Tuesday, June 26, 2012

How to make playdoh. (Huh, playdoh la sangat!)

Cakk! Dah lama rasanya tak update entri masak-masak kan? Untuk entri kali ni, ia lebih kurang macam entri From My Kitchen jugak, cuma bezanya benda yang di masak itu bukan untuk di makan, tapi untuk mainan.
Bulan lepas Ika minta belikan playdoh. Nak dibelikan plastesin, dia mengamuk-ngamuk tak nak guna plastesin. Nak playdoh jugakkkkk... Zaman aku dulu main plastesin yang keras kematu je. Kau uli la lama-lama sampai jadi lembut. Tak de nya playdoh-playdoh ni semua. Agaknya dalam darjah 6 kot baru mainan jenama Playdoh ni glamer. Kalau dah darjah 6 tak koser la aku nak uli benda tu. Tak de standard katanya! Puiihhh! Baik aku main puzzle or UNO.

Bila Ika minta belikan Playdoh, aku belikan la. Tapi dough je yang aku beli. Aksesori dia aku tak mampu. Kalau setakat nak uli buat canai, kau uli je la guna cawan plastik yang dah tak pakai tu. Nak potong-potong buat piza, guna je pisau mainan pondok-pondok. Jimat duit aku.

Tapi 2 minggu lepas Ika tinggalkan Playdoh dia dalam kereta berhari-hari. Kelmarin Aleeya nak guna untuk subjek seni dia, tengok-tengok Playdoh tu dah mengeras. Hampas! Tak pasal-pasal je kena beli yang lain. Sebagai mummy yang kedekut dan tidak adil, maka aku beli kan je Playdoh yang murah-murah kat Mydin. Alaaa... Bukan jenama Playdoh pun, cuma jenis dia lebih kurang je. Nasib baik Aleeya ni jenis sempoi. Tak kisah pun kalau jenama berbeza. Janji rupa dia sama. Budak ni sesuai kalau pakai pakaian pirate or guna kereta recon. Sebab jenama barang bukan prioriti pada Aleeya.

Masa nak beli Playdoh untuk Aleeya, aku cakap la nak buat benda ni mudah je. Barang pun simple dan tak banyak. Sekaliiiiiii.... Ika minta aku buat! Mampussss~~~

Balik rumah terus dia ajak aku buat Playdoh. Ok la, aku buatkan la jugak. Aku kan kedekut nak beli yang dah siap. Hahaha...




Aku guna tepung gandum je (2 cawan)




Garam (2 sudu)






Campurkan tepung gandum, garam, minyak sayuran (2sudu), air (2 cawan) ke dalam periuk.
Masak dengan api sederhana dan kacau sampai menjadi pekat.




Bila dah mula menjadi doh, tutup api dah sejukkan.
Uli sampai menjadi doh dengan keadaan sederhana keras. (tambah tepung jika terlalu lembik)
Bahagi kepada 4 bahagian (untuk 4 warna).
Titiskan pewarna dan uli sehingga warna menjadi rata.

P/s : Yang warna merah & biru tu terlebih minyak. Sepatutnya 2 sudu je, tapi aku taruk lebih.
So untuk kaler kuning dan hijau aku kurangkan minyak dia.





Ni bukti kerajinan dan kasih sayang aku pada anak-anak...
Punya la bersusah-susah, padahal playdoh yang ready made berlambak-lambak kat kedai.

So, puas hati kau sekarang Ika? Dah dapat tengok cara-cara buat playdoh?




Euwwww.. Mak lampir tengok kuku aku ni pun boleh pengsan!





No comments:

Post a Comment