Wednesday, November 30, 2011

From My Kitchen : Ketam Masak Telur Berlada

Ok, dah lama aku teringin nak makan ketam.
Hari tu En Zul bawa balik ketam 5 ekor.
Aku buat la masak lemak cili api dan nenas.

Dalam 5 ekor tu, 3 ekor je yang elok.
Lagi 2 ekor dah busuk.

Dan dalam 3 ekor yang elok tu, aku cuma dapat makan sekor je.
Apa la nasib aku ni kan? Huhu.

Tengahari tadi aku sms En Zul, "Hari tu cakap nak beli ketam, tak ada pun.."
Then dia balas, "Hehe.."

Hampeh betul!

Tadi aku tanya kat Kak Aida, mana restoran area Bandar Sri Permaisuri yang jual soft shell crab yang sedap?
Dia cakap area Pasaraya Hero.
Nanti aku nak cari restoran tu.
Seumur hidup aku tak pernah makan soft shell crab.
Hari tu tengok kat Majalah 3, serius menggoda iman selera aku!

Petang tadi lepas balik kerja aku singgah Pasaraya Pak Aji.
Nasib baik ada jual ketam.
Cuma nasib tak berapa baik sebab harga ketam mahal.
Sekilo Pak Aji hentam sampai RM19.90!
Ke memang macam tu harganya?
Dah le saiz kecik je. Besar lagi tapak tangan aku ni hah!
(Eh, tapak tangan aku mana aci nak dibuat perbandingan.. Aku kan saiz gajah!)

So tadi aku sambar 4 ekor ketam.
2 ekor untuk aku, 2 ekor untuk En Zul.
Tak payah nak beli lebih-lebih, kang kalau ada yang busuk, kan dah membazir.

Kalau nasib aku baik, mana la tahu En Zul nak sedekah sekor untuk aku sebab hari tu aku dapat makan sekor je.
Tapi kalau bab ketam mengetam ni, aku rasa En Zul agak keberatan nak sedekah kat aku.
Sebab dia tau mesti tak cukup jugak kalau aku yang makan.
Bagi 15 ekor pun belum tentu cukup! Haha..

Harga ketam 4 ekor tadi RM15++.
Ingatkan RM5 je... Sekali dia scan harga, nah kau!
RM15 lebihhhhh! Bayorrrr je laaa... *pasrah!*
Balik kang aku claim kat En Zul.

Sampai rumah aku terus mengerjakan ketam tu.
En Zul balik kerja terkejut tengok aku tengah berhempas pulas mengetuk badan ketam tu.
Senyum je pakcik tu bila nampak lauk untuk makan malam ni.

Kenapa, bangggg?
Suka yerrrr?
Time aku suruh beli, asyik lupeeee je memanjang!
Tapi bila time aku yang beli, bukan main lagi senyum dia tu.

Ok, kali ni aku nak buat ketam masak telur berlada.
Ke, ketam masak berlada bersama telur?
Or, ketam masak lada bertelur?

Bertelur?
Ehhh?

Apa-apa je laaaaa...
Ok, let's start!


Bahan-bahan :



Ketam bunga.
Apa-apa jenis bunga pun boleh.
Bunga kertas, bunga tahi ayam, bunga tayar pun boleh.
Jangan lupa ketuk-ketuk kulit ketam ni ye.
Pakai pisau boleh, nak pakai lesung batu pun boleh.
Asalkan ketam ni tak hancur lebur kau kerjakan.
Itu petua untuk bagi isi ketam lekang selepas masak.
So nanti nak makan senang sikit nak kopek kulit dia.




Bawang merah, bawang putih dan halia (dikisar)
Serai (dititik-noktah kan supaya keluar bau wangi serai tu)




Cili kering.
Rendam dalam air panas, kemudian blend bersama bawang merah, bawang putih dan halia.
(eh, apasal pic ni macam goyang-goyang? Panas kena wap kot...)



Cara-cara penyediaan :




Panaskan minyak.
Tumis bahan yang telah dikisar.
Masukkan serai yang telah dititikkan tadi.
Masak sehingga pecah minyak.
Masukkan sedikit sos cili.




Pastu, campakkan ketam bunga-bunga cinta ini ke dalam kuali.
Biarkan ia berenang-renang ke tepian.
Kalau kuah kering, boleh tambah air supaya ketam boleh berenang dengan penuh nikmat sehingga kulitnya bertukar kaler merah.
Jangan lupa masukkan garam. Sebab ketam ni bukan berenang dalam air laut, jadi ia memerlukan garam.
Nak masuk gula pun boleh, cukup la kalau sesudu je...
Kang dapat penyakit kencing manis, aku jugak yang dipersalahkan!




Sebiji telur ayam.
Pukul dahulu sebelum masukkan ke dalam kuali.
Tapi jangan pukul sampai lebam yeeee..
Itu mendera namanya!




Lepas masuk telur ayam, kacau sampai sebati.
Then tabur daun sup dan boleh hidang..
Pasti terangkat!




Ok, selamat menjamu selera.
En Zul dah tak sabar nak ngapppp ketam ni.
Siap sound aku suruh stop ambil gambar!
Hahaha...




Ampun encik suamiiiii~~~

Tuesday, November 29, 2011

Love Killer

Aku ada terbaca status sebuah group kat FB ni.
Eh, group ke ha? Ke fan page?
Ntah la..
Kat FB ni kan banyak fan page yang pelik-pelik.
Macam "Like status awak banyak-banyak!", "Tiap-tiap hari saya like status awak", "Saya suka like dan komen kat status awak" dan macam-macam lagi.

Yang pelik nya ramai pulak yang LIKE fan page tu.
Ntah apa bestnya, aku pun tak faham.

Ok, back to the story.
Aku terjumpa fan page ni : Sehari Tak Like Status Orang Aku Rasa Nak Demam Jer

Boleh?

I'm wondering, siapa la yang create fan page macam ni?
Huhuhu...

Kat status fan page ni, aku terjumpa satu post yang agak menarik bagi aku.
Sebabnya aku pernah mengalami peristiwa tu.
Memang ia satu pengalaman yang paling aku tak boleh lupa.

Jom tengok post yang aku jumpa tu :



TANDA-TANDA KORANG NAK KENA TINGGAL DENGAN AWEK / PAKWE.




