Monday, December 10, 2012

Saturday Drive To Bukit Tinggi

Ehem.. Ehem...
Tajuk entri ini dicuri khas dari Album kat FB Leen. Errr.. Kena bayar royalti kah?
Hahaha..

Malam Jumaat tu aku dah mula rasa demam, batuk dan selsema.
Tambah lak esok nya ada Oral Test JUE300.
Banyak gila tajuk nak kena cover. Tapi belum tentu satu tajuk pun akan mengena.
Cadang nak tidur dulu, then nak bangun awal pagi untuk baca buku.
Tapi sebab badan mula tak sihat, asal aku bangun kompem tertidur balik.
Bila jam dah pukul 7am baru kelam kabut aku nak study.

Pukul 10.30am aku keluar rumah dengan family. Test lebih kurang 15-20min, then terus gerak ke Gombak.
Sampai rumah Maklang lebih kurang pukul 11am lebih.
Lepas ambil Leen kitorang pergi lunch kat Taman Seri Gombak.
Masa tu anak aku si Ika mula demam jugak.
Lepas cari panadol dan cool fever, kitorang naik ke Bukit Tinggi.

First place kitorang pergi ke Animal Park.
Nak tengok rabbit. Boleh bagi rabbit makan sekali :)

Tiket masuk berharga RM3 untuk dewasa dan kanak-kanak. Makanan arnab berharga RM3 sepeket. Tapi isinya sikitttttt sangat! Lain kali nak datang sini kena siap-siap bawak makanan arnab dari KL.



Memula sekali ternampak deer ni. Terus serbu dia yang sedang berehat-rehat.





Dalam duk demam pun masih bersemangat nak kejar mousedeer!





Ika dah mula berani nak dekat dengan deer :)




Aleeya masih takut. Nak bagi deer makan pun duk hulur dari jauh.




See? Sebab berani sangat sampai conquer semua deer yang ada kat situ.








Now kat kandang rabbit pulak. Kandang ni open, cuma keliling dia ada jaring/pagar.
Nak masuk sini just langkah je pagar tu.




Budak demam ini memang dah lupa diri yang awak tu tengah demam.
Dengan cool fever kat dahi, langsung dia tak ingat dia tu tengah sakit.




Gadis dan arnab ;)




Semangat diorang pegang arnab ni. Aku tak nak pegang beriya sangat.
Sebab aku geli. Huhuuuu...




Dah berani dukung Mr Bunny!




Si adik ni masih takut nak pegang rabbit. Konon brutal la sangat, tapi penakut.




















Takut dengan kuda.




Memang penakut betul Aleeya ni.




Ni diorang main kat luar kandang rabbit sebelum gerak ke tempat lain.
Masa ni Ika dah mula buat perangai. Tak nak pergi tempat lain sebab nak main dengan rabbit semata! Memang dasar tak sedar diri yang awak tu sakit!




Lepas ke Animal Park, kitorang ke area Colmar Tropicale. Atau lebih spesifik kitorang ke Japanese Village. Nak masuk area ni, tiket untuk dewasa RM 12 dan kanak-kanak RM8.




Ni parking kat bawah. Tak pasal je kena mendaki tangga ni. Huhuhuuuu...





Sekali bila dah sampai kat parking atas, tengok ada tangga lagi. Hadoiiiiii! Letihnya! En Zul siap bagi semangat untuk aku sebab bulan ni ada pendakian ke Bukit Broga anjuran ofis aku. So naik tangga ni kira warming up la konon-kononnya... Puiiii!




Sebelum mendaki harus bergambar dulu.




Hamboiiiiii... Control ayu sungguh la..




Ni anak aku dah buat drama. Nak muntah la, sakit kepala la.. Padahal masa main rabbit tadi tak ingat sakit langsung. Nasib ada En Zul yang melayan.





Masa nak naik bukit ke Japanese Village, terserempak dengan makcik ni. Tak iye-iye pakai Premium Beautiful tapi lemak still tersentil-sentil. Yawwww!








Sampai checkpoint. Ada 50m lagi nak sampai atas. Aku dah penatttt!




Halah..halah..halahhhhhh!




Tadaaaa... Sampai jugak kat atas. Legaaa...








Tengok budak ni buat drama. Gila menyampah! Datang sini nak seronok-seronok tapi dia berlakon pulak. Letih la melayan dia ni. Next time kalau kau demam, Mummy tinggal je kau kat rumah Tok Wan!




Tak pasal kena dukung pulak. Rumah Japanese tu bukan kat area sini tapi kena jalan lagi ke dalam hutan tu. Naik bukit lagi laaaa... Kesian laki aku. Huhuu.. Nasib baik Ika yang kurus ni yang demam. Kalau si Aleeya debab tu, aku tak tunggu lama dah. Aku balik KL je terus!






