17 March 2022 - Happy birthday to me! π
Alhamdulillah tahun ni masuk umur 35 tahun.
Eh ke 36? 37 kot..
Aku lupa. Malas la nak kira.
Yang pasti 30an la.
Birthday tahun ni taknak makan kek.
Nak jalan-jalan sambil makan-makan.
Dua-dua aktiviti ni laki aku tak berapa minat.
Tapi sebab BIRTHDAY kan? So berani kau nak say no kat aku? π
Aku plan nak ke Penang tapi En Zul bukan jenis kaki jalan food hunting.
So aku ajak dia ke Ipoh, slowly belajar jadi food hunter.
Dia ni ok je nak jalan kaki sambil sightseeing, makan-makan, ootd.
Tapi dia tak pandai nak express kan mood tu.
Dia makan sikit je, then dah taknak makan dah.
Macamana nak food hunting kan?
Tapi kalau ajak dia ikut je cuma tak enjoy π
Kitorang gerak lepas subuh terus keluar rumah.
Nak elak jammed punya pasal.
Pukul 9am kitorang keluar exit Gopeng sebab nak cari workshop untuk tukar minyak hitam & minyak gearbox.
Lebih kurang 9:40 pagi kitorang sampai di Ipoh, atau lebih tepat di Concubine Lane.
Parking tepi jalan mostly dah penuh, dan kena pakai tiket parking.
So kena cari parking area dekat sekitar Concubine Lane.
Kitorang parking di satu area jarak 150meter dari Plan b.
Parking rate RM5 untuk 2 jam. Ada staff yang jaga & beri tiket untuk letak di cermin depan kereta.
Lepas bayar kitorang terus jalan kaki ke Plan b.
Plan b.
Teringat masa first time datang sini back 2017.
Kawan aku tanya "Nak pegi Plan b, so apa plan A kita?"
Pengsannnn πππ
Kat Plan b. ni aku nak pegi Bits & Bobs.
Tapi shops kat sini buka jam 11am.
Takpe la, kita ootd je la kat sini.
Then kita pegi ke tempat lain yang tak perlu waktu operasi
Contohnya bangunan Arlene House dan OCBC Bank.
Cantik dan classic. Cuma kena pandai snap gambar lagi cantik viewnya.
Aku tak pandai snap so nampak beshe-beshe je la.
Aku tak pandai snap so nampak beshe-beshe je la.
Birch Memorial Clock Tower.
Dari Plan b. jalan kaki ke sini lebih kurang 10minit.
Jam ni akan berbunyi setiap 15minit kalau tak silap aku.
Ada signboard tapi malas nak baca.
Masa ni cuaca dah mula panas.
Belakang tower ni ada foodcourt, kalau nak singgah makan minum pun ok.
Seberang jalan depan clock tower ni ada Masjid Negeri Perak.
Cantik masjidnya, tapi aku tak singgah.
Cantik masjidnya, tapi aku tak singgah.
Yang kiri tu bangunan bank OCBC. Cantik.
Macam hotel Royale Chulan Penang.
Ni tangga depan clock tower.
Kat sini aku cuma ootd sahaja. Tak singgah makan sebab dah plan nak makan tempat lain.
Classic betul Little Ipoh Cafe ni.
Sebelah kanan penuh daun macam hutan tu Book Xcess.
Antara cafe dan bookstore ni ada lorong terus menghala ke Concubine Lane.
Kira Concubine Lane ni block belakang cafe ni la.
Book Xcess
Concubine Lane.
Masa ni tak ramai orang. Walaupun cuti sekolah tapi keadaan masih tak sesak.
Sambil jalan ada amoi tegur aku ajak masuk Blue Sands.
Masuk percuma.
Kat sini ada jual fluorescent sands dari Terengganu.
Kat dalam bilik tu ada banyak botol-botol pasir kecik ni.
Tapi NO CAMERA. So tak boleh nak snap pic.
Harga RM6/botol. Kalau ambil 6 dapat percuma 2.
Kira harga sebotol RM4.50 la.
Original sand color is blue.
Then dorang tambah warna hijau, purpe, pink, yellow untuk meriahkan warna.
Masa ni pasir tak serap cukup cahaya so tak berapa terang warna nya,
Dalam gelap baru nampak fluorescent color tu.