   Malas angkat telefon..... (telefon sampai 2 biji, tapi nak angkat call aku punya la hazabbbb!!!)


   Ada apa-apa hal asyik cakap malas, malas, malassss ja... (memang dah bangsa pemalas kan? kalau dah kawin kang, makin menjadi-jadi pemalasnya tu! simpang la malaikat 44!)


   Bila ajak keluar asyik busy memanjang, macam la dia YB! (haktuihh! busy la konon.. bila dah terkantoi, muka pun dah macam China Great Wall tebalnya. tak tahu nak campak mana..)


   Sudah pandai bergurau secara kasar dan menyakitkan hati... (kalau tak bergurau pun dah memang menyakitkan hati aku)


   Mula mengelakkan diri dari berjumpa... (kalau dah kaki berhutang je dengan aku, memang la takut nak jumpa kan??)


   Dia dah tak kisah kalau tak jumpa pun... sebulan tak jumpa lagi bagusss.. (sebulan? apa ada hal derrr.. dia tak jumpa aku 3 bulan beb, aku maintain je.. siap standby cari pakwe baru lagiiii.. hahaha.. kau mampu?!)


   Bila dah janji date, tapi lupa nak datang. alasan lapuk diberi, lupa la, tertidur la.. (bab yang ini memang selalu sangat dia buat! cibs.)


   Apa kita buat dah tak betul dimata dia... (Aku ni kan angel. Memang la selalu salah di mata SETAN macam dia...)


   Dia nampak kelemahan kita lebih dari kebaikkan... (tu dah tak point lain la tu, nak break up dengan aku guna taktik kotor. Segala kelemahan orang lain pun dicampaknya kat aku. Lahabau betul jantan ni!)


   Taip sms pun pendek-pendek je... (dia buta huruf, tak reti nak eja panjang-panjang. bukan buta huruf je, malah buta kayu, buta hati!)


   Bila kita cakap 'I love u', dia balas 'K' je...?!! (dia tak faham English)


   Bagi alasan, 'awak ni terlalu baik untuk saya. saya tak layak untuk awak'. masa mengorat kita dulu tak ada pulak timbul hal tu! (Kau tak payah cakap pun aku dah tau laaaaa...)


   Bila ajak jumpa parents, macam-macam cara dia mengelak... (dia nerves kalau nak menghadap kerabat diraja. Kahhhh~~)


   Dah jumpa parents pun alasan banyak, nak cakap hal 'kawin' kejap je dia tukar topik... (Bodoh! Nasib baik aku tak kawin dengan kau, walaupun banyak kali kau merayu-rayu nak balik kat aku. Haktuihhh!!)


   Dia dah tak kisah apa yang jadi pada kita... (bagus la, kang tak pasal-pasal diri aku pun melingkup macam diri kau..)


   Susah nak senyum atau gurau-gurau macam dulu-dulu.. (dia memang muka bengis macam Taliban. Kalau kawin dengan dia kompem muka anak-anak macam muka Jin Afrit!)


   Dengan orang lain dia cakap 'single'...! (Kan dah bagitau tadi, dia bengap English. Dia tak tahu makna single or double. So pathetic~~)


   Dulu-dulu asal nak keluar dating je mesti nak pakai baju matching... sekarang dah tak nak.. Rimas katanya... Poyo pulak dah katanya sekarang...(dia sangat bengap untuk bergaya. Nasib ada aku, ada la rupa orang sikit dia tu. Sekarang ni pandai-pandai la kau nak hidup yeee..)


  Dulu sanggup tolak ajakan kawan semata-mata nak keluar dengan kita... Tapi sekarang dah terbalik... (dulu kawan-kawan dia yang tak nak keluar dengan dia, sebab aku pilih dia. hahahaha...)


   Dulu boleh jer bergayut berjam-jam.. Sekarang 5 min pun susah.. Katanya HP cepat panas.... (dulu masa nak ngorat kena la 'up' sikit depan awek. pastu tak sampai sebulan, mula la perangai KEDEKUT tu terserlah!)









Aku bersyukur sangat-sangat pada Allah sebab dia bukan jodoh aku.
Kalau tak, kompem aku akan jadi Punchbag untuk dia.
Then sebagai isteri, aku pulak kena 'tanggung' hidup dia.
Selama aku couple dengan dia, dia memang tak pandai manage financial dia.

Kalau bercakap tu, dia nak menang saja.
Tak pernah nak mengaku salah.

Benar la kata orang, masa bercinta semuanya indah.
Kentut pun bau wangiiii je.
Bila broke up, semua benda nak ungkit.
Yang indah-indah dulu semua berkecai.
Semua jadi mimpi ngeri!

Pas broke up, ungkit mengungkit sudah pasti.
Aku betul, kau salah, semua nak tunding jari!

Tapi, ada aku kesah?
Aku dah ada hidup aku.
Samada dia bahagia atau tak bahagia dengan hidup dia, bukan masalah aku.
Bagi aku dia adalah titik hitam dalam sejarah hidup aku.
Just a small black dot!










He is LOVE.
But that LOVE kills ME!










Jom kita list barang-barang keperluan sekolah anak.

Aku : Dah cuti sekolah. Kena prepare barang-barang sekolah anak.


En Zul : Ok, Yati list kan dulu mana yang penting. Barang tahun ni mana-mana yang elok lagi macam kasut ke, baju ke, stationery ke, untuk tahun depan beli sikit je dulu.




Lepas 15 minit aku sms senarai barang ...........


- Baju sekolah
- Kasut sekolah
- stoking
- tudung
- anak tudung
- seluar trek
- t shirt sukan
- buku rampaian sekolah
- alat tulis
- alat mekap
- baju kurung
- t shirt
- jeans
- heels
- tudung ariani
- handbag



Aku : Bila nak pergi beli barang-barang tu?


En Zul : Cuti nanti kita pergi beli. Tapi 7 items yang terakhir tu bayar sendiri yerrrrr.....




Cissss..
Dia perasan rupanya!
Kantoi.

Selalunya aku bagi list barang dapur, tak pulak dia perasan.
Kalau aku suruh dia membeli, ada je barang yang dia missed walaupun list ada depan mata.

Kalau bagi 10 senarai, kompem 2 akan tertinggal.
Suruh beli beras dan tepung beras, kompem tepung beras tertinggal.
Suruh beli serbuk kari dan daun kari, kompem daun kari tertinggal.
Suruh beli ayam dan telur ayam, kompem telur ayam tertinggal.

Nasib baik 'telur' kau tak pernah tertinggal mana-mana bang...

So, memandangkan dia dah sedar pasal list tu, aku kena perah otak cari idea baru.

Semoga idea datang mencurah-curah.
Kalau tak, tak merasa la nak pakai handbag baru free bulan ni!

Dengki betul dengan aku!

Jumaat lepas En Zul outstation ke Langkawi.
Kena bawa staff untuk Sanggar Kerja.
Sampai je kat jeti Kuala Perlis, dia tinggalkan staff dan dia terus melencong ke Pokok Sena, kampung halaman dia.
Cuma staff yang berkenaan je yang masuk pulau.

Cadangnya aku nak ikut sekali, tapi bas pulak penuh.
Tak apa la, aku duduk sorang-sorang je la kat rumah layan Astro yang ulang-ulang cerita beratus kali tu.

Malam tadi En Zul sampai rumah jam 1.40am.
Gila lambat sampai. Mungkin sebab cuti panjang, ramai yang balik kampung & jalan jadi sesak.

Lepas dia mandi, dia tengok aku tengah sedappppp membuta.



Tidur yang enak sambil disulami bunyi enjin motorbot.
Krohhhhhh~~~


Agaknya En Zul tak boleh nak lelap mata, maka dia mula menjadi tak keruan.
Terus dia kejutkan aku untuk diajak sembang bersama.
Bolehhhh??

Aku yang terpisat-pisat mata terpaksa jugak la bangun untuk bersembang dengan dia.
Mithali betul aku kan?
*muntah*

Dia cerita pasal rumah ayah dia yang sedang dibina.
Rumah tu dijangka siap awal tahun depan.
Cerita pasal kenduri kendara kat kampung dia.
Bla.. Blaa.. Blaaaaaa...




Dik non, akak ni kusyukkk mendengar cerita si kucing jantan itu.
Tapi sepatah haram akak tak paham apa yang kucing jantan itu cerita.


Dalam pukul 2 lebih dia mula menguap.
Haaa, dah mengantuk la tu.
Yessss!

Dia slowkan aircond dan tarik selimut.
Aku senyum sorang-sorang.
Tak payah la aku susah-susah nak taruk batang mancis untuk tegakkan kelopak mata aku melayan En Zul ni.

Lebih kurang pukul 2.40am, mata aku masih segar!
En Zul dah lama 'terbang' ke Paris.
Langsung tak sedar aku yang duk tergolek ke kiri, tergolek ke kanan.

Mampus!
Aku tak boleh nak tidur dah!
Hadoiiiiiii... Nak buat macamana ni?

Aku kejutkan En Zul.
Dia kena temankan aku sembang pulak.
Dia bukak mata.
Belum sempat aku nak bukak mulut bercerita, dia sambung tidur balik!
Siap tarik bantal tutup telinga.

Haramjadahhhhh!



Hahahaaa.. Tak boleh dengar!
Tak boleh dengarrrrr!!



Aku ke ruang tamu.
Bukak tv layan Astro.
Banyak cerita hantu la pulakkkkk..

Tak nak tengok! Tak nak tengok!
Aku layan game pulak.



Hisshhh.. Bosan ni.. Layan game pun best jugakkkkk!


Tak cukup dengan game, aku layan mp3.
Pun tak jalan!

Bukak balik TV.
Layan la cerita ntah apa-apa kat tv tu.
Dalam jam 3.10am aku selongkar esbok.
Kot ada cokelat yang sedap-sedap untuk dikunyah pagi-pagi buta ni.


Ni namanya 'supper' ye.
Orang lain makan lewat malam jam 11-12malam.
Aku makan jam 3 pagi.
Haaa, kau mampu?


Hm, En Zul bawak balik coklat Daim.
Mesti kawan dia yang bagi.

Aku ambil coklat tu, makan depan tv.
Kunyah-kunyah coklat dengan penuh perasaan.

Alamak, lupa!
Coklat akan menyebabkan badan jadi aktif!
Kompem la aku makin susah nak tidur!
Badan semakin aktif seolah-olah dicucuk Adrenalin.
Alahaaiiiiiiiii....



Lepas kena cucuk ni, aku akan melakukan akrobatik.
Lompat sana, lompat sini.
Yeaaahhhh~
Aku la Cat Woman!!!!!



Jam 4am, aku masih segar bugar!
Serius aku tak boleh nak tidur.
En Zul dah memang tak sedar apa dah!
Huwaaaa... Nak tidurrrrrr!!




Aku mula termenung di jendela.
Mengenang nasib aku malam ni.
Tiba-tiba terdengar bunyi yang pelik-pelik.
Terus aku lari masuk bilik!



Aku baring kat sebelah En Zul.
Mula main game hp aku ni balik.
Dengan harapan En Zul tersedar bila cahaya hp aku terpancar ke muka dia.

Tapi harammmmm...
Sikit pun tak ada kesan.
Tak apa lah. Mungkin dia penat sangat.

Yang aku ni pulak, mesti tidur jugak!
Dah pukul 4 lebih ni.
Takkan la nak berjaga sampai subuh?
So, aku menyelit la bawah selimut yang kecik tu.
(Eh, selimut yang kecik or aku yang menggajah?)
Lantak!

Aku peluk En Zul, tidur bawah ketiak dia.
Nasib baik wangi... Hahahaha..



Selesanya.....
Tapi mata masih tak boleh nak lelap!


Akhirnya aku terlelap....

Lepas dengar bunyi alarm, aku kejutkan En Zul.
Dia cuma cakap, "Yati mandi la dulu..."

Amboiiiii, bang!
Kau dah tidur dulu, time mandi pun nak mengelat???

Masa nak bersiap pergi kerja, aku cerita kat En Zul pasal malam tadi dengan penuh sayu...
Konon-konon nak raih simpati.
Tapi "bluweeekkk" yang dia bagi!



Bluweekk!
Tak caya! Tak caya!
Padan muka! Padan muka!




Gila jahat En Zul.
Dengki dengan aku yang tengah sedap membuta!
Dia tak boleh tidur, diajaknya aku sembang.
Tapi bila aku pulak tak boleh tidur, dia buat selamber je dengan aku.
Uwaaaaa....


