Tuesday, June 26, 2012

Menjinak-jinakkan diri dengan aktiviti di salon

Ahad lepas kami sekeluarga pergi ke kenduri kawin ofismate aku - Noor Diana Sumiran & pasangannya, Kapt. Mohammad Shushaini Din. Tahniah ye Yan, semoga berbahagia hingga ke anak cucu. Sedap makanan kat kenduri kau. Nanti kalau buat kenduri cukur jambul anak ke, jamuan raya ke, melenggang perut ke, jangan lupa jemput aku. Insya Allah aku & hulubalang semua yang ada akan memperabiskan makanan tu semua. Hekkk...

Sori, gambar kawin Yan tak snap. Serius tak sempat, walaupun sekeping. Maaf ye Yan...

Lepas selesai makan kat kenduri Yan, kitorang ke Mydin Kajang, beli barang sekolah anak-anak.
Pastu ke Jusco Cheras Selatan untuk beli baju sekolah pulak. Tengah-tengah tahun beli lagi baju sekolah. Memang rabak poket!

Then kami ke salon yang biasa aku pergi untuk buat rambut.
Hanya untuk setelkan rambut Ika yang mengerbang macam Kak Limah tu.




Pandangan belakang




Pandangan depan




Pandangan sisi.




Dah jadi anak dara dah si Ika ni.




Aleeya si anak ayah. Manjaaaaaa sangattttt!




Dua-dua batang gigi tu En Zul yang patahkan.
Yang sebelah kiri tu patah masa kat TTI Terengganu bulan Mei lepas. Sampai sekarang tak tumbuh lagi gigi kekal. Kenapa lambat sangat? Terbantut ke pertumbuhan anak aku ni?




Amoi-amoi yang ala-ala K-Pop~
Seronok En Zul cuci mata. Kahhh~~




Turn Ika untuk potong rambut.




Bila suruh Aleeya potong rambut, menjerit cakap taknak!
Tapi bila kakak dia potong rambut, dia buat muka macam teringin nak potong.




Kecik-kecik dah masuk salon. Kalau dulu aku, Paklang yang kerat rambut aku pakai parang.
Kalau nak up sikit, pergi potong kat kedai mamak.
Tapi zaman sekarang nak potong fringe pun nak masuk salon.
*menyampah*




Haaa... Itu la tujuan datang salon ni. Nak potong fringe je punnnnn....




Tadaaa.. Dah siap!!
Ada nampak beza tak??

Tak ada kan? Kan? Kannnn????




Haaaa.. Ini je bezanya. Tak pasal je kena bayar sampai RM10.. Rambut kat belakang cuma trim seinci. Tu je. Ntah apa yang mahal sangat potong rambut budak ni, aku pun tak tahu!



Dah, dah!! Jom balik!!







How to make playdoh. (Huh, playdoh la sangat!)

Cakk! Dah lama rasanya tak update entri masak-masak kan? Untuk entri kali ni, ia lebih kurang macam entri From My Kitchen jugak, cuma bezanya benda yang di masak itu bukan untuk di makan, tapi untuk mainan.
Bulan lepas Ika minta belikan playdoh. Nak dibelikan plastesin, dia mengamuk-ngamuk tak nak guna plastesin. Nak playdoh jugakkkkk... Zaman aku dulu main plastesin yang keras kematu je. Kau uli la lama-lama sampai jadi lembut. Tak de nya playdoh-playdoh ni semua. Agaknya dalam darjah 6 kot baru mainan jenama Playdoh ni glamer. Kalau dah darjah 6 tak koser la aku nak uli benda tu. Tak de standard katanya! Puiihhh! Baik aku main puzzle or UNO.

Bila Ika minta belikan Playdoh, aku belikan la. Tapi dough je yang aku beli. Aksesori dia aku tak mampu. Kalau setakat nak uli buat canai, kau uli je la guna cawan plastik yang dah tak pakai tu. Nak potong-potong buat piza, guna je pisau mainan pondok-pondok. Jimat duit aku.