Aku beli 6, and lagi 2 tu En Zul nak pasang kat motor dia.
Nak pasang kat mana pun aku tak tahu la dia tu.
Salah satu benda yang dicari kat Concubine Lane ni.
Rain Drop Cake.
Nama cake, tapi dia sebenarnya pudding.
Harga RM8/pc.
En Zul geleng kepala aku beli seketul ni RM8.
Yahudi pun surrender dengan harga ni,
Beli 1 je. Sebab sekadar nak rasa.
Air gula merah ni pekat dan manis gila!
And texture pudding ni sumpah liat dan kenyal.
Aku kokak dengan sudu plastik ni tak lut yeee.
Nampak tak betapa susahnya nak putus pudding ni
Rain Drop Cake 1/5★
Bahan : clear pudding, gula melaka sauce, kacang tumbuk.
Terlalu manis, pudding kenyal dan keras. Aku tak suka π
Kalau pudding tu soft and jelly, then gula tak berapa manis mesti aku rate tinggi.
En Zul makan sesudu je sekadar merasa.
Dah la harganya mahal tak padan dengan kejadian bendanya.
En Zul sambung geleng kepala lagiπ
Seterusnya kitorang ke Platform 9 1/2
Cafe dengan Harry Potter vibes.
Kalau korang minat movie/book Harry Potter, wajib datang sini.
Nak masuk cafe ni untuk ootd ada syarat dia.
Untuk take away, kena beli at least 1 item (f&b).
Kalau dine in, setiap seorang kena beli min 1 item.
Sebab En Zul penat jalan (maklumlah jenis tak biasa travel jalan kaki) so kitorang decide untuk dine in.
Dine in air je la punnn!
So kena beli 2 items la sebab datang berdua untuk dine in.
En Zul ordered Spooky Strawberry Frappe dan aku order Mermaid Wish.
Aku nak air masam-masam, then ada satu menu Love Potion macam sedap.
Tapi sebab dia ada strawberry jams so aku agak dia mungkin ada rasa sedikit manis.
Tapi staff cakap Love Potion tu sedap. Ok nanti aku datang try.
Spooky Strawberry Frappe 4/5★
Mermaid Wish 4/5★
Tahun 2020 aku datang sini selepas MCO lifted, robe ni tak disediakan due to covid and sop.
Tahun ni dah ada robe ni, dan kena sewa ya. Bukan boleh pakai gitu je.
Sedangkan nak masuk ootd pun kena beli minima 1 item.
Robe ni harga sewa RM10. Tapi aku tak sure kalau ada limit time.
Tapi barang lain (topi, broom, luggage, etc) percuma untuk ootd.
Harry Potter is heading back to Hogwart School.
Hermoine Granger pun nak bergambar jugak.
Cafe tingkat atas. Kat bawah untuk order sahaja.
Kat bawah ruangan ni untuk ootd.
Pintu masuk dan keluar hanya 1 laluan.
Seat tepi dinding depan tu cantik kalau nak ootd sambil tengok orang lalu lalang.
Kat seat ni cantik untuk scenery dalam dan luar cafe.
Seat belakang aku duduk ni paling strategik. Tapi sebab ada awek sorang-sorang tengah bergambar dengan coffee dan cake dia, aku bagi chance la.
Masa cafe ni kosong En Zul pegi duduk kat area tersorok sikit.
Bila nak bergambar kat sini, dah ada orang pulak.
Korang kalau nak bergambar sila amik seat tepi dinding ni.
Seat paling hujung (belakang aku). Memang cantik view dia.
Turun ke bawah untuk bergambar dengan props.
Nak acah-acah Hermoine Granger tapi hujung-hujung nampak macam makcik cleaner.
Dengan penyapi lidi nya, topi wizard pun dah nampak macam topi gardener πππ
Abaikan dagu aku yang 16 lapis tu yee..
Lepas tu kitorang jalan jauh sikit (around 10minutes) pegi area padang Ipoh.
Kitorang nak makan Miker Pizza.
Ramai yang recommend pizza ni kalau datang Ipoh.
Banyak kali aku pegi Ipoh mesti tak sempat nak singgah makan.
Kali ni aku singgah untuk makan 1-2 slices je sebab aku nak makan tempat lain.
