Lepas kenyang membaham pastries kat KLCG, kitorang sambung jalan kaki ke Kleptokrat Kafe.
Jarak tak jauh sangat, jalan kaki dalam 15-20 mint je.
Tapi bila dah asyik stop bergambar, terus jadi 45minit.
Tapi bila dah asyik stop bergambar, terus jadi 45minit.
Kat area ala-ala Madinah tu dah stop bergambar masa ke KLCG, masa nak ke Kleptokrat kitorang pulun bergambar lagi kat situ.
Aje gila bergambar ulang-ulang kali sampai jammed camera.
Kleptokrat Kafe ni rasanya sama company dengan Mingle.
Mingle ni hari tu kitorang makan kat Jalan Sultan.
Kalau salah, sorry la. Aku malas nak google apa kaitan dua-dua kafe ni.
Masa kitorang sampai, tak ramai sangat customers.
Kitorang tunggu depan kafe pun dalam 2minit je.
Tapi tables tepi pool mostly dah penuh untuk 3 pax.
Yang table kosong pun ada untuk 2 pax je. Lagipun tepi pool mcm sempit untuk ramai-ramai.
Nak bersembang pun macam tak selesa sebab antara meja tu agak rapat.
So kitorang dapat table tepi pool jugak cuma dalam bilik khas.
Ala-ala bilik VIP gitu. Siap ada aircond dan kipas.
Cuma aircond tu diorang lambat on. Memang berlecak tiak aku duduk situ.
Main entrance. Scan MySejahtera, beratur kat sini dan tunggu staff datang bawa ke table.
Area kafe tak de parking. Kena park di kawasan berbayar.
Dari tempat parking kitorang tu jalan kaki dalam 5 minit je.
Ni dari anjung bilik makan kitorang. Boleh ootd kat sini.
Sebab bilik ni terasing dari customer lain, so memang seronok nak bergambar.
Kau nak memekak berkaraoke dalam tu pun boleh.
Bilik ni muat untuk 6 pax. So kitorang bertiga bersaiz gerga ni memang sesuai la duduk situ.
Cafe dua tingkat.
Aku tak sure la boleh mandi ke tak kat pool ni.
Tapi kalau korang datang sini agak-agak nak mandi tak?? 😂
Aku tak kuasa la nak berendam fefeling jadi dugong kat sini.
Ada swing kat pool. Memang cantik nak ootd.
Aku tengok ramai orang datang pusing satu kafe untuk bergambar setiap ceruk.
Aku rasa kalau nak duduk bergambar sambil celup kaki dalam pool tu boleh kot.
Tapi aku segan nak buat perangai gitu. Kang orang cakap aku first time jumpa pool pulak 😁
Macam biasa air memang kena order lebih.
Kalau dorang jual air mineral Spritzer botol 1.5liter memang aku dah order dah.
Takat gelas besar gini 2 kali sedut habis terus.
Yang air merah tu air sirap selasih je. Tapi nama urban hokeh!
Tak ingat apa nama nya. Maklum la banyak makan jeruk semut.
Yang lagi dua tu mojito - Leen punya passion fruit & lychee. Aku punya lime lemonade
Yang dalam jar macam pasu bunga aku tu air coke Leen.
Dia tu pantang nampak coke memang order je.
Mempersembahkan... Watak-watak utama dalam post ni.
Soto ayam, lontong kering dengan rendang daging, spaghetti buttermilk chicken.
Aku ordered soto ayam. Sedap soto dia. Memang tak kedekut bahan.
Sambal kicap dia bukan kuah kicap tumbuk dengan cili semata.
Dia tumis sambal kicap tu, so kuahnya pekat dan sedap.
Sambal ni tumis dengan belacan jugak rasanya sebab agak kuat rasa belacan dia.
Leen ordered Lontong Kering. Ada dua pilihan sama ada rendang daging or ayam.
Leen pilih rendang daging. Daging lembut dan rencah rendang tu cukup rasa.
Ada jugak lontong berkuah. Tapi kitorang tak order.
Ok lontong kering ni sumpah sedap! Sangat recommended.
Memey pulak ordered spaghetti buttermilk chicken.
Sedap jugak spaghetti dia.
Lagi sedap dari spaghetti kat Mingle hari tu.
Portion pun agak besar.
Soto Ayam 5/5
Lontong Kering Rendang Daging 5/5
Spaghetti Buttermilk Chicken 5/5
Tiga-tiga menu aku approved 👍
Snap pic kalih angle ni pulak.
Mangkuk soto dan pinggan spaghetti pun dah sama lebar muka aku.
Puas hati makan!
Bilik ni nak kata spacious sangat tu tak de la sangat.
Tapi untuk 6 pax tu masih ok.
Ada sliding door untuk keluar ke pool.
Sangat privasi bilik ni. ada 3 bilik kalau tak silap aku.
Ada dua swings kat sini. Depan aku tu ada satu swing tepi pool.
So boleh ootd pelbagai angle.
Aku of course la duduk atas swing tepi dinding.
Ape gila nak duduk swing kat pool tak memasal jatuh dalam air.
Tak rugi bawak minah ni. Memang dia akan guna kesempatan yang ada dengan sebaiknya.
Ada swing tepi dinding tapi kau gigih naik yang tepi pool.
Walaupun gayat kau tetap usaha nak berootd kat sini. Hasil ootd? Hmm sedehh! 😂
Kalau kau jatuh dalam tu Mey, memang akan viral la video kau terkapai-kapai kat dalam pool tu.
Payung-payung ada kat tepi cafe.
Masa ni dah nak balik tapi Leen & Memey tak perasan ada lorong ni.
Mujur aku nampak, so boleh jadi port ootd jugak 😁
Boleh la nak try menu lain pulak.
Harga untuk 3 makanan dan 4 air semuanya RM140.00.
Untuk harga setiap menu aku lupa nak simpan resit.
Tapi rasanya dalam RM20+ untuk satu menu. Air pun dalam belas-belas RM kalau tak silap aku.
Dessert ada cakes macam kat Mingle Cafe jugak.
Kitorang tak order dessert sebab dah muak makan kat KLCG.
Servis pun bagus. Makanan cepat sampai.
Cuma awal tu dorang tak on aircond tapi on kipas je.
Aku ingatkan memang panas sebab aku baru membakar kalori kat luar tu.
Rupanya memang aircond tak on.
Untuk tengok menu kena scan QR code.
Then kena ke kaunter untuk order dan bayar terus.
Tak ada staf datang entertain ambil menu kau.
Ada jual eskrem Malaysia tapi aku tak sure berapa RM.
Dalam menu ada gambar tapi tak ada harga.
Kira cafe ni konsep ala-ala Malaysian vibes la.
Masa nak balik tengok orang dah mula beratur.
Mujur datang pukul 12 lebih masih tak ramai orang 😄
No comments:
Post a Comment