Tapi 2 minggu lepas Ika tinggalkan Playdoh dia dalam kereta berhari-hari. Kelmarin Aleeya nak guna untuk subjek seni dia, tengok-tengok Playdoh tu dah mengeras. Hampas! Tak pasal-pasal je kena beli yang lain. Sebagai mummy yang kedekut dan tidak adil, maka aku beli kan je Playdoh yang murah-murah kat Mydin. Alaaa... Bukan jenama Playdoh pun, cuma jenis dia lebih kurang je. Nasib baik Aleeya ni jenis sempoi. Tak kisah pun kalau jenama berbeza. Janji rupa dia sama. Budak ni sesuai kalau pakai pakaian pirate or guna kereta recon. Sebab jenama barang bukan prioriti pada Aleeya.

Masa nak beli Playdoh untuk Aleeya, aku cakap la nak buat benda ni mudah je. Barang pun simple dan tak banyak. Sekaliiiiiii.... Ika minta aku buat! Mampussss~~~

Balik rumah terus dia ajak aku buat Playdoh. Ok la, aku buatkan la jugak. Aku kan kedekut nak beli yang dah siap. Hahaha...




Aku guna tepung gandum je (2 cawan)




Garam (2 sudu)






Campurkan tepung gandum, garam, minyak sayuran (2sudu), air (2 cawan) ke dalam periuk.
Masak dengan api sederhana dan kacau sampai menjadi pekat.




Bila dah mula menjadi doh, tutup api dah sejukkan.
Uli sampai menjadi doh dengan keadaan sederhana keras. (tambah tepung jika terlalu lembik)
Bahagi kepada 4 bahagian (untuk 4 warna).
Titiskan pewarna dan uli sehingga warna menjadi rata.

P/s : Yang warna merah & biru tu terlebih minyak. Sepatutnya 2 sudu je, tapi aku taruk lebih.
So untuk kaler kuning dan hijau aku kurangkan minyak dia.





Ni bukti kerajinan dan kasih sayang aku pada anak-anak...
Punya la bersusah-susah, padahal playdoh yang ready made berlambak-lambak kat kedai.

So, puas hati kau sekarang Ika? Dah dapat tengok cara-cara buat playdoh?




Euwwww.. Mak lampir tengok kuku aku ni pun boleh pengsan!





Monday, June 18, 2012

Smack down

Semalam Ika kena buat kerja sekolah Matematik dia.
Dalam pukul 9.30pm dia dah mula mengada-ngada tak nak buat.
Alasannya sibuk nak main game. 
So aku buat syarat, siapkan page yang terakhir, then boleh main game dari jam 10pm sampai 11pm.

Lepas pukul 11pm, aku suruh diorang masuk tidur.
Aku pulak nak sambung online FB.
Dalam duk aku tengah online, terdengar suara Ika tengah menyanyi.

Wahhhhh..... Sajaknya mulut kau menyanyi.
Kan aku suruh tidur, bukan memekak!

Pastu Aleeya pulak menjerit-jerit ajak Ika main.
Ini tak boleh jadi. Makin bising pulak kat dalam bilik tu.
So aku senyap-senyap rekod aktiviti diorang ni.
Senang nak buat bukti kat En Zul yang anak-anak degil tak nak dengar cakap!




Jam menunjukkan masa 11.15pm

Duration
0.12 - Aleeya smack down Ika
0.31 - Ika membuat serangan balas
1.04 - Aleeya membenam muka Ika
1.06 - Aleeya memberi 'jurus' @ pukulan Abuuuugit!
1.13 - Aleeya sedar mereka diperhatikan oleh Mummyrazi.

Hahaha!



Lepas diorang sedar aku rakam aktiviti tu, terus aku pekik.


TIDO!!!!!!!! ESOK SEKOLAH!!!!!!!!!!!!



Aku yang stress,

Wednesday, June 13, 2012

Guna kaki pun boleh~

Semalam aku tak ada paper.
So boleh la tidur awal dan rehat sepuas-puasnya.
Sampai rumah, lepas makan aku terus masuk bilik.
On air-cond, then terus bongkang atas katil
Nikmat~~~

En Zul dengan anak-anak ada kat luar tengok tv.
Elok aku nak terlelap, Ika masuk bilik bawak buku Math dia.
Nak minta aku ajarkan dia buat Math.
Buku tu aku baru beli tadi.
Tu yang dia excited nak buat tu.

Sambil aku layan blues, aku ajar dia buat keje.
Bila aku suruh buat soalan tu, dia mengira la.
Lepas tu dia termenung....

Siap dengan aksi ni :



Kenapa agaknya ek?


Lepas tu aku rekod video ni :


Guna kaki?!!!!!!!

Hadoiiiiiiii....
Apa-apa je la nak oiiiii... Janji kerja siap, pastu kau faham apa yang kau jawap tu.




Tadi aku masuk ofis, tengok ada ole-ole dari Din.
Oh, thanks Din.. Memang surprise saya datang kerja pagi tadi.
Siap kasi bunga. Nasib baik aku dah kawin, kalau tak kompem aku ajak dia kapel.

Hahaha!!


Bunga dari Poring Hotspring.
Dalam plastik tu ada keropok cincin dan kuih ros. Sedap :)





Masing-masing nak jadi kuntilanak? Silakan!



Kejadian pada waktu malam...
Aku punya la mengantuk, tapi budak-budak ni sibuk nak praktis jadi kuntilanak.

Korang tunggu je masa aku yang jerit jadi kuntilanak pulak!

Hujung-hujung Ika & Aleeya tidur pukul 4am.
Aku awal-awal dah berdengkur.
Lantak korang.



Siapa kata aku tak sporting?? Aku la manusia yang palinggggg sporting!

Gila lama aku tak hadpet blog kan?
Sampai ramai yang tanya kenapa dah lama sepiiiii je.
Jawapan cliche aku biasa la... "Exam".
Padahal aku malas!

Last week aku dan En Zul balik kampung dia kat Kedah.
Saja jalan-jalan sebelum masuk bulan puasa.
Lagi pun dah lama kitorang tak balik Kedah.
Last balik pun masa aku tamat intensif 2011/2012 masa bulan Feb lepas.

Hari kedua kami kat Kedah, kami ke Sungai Petani.
Saja melawat saudara En Zul kat sana.
Lepas makan, makcik En Zul keluarkan satu kotak.

Agak-agak apa la yang dia nak tunjuk kat aku?
Sekali dia keluarkan semua gambar-gambar lama.
Termasuk la gambar kawin En Zul dengan bekas isteri dia.



Nah, tengok puas-puas.
Pastu sila la kenduri ramai-ramai kutuk gambar ni.
Muahahahaa!!!

(motif diorang nak menjeleskan aku tak menjadi. Sila cuba lagi)



Selepas akad nikah.
Apsal muka laki aku macam type 'askar' je?


Gambar kakak tu tak jelas??
Tengok kat bawah untuk wajah yang lebih cerah dan jelita :)




Zoom in.
Ni gambar candid ke hape ni? Stim semacam je mata kakak ni. Muahaha..




Gelap sungguh kulit laki aku.
Macam negro.

Bila adik En Zul (kami panggil gelaran dia Makteh) tengok gambar ni,
dia cakap En Zul ni kawin dengan Hetty Kos Endang.
Hahahaha!!!





Hensem jugak laki aku, walaupun ke'negro'an terserlah.
Pengapit En Zul tu nama dia Azman. Member jamming kitorang.
Komen aku bila tengok gambar ni --> Dua-dua katik.

Gambar ni Makteh cakap muka dan gaya kakak tu macam Rosmah Mansor.

Setuju.




Walaupun aku tak jeles, tapi aku ni memang hasad dengki sikit.
Sibuk upload gambar kawin aku jugakkkkk..



Tadi dah puas kenduri kutuk gambar kat atas tu kan?
Nah, sekarang kenduri puji gambar aku pulak.
Adil la kan? Hahaha...





Kat pic ni kurang gelap pulak kulit En Zul.
Tapi tang hidung aku pulak yang menyerlah.
*Pasrah*



Upacara potong pulut kuning.
Masa aku kawin tak de potong kek.
Aku ganti pulut kuning dengan rendang daging.
Fav aku tu.




Semuanya tumpang hepi untuk kami.

Kan?





Aku yang sporting,