Tapi bagi aku, dalam banyak-banyak benda yang berteknologi tinggi ni, ada satu benda yang betul-betul buat aku impressssss! Lebih-lebih lagi benda ni sangat compatible dengan diri aku, sifat dan sikap aku. Haaa.. Aku rasa belum ada gadjet yang sesempurna alat ni.
Apakah ia?
Harganya bergantung kepada capasity.
Semakin besar kapasiti yang boleh ditampung olehnya, semakin mahal.
Ada macam-macam brand kat pasaran.
Ada macam-macam bentuk dan kaler.
Aku punya brand Samsung, auto function, kapasity 13kg, harga around RM1200++ (kalau tak silap aku harganya la).
Haaa.. Dapat teka?
It's WASHING MACHINE!
Hahaha..
Kenapa aku rasa ia nya best dan sangat compatible dengan aku?
Sebab aku ni PEMALAS. Kerja nak yang mudah je. Kalau ada yang lagi simple, lagi la aku berkenan. So lagi bertambah la Vitamin 'M'alas aku dalam badan ni. Aku rasa En Zul lagi rajin dari aku. Aku ni kalau campak dalam kandang lembu pun, kompem aku lagi malas dari lembu-lembu yang ada tu.
Ok, sebenarnya aku kena basuh kasut sekolah anak-anak. Last 2 weeks kan kaki aku luka terkena air panas. So agak susah aku nak mencangkung lama-lama untuk basuh kasut sekolah anak-anak. Kerusi kecik pun tak pernah ada dalam bilik air. Bila aku mintak tolong En Zul basuhkan, banyak pulak alasan pakcik tu. Ha, masa ni memang terserlah kemalasan orang tua ni.
So bila dah dua-dua malas nak basuh kasut, maka En Zul beri cadangan supaya semua kasut tu (4 pasang) dicampakkan sahaja dalam washing machine! Peh, senang betul! Ok, aku pernah buat benda ni masa kecik-kecik dulu. Aku kan pemalas. Kalau boleh aku nak pakai selipar jepun je pergi sekolah, so tak payah susah-susah aku nak basuh selipar tu. Sebab terlampau malas, maka aku campak je kasut sekolah aku dalam washing machine Maklang.
Tapi masa tu bunyi mesin tu memang hazabbb! Mesin tu dah la manual. Sekali dia berpusing, ketang ketung, ketang ketung bunyi dia! Macam ada hantu pulak dalam mesin tu. Tapi this one, bunyi dia slow je.. Tak dengar pun ketang ketung dalam mesin tu. Dan yang paling penting, with one single button semua kerja siap dalam masa yang ditetapkan.
Paling aku tak sangka, kasut sekolah anak aku yang hitam berlengas tu boleh jadi putih dan bersih!
Whoaaaa~!
Hebat! Hebat! (hand clapping)
Aku memang tak sangka la mesin basuh aku ni boleh buat macam tu. Serius bersih kasut sekolah anak aku. Mungkin semua orang dah tahu kehebatan mesin basuh zaman sekarang. Tapi kesian kat aku, sebab aku baru tahu tadi. Muahaha...
Bila aku keluarkan kasut tu, aku redha je la kalau kasut tu masih hitam. Tapi bila aku tengok kasut tu bersih, mahu aku melompat kegembiraan sampai menitiskan air mata... Huhuhu..
Ok, aku terlebih emo.
So lepas ni tak payah la aku nak bertolak-tolak dengan En Zul untuk basuh kasut anak-anak. Tapi kalau anak-anak aku ada, aku suruh je diorang basuh dengan tangan. Kanak-kanak jangan dimanjakan sangat! So tips ini jangan sampai ke pengetahuan anak-anak. Kang tak pasal-pasal time nak mandi pun diorang masuk dalam mesin basuh dan tekan butang START! Punya la pemalas nak mandi! Lepas tu masing-masing keluar dari mesin basuh jadi putih melepak.
Now aku terfikir, siapa pulak nak kapurkan kasut diorang?
Aku taknak. Aku malas.
No comments:
Post a Comment