Tuesday, June 26, 2012

Menjinak-jinakkan diri dengan aktiviti di salon

Ahad lepas kami sekeluarga pergi ke kenduri kawin ofismate aku - Noor Diana Sumiran & pasangannya, Kapt. Mohammad Shushaini Din. Tahniah ye Yan, semoga berbahagia hingga ke anak cucu. Sedap makanan kat kenduri kau. Nanti kalau buat kenduri cukur jambul anak ke, jamuan raya ke, melenggang perut ke, jangan lupa jemput aku. Insya Allah aku & hulubalang semua yang ada akan memperabiskan makanan tu semua. Hekkk...

Sori, gambar kawin Yan tak snap. Serius tak sempat, walaupun sekeping. Maaf ye Yan...

Lepas selesai makan kat kenduri Yan, kitorang ke Mydin Kajang, beli barang sekolah anak-anak.
Pastu ke Jusco Cheras Selatan untuk beli baju sekolah pulak. Tengah-tengah tahun beli lagi baju sekolah. Memang rabak poket!

Then kami ke salon yang biasa aku pergi untuk buat rambut.
Hanya untuk setelkan rambut Ika yang mengerbang macam Kak Limah tu.




Pandangan belakang




Pandangan depan




Pandangan sisi.




Dah jadi anak dara dah si Ika ni.




Aleeya si anak ayah. Manjaaaaaa sangattttt!




Dua-dua batang gigi tu En Zul yang patahkan.
Yang sebelah kiri tu patah masa kat TTI Terengganu bulan Mei lepas. Sampai sekarang tak tumbuh lagi gigi kekal. Kenapa lambat sangat? Terbantut ke pertumbuhan anak aku ni?




Amoi-amoi yang ala-ala K-Pop~
Seronok En Zul cuci mata. Kahhh~~




Turn Ika untuk potong rambut.




Bila suruh Aleeya potong rambut, menjerit cakap taknak!
Tapi bila kakak dia potong rambut, dia buat muka macam teringin nak potong.




Kecik-kecik dah masuk salon. Kalau dulu aku, Paklang yang kerat rambut aku pakai parang.
Kalau nak up sikit, pergi potong kat kedai mamak.
Tapi zaman sekarang nak potong fringe pun nak masuk salon.
*menyampah*




Haaa... Itu la tujuan datang salon ni. Nak potong fringe je punnnnn....




Tadaaa.. Dah siap!!
Ada nampak beza tak??

Tak ada kan? Kan? Kannnn????




Haaaa.. Ini je bezanya. Tak pasal je kena bayar sampai RM10.. Rambut kat belakang cuma trim seinci. Tu je. Ntah apa yang mahal sangat potong rambut budak ni, aku pun tak tahu!



Dah, dah!! Jom balik!!







5 comments: