Saturday, December 17, 2011

Vlogging

Mungkin ramai yang tidak tahu apa itu Vlogging.

Yep, aku pun baru je tahu maknanya. Selama ni aku cuma tahu blogging je, sebab aku pun dah terjebak dalam dunia blogging ni. Vlogging adalah Video Blogging, yang mana ia adalah salah satu cara untuk meluahkan pendapat dan mengekspresikan perasaan melalui VIDEO. Kalau blogging lebih kepada penulisan dan gambar, vlogging pula lebih kepada rakaman video dan mengandungi isu yang kita nak ketengahkan.

Dulu aku selalu layan vlogging ni. Tapi aku sendiri tak tahu yang video yang aku layan kat Youtube tu adalah kategori Vlogging. Ada video yang aku suka sebab ia kelakar. Tapi ada jugak yang aku tak berkenan. Sebenarnya ia satu subjektif. Mungkin pada aku ia sangat membosankan dan merepek, tapi pada sesetengah orang video tu sangat menghiburkan!

Ok, aku suka tengok video Matlutfi. Pada pandangan aku, dia seorang yang kreatif, inovatif dan sentiasa peka dengan isu sekeliling. Semua video dia (yang aku sempat layan) sangat kelakar dan ada point untuk setiap isu. Dengan penggunaan bahasa yang mudah difahami (cakap pulak slang Kedah), dia berjaya menyampaikan sesuatu isu dengan effort yang aku sendiri tak duga!

Yes, seperti iklan or video pendek, ada yang mengatakan Matlutfi ni mempunyai bakat seperti arwah Yasmin Ahmad. Sangat bijak mengeluarkan idea dan pengolahan idea dia sangat kreatif! Kadang-kadang ada jugak video dia yang menyentuh isu sensitif, tetapi itulah realiti! Realiti yang berlaku dalam kehidupan kita, lebih-lebih lagi rakyat Malaysia (no offense, ok?). Aku tak rasa video dia melampau. Secara positifnya, aku boleh nampak Matlutfi mengupas isu-isu semasa dengan cara dia tersendiri.

Ada beberapa video yang boleh kita layan. It's simple, but it's funny. Yang lebih penting adalah isu yang diketengahkan, kan?



Sampah.
Suatu yang remeh, tapi ia meninggalkan kesan pada kita =)




Another video by Matlutfi :






Dan video ni sekadar nak happy-happy or nak release tension. Kalau ada yang rasa video ni macam sampah or hampeh, terpulang. Itu subjektif. But for me, he did a good job dan he's fabulous! Serius aku tergelak tengok video dia. Walaupun dia 'kepala gila-gila' tapi kita tak boleh pandang ringan dengan idea dia =)

One word for him = Brilliant!

Ok, back to the vlogging. Ada ramai vlogger-vlogger yang boleh kita lihat 'luahan hati' mereka kat dunia maya. Selain Matlutfi, ada seorang vlogger yang semakin popular iaitu Maria Elena. Aku bukanlah peminat Maria, sebab aku tak rasa video dia menarik.

Maaf, aku jujur.





Ok, my dear Maria.. You've got your own opinions, but.. Sorry to say, i don't like to see your body language or 'performance'. Macam GEDIKSSS je.. Ok, itu mengikut keselesaan Maria. Mungkin dia selesa jadi begitu, that's her! Tapi aku tak berkenaan lorrr (ada orang kesah?). Just pick up some issues and take it as positive things. That's it.

Uh umm.. Ada satu lagi vlogger. Banyak jugak budak ni (i mean, minah ni) upload video dia. Nama? Aku tak tahu. Sebab aku kurang layan video dia. Pernah pertama kali aku tergerak hati nak klik kat video dia. And she got her issue, but still macam Maria, aku tak berkenaan cara penyampaiannya. Maybe she's worse than Maria. Perghhh.. Macam gangster Kampung Pisang je aku tengok minah ni..






Yes, untuk berlaku adil kepada semua vlogger, dia memang ada point untuk segala isu yang dia perkatakan. She's good.Tapi seriesly aku tak minat gaya dia. Macam buat-buat je. Tak natural. Tapi itu hak dia kan? Kalau nak berlakon ke, nak berpura-pura ke, itu dia punya pasal. Tapi aku punya pasal pulak adalah AKU TAK MINAT CARA DIA. Hahaha...

Jap-jap. Ada sorang lagi vlogger. Memang glamer gila. Dia terkenal dalam Youtube, dalam Friendster, dalam TV and even dalam dunia MLM. Haaa, cer teka sape? Cer teka...

Yessss.. Cikgu Shida dari Parit.

Hmm. First time aku tengok video dia, aku mula terfikir.. Apakah....???? Seriesly dia ni cikgu? Macam terencat je.. Ramai yang share video dia dalam FB. Ada yang puji, tak kurang jugak banyak yang keji. Memang itu cara dia untuk melepaskan rasa tension (kerjaya guru kan banyak tekanan). Tapi adakah itu cara yang terbaik? Aku rasa tak perlu la nak buat mimik muka yang pelik-pelik, muka herot-berot dan terkinja-kinja macam orang utan. Siap make up dan costume segala bagai. Ohhhh.. Serius aku malu tengok cara dia ber'vlogging..







Pelik? Jelik? Ok, kita layan lagi...





Ok-ok... Last aku bagi link. Tak sanggup rasanya nak taruk link banyak-banyak. Serius boleh sesak nafas tengok video dia. Untuk terakhir, aku letak link yang ini :




Walaupun dia pelik, dia macam terencat, tapi dia ramai peminat. Setiap video dia berjaya mencatatkan pengunjung yang agak ramai, walaupun baru 2 hari diupload ke Youtube. Hmm, mungkin selera orang zaman sekarang dah berubah. Mungkin ramai yang dahagakan lawak yang sebegini dari Cikgu Shida.

Tapi bagi aku, Cikgu Shida gagal menggembirakan hati aku.

Ahmad Lutfi is the best!

No comments:

Post a Comment