Miker Pizza ni aku plan nak tapau aje.
Asalkan konsep 'dah pernah sampai' π
Signboard tepi kedai.
Depan kedai tu padang Ipoh.
Dalam cafe cuma ada 3 tables je.
Memang dah tak buka meja banyak sbb sop covid.
Aku ordered Combo 1 (2 regulars = RM42.00)
Aku ambik spicy tuna dan chicken supreme.
Order drinking water 1 botol je sebab dah minum kat Platform 9 1/2.
Cheese tarik sampai langit.
Ada promo 20% untuk lunch hour (until 3pm).
So dua regular pizzas dan satu drinking water = RM35.20.
Makan sorang 2 slices, then tapau the rest.
Spicy tuna 2/5★
Pizza ni kurang sedap pada tekak aku sebab dia letak cili padi.
Not authentic untuk selera italy.
Chicken Supreme 4/5★
Chicken supreme ni sedap. Cheese leleh dan creamy!
Lepas di Miker Pizza, jalan kaki semula ambil kereta.
Terus ke Canning Dim Sum, jarak lebih kurang 4.5km dari Miker Pizza.
Ni memang nak lunch kat sini. Sebab tu pizza tu tapau je untuk makan kat hotel.
Kawasan perumahan. Canning Dim Sum ni corner lot.
Area parking limited. Alhamdulillah masa kitorang sampai ada kereta baru nak keluar.
Dapat park jarak 50m dari kedai.
Canning Dim Sum ni jugak dekat dengan kopi Rahsia.
And Canning Dim Sum ni halal certified ye.
Ruang makan dalam cafe.
Portion besar dan harga murah.
Iced coffee 5/5★
Iced lemon tea 5/5★
Mempersembahkannnnn!
Cara order, kau tunggu staf bawa dim sum kat meja.
Kau pilih je mana yang kau nak.
Benda semua dah siap masak, kau tinggal pilih je apa yang sampai kat meja.
Tak payah nak order-order macam kat kedai tomyam. Buang masa je.
Aku tak ingat sangat ingredient dim sum ni.
Ada udang, ayam, goji berry, cheung fun, smoke duck skin.
Sweet carrot. Rasa macam sweet potato kat Cameron tu.
Sedap! Yang kat luar crispy, dalam lembut.
Tapi kat dalam memang rasa carrot la, yang luar macam rasa sweet potato tu.
Cheung Fun ada 2 perisa - ayam atau udang.
Aku ambil udang.
Chicken floss dim sum.
Inti penuh dengan ayam
Ni udang kalau tak silap.
Inti moist dan kenyal udang.
Chicken Goji berry.
White mushroom chicken
Harga dim sum dan air.
Yang RM9.50 tu chicken with smoke duck skin rasanya (yang ada grated carrot atas dia).
Dim sum tu sedap. En Zul suka.
Yang dalam tray ni aku bungkus bawak balik.
Bukan tak habis makan yang dine in tau.
Ni memang aku order extra untuk tapau.
Ada udang (repeat order), white carrot goreng (ala-ala nasi impit goreng), crab dim sum dan spinach dim sum.
Overall aku suka semua dim sum yang aku order.
Sumpah sedap! Service pun bagus. Memang cepat dorang bawa datang dim sum kat meja.
Personally aku rasa dim sum kat sini lagi sedap dari yang kat Dolly.
Dine in, take away and taxes.
Harga pun ok sebab banyak jugak aku order.
Boleh balik dengan perut kenyang dan hati gembira.
Kat luar restoran boleh ootd.
Tapi sebab aku dah kenyang, koser la nak ootd.
Kalau ada sesapa nak pegi Ipoh, aku nak join.
Nak makan Canning Dim Sum!
Direction dari satu lokasi ke lokasi, kecuali Canning Dim Sum sebab lokasi berbeza.
Sebab aku sampai awal dan Plan b. belum buka, so aku ulang-alik jalan yang sama.
Kalau korang nak lebih mudah, start dari sini dulu :
Platform (Concubine Lane) - Book Xcess - Birch Memorial Clock Tower - Masjid Negeri Perak - Miker Pizza
Untuk mudah parking, waze je Concubine Lane / Platform. Then boleh park kereta yang berhampiran.
No comments:
Post a Comment