Otw ke Japanese Village. Lalu lanskap yang sangat cantik.




Pintu gerbang









Tembamnya hakuuuuuu...








Jenuh aku ajar budak ni duduk cara perempuan ayu. Tapi dia nak jugak duduk mengangkang! Failedddd!




Sekitar Japanese Village.








Dekat rumah ni ada perkhidmatan sewa baju kimono. Rasa harga sewa RM20 sepasang kot. Aku cadang nak sewa, tapi petang tu ramai orang datang pulak. Tak tenang aku nak bergambar. Huhuuu...




Muka penat angkut anak.
Nasib baik Aleeya tak buat perangai. Sempoiiii je budak ni.




Aleeya ni memanjang duk ambik gambar ikan. Macam tak ada gambar lain dia nak ambil. Ni semua punca kakak dia yang sakit. Sebab dia tak ada kawan nak ajak main, maka jadi photographer la kau nakkk.. Mummy dah tau mana hala tuju kau besar-besar nanti.













Selalu budak ni ambil gambar ikan kap. Tapi kali ni satu-satunya ikan dugong yang berjaya dia tangkap gambar.









Kedai sourvenir kat bawah.




Bapak gila mahal minuman kat sini.
Tapi sebab dah penat sangat, maka beli jugak laa...




Budak berdua ni makan eskrem drumstick ni. Bila ada orang lalu nak daki bukit, semua pakat pandang & terliur!




Three of us.
En Zul & Ika dah selamat turun & sampai ke kereta.



Dah turun dari Japanese Village, kitorang ke Colmar Troplicale.
Pekan ala-ala France.








Masa ni Ika lagi mengada-ngada. Hujung-hujung aku ambil gambar Leen & Aleeya je.




























Gambar ni Leen punya la nak adjust supaya tak nampak Aleeya kat belakang dia. Hahaha...




Aleeya ambil gambar ape tu? Beriya Untie Leen posing tauuuu...












Leen bagi swan minum air coke. Kompem mabuk la swan kat situ.













Masa ni hujan dah turun. So pulang la kita yeee...




Bawak bekal sandwich dan nugget, dah turun dari Bukit Tinggi baru nak makan bekal.




Balik dari Bukit Tinggi kitrang ke Bagan Lalang makan ikan bakar.
Bapak gila ramai orang, macam kenduri.






Ni pun dah ramai yang balik. Kena order makanan dulu baru leh dapat meja.




Mari pilihhhhh...








Sementara menunggu makanan sampai, anak aku pun mengarang diary dia.
Si Aleeya la. Kalau si Ika tak habis-habis dengan drama dia tu.




Ni dia diary Aleeya. Oppsss... Mummy baca plak diary Aleeya. Hehe..
"saya ambik gambar Anti LINDAN"...?? Sejak bila aku bersaudarakan pemain badminton ni?




Kitorang order siakap masak sweet sour, pepahat masak sambal, 3 ekor ikan kembung masak bakar, sotong goreng tepung, kailan ikan masin, sirap limau 2 jag.
Total RM135. Rasa masakan aku bagi 3/5 je.
Kurang sedap pada tekak aku. Warna dan rasa semua masakan Macam sama je.. huhuuu..








Masa kat sini kitorang jemput BFF En Zul --> En Faizal& isteri.






Masa balik KL otw nak cari klinik 24jam untuk Ika, tetiba Aleeya buat pecah perut pulak...




Aleeya : Ayah, ada minyak tak?

Dalam hati kitorang terfikir, minyak apa? Minyak angin ke? Ke budak ni dah start sakit kepala?

En Zul : Minyak apa?

Aleeya : Errr... Boleh tak nanti ayah... Errr.. Boleh tak ayah..???

En Zul : adik nak apa?

Aleeya : boleh tak nanti ayah pergi kat tempat macam Petronas tu?


(Dalam hati aku : tempat apa yang macam Petronas?) Masih tak dapat tangkap maksud Aleeya...

En Zul : Adik nak kencing ke?

Aleeya : Aah... Adik nak kencing..



Laaa... Cakap je la nak kencing.. Ni sampai tahap tanya ada minyak ke tak, tu kenapa? Rupanya dia maksudkan minyak kereta. Dia takut kalau-kalau sebab dia nak ke tandas, nanti minyak kereta habis pulak. Hadoiiiii Aleeya.. Kenapa sampai ke situ kamu berfikir?



#entri ini ditaip semasa sedang menunggu panggilan pemeriksaan doktor. Oleh sebab tukang taip tak seberapa nak sihat, maka entri ini tiada karangan panjang berjela dan jika ada typo, harap dimaafi. Sekian....


No comments:

Post a Comment