Wednesday, August 17, 2011

Kenapa saya suka rumah saya? Kerana saya suka lah!

Bila dah nak raya, dah nak merdeka ni, aku teringat iklan yang direka oleh pasukan Petronas.
Selalunya iklan Petronas mesti yang best-best dan meninggalkan kesan yang mendalam pada penonton.

Ada yang sedih dan sayu. Tak kurang jugak yang kelakar.

Ingat lagi tak iklan "Alkisah seorang janda beranak tujuh"?
Si ibu teringin sangat nak makan daging untuk dibuat rendang.
Si anak pulak dah berjaya mendapatkan hati, limpa, paru, ayam, itik dan segala bagai binatang, namun cuma daging lembu je yang masih belum dapat. Akhirnya si anak bawa balik seekor lembu untuk si ibu. Mahu tak terkejut si ibu melihat kesungguhan anak-anaknya! Yang paling best bila salah seorang anaknya tengah berlari dan terjatuh!

Kelakar kan?
Padahal scene terjatuh tu (0.32s)  tak ada pun dalam plan diorang. Dah kebetulan budak tu tergelincir, diorang pun terus rakam scene tu.





Ok, itu iklan hari raya.

Kalau iklan kemerdekaan pulak aku suka yang tajuk "Percintaan Tan Hong Ming" yang ada suara Adibah Noor tu. Dia soal kanak-kanak sekolah rendah.. Dan paling best bila dia tanya kat budak perempuan kecil (melayu), siapa boifren dia? Dia jawab Tan Hong Ming! (Lihat 1.15s)

Muka Tan Hong Ming serius KELAKAR! Hahaha...





Aku memang suka iklan tu. Ada iklan yang simple, tapi kelakar bila tengok keletah kanak-kanak yang berlakon tu.

Contohnya iklan "Kenapa Saya Suka Rumah Saya"?





Lawak kan suara dan intonasi budak tu.

Cerita pasal rumah, aku nak adaptasi tajuk iklan tu 'Kenapa saya suka rumah saya?' sebagai tajuk entri ni.

Ok, kenapa aku suka rumah aku? Sebab dia bestttttt.. Kahhh!!
Aku suka sebab kawasan perumahan aku boleh dikatakan terletak di tengah-tengah bandaraya Kuala Lumpur. Tak caya? Pergi mampus! Hahaha....

Oppssss...!! Bulan puasa, tak boleh mulut puaka. Hehehe...

Baiklah, untuk menceritakan kenapa rumah aku best, mari kita jalan-jalan!

Dari rumah aku ke.......

- Gombak : cuma 20mins
- KL Downtown : 5 mins
- KLCC : 20 mins
- Midvalley : cuma 10 mins. (tol 50sen dah dimansuhkan. hehehe..)
- Stadium Bukit Jalil : 15mins
- IKEA : cuma 20 mins.
- Pudu Raya & Times Square : cuma 20 mins.
- KL Sentral : 30 mins
- Jalan TAR, Sogo, Masjid India : cuma 20 mins.
- Shah Alam : 30 mins
- Putrajaya : 40 mins
- Kampung En Zul : 5jam! Hazabbbbb...

Aku bukan lah seorang kaki shopping di mall yang best-best macam Pavillion, IOI Mall, OU Damansara... Jadi, kalau tempat tu jauh sekalipun, tidak menjadi masalah pada aku. Lagipun, macam-macam highway yang berselirat ada di area rumah aku. Plus? Kesas? MRR2? MEX? Kerinchi Link? Grand Saga? Kajang Silk? LEKAS? Semua dekat. Just sediakan duit tol atau Touch n Go sahaja. Then, kau pergi la mana-mana yang kau suka!

Yang penting tempat-tempat begini sangat dekat dan mudah untuk aku pergi.....

- Tesco
- Jusco
- Maidin
- Giant
- Carrefour
- Stesen LRT
- OFIS AKU! 5 mins jeeeee.

Haa... Jadi terjawab la soalan tajuk entri ni, Kenapa Saya Suka Rumah Saya?


Sebab dia bestttttttttttttttttttt..........!!!!!


Tiba-tiba teringat rumah orang-orang kaya dalam cerita Astana. *nangis!*

No comments:

Post a Comment