Thursday, July 14, 2011

Mode : Takut

Kali ni aku nak cerita pasal perasaan takut aku pada masa kecik-kecik dulu.
Seingat aku banyak jugak benda yang aku takutkan.
Kalau orang yang berlagak, mesti dia akan cakap macam ni pada aku, "kita ni kena berani, kalau nak takut pun pada Tuhan je.."

Hoiii.. Aku ni manusia biasa yang serba serbi normal tau!
Tuhan dah wujudkan perasaan takut tu dalam hati aku, of cos la aku kena gunakan ia.
Cumaaaa... Cara untuk kita handle dan atasi perasaan tu je yang aku failed!

Ok, ni antara beberapa perkara yang membuatkan aku menjadi takut :

- Berkenalan dengan Cik Li
Masa aku 8 tahun, sepupu aku Mazli ada datang rumah. Kebetulan malam semalam rumah Maklang blackout (cisss.... teruk betul LLN zaman dulu. Terus bankrap dan TNB yang ambil alih syarikat tu). Then Maklang pasang la beberapa batang lilin. Esoknya masa Mazli sampai, kami ramai-ramai main bersama-sama. Tiba-tiba mazli terjumpa seekor lipas (Cik Li). Terus dia tangkap dan bubuh lilin yang cair kat atas badan lipas tu.

Aku : Hei, Li! Ko jangan buat macam tu. Sakit la lipas tu.


Mazli : Eh, lipas ni kena bunuh tau! Kalau ko tak bunuh, nanti dia gigit telinga ko sampai putus! Kau tengok kaki dia ni, berbulu... Bulu dia ni ada racun.

Oooo.. Lipas boleh gigit telinga budak erk?
Haram jadah kau, Mazli!
Serius aku percaya cakap dia.
Masa kecil dulu, kalau ada lipas mati dalam lubang jamban aku, kompem aku takkan berak punya! Aku akan tahan bijih tu dari keluar. Seboleh-bolehnya aku akan tahan sampai kembung perut! Kadang-kadang bila aku dah flush tandas tu, lipas tu mesti akan ada jugak terapung-apung dalam lubang tu. Masa tu aku isi air dalam baldi, then aku jirus dalam tu! Settle!
Dan paling haram jadah bila aku jadi takut dengan Cik Li sampai la sekarang! Boleh pengsan wooo kalau benda tu masuk dalam kain aku!

- Lalu kat tepi lorong rumah Maklang.
Aku ada history nampak hantu kat lorong tepi rumah Maklang. Masa tu aku umur 5 tahun. Bab hantu ni memang kepala aku ingat sangat-sangat. Masa tu waktu petang, dah nak masuk senja. Hari pulak hujan lebat. Aku tengah seronok main payung basah kat luar rumah. Maklang panggil masuk rumah, tapi aku degil. Maklang marah terus tutup pintu. Aku bersama-sama Si Degil terus bermain payung. Hari semakin gelap. Tiba-tiba aku dengar orang ketuk dinding kat lorong tu. Bila aku toleh, aku nampak ada tangan pucat tengah melambai ke arah aku! Menjerit la aku! Bila Maklang dengar jeritan aku, terus dia bawak aku masuk rumah. Masa tu aku dah menangis teruk sambil menjerit-jerit. Maklang pulak punya la nak jaga hati aku, dia cakap "Itu tangan mak la dik..." Ye la!!! Tangan mak dah putus ke siap boleh terbang-terbang memanggil aku?? Waaa... Aku punya la fobia dengan lorong tu sampai langsung tak berani nak lalu situ. Bila umur dah 12 tahun baru aku berani lalu. Itu pun bukan lalu dengan mode "berjalan", tetapi aku lalu dengan mode "berlari". Hahaa...

- Mak Teh aku
Masa aku kecik dulu, Maklang hantar aku ke rumah Mak Teh aku. Dia yang jaga aku bila Maklang pergi kerja. Kalau ikutkan, Makteh bukan la orang yang pertama jaga aku. Ada orang lain jugak. Tapi sebab Makteh ni sayang gileeee dengan aku, seboleh-boleh dia nak jaga aku jugak. Ye la, aku kan comel sejak kecik.. Maka terserlah la kecantikkan aku sampai la sekarang! (silakan muntah!). Tapi Makteh ni garang orangnya. Kalau bercakap tu macam menjerit! Serius aku takut dengan dia. Tapi aku pandai amik hati dia. Kalau aku nak duit ke, coklat ke, mesti aku cakap manja-manja dengan Makteh. Kompem dapat punya la! Pernah banyak kali dia bawa aku balik ke kampung dia. Masa tu aku rasa macam nak hilang nyawa! Ye la, aku kena hidup sendirian tanpa Maklang dan Paklang bila ikut Makteh! Tapi, aku kan pandai amik hati dia. Apa ada hal?? Hahahaha...

Ok, cukup dulu sampai sini. Aku nak makan. Laparrrrrrr....!!!
Sekian.

No comments:

Post a Comment