Wednesday, November 30, 2011

From My Kitchen : Ketam Masak Telur Berlada

Ok, dah lama aku teringin nak makan ketam.
Hari tu En Zul bawa balik ketam 5 ekor.
Aku buat la masak lemak cili api dan nenas.

Dalam 5 ekor tu, 3 ekor je yang elok.
Lagi 2 ekor dah busuk.

Dan dalam 3 ekor yang elok tu, aku cuma dapat makan sekor je.
Apa la nasib aku ni kan? Huhu.

Tengahari tadi aku sms En Zul, "Hari tu cakap nak beli ketam, tak ada pun.."
Then dia balas, "Hehe.."

Hampeh betul!

Tadi aku tanya kat Kak Aida, mana restoran area Bandar Sri Permaisuri yang jual soft shell crab yang sedap?
Dia cakap area Pasaraya Hero.
Nanti aku nak cari restoran tu.
Seumur hidup aku tak pernah makan soft shell crab.
Hari tu tengok kat Majalah 3, serius menggoda iman selera aku!

Petang tadi lepas balik kerja aku singgah Pasaraya Pak Aji.
Nasib baik ada jual ketam.
Cuma nasib tak berapa baik sebab harga ketam mahal.
Sekilo Pak Aji hentam sampai RM19.90!
Ke memang macam tu harganya?
Dah le saiz kecik je. Besar lagi tapak tangan aku ni hah!
(Eh, tapak tangan aku mana aci nak dibuat perbandingan.. Aku kan saiz gajah!)

So tadi aku sambar 4 ekor ketam.
2 ekor untuk aku, 2 ekor untuk En Zul.
Tak payah nak beli lebih-lebih, kang kalau ada yang busuk, kan dah membazir.

Kalau nasib aku baik, mana la tahu En Zul nak sedekah sekor untuk aku sebab hari tu aku dapat makan sekor je.
Tapi kalau bab ketam mengetam ni, aku rasa En Zul agak keberatan nak sedekah kat aku.
Sebab dia tau mesti tak cukup jugak kalau aku yang makan.
Bagi 15 ekor pun belum tentu cukup! Haha..

Harga ketam 4 ekor tadi RM15++.
Ingatkan RM5 je... Sekali dia scan harga, nah kau!
RM15 lebihhhhh! Bayorrrr je laaa... *pasrah!*
Balik kang aku claim kat En Zul.

Sampai rumah aku terus mengerjakan ketam tu.
En Zul balik kerja terkejut tengok aku tengah berhempas pulas mengetuk badan ketam tu.
Senyum je pakcik tu bila nampak lauk untuk makan malam ni.

Kenapa, bangggg?
Suka yerrrr?
Time aku suruh beli, asyik lupeeee je memanjang!
Tapi bila time aku yang beli, bukan main lagi senyum dia tu.

Ok, kali ni aku nak buat ketam masak telur berlada.
Ke, ketam masak berlada bersama telur?
Or, ketam masak lada bertelur?

Bertelur?
Ehhh?

Apa-apa je laaaaa...
Ok, let's start!


Bahan-bahan :



Ketam bunga.
Apa-apa jenis bunga pun boleh.
Bunga kertas, bunga tahi ayam, bunga tayar pun boleh.
Jangan lupa ketuk-ketuk kulit ketam ni ye.
Pakai pisau boleh, nak pakai lesung batu pun boleh.
Asalkan ketam ni tak hancur lebur kau kerjakan.
Itu petua untuk bagi isi ketam lekang selepas masak.
So nanti nak makan senang sikit nak kopek kulit dia.




Bawang merah, bawang putih dan halia (dikisar)
Serai (dititik-noktah kan supaya keluar bau wangi serai tu)




Cili kering.
Rendam dalam air panas, kemudian blend bersama bawang merah, bawang putih dan halia.
(eh, apasal pic ni macam goyang-goyang? Panas kena wap kot...)



Cara-cara penyediaan :




Panaskan minyak.
Tumis bahan yang telah dikisar.
Masukkan serai yang telah dititikkan tadi.
Masak sehingga pecah minyak.
Masukkan sedikit sos cili.




Pastu, campakkan ketam bunga-bunga cinta ini ke dalam kuali.
Biarkan ia berenang-renang ke tepian.
Kalau kuah kering, boleh tambah air supaya ketam boleh berenang dengan penuh nikmat sehingga kulitnya bertukar kaler merah.
Jangan lupa masukkan garam. Sebab ketam ni bukan berenang dalam air laut, jadi ia memerlukan garam.
Nak masuk gula pun boleh, cukup la kalau sesudu je...
Kang dapat penyakit kencing manis, aku jugak yang dipersalahkan!




Sebiji telur ayam.
Pukul dahulu sebelum masukkan ke dalam kuali.
Tapi jangan pukul sampai lebam yeeee..
Itu mendera namanya!




Lepas masuk telur ayam, kacau sampai sebati.
Then tabur daun sup dan boleh hidang..
Pasti terangkat!




Ok, selamat menjamu selera.
En Zul dah tak sabar nak ngapppp ketam ni.
Siap sound aku suruh stop ambil gambar!
Hahaha...




Ampun encik suamiiiii~~~

No comments:

Post a Comment