Sekarang aku kat ofis mula rasa mengantuk.
Tersengguk-sengguk aku depan PC.
Rasanya aku patut cari port untuk aku lelapkan mata time lunch hour nanti.
Bawah meja ke, dalam stor ke... Tak kesah la!
Asalkan boleh lelap..



Dalam kotak pun boleh.
Asalkan tak ada orang yang kacau aku.
Kotak? Muat kerrrrrrr?


Sunday, November 27, 2011

Maal Hijrah 1433

Hari ni adalah 1 Muharam 1433.
Selalunya kalau masa sekolah dulu kena datang sekolah untuk join perarakan ramai-ramai.
Bawa sepanduk, nyanyi lagu 1 Muharam, dan ada ceramah agama.
Lepas ceramah ada persembahan nasyid oleh pelajar-pelajar (selalunya pelajar yang samaaa je buat persembahan tiap-tiap tahun sampai diorang habis sekolah. Pelajar lain duduk bawah pentas tadah air liur diorang ni je)

Aku pernah dianugerahkan sebagai Tokoh Maal Hijrah 1425. (Ha, sesape nak muntah silakan.)
Masa tu aku form 5.
Selalunya Tokoh Maal Hijrah ada 2 orang.
Lelaki (Izwan-classmate aku) dan perempuan (aku yang hina dina ni).

Selain dari tu aku juga seorang Ketua Pelajar pada tahun berkenaan.
Masa tu aku pelajar pertama perempuan yang dilantik jadi Ketua Pelajar.
Mengikut rekod sebelum tu, Ketua Pelajar adalah pelajar lelaki.
Malah pengetua masa tu (En Sharif) pun prefer pelajar lelaki menjadi Ketua Pelajar daripada pelajar perempuan.
Mungkin nasib aku lebih baik, maka aku mendapat sokongan dari En Aznam & Pn Zahuarah (Guru Disiplin) untuk aku jadi Ketua Pelajar.








Macam gergasi badan aku kan?
Itu aset, okeh!






Kalau aku cerita pada kawan-kawan yang aku adalah bekas Ketua Pelajar, ramai yang tak percaya.
Ye la, dengan perangai aku yang tak senonoh, ditambah pulak dengan mulut aku yang puaka haram jadah ni, mana la layak jadi Ketua Pelajar kan?


Itu hakikat.

Tapi kalau aku cakap yang aku ni Tokoh Maal Hijrah, kompem ada yang curah asid kat aku.

Serius aku tak layak!
Tak layak!

Aku sendiri sampai sekarang masih duk terfikir-fikir, apa ciri-ciri dan kriteria yang cikgu-cikgu nampak pada aku?
Selain berbadan macam gajah, tinggi macam zirafah, aku sendiri tak nampak kelebihannya.

Masa sambutan Maal Hijrah 1425 tu diadakan, ada ceramah yang dianjurkan oleh pihak sekolah di dewan.
Aku sebagai ketua pengawas/pelajar mesti la kena round sekolah untuk memastikan semua pelajar turun ke dewan.
Selepas tu, aku parked punggung aku kat tepi pintu dewan (senang untuk aku keluar).
Then lepas 20min ceramah berlangsung, aku mula panas punggung.
Dah macam setan pulak aku ni.
Dengar ceramah agama badan terus rasa nak terbakar.

So aku angkat punggung, keluar dewan dengan alasan nak pergi tandas.
Lepas aku pergi tandas, aku naik ke padang sekolah. (padang atas bukit).
Tujuannya nak tengok Cikgu Khairul yang hensem tengah training rugbi (see, macam ni ke perangai Tokoh?)
Haaa.. kau!
Memang jahat aku ni.
Lebih kurang 15 minit datang si Aziza naik tangga padang sambil mencungap-cungap.

"Yati.. Huh..Huh... Nama kau kena naik atas pentas... Huh..Huh..Huh.. Sekarang jugak! Huh..Huh.."

Gila mencungap minah ni.

Aku yang tak tahu apa-apa ni terus turun ke dewan dan naik atas pentas.

Dengan muka tak malu terus salam pengetua dan sambut trofi tu.
Eh, selamba badak je aku kan?
Hahaaha...

Paling tak boleh blah bila biodata aku dibacakan oleh Ustazah Zaitun.
Aku tuan punya badan pun rasa nak muntah dengar biodata sendiri.

Lepas ambil trofi, Ustazah Suhaila panggil aku dan Izwan untuk sesi bergambar.
Owhhh.. Bab ni memang aku gedik sikit.
Terus cari celah nak menyelit, terus senyum lebar menanti lampu flash memancar!

Lepas bergambar, aku tanya Ustazah Suhaila, "Ustazah, kenapa saya yang dipilih?"

Tapi jawapan yang aku terima dari Ustazah sangat blurr.. (ke, aku yang blurr sangat?)

"Yati, ada something pada diri awak yang awak mungkin tak nampak, tapi kami cikgu-cikgu yang nampak. Cuma cikgu-cikgu semua harap awak belajar rajin-rajin dan jadi anak yang solehah dan insan yang berguna.."

Ok, serius macam tak menjawab soalan aku.
Tapi jawapan tu adalah jawapan paling senang untuk diucapkan.
Dengan harapan aku tak tanya lagi soalan yang macam-macam.

Sebab jawapan tu sangat cliche, maka aku terus ke kantin untuk mentekedarah.
Lapar ok....

Dengan trofi berbentuk Masjid Kristal (bagi aku sangat cantik), aku usung ke hulu ke hilir.
Bila orang tanya apa makna hijrah pada aku?
Aku diam...
Sebab aku tak tahu (ni bukan ciri-ciri tokoh yang baik ye adik-adik!)
Paling hebat pun jawapan aku, 'perpindahan dari yang buruk kepada yang baik..'

Itu lah jawapan paling selamat untuk Tokoh yang bengap macam aku ni.

Now aku ada kat rumah aku.
Rasanya seperti mahu pulang ke rumah Maklang untuk aku tengok trofi Tokoh Maal Hijrah itu.
Dulu aku selalu bersihkan ia dari sawang labah-labah.
Mesti la sawang labah-labah, sebab aku bersihkan setahun sekali je.
Kalau bersihkan tiap-tiap minggu, just lap habuk je kan?

Kalau dah tak ada erti or makna HIJRAH dalam diri, cukup lah menghayati trofi tu.
Mana la tahu Tuhan nak bukakan pintu hati aku untuk berhijrah masa tengah bersihkan trofi tu kan...

Apa-apa pun, aku cuma berharap aku dapat berubah menjadi insan yang lebih baik.
Isteri yang solehah... Itu yang penting.
Semoga hidup aku lebih bermakna dan lebih gembira.

Selain aku rasa gembira, aku harap aku dapat menggembirakan orang sekeliling.

Kurangkan mulut puaka,
Kurangkan makan!

Sebab badan aku semakin menggajah!!!!!!
Sedihhhhhhhhh!!!!
Huhuhuuuu~~~~

Saturday, November 26, 2011

Benar, saya sokong kata-kata Dato'!

Tadi aku tengok Maharaja Lawak Mega (MLM).
Tengok sorang-sorang memang tak ada feel nak gelak sangat la.
Tapi kalau lawak tu memang betul-betul 'lawak', kompem pecah perut aku terbahak!

Since dari minggu pertama sampai la ke minggu ke lima ni, serius aku tak nampak sangat 'sengat' setiap peserta Maharaja.
Compared than Maharaja Lawak yang dimenangi oleh Sepah, batch tu memang terbaik.
Baik dari segi content dan momentum persembahan, tak dinafikan memang layak diorang menang.

Tapi untuk MLM ni, aku rasa macam ada sedikit ketidakkegembiraan sebagai seorang penonton, instead of sebagai seorang PEMBAYAR SIARAN ASTRO.

Yes, ada jugak yang best.
Itu aku tak nafikan.
Tapi konsistensi peserta boleh dikatakan fluctuate every week.

Ok, bagi pemilihan juri aku rasa cukup adil.
Mungkin ada yang tak setuju dengan aku (ada aku kesah), tapi sebagai penonton aku rasa pemilihan juri tu lebih baik jika diberi kepada orang yang bukan dari bidang lakonan.

Haaa... Pelik aku ni kan?
Ok, meh sini mak nak explain.

Juri tetap MLM adalah Dato' Chef Wan, Zainal Abidin & Dato' Siti Nurhaliza.
Bagi aku, juri yang berlatarbelakangkan bidang-bidang luar lakonan lebih telus, lebih jujur..
Mereka ni 'mewakili' suara-suara penonton yang rata-rata tidak banyak pengetahuan dalam bidang lakonan.
Yang penting, apa yang peserta persembahkan tu boleh buat kita gelak.
Lantak la kau nak tergolek ke, tersengguk ke, terbelahak ke.
Janji kau boleh buat orang gelak.
Isu pasal content, jatuh no 2. Itu belakang cerita.
Tapi kalau content diorang mantap, itu bonus bagi mereka.

Berbanding juri yang berlatar belakangkan bidang lakonan (contoh Mamat Khalid & Ahmad Idham) juga tidak dinafikan kehebatan mereka.
Cuma, diorang lebih gemar komen yang kadang-kadang kita sendiri tak faham apa yang diorang nak.
Mungkin betul pendapat diorang (diorang kan lebih arif) tapi ada masanya langsung tak sependapat dengan pemikiran kita.
Yela, kita kan bukan dari bidang tu.
Makanya kau duduk diam-diam tengok persembahan tu sudah!

Tapi kalau si Saiful Apek, hishhhh..
Baik kau duduk rumah je Apek.
Komen ntah hape-hape!
Balik-balik sebut perkataan 'dinamik', 'bagus', 'best'.
Itu je la modal kau.

Ok, back to MLM.
Untuk minggu ke 5 ni, aku amat puas hati bila Adlin dan Hiro diletakkan sebagai peserta paling rendah mendapat undian juri dan penonton.
Untuk kumpulan Saehu, aku malas nak komen.

Apa yang kita nampak, Adlin mendapat pelbagai 'pujian' dari juri (aku rasa juri just nak jaga hati Adlin je tu).
Zainal Abidin said he is 'gifted'.
Dato' Chef pulak cakap dia talented.
Ya.. Ya... Wut ever la~

Tapi dari segi persembahan dia, sori to say aku rasa memang tak talented langsung!
Macam yang aku mentioned dalam last entry, dia tak ada sensitivity pada orang sekeliling.
Minggu pertama, dia bercerita pasal arwah ayah dia.
Memang kita kenal siapa arwah ayah dia. Tapi tak perlu kot nak cerita lebih-lebih pasal hal family.
Hal-hal dalam kelambu lebih baik simpan je la bro...

Minggu kedua dia bawak watak perempuan Bollywood yang serius macam haramjadah!
Muntah aku tengok!
Lantak kau la nak menari ke, nak golek-golek ke, tapi penampilan dia pada waktu itu membuatkan air liur aku macam lajuuuuu je nak ludah ke muka dia.
Hadoiiiii.. Geli la tengok perut menggeleber kau tu.
Takkan la tak ada baju lain?
Dah macam ahli gusti je aku tengok.




Perlu ke kau gigih buat persembahan bodoh macam ni sampai separuh mati, tapi hasilnya ke laut?



Minggu ke tiga dia bawa watak Imam Muda yang bercerita pasal talak (cerai).
Hm, minggu ke tiga aku tak berapa layan sangat.
Tapi bila bab-bab agama (talak) di buat lawak, i think that's too much!
Kita ni bukan la arif sangat bab-bab agama.
Tapi jangan la jadikan ia sebagai point dalam persembahan lawak.
Dulu masa dia ni jadi juri, bukan main lagi 'hebat' komen persembahan orang lain.
Tapi bila sendiri yang kena, menggelabah kau nak cari idea.
Jangan la bagi alasan kau tu 'peserta solo'.
Kalau kau seorang yang gifted or talented, isu peserta solo tak akan timbul.
Am i right?

So move to minggu ke empat.
Damn!
Watak Maria yang macam nak menyundal tengah-tengah padang!




Ni la Maria yang dikatakan tengah 'period'.
What the hell?
Dik non, kau tak takut 'roti kering' cap Poise kau tu bocor ke duk terkangkang macam tu?



