinik or hospital yang keluarkan surat/report tu. Apa susah sangat?
Apasal kau rajin sangat nak check balik student ni? Takut diorang tipu eh??

Alahaiiiiiiiiiiiii.....

Dah la bila Nadia datang Pusat Sejahtera tu, ingat terus dapat no nak jumpa doktor.
Tak de maknanya!
Kena amik appointment dulu hokeh!!
Dah set tarikh, lepas doktor check & sahkan sakit tu, still tak boleh dapat sticker tu.
Report tu kena tunggu di sahkan (signed) oleh Pengarah.
Ntah pengarah mana pulak aku pun tak paham!
Benda remeh-temeh macam ni pun nak tunggu pengarah.
Kenapa, pengarah kat sini dah tak ada keje ye?
Nak tunggu report kesihatan pelajar untuk sign semata??

Sumpah aku tak tahu nak gelak ke, nak nangis dengan situasi ni!


Kitorang balik lepas Nadia berurusan dengan Pusat Sejahtera.
Nak balik Saujana, Kak Lin nak tolong hantarkan sampai ke kolej.
Tapi elok je sampai kat pagar, tetiba datang sorang guard yang sangat menjengkelkan!!
Dari jauh dia nampak kereta Kak Lin, terus dia jerit :
(sila baca sebijik-sebijik dgn nada tu ditekan sambil menjengilkan mata anda)

"Tak nampak ke papan kat depan tu?? Tak baca kaaaaa????"

Terkejut Mak Jemah hokeh!!!!
Berani-berani dia sound Mak!
So Mak turunkan tingkap sambil pegang surat medical Nadia tu,
"Encik, kawan saya juz nak hantar kitorang sampai bilik je"

Tak sempat nak hulur surat doktor tu, mak kena tengking balik.

"Turun kat sini, pi tunggu bas kat sanaaa!!!"

Hah? Tunggu bas waklu!!
Bas kalau setiap 2 minit lalu, satu hal la jugak.
Ni tunggu la sampai sepuluh minit belum tentu bas nak lalu situ.
Boleh sawan aku dibuatnya!

Aku, Nad & Adah jadi terkedu for 2 seconds (sila bayangkan wajah kami).
Then kitorang turun dan terus daki bukit tu.
Muka Kak Lin pun berubah sangat masa kena maki dek guard tu.

Masa kitorang nak jalan tu, ada 2 orang brothers ni tegur.
Tanya pasal kena marah tu. Rasanya diorang pun baru lepas gaduh dengan guard jugak kot.
Eeeee... Bencinya aku kat guard katik tu!!!!
Tak padan dengan ketot tapi mulut lancang betul.

Aku dan Nadia terus daki bukit.
Adah pulak corner ke Restu nak ambil kereta sebab nak balik ke Kuala Kangsar.



Ini permulaan bukit yang perlu kami daki.
Hujung bawah tu guard post gila tu.
Hati masih berdegup laju, darah masih menyirap ni!
Semuanya gara-gara si guard katik tu! Sial!!!!






Lepas 10 minit, kami baru sampai separuh jalan mendaki bukit tu.
Jauh gila!!!!!!





Ni masih berbaki lagi perjalanan untuk sampai ke Blok Saujana.





Nampak tak blok kat atas bukit nun?
Tu la 'syurga' kami.
(ni dah 10min perjalanan baru nampak puncak bukit)




Elok dah sampai bawah blok, kami kena daki pulak tangga 'Batu Caves' ni.
Arghhhhh... Urat betis aku dah tegang ni!!!!




Kesian kat Nadia sebab terpaksa menghadapi situasi ni dengan pinggang yang sakit.




Sialan betul la guard katik tu.
Masa kitorang tengah berhempas pulas nak daki bukit tu, aku tengok guard lain relax je bagi kereta tanpa sticker masuk ke dalam.
Eeeeee... Tak adil betul la!!!!!!
Dah la cakap menengking, tak ada adab langsung!


Nah, lagu ni aku tujukan khas untuk abang guard katik tu.
Sila hayati liriknya betul-betul.
Lirik lagu ni diubah dari lirik lagu Kosong by Najwa Latif.


Kau melihat diriku
Bersama rakan-rakan ku,
Yang cuma nak hantar aku
Masuk ke dalam situ...

Kau menengking diriku
Kau bilang aku dan kawan tak tahu
Membaca papan tanda itu
Sedangkan kau juga begitu..

Segala kata makian
Yang telah engkau lemparkan
Membuatku rasa

Kosong... Kosong....

Setiap langkah pendakian
Aku rasa nak caci maki kau
Sampai kepala otak kau jadi

Kosong... Kosong....

Segala kata makian yang telah engkau lemparkan..
Membuatku rasa

kosong...kosong...kosong....






Malam tadi sebab balik kena mendaki bukit lagi, maka kami beli siap-siap Subway as a reward kami berjaya sampai ke bilik.



Siap kau abang guard katik.
Jap lagi aku nak turun amik kereta kat padang kawad,
kalau aku dengar kau suwit-suwit nak ngorat aku,
takkan aku layan punyeeee!!

(haha, perasan!)