Semalam ada sorang member aku post gambar pasembor. Siap kuah melimpah-limpah.
Terus tekak aku jadi tak keruan. Mula la nak mengidam makan pasembor.
Cibs betul mamat tu. Tak pasal je aku terbayang-bayang pasembor.
Selama 3 tahun aku kat sini, belum pernah aku terasa nak makan rojak tu.
Ntah la, tetiba je aku teringinnnnn sangat nak makan.
So, macam biasa feeling-feeling retis fofular, aku pun update status FB.
Sebuk je nak bagitau semorang yang aku teringin nak makan pasembor.
Macam la ada orang kesah kat aku, khennn??
Tapi, siapa sangka?
Zul baca status tu dan ajak aku pegi makan pasembor.
Yeayyyy!!!!!
So malam tu lepas kelas Atomic Physics, kitorang pergi cari habuan tekak.
Ajak liza sekali. Minah tu nama je nak diet, tapi macam aku jugak laaa...
Diet kat mulut je, tapi perut tak diet. Hahaha!!!
Pukul 10pm lebih kitorang gerak dari USM.
Redah jammed sampai ke Gurney Drive. Masa kat Tanjung Bungah jalan memang hazab.
Sebab orang buat preparation untuk Thaipusam. Temanya mulai esok sampai Isnin better jangan keluar menghala ke laluan wel-wel tu. Silap hb dengan-dengan aku siap berangkut kavadi ber'wel-wel sekali.
Sampai Gurney Drive, sumpah aku jadi batak!
Best weiiiiii tempat ni... Tapi orang yang datang mungkin kurang ramai dari kebiasaan.
Satu sebab adalah malas nak hadap wel-wel tu.
So malam tadi tak ramai orang datang. But it still happening compared than kawasan area USM.
Kitorang cari pasembor kat area hawker stall.
Malam tadi cuma 2 kedai pasembor je yang bukak. Aku & Liza order rojak dari Shariff Muslim Pasembor.
Zul pulak order dari Pasembor Popular ke hape ntah nama dia.
Kitorang kena RM15, Zul pulak kena RM10.
Tapi kuah dia berbeza sangat. Kuah dari kedai kami pekat, ada kacang tumbuk.
Tapi rasa tak boleh blah! Rasa masin, manis tu macam tak ada. Just pekat semata je...
Kuah dari kedai Zul order agak best. Manis & masin seimbang dan memang terasa sangat dalam tekak.
Baru seronok nak makan.. Memang rojak Zul habis dulu, baru yang kitorang punya habis pulak.
Liza siap order Laksa.
Tapi failed. Kuah cair, ikan tak banyak pun...
Kuah pun taruk rempah. Kira kalau ikut piawaian tekak aku, memang fail.
Antara cocktail yang ada.
Ketam goreng. Menggoda iman sungguh laaa....
Udang goreng tepung.. Owhhh.. Tempting nya!!!
Tak amik pun, sebab kat sini hari-hari makan udang. Kang balik KL kena gout, padan muka!
Ni cocktail yang aku & Liza pilih. Sikit je kan?
Kannnnnnnn???
Anne ni baru nak belajar-belajar potong rojak. Tak de style pun.
Anne kat tempat Zul order tu siap pusing-pusing & menyanyi lagi.
Kat hawker stall ni ada variety makanan. Be it sate, laksa, char kuew teow, mee udang.
Semua ada. Nak McD? Pun ada... Belakang stall ni je ada premis McD. Hahah!
Haaa... Penang Famous Laksa ni la tempat Liza order.
Sumpah tak sedap. Reject!
Tengok, adik ni pun confius tak tau nak pilih ape.
(sebenarnya dia pelik tgk blogger macam aku ni tercangak-cangak amik gambar. Macam la tak pernah jumpa kedai makan)
Tadaaaa.. Ni la pasembor kami.
Sebelah kiri rojak yang aku order. Kuah nampak pekat kan? Sila jangan terpedaya dengan illustrasi.
Tipu semua tu. Rasa kurang menepati selera aku, Liza & Zul.
Yang sebelah kanan tu, yang merah menyala tu sedap.
Read : SANGAT SEDAP compared than yang kiri.
Jemput makan ye...
Eh, kenapa aku tengok Liza & Zul ni macam serasi bersama ye??
Hurmmmm... Is anyone here need Agent Penjodoh..??? Here I am!! Hahaha.
(masa ni Mak agak busy melayan komen-komen FB anak-anak yang kena tinggal kat rumah. Kesiannnn.. Terpaksa amik bau pasembor dari gambar je la ye...)
Done! Now Pak Supir sedang mencari port seterusnya.
Yes, Padang Kota Lama!
(Kawan aku si Ros tu cakap kat PKL ada jual Pasembor. Takpe, maybe next time kita mentekedarah pasembor kat sana pulak ye..)
Sebelum gerak ke PKL, kena la buat aksi menggila.
Masuk tengah-tengah landskap tu, siap buat aksi.
Bak kata Zul, aku & Liza ni dah macam Mamat Bangla kat Klang.
Pantang nampak port cantik, kompem amik gambar, sampai baring-baring bergolek.
Helloooo.. Itu Bangla kat Klang ye... Bangla tempat lain semua dah bertamadun.
So jangan nak samakan aku dengan Bangla tu. Kalau nak sama kan aku & Pretty Zinta tak pe la jugak.
Memang nampak sangat la seirassss..
*tangan kat bahu, mata ke atas*
Ni suasana kat Padang Kota Lama.
Agak hambar.. Paling sedih, agak kotor di sini. Mungkin kitorang dah lewat.
Kalau datang awal sikit, mungkin ramai orang dan lebih bersih.
Nampak tak ape yang Mak nampak kat depan kete Wira ni?
Pasangan yang mula nak serasi bersama.
Kan? Hehee...
(kawan-kawan, mari kita usahakan! Kompem pasni ada orang carut mak!)
P/s : Thanks Zul, sebab jadi Pak Supir untuk kitorang. Lepas ni kami akan hantar Zul sampai ke Aman. Promise!
No comments:
Post a Comment