Rasanya mungkin mamat ni dah mencapai tahap stress yang maksimum.
Aku rasa sebelum dia jadi sewel seumur hidup dan mengalami kerosakkan otak dan organ dalaman yang kritikal, baik juri keluarkan dia dari pertandingan ni awal-awal.
Dia ni masih ada bini untuk di tanggung sampai mati.
Adalah lebih baik singkirkan dia awal-awal.
Selain daripada mata aku tak bernanah tengok persembahan dia, aku juga tak rasa rugi sangat nak bayar bil Astro tiap-tiap bulan walaupun siaran nya serius macam cibai!

Untuk watak Maria ni, bagi aku memang betul dia ada selitkan unsur-unsur lucah (double meaning).
Dan tarian ala-ala whore girl tu boleh membuatkan aku rasa nak bunuh diri!
Sumpah gedik!
Dengan gaya dia berbasikal pink (tobat aku tak nak naik basikal pink) lagi la menambahkan ke'whore'an mamat ni.

Dan minggu ni, dia macam melakonkan watak AR Tompel.
Dengan gigi jongang nya, lenggok suara ala-ala jawa..
Dah macam nak menyembur pulak cara dia bercakap.
Bukan rintik-rintik air liur dia tu, tapi dah tahap taufan dah aku rasa kalau dia menyembur.
Sekali dia sembur, kompem lencun!

Untuk kumpulan Hiro yang terkeluar minggu ni, TAHNIAH ye..
Lepas ni korang dah boleh pergi jalan-jalan, pergi karaoke, pergi shopping...
Tak payah la nak perah otak cari idea untuk show minggu depan ye.
Sumpah aku tak minat (dari zaman Cecupak lagi).
So tahniah sekali lagi ye....

Pendapat aku, Dato' Chef Wan dah sehabis jujur dengan peserta MLM.
Lebih kurang 99% apa yang aku rasa pada setiap peserta hampir sama dengan komen-komen Dato'.
Bukan bermaksud aku layak jadi juri or aku ni selevel tahap pemikiran 'orang lama', tapi secara common sense nya di sini adalah komen Dato' sama seperti pemikiran penonton.

Even apa yang En Zul rasa pun sama jugak.
Kita boleh nilai setiap persembahan. Samada suka atau tidak, itu terpulang.
Tapi kalau dah terang-terangan persembahan tu ke laut, what do u expect?
Nak dapat komen dan pujian melambung-lambung ke?
Pergi mampus la kan??

Sebelum penyingkiran minggu ni, Dato' ada memberi sedikit komen-komen kepada Adlin, Saehu dan Hiro.
Sumpah angkat tangan memang terbaik komen Dato'!
Setiap butir kata beliau ada benarnya.
Samada yang positif atau negatif, semua masuk akal dan benar belaka.
Tiada yang benar selain yang benar!

Ada jugak komen-komen Dato' yang mendapat 'booo' dari penonton.
Tapi sebagai juri, he did his part very well.
He just be himself dan komen dengan sejujur-jujurnya.





Tabik spring to Dato' Chef Wan!
Toink! Toink! Toink!

Wednesday, November 23, 2011

Kalau macam ni la cara kau run biz, memang tak kan lama la jawabnya!

Semalam aku dapat call dari company yang buat service untuk Omron aku.
Dia cakap dia perlukan arm pad untuk run calibrate mesin tu.

Ok, fine. Aku boleh bagi, walaupun masa kau pick up unit tu kau boleh inform aku.
Dia minta aku yang hantar ke company dia (eh, aku kan customer? takkan aku pulak nak hantar).
Tapi aku suruh diorang yang ambil sendiri kat ofis aku.
Aku tak ada marah-marah, cuma aku suruh dia datang ambil masa keesokkan harinya.

Tadi that girl (Kelly) call aku lagi, nak bagitahu despatch dia dah otw nak datang ofis aku.
Aku tunggu je la, sebab arm pad tu dah memang ada kat aku.
Bila despatch tu sampai, aku just bagi je kat dia.

Dalam pukul 11am lebih, despatch tu call aku cakap dan dia akan sampai kat ofis aku dalam masa 10min.
Ok, aku tak ada masalah sebab aku memang ada kat ofis.

Lepas 10min dia call lagi.



Despatch : Hello cik. Saya ni dah lama cari parking. Tapi parking tak ada la.


Aku : So?


Despatch : *diam*


Aku : Saya yang kena turun?


Despatch : Aah. Turun la, saya kat lobi.


Aku : Jap lagi saya call awak balik.



Wahhhhh...
Abang Long dah sampai......

Bagusnya arahan kau...
What do u expect?
Kau nak aku jadi kuli batak kau, ikut segala arahan kau & turun pergi hantar barang tu?

Aku memang tak ada masalah kalau nak turun ke bawah (kalau dengan orang lain laaa..).
Tapi since aku memang dah bengkak hati dengan service korang sebelum ni, aku rasa lebih baik aku tak payah turun.
Kang tak pasal-pasal drama amukan berlaku kat lobi tu.
So aku cari mana-mana staff yang available, dan kebetulan Norma memang nak turun ke lobi, aku just pass benda tu kat dia.

HUKM ni bukan kecik dik non.
Kalau aku nak turun, makan masa 15-20min.
Nak tunggu lif turun & naik lagi, nak bersesak dengan pelawat kat lobi lagi.
Dah la waktu-waktu macam ni orang dari kafe nak pergi hantar makanan kepada pesakit.
Then kau nak mengharapkan aku buang masa 15min tu untuk menyenangkan tugas kau?

Lanch!

Kalau 15min tu aku buat report QC aku, kompem dah siap 60% tahu tak?

So apa jadah pulak aku yang kena turun semata-mata sebab kesian kau tak dapat parking?
Bukan ke dalam quotation tu dah include semua charge untuk servis tu?
Termasuk la charge parking, charge delivery, charge tol or even charge kau masuk toilet!

Jangan la kau quot aku dengan harga membuta tuli, then tak pasal-pasal aku pulak kena adapt dengan cara kau run biz!

What the hell??

Apasal kau tak call aku, then cakap :


"cik, saya kat tol Seri Kembangan ni, boleh cik datang sini dan bayarkan duit tol saya ni? Sebab kalau cik tak bayar, nanti saya tak boleh lalu tol ni untuk ke ofis cik. Pastu lagi satu, nanti boleh tak cik bayar bil telefon saya ni. Sebab call ni ada charge dari pihak telekomunikasi, seminit RM0.50 je cik. Lagipun sms free dan free call saya dah habis semalam. Boleh tak cik...?"




