Sunday, December 30, 2012

Abang Ramly

Kat Bandar Tun Razak ada store Ramly Burger.
Segala macam produk Ramly dan bukan Ramly pun ada.
Harga market boleh dikatakan murah jugak berbanding dengan harga kat Tesco or Giant.
Tapi kalau ada member card, boleh dapat diskaun lagi.
More discounts?
Suke!! Suke!!! Suke!!!

Sejak malam tadi rumah aku tak ada air.
Empangan KL yang salur air ke Bandar Sri Permaisuri ada masalah.
Ni bukan kategori malapetaka okeh. Ni dah kira tahap neraka jahanam!
Segala aktiviti istinjak aku terbantut.
Ada air satu baldi je. Tu pun dah puas korek-korek air dalam boiler dan botol mineral.
Air sebaldi ni la nak cover segala kencing berak aku.
Kalau tak cukup jugak, aku korek la air sejuk dalam esbok tu.
Tak pun aku cairkan semua ice cube dlm fridge.
Bila nak cuci pantat tu mesti sejukkkkk je rasa. Hahaha!!!
Dekat Masjid ada air, tapi punya la ramai umat kat situ tadah air.
Gila tak sanggup aku nak hadap!

Tengahari tadi aku tumpang mandi kat rumah assistant aku.
Nasib baik rumah dia ada air. Legaaaa..
Thanks my dear Teh Maria =)

Balik dari rumah Teh, aku merempit ke store Ramly tu.
(kalau naik kete kira rempit ke?) 
Dah sampai sana baru teringat member card lupa bawak.
Haishhhh!! Melayang 'more discounts' mak tu!


Sampai sana tengok susun atur store dah lain.
Lebih kemas, lebih cantik dan lebih bersih.
Ekon pun makin sejukkk je rasa =)

Paling penting mak nampak promosi nih.
Terus tarik troli dan snap pic kat bawah ni.

Harharharrrr!!!




Gegelang sotong.
Harga sebelum : RM15
Harga selepas : RM4.95

Terus mak sambar 2 paket!
(padahal malam tadi keluar ke Jusco Cheras Selatan hampir-hampir nak beli sotong ni)


Pastu mak beli roti butterscotch, kaya jem, drummet ayam & air necafe (latte & mocha).
Tak banyak dapat discount sebab mak lupa bawak kad azimat tu.
Huwaaaa!!! Mencik.





Balik rumah terus goreng sotong & drummet.
Sotong tu mak tak pernah try.
Nampak saiz dia besar-besar. Wow! Mak suka saiz besar-besar ni!
*wink-wink!*




Dah siap goreng.. Jemput makan!





Sekali tengok isi dalam, sotongnya nipisssss sangat!
Macam getah je... *kuciwa!*





Seeeeee... No different rite?!!!


Sakit hati!
Hentak kepala kat bantal. (dush! dush! dush!!!!)





Ni aku beli beberapa bulan yang lepas.
Beli macam-macam harga cuma RM60 lebih je.
Paling seronok kalau beli tempura nugget.
Kat luar harga mahal sikit. Kat sini dapat diskaun RM1.60 untuk sepeket.
Kalau beli untuk aku & Ain (penggemar nugget tempura tegar), dah banyak untung kat situ.



Banyak diskaun kan? =)



Siap dapat Kebab (or, is it called sate..?) ni 2 packets for FREE!

Yesss, FREE! (market price around RM5 lebih)
Mahu nya tak sawan aku membeli kat sini...



No comments:

Post a Comment