Wahhh!! Tak sangka kan?? Tapi kalau fikir positif, mungkin dia pun sekadar cedok je mana-mana gambar dari kawan-kawan yang jual produk yang sama, then gunakan gambar tu tanpa usul periksa.
Ni ha testimonial yang dikatakan palsu tu...
*Credit from Rotikaya*
Tapiiiii.... Tang mana yang palsu tu?
Kan brader tu dari besar berubah menjadi kecik...
Jeng...jeng... jenggggg!!!
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
V
Kantoiiiii! Kan dah maluuuu...
*wink-wink!*
Ok, stop about Serina & her slimming product.
Dulu aku pengguna Herbalife (hish, rasa sebak pulak bila ingat pasal Herbalife ni).
Bukan sebab aku kena tipu, tapi sebab aku dah gemuk balik. Huwarghhh!!!
Tak macam masa aku guna Herbalife, aku gile kurus weh!!!!
Aku gemuk balik sebab tak kawal pemakanan. Itu je.
Bukan sebab aku tak minum Herbalife.
Masa aku berjaya kurus, consultant aku ambil gambar aku dan hantar ke HQ Herbalife.
Sebagai reward, aku diberi chek dari Herbalife (amaun chek dirahsiakan hehe!).
Tujuannya sebab diorang nak publish kejayaan aku menurunkan berat badan dalam majalah Herbalife.
So chek tu kira-kira macam royalti la untuk aku sebab dah guna testimonial aku (read : beli testimonial)
In fact, gambar aku tu masih lagi ada dalam majalah tu walaupun dah 4 tahun berlalu.
Paling yang aku tak sangka, ada distributors yang guna gambar aku tu dengan tujuan melariskan produk.
Tapi produk Herbalife jugak la.. Aku tak kesah pun sebab mungkin distributors ni dah mintak izin dari HQ.
Atau mungkin HQ dah maklumkan awal-awal, gambar yang dalam majalah tu boleh digunakan sebagai testimonial diorang. Lagipun diorang kan dah bagi reward awal-awal kat pengguna tu.
Tak de hal la kalau nak claim kata gambar dia digunapakai oleh orang lain.
Ok, ni gambar aku yang diorang buat testimonial untuk jual produk diorang.
Budak baju merah lengan kotak-kotak tu assistant aku, Teh Maria.
Gambar ni dia terjumpa masa dia outstation ke Kota Kinabalu.
Tengah lepak-lepak makan mekdi, masa nak keluar mekdi dia nampak banner ni.
Terus ambil gambar dan mms kat aku.
Malu seh!
Ok, anak-anak....
Itu namanya menggunakan testimonial dengan izin.
Aku tak tahu pun siapa distributors ni. Tapi sebab dia jual produk yang aku memang GUNA, so aku tak de masalah dengan hal ni.
Dalam kes Serina tu, mungkin budak tu guna produk tu, tapi bila dia tukar cover tin or upgrade nama product, dan dia tak perasan sebab tu yang dia cakap tak pernah guna.
Atau pun, mungkin mamat tu memang tak pernah guna produk tu, tapi ada orang nak aniaya dia, then Serina pulak terperdaya konon-konon gambar tu koleksi produk SD2 tu.
Ntah la..
Tak tahu mana yang betul. Banyak kemungkinannya.
Apa pun, sebelum seorang distributor nak guna testimonial orang, kena la pastikan testimonial tu betul-betul hasil dari penggunaan produk diorang. Jangan main cedok je dari orang lain.
Lebih-lebih lagi kalau main kopipes dari gambar kat Facebook orang.
Pastu upload kat Facebook sendiri konon-konon testimonial tu, dia sendiri yang jual kat pengguna tu.
Then pengguna tu yang bagi feedback result produk tu.
Padahal semua tu CEDOK!
Lagi satu hal yang buat aku nak muntah berdarah.
Pernah dengar 'testimonial sendiri'?
Pernah??
Ok, aku pun pernah buat testimonial sendiri.
Siap update entri dalam blog puaka ni.
Nak tengok, sila la cari sendiri. Malas mak nak taruk link.
Cenggini maksud testimonial sendiri.
Kau ambil gambar kau SEBELUM kau consume satu produk.
Lepas tu, kau ambil/guna produk tu untuk beberapa tempoh waktu (hari/minggu/bulan).
(Kalau sampai makan masa bertahun-tahun, baik kau lemporr je produk tu ke lombong!)
Then ada hasil dari penggunaan produk tu (sikit or banyak terpulang tafsiran masing-masing).
Pastu kau ambil gambar banyak-banyak SELEPAS penggunaan produk tu.
Dah ambil gambar, kau upload dalam FB buat comparison SEBELUM DAN SELEPAS, siap taruk caption :
"hasil penggunaan produk pencerahan selama 2 minggu. Kulit saya menjadi lebih mulus, lebih gebu, dan lebih putih. Ingin tahu rahsia saya? Jangan segan jangan malu.. Pastikan anda memiliki kulit secantik kulit saya!"
Kau mampu buat caption macam tu?
Kalau aku, baik aku deactivate kan terus fb aku tu.
Kompem tak sampai 5 min ramai yang datang carut aku kat fb aku.
Huhuuuu...
Yang buat aku rasa nak jolok anak tekak ni, bila ada orang JUAL produk kecantikkan, siap buat testimonial sendiri, bila upload dalam facebook kemain lagi cantik kulit dia. Hasil nya 200%! Tapi guna testimonial PALSU!
Padahal kau ambil gambar guna apps Camera 360!
Tahu apa kebendanya tu??
Tu application untuk edit muka kau jadi cantik!
Kalau kulit kau berkerak tebal pun boleh jadi mulus.
Kalau kulit kau bersisik macam kulit biawak pun boleh jadi gebu.
Kalau kau ambil gambar kulit buaya tembaga pun boleh jadi licin bak sutera hokeh!
Itu fungsi camera 360.
Aku ni dah la kenal sangat kulit kematu kau tu.
Pastu jual barang kecantikkan siap guna muka sendiri.
Hadoiiiiiiiiiiiii...
Jangan la batak sangat perempuan oiiii!
Kau dengan orang dalam FB tu boleh la nak menipu.
Dengan kawan-kawan dalam dunia realiti ni jangan la nak membongak!
Aku tak boleh blah la tengok testimonial kau tu.
Serius muka kau ada jeragat. Tapi kat fb kemain lagi mulus bak Neelofa!
Jangan la menipu orang macam tu... Tak baik wooooo...
Kalau kau saja-saja nak tayang muka konon mulus, lantak kau la!
Itu namanya menggedik. Aku pun ada menggedik jugak guna camera 360, feeling-feeling muka macam artis Kpop. Padahal kulit muka sendiri hazabbbbbbbbb....
Tapi masalahnya kau tu menjual produk. Tapi dengan cara menipu!
Kalau betul la produk kau tu memang bagus, tunjukkan je testimonial yang sebenar.
Tak kesah la muka sapa pun. Asalkan memang hasil dari penggunaan produk kau.
Baru la orang yakin nak membeli.
Ni jangankan nak beli produk kau, tak pepasal je dengan kau-kau sekali orang tak percaya dah!
P/s : lepas ni mak nak jual sabun pencuci jamban. selain daripada membersihkan kerak-kerak jamban, ia elok untuk menanggalkan daki kat muka korang tu. Sape-sape nak beli boleh message mak ye... =)