Baby Beto ni (cewahhh.. terus dapat pangkat Baby) dah lama berlakon. Tapi baru sekarang dia mula dikenali. Dulu muka dia tak glamer sebab dia berlakon pakai topeng. Topeng dia je yang glamer. Tak caya?? Meh tengok sini :
Belum lagi....
Kenal maskot-maskot ni? Kalau korang manusia yang lahir pada tahun 80'an, korang akan kenal la.
Tapi kalau korang lahir zaman batu, korang cuma kenal Fline Stone je.
Can u spot anything?
Haaa... Along tu sebenarnya my Baby Beto ni laaa....
Agak-agak kalau dari 1990 Baby Beto ni dah terkenal,
mungkin sekarang dia dah menang banyak award kan?
Tak tahu kenapa aku suka dia. Dia tak la hensem macam Alex O'Laughlin atau pun macam Aaron Aziz. Tapi muka dia suwit. Cara dia berlakon natural sangat. Kalau dia senyum atau gelak, wahhhhh.. Comelnya!!! Semalam aku layan movie Istanbul Aku Datang. Petang tadi pulak aku layan cerita Aku, Dia Dan Tong Sampah. Kenapa mesti tong sampah? Korang kena la tengok sendiri. Baby Beto berlakon dengan Siti Saleha yang berlakon dalam cerita Nora Elena tu.
Ok, sebenarnya nak cerita pasal kawan aku. Tapi ada la terkait sikit dengan my Baby Beto ni. Kawan aku tu lelaki, masih bujang. Hmmmm.. Nama dia.... Rahsia!!! Hahahaa.. Ok, nama dia aku gelarkan B je ye... B ni seorang yang sentimental, bukan seorang yang pemarah, agak lurus orangnya, kuat makan, pandai memujuk, suka pada keindahan alam, pandai memasak, pemalu orangnya, mudah dibuli dan macam-macam lagi la. Kalau nak sebut semuanya, boleh jadi gout jari-jari tembam aku ni.
B ni boleh dikatakan rapat jugak la dengan aku. Hari ni tetiba aku boleh teringat kat dia pulak. Mungkin sebab tadi aku tengok movie Beto tu. So, bila aku tengok movie tu, memang aku terus terbayangkan si B ni. Sumpah, karekter Beto memang sama macam karekter B. Sumpahhhhhhh!!! Mana la si B ni sekarang ye??
Kali ni aku nak buat kiraan matematik sikit antara Beto dan B. Aku akan masukkan element Laplace Transform. Kalau ada sesapa tak paham, sila bertanya pada kaunter pertanyaan di QBMall.
L (aku) + L (suka) + L (Beto) = L (B)
Bila kita transformkan L tu kepada function asal, ia akan menjadi :
Aku Suka B
(Kenapa boleh jadi macam ni? Ntah, aku pun tak tahu.)
Hahahahaha......
Ok, tak kelakar.
Hmmm.. Kenapa la Betu tu suwittt sangat??
Sesuwit macam CINTA MATI aku (En Zul)
Harharharhhhhhh!!!
No comments:
Post a Comment