Jom kita tengok macamana rupa sling bag tu.
Pink is a must! |
Ok. Itu baru gambar bag. Sekarang jom kita tengok gambar tuan punya bag.
Drum rolling duluuuu....
Dummm.. Duummmm....Dummmmm..!!!
Dah macam bunyi mercun bola pulak!
Masuk Giant pun pakai bag, padahal dalam bag kosong! |
Kat kampung pun tak lepas bag kat sisi. |
Pose gedik! |
Mula isi kertas merepek dalam bag! |
Sedang memilih kupon Giant untuk digunting & di isi dalam bag. |
Gedik kan?
Sebab tu title entry ni 'Mari Menggedik Ala-ala Princess'.
Princess kerrrr? Kahhh!
Anak-anak aku ni boleh tahan gak la bab-bab camwhore ni. Kadang-kadang Ika ambil gambar Aleeya, kadang-kadang Aleeya ambil gambar Ika. Tapi yang selalunya lebih kepada ambil gambar syok sendiri la. Macam aku.
*ngaku pun*
Masa aku belek-belek kamera & henpon aku, aku terjumpa banyak gambar Ika & Aleeya. Sambil aku tengok, aku gelak sorang-sorang. Nak tengok? Jom!
Jangan muntah ye.... :)
Hi, nama saya Nur Natasha Zulaikha. Cita-cita saya nak jadi Kampung Jawa's Next Top Model. Sebab tu badan saya aneroxia. Haha.. |
Cantik tak saya? *muntah!* |
Baju : Purple Ear ring : Green Hair band : Pink (macam yenna!) |
Bluwekkk! |
Huduh benar si Aleeya ni snap pic. Bergegarrrr... |
Adakah anda masih bernafas dan bernyawa?
Ya.... Memang semua gambar ini sungguh menyiksakan jiwa raga setiap yang melihat.
Inginkan lagi?
Aku kasi lebih untuk sesiapa yang ingin bunuh diri. Tak payah susah-susah terjun bangunan, tak payah beriya-iya minum racun tikus. Tengok je gambar diorang ni, kompem lepas ni berpinar mata & terus padam!
Sunglasses bapak pun kau rembat nak buat gaya gedik. |
Yeay! Main bunga api! |
Selamat Hari Raya semua. Ikhlas dari model kurus kering. |
Ok, itu gambar Ika.
Nak tengok gambar Aleeya?
Pastikan bekalan oksigen mencukupi.
Let's rolling.....
Opocot! Tanjat boboiiiii.... |
Suka buat muka Bluehyppo |
Hantu Gigi. Hanya di Astro. Kahhhhh! |
Ni google untuk mesin rumput. Itu pun dia bedal gak untuk camwhore! |
Sebelum pakai Fair and Lovely : rentung bak kayu arang. |
Selepas : Putih kan saya? *thanks pada lampu flash* |
Lepas mandi, tak sempat nak sikat rambut terus main bunga api. |
Ok, itu part 1.
Nantikan part seterusnya yang bakal menjelang tiba. Hanya di chempakamerah.blogspot.com
Tiada di Astro First. Hahaha..
Iklan jap.
Situasi : Di kedai gunting rambut. Aku melihat ada kesan nyamuk gigit lengan aku masa tidur.
Aku : Kakak, cuba tengok lengan Mummy ni. Cuba teka siapa yang gigit?
Ika : Aaaa.... Aaaa... (aku ingat dia nak sebut 'ayah')
Aku : Siapa? Teka la.
Ika : Alien.
Hampeh!
No comments:
Post a Comment