Dulu aku tidur sorang-sorang.
Sekarang bangun tidur ada seorang lelaki tidur di sebelah.
Itu lah dia Suami.
Yang dahulunya aku tertanya-tanya, "Benarkah dia bakal suamiku? Yang wajib aku taat, untuk aku mencium wanginya bau syurga?"
Namun ada perkara lain yang aku perlu renungkan.
Perkara yang mungkin orang lain sudah lalui, atau pada yang bertuah, mungkin melaluinya dengan cara yang berbeza!
ANAK.
Sekarang aku mempunyai 2 orang anak perempuan hasil perkahwinan En Zul yang terdahulu.
Alhamdulillah anak-anak aku tu boleh menerima aku seperti mana aku menerima dan menyayangi mereka seadanya.
Cuma ada kalanya anak-anak ini membuatkan aku teringat semula bagaimana layanan aku kepada ibu aku sendiri.
Ye, ada masanya aku sangat degil. Sangat nakal!
Sehinggakan aku sanggup menitiskan air mata seorang ibu..
Tergamaknya aku!
Kadang-kadang aku terkenang.....
Bila aku masak lauk yang biasa, anak-anak komplen nak makan makanan yang sedap-sedap dan mahal-mahal.
Serius memang aku terguris dengan permintaan anak-anak.
Selama aku berkerja mencari rezeki, aku mengharapkan aku dapat memberikan yang terbaik untuk mereka.
Pakaian yang cantik-cantik, makanan yang enak-enak, percutian yang seronok...
Tapi ada masanya yang tidak aku duga, segala yang aku sediakan tidak menepati citarasa anak-anak.
Dan aku pernah lakukan semua itu pada mak aku!
Aku menolak untuk makan apa yang Maklang masak.
Aku memperlekehkan pakaian yang Maklang sediakan untuk aku.
Aku mempersoalkan wang saku yang Maklang peruntukkan untuk perbelanjaan aku.
Aku mengelak bila Maklang memerlukan pertolongan aku.
Aku melawan bila Maklang melarang perbuatan nakal aku.
Malah...
Aku juga pernah meninggikan suara apabila Maklang menasihati aku....
Ya Allah..
Begitu besar dosa aku pada Maklang.
Begitu banyak air mata Maklang yang menitis kerana perbuatan dan tutur kata aku.
Begitu banyak hiris luka yang telah aku calitkan pada hati kacil Maklang....
Bila anak-anak melukakan hati aku, pasti aku akan teringat perbuatan nakal aku pada Maklang.
Benarlah kata Maklang..
"Ingat Adek, bila Adek dah ada anak nanti, Adek akan rasa apa yang mak rasa..."
Ya mak!
Memang benar... Yati telah laluinya.
Malah Yati dapat rasa apa yang mak rasakan selama ini.
Yati dapat rasa betapa hangatnya air mata seorang ibu akibat perbuatan dan tutur kata seorang anak yang dikasihi..
Ya Allah, ampuni aku atas penderhakaan ini..
Penderhakaan terhadap ibu ku sendiri...
Pada mereka yang pernah taat pada ibu mereka, mungkin mereka akan bahagia dengan layanan anak-anak mereka pabila meniti hari tua...
Sungguh bahagia mereka pada waktu itu...
Memang anak-anak aku sayang pada aku.
Memang mereka manja dengan aku.
Tapi bila aku tidak dapat menyediakan segala yang mereka hendakki, aku rasa aku bukanlah seorang ibu yang baik..
Bila anak-anak menjadi nakal pada seusia mereka, aku mudah berkecil hati...
Terlalu mudah untuk aku menitiskan air mata.
Lantas aku teringatkan pada Maklang...
Tidak mungkin aku dapat mengubah waktu untuk kembali ke zaman kanak-kanak.
Untuk aku mengubah perangai nakal ku.
Untuk aku pastikan tiada titis air mata kesedihan yang keluar dari mata Maklang.
Namun, apa yang aku mampu lakukan hanyalah menyayangi nya dengan sepenuh hati aku.
Melayani Maklang dengan sebaik-baiknya...
Memastikan Maklang menharungi usia dengan kasih sayang dari seorang anak....
Juga aku mendoakan semoga Maklang sihat sejahtera...
Sentiasa happy dan dimurahkan rezeki dari Allah....
Sesungguhnya aku amat menyayangi Maklang lebih dari segala-galanya..
Mak...
Mak lah ibu yang terbaik di dunia...
Ampunkan dosa-dosa Yati, halalkan segala makan minum Yati...
Tiada siapa yang dapat menggantikan Mak...
Yati sayang Mak....
Sayang sangat-sangat.........
No comments:
Post a Comment