Hadoiiiii...
Kenapa la aku boleh terima quotation kau?
Kot iya pun harga kau yang paling murah antara banyak-banyak company, serius aku tak tahu macam ni servis kau!
Servis macam taikk!


Macam ni la dik.

Kau tak payah bayar parking, sebab aku yang kena turun cari kau kat bawah.
Kau tak payah susah-susah nak dapatkan barang yang kau tinggalkan kat ofis aku sebab aku pulak yang kena hantar ke ofis kau balik.
Kau tak payah susah-susah nak call aku. Kau just miss call je, then aku akan return call kau.
Pastu service charge untuk 23 unit Omron aku tu kau kasi free ek?

Nanti kita buat servis kontrak sampai mati, ok?

Deal!

Monday, November 21, 2011

Balasan

Sejak aku berkahwin, banyak perkara yang sudah berubah.

Dulu aku tidur sorang-sorang.
Sekarang bangun tidur ada seorang lelaki tidur di sebelah.
Itu lah dia Suami.

Yang dahulunya aku tertanya-tanya, "Benarkah dia bakal suamiku? Yang wajib aku taat, untuk aku mencium wanginya bau syurga?"

Namun ada perkara lain yang aku perlu renungkan.
Perkara yang mungkin orang lain sudah lalui, atau pada yang bertuah, mungkin melaluinya dengan cara yang berbeza!

ANAK.

Sekarang aku mempunyai 2 orang anak perempuan hasil perkahwinan En Zul yang terdahulu.
Alhamdulillah anak-anak aku tu boleh menerima aku seperti mana aku menerima dan menyayangi mereka seadanya.

Cuma ada kalanya anak-anak ini membuatkan aku teringat semula bagaimana layanan aku kepada ibu aku sendiri.

Ye, ada masanya aku sangat degil. Sangat nakal!
Sehinggakan aku sanggup menitiskan air mata seorang ibu..

Tergamaknya aku!


Kadang-kadang aku terkenang.....


Bila aku masak lauk yang biasa, anak-anak komplen nak makan makanan yang sedap-sedap dan mahal-mahal.
Serius memang aku terguris dengan permintaan anak-anak.
Selama aku berkerja mencari rezeki, aku mengharapkan aku dapat memberikan yang terbaik untuk mereka.

Pakaian yang cantik-cantik, makanan yang enak-enak, percutian yang seronok...
Tapi ada masanya yang tidak aku duga, segala yang aku sediakan tidak menepati citarasa anak-anak.
Dan aku pernah lakukan semua itu pada mak aku!

Aku menolak untuk makan apa yang Maklang masak.
Aku memperlekehkan pakaian yang Maklang sediakan untuk aku.
Aku mempersoalkan wang saku yang Maklang peruntukkan untuk perbelanjaan aku.
Aku mengelak bila Maklang memerlukan pertolongan aku.
Aku melawan bila Maklang melarang perbuatan nakal aku.
Malah...
Aku juga pernah meninggikan suara apabila Maklang menasihati aku....

Ya Allah..
Begitu besar dosa aku pada Maklang.
Begitu banyak air mata Maklang yang menitis kerana perbuatan dan tutur kata aku.
Begitu banyak hiris luka yang telah aku calitkan pada hati kacil Maklang....


Bila anak-anak melukakan hati aku, pasti aku akan teringat perbuatan nakal aku pada Maklang.

Benarlah kata Maklang..
"Ingat Adek, bila Adek dah ada anak nanti, Adek akan rasa apa yang mak rasa..."













Ya mak!
Memang benar... Yati telah laluinya.
Malah Yati dapat rasa apa yang mak rasakan selama ini.
Yati dapat rasa betapa hangatnya air mata seorang ibu akibat perbuatan dan tutur kata seorang anak yang dikasihi..


Ya Allah, ampuni aku atas penderhakaan ini..
Penderhakaan terhadap ibu ku sendiri...


Pada mereka yang pernah taat pada ibu mereka, mungkin mereka akan bahagia dengan layanan anak-anak mereka pabila meniti hari tua...

Sungguh bahagia mereka pada waktu itu...

Memang anak-anak aku sayang pada aku.
Memang mereka manja dengan aku.

Tapi bila aku tidak dapat menyediakan segala yang mereka hendakki, aku rasa aku bukanlah seorang ibu yang baik..
Bila anak-anak menjadi nakal pada seusia mereka, aku mudah berkecil hati...
Terlalu mudah untuk aku menitiskan air mata.

Lantas aku teringatkan pada Maklang...

Tidak mungkin aku dapat mengubah waktu untuk kembali ke zaman kanak-kanak.
Untuk aku mengubah perangai nakal ku.
Untuk aku pastikan tiada titis air mata kesedihan yang keluar dari mata Maklang.

Namun, apa yang aku mampu lakukan hanyalah menyayangi nya dengan sepenuh hati aku.
Melayani Maklang dengan sebaik-baiknya...
Memastikan Maklang menharungi usia dengan kasih sayang dari seorang anak....

Juga aku mendoakan semoga Maklang sihat sejahtera...
Sentiasa happy dan dimurahkan rezeki dari Allah....
Sesungguhnya aku amat menyayangi Maklang lebih dari segala-galanya..



Mak...
Mak lah ibu yang terbaik di dunia...
Ampunkan dosa-dosa Yati, halalkan segala makan minum Yati...
Tiada siapa yang dapat menggantikan Mak...
Yati sayang Mak....
Sayang sangat-sangat.........

Apa Kata Anak-anak?

Soalan : Siapa artis kegemaran anda?
Ika : Mummy
Aleeya : Mummy



Wahhh.. Sejak bila aku jadi penyanyi ni?



Soalan : Bila dah besar nanti nak jadi apa?
Ika : Doktor
Aleeya : Cikgu


Soalan : Antara ular dan kacang panjang, mana yang paling panjang?
Ika : Ular
Aleeya : Ular


Soalan : Siapa perempuan yang paling cantik?
Ika : Sofia
Aleeya : Mummy



Ye.. Ye.. Saya memang tak secantik budak kecik ni.
Tapi saya tetap menjadi pilihan Aleeya, kan?
Kanak-kanak tak pandai menipu.. Hahahaa...





