Soalan 1:
Aleeya : Mummy, orang perempuan boleh cuti puasa ke?
Aku : Aah.
Aleeya : Bila adik boleh cuti?
(macamana aku nak jelaskan kepada budak umur 7 tahun? nak gabung soal agama & sains sekali ke?)
Soalan 2:
Ika : Mummy, malam ni kakak nak tidur dengan mummy.
Aku : Kenapa pulak?
Ika : Saje je. Boleh la Mummy...
Aku : Tak boleh. Kakak kan dah besar, tidur la sendiri.
Ika : Tapi kakak pun nak tidur peluk ayah. Macam Mummy peluk ayah jugak. Tapi Mummy kan dah besar, kenapa Mummy peluk ayah?
(aku dan En Zul terkantoi ke?)
Soalan 3:
Ika : Mummy, dalam perut ni ada baby kan? (sambil pegang perut aku)
Aku : Ntah.
Ika : Mummy, macam mana boleh ada baby dalam ni?
(Oh, dia masuk sendiri ikut celah kangkang Mummy!)
Soalan 4 :
Aleeya : Mummy, orang tu pondan kan?
Aku : Mana adik tahu dia pondan?
Aleeya : Sebab muka dia macam perempuan.
Aku : Adik pun perempuan jugak kan. Maknanya adik pondan la ye?
Aleeya : Tak la. Adik kan budak kecik, bukan pondan. Kalau dia besar, pastu dia perempuan, maknanya dia pondan la! Macam Mummy pun pondan la. Kan Mummy, kan?
YATI, SILA BUNUH DIRI!
No comments:
Post a Comment