Soalan : Nama yang korang dambakan?
Ika : Mia Sara
Aleeya : Puteri Alisha Safia



Muntahhh!!
Nama vogue memang tak hengat!!!





Soalan : Dah besar nanti nak ada anak berapa orang?
Ika : 2
Aleeya : 1


Soalan : Korang suka kereta apa?
Ika : Estima
Aleeya : BMW



Bagus anak-anak Mummy...
Kecik-kecik dah pasang angan-angan nak pakai kereta besar.
Nasib baik kau tak jawab kereta sorong!






Soalan : Makanan apa yang korang suka makan?
Ika : Laksa
Aleeya : Ayam goreng


Soalan : Binatang apa yang paling korang takut?
Ika : Singa
Aleeya : Harimau


Soalan : Mana yang ada dulu? Ayam atau telur ayam?
Ika : Ayam
Aleeya : Ayam


Soalan : Mana yang wangi? Bunga silat atau bunga tayar?
Ika : Silat
Aleeya : Silat


Soalan : Baju apa yang paling tebal? Baju hujan atau baju kalis peluru?
Ika : Kalis peluru
Aleeya : Hujan


Soalan : Siapa yang masak paling sedap?
Ika : Mummy
Aleeya : Mummy



Selain daripada pandai memasak, Mummy jugak seorang yang cantik rupawan kannnnn??




Soalan : Korang paling suka jadi apa? Penyanyi atau orang kaya?
Ika : Orang kaya
Aleeya : Orang kaya



Usaha tangga kekayaan!


Soalan : Kalau anda ada duit, berapa duit yang anda ada? RM1 juta atau 10 juta rupiah?
Ika : RM1 juta
Aleeya : 10 juta rupiah


Soalan : Antara Upin & Ipin dan Shin Chan, siapa yang paling nakal?
Ika : Shin chan
Aleeya : Upin & Ipin


Soalan : Macamana kartun Catdog berak?
Ika : Entah!
Aleeya : Kat tengah-tengah dia.



Erkk?!





Soalan : Siapa yang lari paling lambat? 
Ika : Adik   <----- Jawapan yang paling aku tak sangka!
Aleeya : Kura-kura.

Saturday, November 19, 2011

From My Kitchen : Karipap Daging

Rasanya dah lama tak update pasal masak-masak kan?
Since this week aku agak busy dengan kerja, maka aku cadang nak masak-masak untuk release tension aku.
Yang bakal jadi tidak tenteram adalah En Zul sebab dia yang akan jadi mangsa aku untuk test rasa & habiskan kesemuanya.
Kalau ada keracunan, Insya Allah bukan aku orang nya yang akan jadi mangsa. Haha....

Ok, aku memang dah lama nak buat karipap.
Last couple days ada staff ofis ni yang bawa kuih karipap.
Dia cakap buat sendiri.
Sedap jugak la karipap tu.
Tu yang aku berkobar-kobar nak buat jugak karipap.

Oleh sebab aku memang tak reti buat, tapi nakkkk jugak buat, so resepi ni aku belasah je.
Nasib baik En Zul cakap sedap (walaupun terpaksa, ADA AKU KESAH?)


Jom lihat resepi aku yang tak seberapa nak menjadi ni :


Sebelum tu, aku lupa nak ambil gambar dari awal, so terus kepada inti nya la ye..
(maaf la, makcik ni dah tua.. Makcik dah tak berapa nak ingat. Tapi kalau orang hutang makcik, makcik akan ingat..... Sebab makcik kan mata duitan)




Ni adalah inti karipap.



Bahan-bahan inti :

- Kentang  (dipotong dadu)
- Daging cincang
- Serbuk kari (campur air)
- Daun kari
- Bawang merah (dihiris)
- Bawang putih (dihiris)
- Halia (dihiris)
- Garam dan perasa
- Daun sup (dihiris)

Cara-cara :
- Tumis bawang merah, bawang putih, halia dan daun kari sampai naik bau.
- Masukkan serbuk kari, tumis sampai pecah minyak.
- Masukkan daging sampai masak.
- Masukkan garam dan perasa.
- Masukkan daun sup dan biar sampai kering.

Inti dibiarkan sejuk.


Ok, now kita tengok resepi kulit karipap.
(bab ni yang aku fail. Sekian.)








Tepung gandum



Masukkan telur sebiji, mentega & minyak sayuran sedikit (Ok, ini aku main belasah je)


Air ais dan sedikit garam
Motif guna ais : orang cakap untuk rangupkan kulit kentang. Tak tahu la betul ke tak?



Uli doh sampai sebati, tidak berketul.
Biarkan dalam masa 30mins.
(letih gila nak menguli doh ni. Kalau fikir-fikir balik, baik aku beli karipap siap or instant je la..)



Awal-awal lagi En Zul dah cakap nak buat karipap ni.
Nak kelim sendiri tepi kulit karipap ni.
Tapi ini la dia hasil En Zul yang pertama.
Ada sesapa yang sanggup makan tak karipap yang sebegini rupa?
Hahahaahah....



Haaa.. Yang ni aku yang buat.
First time ni..
Ha, comel tak? Comel tak?






Hoiiiiiiiiiiii.... Comel takkkkkkkkkkkkk???



Pandangan atas



Sekali lagi aku nak tanya, comel tak karipap aku????
EH? Karipap aku??
Bukan-bukan... Comel tak karipap yang aku buat ni?




Masa untuk menggoreng.
Petua supaya kulit karipap tidak pecah : Guna minyak yang banyak sehingga menenggelamkan karipap, biarkan minyak menjadi panas dengan menggunakan api yang perlahan. Masak karipap juga guna api slow.
Lepas ni masing-masing dapat hipertension & hypercholestrol! Hahaha..



Ni la hasil karipap pertama aku.
Komen En Zul : Sedappppp...
Padahal nak puji sendiri punya karipap sedap sebab dia yang tukang kelim.

Hello, tukang kelim bukan faktor kesedapan ok..
Kalau aku makan kulit dan inti 
asing-asing pun tetappp rasa sedap jugak!

*Eh, nak cakap karipap sendiri sedap pulakkkkk... Hohoho...*